Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, May 21, 2012

I love leopard design

Sejak kebelakangan ni, aku berkenan sungguh dengan corak leopard. Tak kiralah baju, seluar, kasut, beg mahupun shawl. Kalau nampak je barang-barang yang bercorak leopard ni mesti rasa nak beli. Sebenarnya dulu pun aku dah minat dengan corak leopard ni. Cuma sekarang sejak dah ada anak ni, makin menjadi-jadi pulak.

Dan kebelakangan ni, aku macam rajin sikit shopping kat Times Square atau Sungai Wang. Sebenarnya dah lama kot aku tak shopping kat situ. Zaman anak dara dulu rajinlah. Tapi sekarang ni memang aku terlebih rajin pergi shopping kat situ. Walaupun hakikatnya aku tahu tempat-tempat tu semua banyak jual baju bersaiz orang berbadan kecik molek. Tapi kalau nasib aku baik jumpalah barang corak leopard kat situ. Baru-baru ni aku ada beli sehelai baju bercorak leopard tapi masih tak berani lagi nak pakai. Bila dah beli tiba-tiba tak yakin nak pakai. Harap-harap baju tu tak di simpan buat pekasam. Ayuh harus lebih yakin Nurul. Haha.

Leopard vs polka dot :D

Buat masa ni, aku dah ada shawl, baju, beg, gelang dan kasut bercorak leopard. Sekarang ni aku nak cari jam tangan, cincin dan palazzo leopard. Aku pernah jumpa palazzo leopard tapi saiz dan ketinggian seluar tu tak sesuai dengan aku. Maklumlah orang dah banyak lemak. Haha.

Bab membeli, aku tak kisah barang tu murah ke mahal ke janji corak leopard dan sesuai dengan aku, mesti aku beli. Ada sekali tu aku pernah suruh kawan aku belikan gelang kat pasar malam. Walaupun beli kat pasar malam tapi gelang tu sangat cantik tau.

Gelang beli kat pasar malam tapi berbaloi-baloi. Cantik kan?

Sebenarnya kasut ni dah koyak. Ini namanya kasut tak tahan lasak. Ke aku yang lasak memakai?

Kadang-kadang terfikir jugak, dah ada anak sesuai ke nak gayakan barang dari corak leopard ni. Tapi perangai aku memang jenis main belasah pakai asalkan ada keyakinan diri. Tak salah kot sesekali bergaya macam orang muda janji tak over kan?

Kalau buat baju raya corak leopard cantik tak? ke over sangat? Kemain kau Nurul semuanya nak leopard. Agak-agaklah kan? Haha :D

19 comments:

  1. perghh...berani sungguh nurul.....lagipun tak kisah lah dah kawen ke belum janji ader keyakinan nak pakai..kite pakai jeeee nurul....

    ReplyDelete
  2. aku cuma ada skirt leopard yg dibeli di bangkok. kesayanganssss tuh ^__^ kt msia x pernah jumpe lagi

    ReplyDelete
  3. bangle aku banyak mcm ni, beli rm5 kat kedai2 biasa je..ehehe..aku cepat bosan sentiasa nak yg baru ehehe, beli murah2 je sudah.

    ReplyDelete
  4. aku rasa baju raya design leopard tak over sangat kot nurul. tapi jangan la pakai dr atas ke bawah corak leopard pulak, tu mmg dah hover habis dh tu. kofkofkofff.

    ReplyDelete
  5. mengauuummm la raya nanti nurul..wakakaka

    ReplyDelete
  6. hahaaa jgn g zoo pkai leopard dah, kan org konpius nk ajak brgmbar ;p

    nurul, ony ade jual kain psg leopard kn?

    ReplyDelete
  7. nurul, i love leopard design too...but i do love polkadot more :)

    ReplyDelete
  8. leapord motive really suit you. Syantekkkk :D

    ReplyDelete
  9. mmg skrg byk juga org jual corak nie kak. memana asna pergi mesti ada corak nie. even pakaian dlman pun ada corak nie hehe. kat La Senza and jusco pun adoo hehe. mmg up to date betul kedai2 baju skrg.. =D

    ReplyDelete
  10. mun : hahaha berani tak berani sangatlah mun


    elin : hehehe thanks :)


    ena :cantik palzzo leopard ko tu ena. pinjam boleh? hehehehe

    ReplyDelete
  11. as : samalah mcm aku cepat bosan tu kalau jumpa yang murah2 lagi bagus


    ann : hahahah kalau semuanya leopard over pulak kan? tp kalau pakai baju leopard masa raya mesti kena perli denagn laki aku. hahaha

    ReplyDelete
  12. ana : belum beli lagi baju raya tu baru plan je tu ana. hehehe



    na : hahahaha lawak lah na :D

    ReplyDelete
  13. Dina : yehaaaaaaaaaa




    julia : polka dot pun lawa jugak kan? tapi nurul suka leopard lebih sikit dari polka dot



    cira : yehaaaaaaaaa thanks cira



    asna : la senza pun ado? wow

    ReplyDelete
  14. i love animal printted too.salam kenal dari lyna :)

    ReplyDelete
  15. Mumme : Yehaaaaaaaaaaa. Ada geng :)



    LS : Hai Lyna

    ReplyDelete
  16. Saya pun suka leopard design. Kasut ade corak gitu, palazzo pun ade 1 corak gitu. Suai padan dgn baju kosong. Nampak kelainan. Hehe murah2 je kalau beli. Slalu cari kat internet je. :) salam perkenalan...

    ReplyDelete