Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, May 10, 2012

Ragam anak dara

Bukit Bendera, Penang : Anak dara melaram dengan spek hitam :D

Kali ni nak cerita sikit pasal anak dara aku. Sekarang ni umur Raina dah 2 tahun 5 bulan. Sekejap je masa berlalu. Makin besar makin banyak akal yang dia dapat dan belajar. Makin banyak ragam dan kerenah dia yang mencuit hati aku dan kadang-kadang ada jugak yang buat aku bertukar menjadi tarzan berkuasa dua. Haha. Tapi taklah betul-betul jadi tarzan. Cuma kadang-kadang tu ragam Raina tu betul-betul menguji kesabaran aku. Biasalah tu ragam budak yang tengah nak membesar kan? Kita sebagai mak bapak memang kena banyak belajar bersabar.

Raina kan sekarang ni dah pandai memberontak, marah-marah dan kuat merajuk. Aku rasa dia ni banyak ikut perangai aku masa aku mengandung dulu. Masa aku mengandung dulu, perangai aku memang ala-ala poyos sikit. Suka memberontak, marah-marah dan kuat merajuk. Pada hal benda tu kecik je tapi aku selalu besarkan hal kecik tu. Mungkin emosi time tu tak stabil dan nakkan perhatian lebih. 

Dulu aku kalau merajuk dengan Saiful, aku suka menghadap dinding atau menyorok belakang pintu. Tak pun duduk dalam bilik sorang-sorang. Dan sekarang ni aku tengok Raina dah mengikut sikit-sikit perangai aku tu. Kalau dia merajuk dia akan pergi ke dinding hadap dinding tu tak pun pergi belakang pintu. Dia akan buat macam tu sampai kita datang pujuk dia. Saiful bila tengok anak dia merajuk macam tu dia akan cakap kat aku :

'Hah ikut perangai siapa tu kalau tak ikut perangai mama dia dulu'

Aku pun terkebil-kebil bila laki aku dah sound aku macam tu. Tak boleh nak bantah sebab memang tu realitinya aku dulu masa mengandung. So senyap jelah bila laki sendiri dah sound macam tu. Raina jugak dah pandai menjawab kalau kita tegur atau bercakap dengan dia. Kalau kita tegur atau cakap dengan dia masa mood dia kurang baik memang alamatlah kena sound dengan Raina.

'Mama, diamlah. Leh tak? Paham tak?'

Hah macam tu lah Raina sound aku kalau mood dia kurang baik. Kalau nak tahu sekarang ni Raina dah boleh bercakap dengan agak teratur. Nak cakap teratur sangat tu tak adalah cuma ada sikitlah improvement berbanding dulu. Alhamdulilah dia dah boleh gabungkan 6,7 word jadikan satu ayat. Selalunya bila dia bercakap tu jarang cakap pelat cuma adalah 2,3 word yang panjang-panjang tu dia cakap pelat sikit.

Lagi satu, Raina sekarang dah pandai memilih. Contohnya baju. Kalau kita bawak dia pergi shopping, selalunya dia yang akan pilih baju mana yang dia nak. Tapi pernahlah sekali tu aku beli baju dia tak bawak dia. Balik kerja terus tunjuk kat dia baju yang aku belikan untuk dia tu. Nak tahu apa dia buat? Dia campakkan baju tu sebab dia tak suka baju tu. Menangis meraung kemain sebab dia tak suka baju tu. So sekarang ni kalau nak beli barang dia memang kena pilih betul-betul sebab dia dah pandai memilih.

Sebenarnya mana-mana budak pun ada je ragam masing-masing. Kita sebagai mak bapak budak memang kena pandai layan dan control ragam diaorang ni. Macam aku, memang aku tak nafikan aku jenis manjakan anak aku. Dialah intan payung aku wei. Apa yang aku mampu aku ikutkan je rentak anak aku ni. Tapi tak adalah aku manjakan Raina sampai dia naik lemak. Kadang-kadang aku cuba jugak bersifat tegas dengan Raina. Sebab ibu aku pernah pesan, kalau anak buat salah dari kecik kita kena tegur dan ajar dengan cara bagitahu dia perkara yang betul. Jadi aku cubalah praktikkan apa yang ibu aku pesan kat aku tu. InsyaAllah kalau kita selalu terapkan budaya ni lama-lama anak akan cuba ikut apa yang kita ajarkan tu.

Eh oklah sebenarnya aku tak tahu nak buat penutup entri ni macam mana. Ayat pun dah carca marba. Haha. Sekarang ada kerja sikit. Nanti kalau aku free aku buat entri baru lagi ye.

18 comments:

  1. budak2 memang banyak ragam....seorang pon dah macam-macam ragam..kalau ramai pengsan kot nak melayan ragamnyaaa....btw..raina cun yoooo

    ReplyDelete
  2. Bace entri ni, kadang2 macam sama je dgn perangai Husna n ibu masa mengandung. Dulu masa mengandung suka sangat mengadu sakit, sakit kat hubby, padahal tak sakit pun... Saja minta perhatian, now husna pun sama, sikit2 sakit, sakit... Bila fikir2 balik, sama aje macam ibu ah ko ni masa peknen... Ni bukan sakit, ni mintak perhatian...huhu..tau dah taktik tu..:P

    ReplyDelete
  3. Mun : anak sorang pun kadang2 kita gelbah nak layan ragam diaorang kan? thanks mun. hehe

    ReplyDelete
  4. fashya : tu lah emosi dan perangai kita masa mengandung tu sedikit sebanyak mempengaruhi perangai anak kita kan? hehehe

    ReplyDelete
  5. rambut raina nie lebih kurang naurah kan? lurus aje tegak gitu ^_^

    aku pon klu naurah buat peel ntah pape msti teringat ikot perangan aku kot hahahha...sbb habi mmg ok aje orgnye kuikuii

    ReplyDelete
  6. hamboihh raina, spek mama ler tu, mmg semua ikot mama yer
    pndai bergaya pun ikot mama, hehe

    ReplyDelete
  7. hehe... pandai nya raina memilih ye. bagus! kecik2 dah ada taste n tau apa yg dia nak. tp bab marah tu, garang nya.. mya kalau marah dia cubitnya kita, sambil cakap ambooiiii

    ReplyDelete
  8. Comel Raina. Aku asik dengki dengan rambut dia yg panjang tu. Hahaha

    ReplyDelete
  9. nurul time peknen dulu kalo kt luar majok ngan hubby camne? dok imagine nurul dok hadap dinding shopping complex kih kih kih

    ReplyDelete
  10. along da besar la raina dan dah makin bijak.. hehee suka tgk dia

    ReplyDelete
  11. eeemmm...tu baru gurl nurul..klu boy tau la..nak ambil nafas pun tercungap2...hahahah

    ReplyDelete
  12. Ena : hahaha ikut perangai ko masa mengandung ke Ena? A'ah rambut Raina dengan Naurah kan lurus

    ReplyDelete
  13. Na : Itu spek mata dia Na Tok Wan dia belikan tapi spek tu dah patah Raina buat. Hehehe

    ReplyDelete
  14. Azie : Wahhhhh Mya kemain amboi lagi dia ye cumbit mummy dia. Tapi kadang2 Raina ada jugak ckp dengan mam dia mcm ni : Babab kang biasa lagi dia. Kemain kan budak2 sekarang. Hehehe

    ReplyDelete
  15. Ann : Eh rambut Kaisha pun dah panjang kan beb? Cantik dah anak dara ko tu Ann

    ReplyDelete
  16. Yun : Kalau kat mall merajuk jalan laju2 pasu Saiful kejar. Hehehehe


    Aj : Thanks Aj meh lah jumpa Raina



    Ana : Raina lasak dia pun boleh tahan tau

    ReplyDelete