Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 25, 2012

Gigih demi Raina Evaqairina

Aku sebenarnya dah lama nak buat entri ni. Tapi asyik tertangguh-tangguh je. Biasalah aku kan sekarang kemain malas nak menaip. Kalau hadap blog pun cuma rajin nak baca blog kawan-kawan je. Nak update blog sendiri macam tak ada hati. Bukan apa, kerja aku sekarang dah tak macam company lama dulu. Kerja banyak dan kadang-kadang aku jarang ada kat office sebab selalu buat kerja luar macam ada urusan nak settlekan hal passport dan permit foreign workers kat imegresen, urusan di kedutaan atau urusan di KWSP, SOCSO mahupun LHDN. Lepas tu akhir bulan dah busy siapkan report gaji. Selalunya ada 7 report aku kena buat tiap-tiap bulan. Tu yang kadang-kadang rasa nak menangis. Macam tu lah kalau buat kerja-kerja HR. Tapi takpe, macam yang aku pernah bagitahu kat entri sebelum ni, aku suka belajar benda baru.

Ok kali ni aku nak cerita sikit pasal bekalan Raina ke rumah babysitter. Aku mula belajar bangun awal pukul 4.30 atau 5 pagi sejak Raina dah start makan bubur dari usia lebih kurang 6 bulan. Masa mula-mula tu memang aku tak biasa nak bangun pagi-pagi. Rasa nak menangis pun ada. Sebab aku tak pandai masak bubur pastu nak bangun pagi-pagi lagi. Percayalah aku memang tak pandai masak bubur. Nasib baik ada Saiful. Dialah yang tolong ajar dan bantu aku masak bubur. Selain tu, ibu aku ajar macam mana nak pelbagaikan rasa dan menu bubur. Tapi sekejap je kot aku rasa cuak. Lepas 2,3 bulan aku dah agak hebat masak pelbagai jenis bubur. Cewahhh hebat ke Nurul? Hahaha.

Ok mesti ada yang pelik kenapa perlu bangun pagi untuk masak? Aku memang dah  berazam dalam diri aku yang aku tak nak menyusahkan babysitter Raina dan aku sendiri nak masak makanan untuk anak aku supaya anak aku biasa makan dari air tangan mama dia. Memang babysitter Raina banyak kali offer bagitahu tak payah susah-suah bangun pagi dan masak bubur. Tapi aku sendiri dengan rela hati nak masak.

Alhamdulilah, pada usia Raina 2 tahun lebih ni pun, aku masih gigih bangun pagi dan masak. Cuma kerja memasak aku pagi-pagi tu bertambah sikit sejak Raina start makan nasi. Selalunya aku akan masak menu untuk breakfast, nasi, lauk tengahari dan petang untuk Raina.


Semua ni aku beli kat Centro Mall

Antara menu yang aku masak untuk Raina 

Tapi sejak aku kerja kat company baru ni, aku selalu je terbangun lewat. Walaupun dah kunci jam kat hp tapi mesti dalam seminggu tu adalah 3,4 kali aku terlewat bangun. Pernah seminggu berturut-turut aku bangun lewat. Mungkin aku penat sangat sebab kadang-kadang tu aku buat kerja sampai malam. Orang lain dah sampai rumah aku masih kat office. Bila balik kerja, kena buat kerja-kerja rumah lagi pastu terus tidur sampai terlewat bangun pagi. Selalunya time aku tengah sibuk siapkan report gaji. Time tu memang boleh dikatakan tiap-tiap hari aku balik malam.

Bila aku terlewat bangun, mestilah aku tak boleh masakkan bekal untuk Raina kan? Masa tu memang rasa nak hempuk diri-sendiri. Sebab rasa bersalah sangat. Selalunya aku akan beli tapau breakfast kat luar kalau aku tak masak. Dan babysitter Raina akan masak untuk lauk tengahari dan petang. Tapi aku tetap rasa tak best bila anak aku makan makanan luar atau makanan yang babysitter dia masakkan.

Jadi untuk menaikkan semangat aku memasak tiap-tiap pagi, beberapa bulan yang lepas, aku pergilah beli botol air dan bekas untuk letak makanan yang baru untuk Raina. Aku beli semuanya baru dengan harapan aku akan lebih bersemangat untuk memasak. Walaupun kadang-kadang tu aku masih terbangun lewat, tapi dalam seminggu tu, selalunya aku akan cuba jugak masak untuk Raina. Maknanya dalam seminggu tu tak adalah hari-hari Raina makan lauk yang di beli kat luar atau pun lauk yang di masak oleh babysitter dia. 

Alhamdulilah, sekarang ni walaupun aku letih sangat, aku tetap cuba gigih masak untuk Raina. Kadang-kadang tu rasa malas sangat nak masak tapi bila fikirkan pasal Raina terus automatik pergi toilet basuh muka dan laju-laju aku masak. Bukan apa, aku sampai sekarang rasa terkilan dan bersalah pasal anak aku BF cuma beberapa bulan je. Jadi aku cuba buat yang terbaik dari segi lain. Aku berharap aku akan sentiasa bersemangat bangun pagi untuk memasak. InsyaAllah. 

Love you Raina Evaqairina

18 comments:

  1. gigih ko Nurul...aku x gigih pon mcm ko hukhukk

    ReplyDelete
  2. ya allah..
    gigih nya..
    tahniah nurul
    :)

    ReplyDelete
  3. lately aku pun kena bangun pagi masak breakfast utk alia
    sebab dia dekat tadika dah pandai mintak nasi time breakfast
    hahaha

    nway comel oOo bekas breakfast raina!

    ReplyDelete
  4. cantiknya bekal2 raina. nurul mmg gigih dan rajin lah. bertuah raina. thumbs up & tabik spring sama u

    ReplyDelete
  5. cantik lorrr bekas2,
    ksian plak rase mika guna bekas hr2 bwk bekal yg ibu beli kt kdai 2hengget je, ekekekke

    ReplyDelete
  6. bagusnya ko nurul.... rajin gilos. aku takde maknanya pepagi masak gitu. buat bekpas simple je mcm roti telur gitu je. naseb le auf jenis tak suka makan...hehehe. mlm je masak lauk2.

    teruskan. :)

    ReplyDelete
  7. Ena : gigih jugak beb tapi kadang2 tu terbangun lambat jugak. hehehe

    ReplyDelete
  8. Ann : Alia dah mintak nasi ke beb? Wahhh sekarang gigih lah ko memasak pagi2 ye Ann? Thanks beb bekas murah2 je tu

    ReplyDelete
  9. Yun : Thanks Yun. Kembang hidung aku Yun huehuehue

    ReplyDelete
  10. Na : Ala beb ni beli bekas lawa2 pasal nak naikkan semangat je kalau tak Raona pakai bekas biasa2 yang ada kat rumah tu. hehehe



    Yaya : Dah terbiasa beb tu yang aku berharap aku akan sentiasa bersemangat untuk masak bekal Raina

    ReplyDelete
  11. bagusnya nurul..maria skrg dah xmasakk kt aqil sejak tukar pengasuh baru ni..huhu.. kat marissa je masak..tu pn kdg2 xmasak..huhu...

    ReplyDelete
  12. cayalah nurul..dina jarang gila masak bekal utk rafique skrg ni..

    ReplyDelete
  13. Hi.. Salam perkenalan.. Sy pun sedaya upaya msk utk anak sy.. Alhamdulillah, setakat ni dpt bekalkansi kecil sy tu setiap hari w/pun ada gak terbabas sekali sekala

    ReplyDelete
  14. wow rajinnyaaaaaa nurul bangun pagi-pagi masak bekal untuk raina...tapi itulah mak kan sanggup buat ape saje untuk anak

    ReplyDelete
  15. Rajin Nurul! Mama mesti gigih nak bagi anak merasa air tgn sendiri kan?

    ReplyDelete
  16. lama tak masuk sini...rupenye raina dah besar dah:)

    ReplyDelete