Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 11, 2012

Hari tua aku

Potong kek pilihan anak dara aku

Assalamualaikum

Wow dah seminggu lebih tak update blog. Ni pun aku perasan bila tweet dengan Ena. Kalau tak, aku tak perasan pun yang blog aku ni lama tak update. Maaf, minggu lepas aku super-duper busy dengan monthly report. Hari ahad pun datang office okeh siapkan kerja. Sob sob sob. Minggu ni macam free sikit sebab report tu pun dah siap.

Minggu lepas, genap umur aku _____. Sila isi tempat kosong. Kalau jawapan tu betul maknanya korang hebat meneka. Haha. Aku akan sentiasa berfikiran positif  set otak aku bahawa aku ni masih muda remaja  sweet 18 gitu walaupun hakikatnya aku dah tua pun. Feeling-feeling muda remaja okeh kan?

Masa birthday aku tu, kereta aku buat hal. Sebenarnya kereta aku buat hal malam sebelum tu. Masa tu baru balik kerja. So apa lagi esoknya aku ponteng kerjalah sebab nak hantar kereta ke bengkel. Lepas dah settle semuanya barulah Saiful ajak aku potong kek kat taman area Shah Alam. Kononnya nak feeling-feeling drama hindustani. Haha. Saiful dah beli kek awal-awal kot. Sebab aku tengok kek tu tup-tup dah ada. Rasanya pagi tu sebelum hantar kereta ke bengkel, dia keluar dengan Raina cari kek aku tu kot.

Saiful cakap kek tu Raina yang pilih. Anak dara aku ni dah pandai memilih. Kemain lagi. Apa-apa pun aku dah rasa cukup terharu. Walaupun hanya potong kek dan layan makan KFC kat taman Shah Alam tu, aku rasa dah cukup meriah buat aku di samping suami dan anak dara aku. Lepas ni aku nak tuntut hadiah pulak. Kah kah kah.

Oh ye, semalam aku balik Banting sebab ibu aku cakap banyak parcel untuk aku. Bila sampai Banting aku agak terkejut sebab ada beberapa parcel untuk aku. Ada beberapa blogger yang pos kat aku something. Sekali lagi aku cukup terharu. Terima kasih banyak-banyak ye. Aku suka semua pemberian tu. Ada yang hadiahkan tudung leopard. Sangat terharu. 

Sempena peningkatan umur aku  ni, aku harap akan ada lebih banyak peningkatan kemajuan dalam hidup aku. Banyak impian yang ingin aku capai. Aku harap aku akan dapat apa yang aku impikan dalam hidup aku. Sebab itu, aku sekarang kerja kuat walaupun terpaksa datang kerja pada hari Ahad. Sebab aku percaya dengan usaha kita tu, sedikit sebanyak akan mendatangkan hasil. InsyaAllah.

P/s : Terima kasih kepada sesiapa yang wish birthday aku hari tu. Aku cukup hargainya. Hugs :)

13 comments:

  1. aku tawu umor ko bape. klu teka dpt hadiah tak nie? ekekeke

    happy 30th babe. moga happy selalu hokeyyy!

    ReplyDelete
  2. Hahaha hadiah apa ko nak Ena? Bagi gula2 sebijik lah. hehehehe. Gurau je.

    wahhh pandai teka. hebat :)

    ReplyDelete
  3. Yeayyy, kita pun tahu (kot). Hahaha, saje je nak hadiah dari Nurul jugew... hahahaha

    ReplyDelete
  4. Selamat panjang umur Nurul.
    Semoga bahagia selalu di samping yang tersayang.

    Eh, dah macam ucapan raya pulak!

    ReplyDelete
  5. happy birthday nurul.....simple takpe janji laki nurul ingat nak celebrate...hehehee

    ReplyDelete
  6. Fie : Kita sebaya. Yehaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  7. Ain : Hehehehe Thanks Ain. Terharu

    ReplyDelete
  8. nurul ,

    happy birthday dear...semoga sentiasa sihat dan gembira & dpt rezki yg berduyun-duyun..

    ReplyDelete
  9. hai KAKAK nurul..wakakaka..saje jahat kan?/ ;)

    ReplyDelete
  10. sebaya lah nurul... tp ira lum lagi bulan 8... (nk bgtau gak.. kehkehkeh)

    ReplyDelete
  11. happy birthday along.. hehe ucapan kali ke berapa ni. hehe untung la kawan2 blogger kirim adiah =)

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum! Tumpang lalu, nak bagitau ni ade pertandingan Lose Weight Challenge, boleh menang sampai rm1000 woh! Best!

    ReplyDelete