Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, July 24, 2012

Entri pelepas rindu

Assalamualaikum

Sebelum aku menulis panjang lebar, aku nak ucapkan salam ramadhan. Semoga ramadhan kali ni lebih baik dan diberkati seperti tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah.

Huh! Dah dekat sebulan blog aku tak berupdate kan? Makin lama makin malas nak taip sesuatu kat sini. Adakah ini petanda aku sudah tua dan sikap malas tu makin berleluasa dalam diri aku? Mungkin ye. Sebab bukan saja blog malah FB dan twitter pun kadang-kadang aku rasa malas nak hadap. Tapi aku akan cuba jugak update jika mood rajin tu ada dalam diri. InsyaAllah.

Sebenarnya banyak cerita aku nak cerita. Tapi nak menaip tu yang malas. Hahaha. Ok kali ni aku nak cerita pasal cerita yang dah basi. Sebenarnya banyak lagi cerita basi yang aku nak cerita. Tapi aku cerita satu-satu dulu. Tapi tak janjilah. Tengok mood menulis ye.

Untuk tahun ni aku memang dah plan nak beli awal-awal baju raya untuk Raina. 2,3 bulan sebelum ramadhan aku dah mula shopping sikit-sikit. Bukan apa, bila shopping awal-awal, aku rasa kita tak akan rasa duit tu habis macam air kan?

Aku dah listkan awal-awal apa yang perlu aku beli. Bukan keperluan raya untuk anak je, tapi untuk keperluan yang lain jugak macam buat langsir baru, beli peralatan dan perabot rumah, peruntukan duit raya untuk family dan lain-lain lagi. Alhamdulilah tahun ni ada rezeki lebih sikit dan dapatlah beli apa yang aku inginkan. Semua ni bukan datang bergolek tapi aku usaha sendiri dan kerja keras sejak kerja kat company baru ni. Dan hasil penat lelah aku selama ni, akhirnya dapatlah aku capai beberapa wishlist yang aku dah senaraikan dalam diari aku selama ni. Alhamdulilah.







Tapi aku rasa berbaloi jugak shoppping awal-awal. Sebab sekarang ni ada sales kat mana-mana butik pun. So aku terjah je mana-mana butik yang ada sales. Contohnya Cotton On Kids, Guess Kids dan banyak lagi. Jakel dan Ikea pun aku terjah lagi-lagi time diaorang buat sales hari tu. Perangai aku memang suka shoppping time sales sebab banyak penjimatan boleh dilakukan kat situ.

Shopping online pun aku layan jugak. Sekarang ni banyak jugak baju-baju yang cantik yang di jual secara online. Cuma kita kena pandai bandingkan harga. Sebab setiap orang yang jual barang-barang online ni selalunya tak sama. Ada yang murah dan ada yang mahal. Rasanya, persiapan raya untuk anak dara aku ni, hampir complete. Cuma nak belikan dia kasut, cardigan dan nak tambah 1,2 item lagi barang dia je lagi. Untuk aku biasa-biasa je. Bila dah jadi mak budak ni, keutamaan lebih kat anak.  

Oklah nanti kalau aku rajin aku cerita lagi. Maaflah entri kali ni tak berfaedah langsung. Banyak cerita hal shopping pulak kat sini. Ini namanya entri pelepas rindu. Hahaha.

Salam ramadhan semua.

Gambar lama : Salam ramadhan dari Raina Evaqairina

15 comments:

  1. wah, banyaknya baju raya raina..nani so far banyak beli online je untuk kasih...mak yang excited..

    ReplyDelete
  2. ahhh...
    stress tgk baju raina...
    banyak nyeeeeeee
    plg stress tgk skinny tu
    hahahahahah
    nuurul..
    jgn lupe..beli kan utk cha tau
    hahahahahah
    =)

    *p/s :: its me..icha ;)

    ReplyDelete
  3. best kot shopping raya untuk anak perempuan...kalau lelaki nie terhad ler sikit..huhuuhhhuu...

    ReplyDelete
  4. eh raina dh pkai baju raya ke tu

    ReplyDelete
  5. farhanna : tu campur baju basahan dan baju jalan. tu yg nampak banyak sebenarnya tak banayak mana pun awak

    ReplyDelete
  6. nani : selalunya mmg kaum mak yg excited kan

    ReplyDelete
  7. icha : yehaaa nanti nurul belikan skinny jeans tu ye. minggu lepas dgn minggu ni maybe nak settlekan cat rumah dulu



    mun : tu lah tgk baju2 perempuan geram je


    shinnaz : salam ramadhan :)

    ReplyDelete
  8. Yun : Yang aina pakai tu tak jadi buat baju raya sebab tu jenais jumpsuit tersalah beli hari tu. mcm tak sesuai jumpsuit buat raya. hehehe

    ReplyDelete
  9. sama lah..baju raya rafique dah beli sikit2 dari awal tahun..haha..sbnrnya memang beli je baju rafique bila2 pun..kdg2 tu sengaja beli besar sket, konon bg stok raya.huhu...stok umur 3 tahun pun dah ada! =D

    ReplyDelete
  10. wah, banyak nya baju! cantik-cantik!

    ReplyDelete
  11. Fie pun beli sikit2..tapi Kakal punya kena beli lambat2 sikit, Takut sampai raya kang baju seluar semua tak muat pulak. Haha. Tapi baju melayu mmg awal2 dah tempah. Selamat berpuasa Nurul!

    ReplyDelete
  12. Dina : Nurul pun beli saiz besar sikit senang


    Lylie : Lama tak shopping baju jalan Raina Lylie tu yang beli banyak sikit

    ReplyDelete
  13. Fie : Nurul selalunya beli saiz besar sikit Fie. Selamat berpuasa Fie

    ReplyDelete