Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, August 8, 2012

Bila meragam

Hari Isnin yang lepas sedia maklum Selangor cuti Nuzul Al-Quran. Aku pun turut serta cuti walaupun hakikatnya company aku tak ambil pun cuti tu. Biasalah company Korea poyo sikit. Disebabkan aku ni malas nak kerja, jadi aku pun ambil cuti. Haha.

Nak dijadikan cerita, hari Sabtu lepas kad ATM aku hilang. Aku mengaku aku ni agak careless. Dulu hp aku pernah hilang beberapa kali. Ni kad ATM aku pulak. Jadi sangat cantiklah Isnin tu aku ambil cuti untuk buat kad ATM baru. So pagi-pagi aku dah bangun dan terus ajak Saiful pergi Public Bank area KL. Terpaksa jugak masuk KL sebab KL kan kerja Isnin tu. Bila semuanya dah settle, aku tengok jam awal lagi. Tak kan nak balik rumah kot. Saiful pun cakap tak kan nak balik rumah dan tanya aku nak pergi mana-mana tak. Kononnya nak ajak Saiful pergi KLCC. Tapi laki aku tak gemar sangat pergi KLCC. Dia selalu cakap parking kat KLCC mahal. Haha.

So aku terus ajak Saiful pergi Sunway Piramid. Tujuan kami hanya satu nak shopping barang sikit untuk persiapan raya. Misi utama sebenarnya nak cari kasut raya Raina je pun. Lagipun kasut-kasut Raina yang sedia ada banyak dah sempit. So aku decide nak belikan sepasang kasut baru untuk Raina. Tapi bila dah sampai Mall terus berubah fikiran cari apa yang patut untuk kami laki bini sekali.

Kami pun sempoi je redah Mall tanpa bawak stroller Raina. Lagipun Raina dah tak berapa suka duduk dalam stroller. So malaslah kami nak angkut stroller masuk bonet kereta. Tapi tak sangka pulak aku, Raina boleh buat perangai masa nak cari barang dia tempoh hari. Masa tengah pilih-pilih kasut dia kat kedai kasut Clarks, Raina nak sangat kasut color purple. So kami pun cuba pakaikan kasut tu bila dah dapat saiz anak dara. Bila Raina dah pakai kasut tu, dia buat perangai tak nak bukak kasut tu. Selamba dia je lari sana sini. Sampai orang kedai pun kejar dia nak suruh dia cuba pakai kasut design yang lain pulak.

Masa tu lah dia mula menangis sambil terjerit-jerit. Ok mungkin ini situasi normal bagi sesiapa yang dah ada anak sebaya usia dengan Raina. Tapi Raina bukan saja menangis atau terjerit-jerit okeh. Tapi dia siap berguling-guling atas lantai. Bila pujuk, makin kuat dia menangis dan hentak-hentakkan kaki dia. Aku masih boleh tahankan lagi kesabaran aku bila tengok anak aku dah mula meragam. Saiful pun selalunya macam tu dia jenis akan pujuk. Manjakan sangat Raina tu.

Akhirnya kami laki bini terpaksa pujuk hampir setengah jam, bayar dan terus bagi paper bag berisi kasut tu kat Raina. Barulah anak dara tu berhenti menangis. Ok masalahnya sekarang kasut yang kami beli  kat Clarks tu adalah sport shoe punya pattern. Tak kan nak pakai sport shoe dengan baju kurung masa raya nanti kan? Tak sesuai langsung.

Nak tak nak kami terpaksa carikan sepasang lagi kasut untuk Raina. Aku malas nak fikir terus ajak Saiful masuk kedai kasut Bata je. Pada hal sebelum tu aku dah terfikir nak beli lagi sepasang kasut tu kat Payless atau Pumpkin Patch. Tapi disebabkan Raina dah meragam, dan bila aku nampak kedai kasut Bata depan mata, laju je kaki melangkah masuk. Pilih-pilih terus bayar. Dan sekarang kasut raya Raina ada dua pasang. Tapi aku rasa macam tak puas hati dan diri ni macam memberontak nak pergi cari lagi sepasang kasut kat Payless. Tapi bila fikir-fikir balik macam membazir je terus aku lupakan saja niat tu.

Aku nak tanya, kepada sesiapa yang ada anak dara tu, perangai anak dara korang macam Raina tak yang suka berguling-guling atas lantai sambil hentak-hentak kaki? Aku perasan Raina memang perangai dia macam tu. Pernah sekali tu kat Melaka, kami singgah Mall kat sana, Raina baring atas lantai tak nak bangun. Lama okeh. Puas pujuk baru dia nak bangun. 

Raina oh Raina. Makin besar makin macam-macam perangai kamu.
Sabar je lah.


Anak dara tido mulut melopong. Masuk kereta je terus tido. Agaknya penat sangat meragam

18 comments:

  1. Along, biasa gak tgk budak2 camtu. Tp cpt2 angkat. Yerla, lantai kat Mall tu dah tentu2 kotor. Dgn org pijak kuman2 sume ada. Takut jangkit kat Raina yg masih fragile tu jer :)

    ReplyDelete
  2. comelllnyyyyaaaa anakkkk daraaaaa... grrrrrrr. haha

    ReplyDelete
  3. Budak meragam yang comel tidur melopong.
    ;p

    ReplyDelete
  4. Atikah : Kita nak angkat tapi dia membentak2 tika tu yg masalahnya tu

    ReplyDelete
  5. Yun : Oh mya keraskan diri ke? hehehe (Yun sorry komen yun terdelete nak tekan publish tertekan delete. mouse pc ni dah sengal2 ayam) :)


    Jue : Tu lah perangai Raina ni kemain lasak dia Jue ( Sorry Jue komen Jue nurul tertekan delete. mouse pc sengal2 ayam) :)

    ReplyDelete
  6. penh tgk je..anak bujg lom lg wt hal.
    kdg2 meragam tu nk tido..thn mata
    :)

    ReplyDelete
  7. mirza begitu jugak nurul..dah cuba takmau bukak terus pakai sampai sudah.....kalau suh bukak melalak2 lah dier..haishhh mun rasa budak2 sekarang mcm tue kot

    ReplyDelete
  8. aduuhhhh
    wat mase ni aryan blom tunjuk prangai gitu
    tp klu 1 day nnt dia gitu,
    mst gelabah x tau nk buat ape ekk
    alahai...
    tp mcm comel ek kot dia guling2 mcm tu
    hahahah

    ReplyDelete
  9. dulu pernah la kejap Naurah baring atas lantai klu kehendak dia terhalang. tp pastu xde dah. dah berlalu peel dia yg tu hehehe

    tp geram la skrg semua beli nk tnya dia dulu nak ke tak.klu dia kata taknak, xyah la beli. bazir je nnti +__+

    ReplyDelete
  10. so far alhamdulillah rania klau x dpt barang yg dia nak,x de nangis guling2...sbb rania ni pun jenis x suka pun beli2 toys ke kasut ke apa2 lah.yg dia nak klau pg shopping ball atau balloon je..selagi x dpt dia tarik lah kite msk kedai tu,biasa blkan je lah sbb murah x smpai rm10 yg dia mntk tu..da dpt dia senyap la..kdg2 kite explain ckp ball da byk kt rmh,nnti kite ambk kt rmh..pastu dia ok je..

    tp biasa lah nurul sesetgh bdk2 meragam,nangis guling2 klau x dpt bnda yg dia nak..kite je lah kena sabar melayan dia..

    ReplyDelete
  11. Fie belum ada pengalaman dgn anak dara, tapi dengan anak teruna sorang tu mmg begitulah. Kalau dia penat jalan, dia akan melutut atas lantai. Lagi teruk dia berguling..tskkk. Terpaksa lah dukung satu mall. Kalau tak pun amek troli duduk kan dalam tu. Haha.

    ReplyDelete
  12. ha.kejadian macam ni memang dd dh biasa.kalau dd terus angkat dan dukung.tapi yang biasa buat perangai gitu bukan anak dara ye,anak jantan dd.so paham ajela kederat budak lelaki macam mana.memang kita yang sakit kena tendang.

    ReplyDelete
  13. icha : Raina memang peel dia dari kecik sejak pandai berjalan mcm tu Icha. sabau je lah. hehehe

    ReplyDelete
  14. puan : a'ah raina meragam sebab nak tido awak



    mun : tu lah budak2 sekarang ni kemain lagi kan memilih satu hal



    ena : agaknya kalau anak peremuan macam tu ke ena? sebab raina ni pun memilih okeh. kdg2 aku berkenan tp dia tak berkenan. sabau je lah

    ReplyDelete
  15. sab : raina bukan je akan berguling nak baju ke kasut ke tp mainan pun kadang2 dia nak mcm ball pun ye jugak sab



    DD : kalau kita nak angkat dia lagi menghentak2 kaki dia dd. alahai memang kena byk bersabar

    ReplyDelete
  16. hahaha.memang la kan.jadi mak mak ni kena banyak bersabar.betul.

    ReplyDelete