Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, August 13, 2012

Simple deco dari IKEA

Dari dulu aku memang suka benda yang simple. Kalau boleh nak yang betul-betul nampak simple dan nice. Itu untuk diri aku. Untuk orang lain aku tak pasti. Sebab setiap orang lain-lain citarasa kan? Aku tak suka benda yang nampak berserabut. Sebab aku jenis cepat rimas.

So bila aku decided nak ubah secara keseluruhan deco dalam rumah aku tu, aku dah fikir nak cari barang atau perabot baru pun nak yang simple-simple je. Kebanyakkan harga benda yang simple-simple ni murah. Harga tak mahal mana. Kiranya masih lagi di tahap kemampuan aku laki bini.

Kalau nak tahu aku memang fanatik dengan color biru, merah, hitam dan kelabu. Tapi paling aku suka color biru. Tapi sejak aku buat persiapan majlis perkahwinan aku dulu, secara tiba-tiba aku dah jatuh cinta dengan white color dan juga off white color. Sebab itu pelamin, bilik pengantin, hantaran aku banyak menggunakan color putih dan off white.

Perangai aku ni berlarutan sehingga sekarang. Tapi Saiful kurang setuju dengan pemilihan warna putih dalam rumah. Tapi aku ni kan jenis keras kepala.Tapi untuk tak menghampakan laki aku tu, aku gabungkan color putih dengan kelabu dan hitam. Alhamdulilah nampak gayanya Saiful suka dengan gabuangan color yang aku pilih tu.

Antara contoh deco dan perabot yang aku suka seperti gambar kat bawah ni. Dua-dua gambar ni aku suka. Sebab bagi aku, nampak simple dan nice sangat. Tak nampak serabut. Memang kena dengan citarasa aku.




Kebanyakkan barang-barang dalam rumah aku ni beli kat Ikea je. Cari yang murah-murah je dengan harga yang berpatutan. Aku memang suka cari barang kat Ikea sebab kebanyakan barang-barang kat situ kena dengan citarasa aku. Dan banyak barang Ikea sesuai dengan keadaan rumah aku yang small space. Rumah aku tak besar mana. Ruang terhad. So memang kena betul-betul pandai gunakan ruang yang ada. So pilihan tepat ialah Ikea. Kadang-kadang pernah sebulan sampai 3, 4 kali pergi Ikea. Hehe.

Aku deco dan beli perabot baru ni bukan sebab semata-mata nak raya. Aku dah mula start deco dan beli perabot baru ni sebelum bulan Ramdhan hari tu lagi. Memang ini antara wishlist aku untuk tahun ni. So sikit-sikitlah aku beli. Bukan beli sekali harung ye. Aku bukan orang kaya pun. Kerja makan gaji jugak. Hehe.




Kalau ikutkan hati aku ni, aku nak tukar sofa baru. Nak sofa color putih. Tapi Saiful tak bagi tukar. Dia kata kalau betul-betul nak tukar tunggu tahun depan. Sebab sofa yang sedia ada ni masih elok lagi. So aku pun akur dengan kehendak laki aku tu walaupun hati meronta-ronta nak sofa baru color putih.

Tapi ada bagusnya jugak. Sebab apa Raina sekarang tengah melasak dan suka ambil pensil color conteng sana-sini. Kalau jadi beli sofa color putih tu, dibuatnya Raina conteng. Harulah keadaan dan aku jadi tarzan kuasa dua. Haha.

Maaf aku tak banyak ambil gambar. Biasalah mood malas melanda. Ni aku tempek gambar mana yang ada je. Oklah nanti kalau rajin aku update lagi. Sebenarnya aku tengah busy tapi biasalah hari Isnin ni malas sikit nak buat kerja. So sambil buat kerja sambil update blog. Haha :D

29 comments:

  1. putih mmg lawo.bersih aje nmpk.tp risiko tinggi bile ada anak kecik nie hehehhe

    ReplyDelete
  2. Hehe.
    Kita pun ada pokok rumput dan pasu tin putih comel tu.

    ReplyDelete
  3. Ena : Tu lah risiko kalau banyak perabot color putih

    ReplyDelete
  4. Ain : Nurul suka pokok tu. Cantik dan simple kan

    ReplyDelete
  5. cantik la nurul deco camni. eh raina tembamnya kamu

    ReplyDelete
  6. cantiklah kaler putih tapi tuelah risiko sikit ader anak kecik nih

    ReplyDelete
  7. cantik sgt nurul,
    mcm nk tumpang bermalam kt umah nurul, boley?? huhuhu

    ReplyDelete
  8. nurul, awak beli kat mana meja makan tu?

    ReplyDelete
  9. Nice & simple. Cik Raina tak berbaju,,sepsi yaww!

    ReplyDelete
  10. Alooo x tkr sofa pun dh cntik dh rmh nrul...

    ReplyDelete
  11. waaaah comelnye umah nurul..suci berseri ngn kaler putih...raina xkacau ke pokok atas meja tu

    ReplyDelete
  12. Yun : biasa2 je Yun. itu deco bajet ciput namanya. hehehe


    mun : a'ah risiko sikit tp nice kan kalau color putih

    ReplyDelete
  13. Na : Meh lah Na. Rumah kecik je Na deco tu biasa2 je Na


    Rianna : Nurul beli kat Ikea awak. barang2 dalam rumah 70% memang beli kat ikea. hehe

    ReplyDelete
  14. Fie : Thanks Fie. Ini anak dara memang suka tak nak pakai baju tau. dia kata panas


    farhana : ye ke awak? tapi sofa nurul color brown dan hitam tu yang macam nak tukar sofa color putih


    aziyana : Raina tak usik sgt pun yana. mula2 je dia usik skrg dia dah jemu kot dgn pokok tu. hehehe

    ReplyDelete
  15. cantiknya deco..simple dan kemas..auw, kemain lagi perut raina

    ReplyDelete
  16. cantiknya deco..simple dan kemas..auw, kemain lagi perut raina

    ReplyDelete
  17. Memang kat Ikea best sangat..saya pun suke pegi sana..tapi yang mampu milik je la..yg kecik2..hehehe..saya suke hitam putih merah..tapi suke je tengok off white citarasa awak tu..nice kaler..berseih..tapi...jaga2..raina tu kecik lagi..boleh histeria jugak kalau sofa putih..hehe

    ReplyDelete
  18. cantik la deco rumah macam ni. xbyk warna lpstu nmpk kemas je

    ReplyDelete
  19. wow..menarik btul deco umah nurul..ada anak kecik payah skit nak deco2 warna putih nih..memang jadik mangsa je laa..

    ReplyDelete
  20. nani : rumah kecik ruang terhad nak deco sgt nani

    ReplyDelete
  21. mrs . norrie : thanks awak



    lynn : hehehe nurul pun beli yg murah2 je yg mampu dibeli. raina ada jugak conteng masa mula2 tu tp dah warning siap2 hehehehe

    ReplyDelete
  22. ieda : mmg tak suka guna byk warna nak nampak sesimple yg boleh


    lovelywa : hehehehe simple je tu awak

    ReplyDelete
  23. nurul, dining table tu awak beli kat IKEA, yg satu set tu kan?

    ReplyDelete