Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, September 12, 2012

Entri sebelum basi : Raya 2012

Assalamualaikum

Hari ni aku nak buat entri tentang raya. Ye ye ye aku tahu raya dah nak habis pun. Tapi tak kisahlah aku nak jugak tulis pasal raya tahun ni. Oklah kan masih dalam bulan Syawal lagi ni.

Raya tahun ni aku anak-beranak beraya kat Shah Alam je family belah Saiful. Tahun ni kami balik Sekinchan pada hari raya kedua. So hari raya pertama tu memang kami lepak beraya kat Shah Alam je. Sejak bapak mertua (FIL) kahwin baru ni, memang FIL dah 100% pindah duduk kat Shah Alam. Sesekali tu, memang kami akan balik Sekinchan. Selalunya ziarah kubur arwah mak mertua (MIL), arwah adik Saiful dan arwah nenek Saiful.

Kebetulan memang dah jodoh FIL, isteri baru FIL pun berasal dari Sekinchan jugak. Tapi mak baru ni memang duduk dan kerja kat UiTM Shah Alam. Sebab tu FIL 100% pindah duduk kat Shah Alam. Disebabkan mak baru ni pun berasal dari Sekinchan, jadi kami  memang akan balik Sekinchan jugak bila tiba hari raya.

Inilah family besar sebelah Saiful
Theme hijau : FIL, mak baru dan anak-anaknya
Theme hitam : family abang Saiful. Muka diaorang sama kan?
Theme bunga-bunga purple : Adik ipar aku. Masih anak dara
Theme biru : Aku anak-beranak

Kami :)

Family brother in law

Gambar raya tahun ni tak berapa nak best sangat sebab tak amik gambar dengan family sebelah aku. Aku balik Banting pada hari raya ketiga. Masa tu theme dah colourful so macam tak berapa best nak bergambar. Kalau ikut theme sebelah family aku, tahun ni adalah theme electric blue tau. Suka color ni. Nice sangat. 

Raya aku macam biasa sederhana tetapi meriah. Seronok jugak bila sesekali dapat balik Sekinchan. Sebab dah lama tak balik Sekinchan tengok sawah padi. Tahun ni jugak aku dan keluarga aku beraya ke rumah keluarga angkat ibu kat Kampung Pandan, KL. Setelah berpuluh-puluh tahun tak berjumpa, tahun ni begitu bermakna bagi ibu aku dapat jumpa keluarga angkat dia dan juga best friend ibu masa zaman ibu anak dara lagi. 

Tahun ni jugak pertama kalinya aku berani ajak tetamu datang beraya ke rumah kecik aku tu. Aku percaya setiap tetamu itu pembawa rezeki. Meriah dan seronoknya bila orang datang bertandang beraya ke rumah kita kan? Masak-masak dan jamu tetamu makan sambil berborak-borak. Barulah terasa kehangatan beraya tu. Cewahhh.

Oklah aku dah tak tahu nak tulis pasal apa. Macam dah kekok nak menulis. Agaknya dah lama sangat tak menulis kot. Aku nak ucapkan Selamat hari raya dan mohon maaf kepada semua pembaca blog cap ayam aku ni kalau ada kot-kot penulisan aku selama ni yang terguris hati korang. ye. Kalau sesiapa ada buat open house tu mehlah jemput aku. Aku ni bab makan ok je. Haha :D

18 comments:

  1. lawo gak biru nie hehehe..taon depan aku nk try hijau kot =P

    ReplyDelete
  2. hissshh
    kot klu cha kt jb
    mmg da serbu rumah nurul
    geram tgk si raina
    hahaha
    plus nk tgk rumah yg di deko tu
    mst comel..
    :)

    ReplyDelete
  3. Ena : Aku ingat tahun depan macam nak try merah atau hijau ke

    ReplyDelete
  4. Cha : Tu la kalau dekat bolehlah datang beraya kan kan

    ReplyDelete
  5. masuk ni dah 4x aku cuba komen post ni pakai hp. kalau xmenjadi jgk mmg aku bakar.

    selamat hari raya nurul. maaf zahir dan hati.

    im blue....

    ReplyDelete
  6. su su pun kg kat sekinchan...

    parit 8..nurul parit berapa

    ReplyDelete
  7. biru ni mmg cantik lah. menyerlah berseri2. thn dpn theme colour electric blue. konpem Iskandar ensem giler ekekek

    ReplyDelete
  8. Nurul, biru!cantiklah, igt next year nak wat biru gak ahhhh

    ReplyDelete
  9. cantik gambo raya nurul sekeluarga..rasa macam nak tema biru nie lah tahun depan..hehehe.papepon selamat hari raya maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  10. wah meriahnye fmly nih....hijau,biru,hitam n purple...cntik2 belake

    ReplyDelete
  11. Mimi : Ada je komen ko tu beb. Hehehe

    ReplyDelete
  12. Dak pink @ Ain : Selamat hari raya awak :)

    ReplyDelete
  13. Pn Susu : Parit berapa lupa tapi rasanya tali air 1 ke 7 gitu. Lupa pulak kita yang dekat dengan kedai kerepek2 bangunan color kuning rasanya

    ReplyDelete
  14. Kak Atty ; Thanks Kak :)



    Yun: Mesti hensen Iskandar pakai. Mest cantik Mya pakai

    ReplyDelete
  15. Sya : Thanks Sya nurul pun suka coor biru ni



    Mun : Buatlah nanti Mun cantik color ni. Selamat hari raya Mun



    Shima : Ala gambar biasa2 je tu Shima. Hehehe



    Pink Ummi : Hehehehe meriah dengan color kan

    ReplyDelete