Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, October 10, 2012

Bila dah suka, jangan lepaskan

Aku bila dah suka sesuatu barang, aku akan setia dengan barang tersebut. Selalunya macam tu. Contohnya baju kemeja hitam kat dalam gambar di bawah ni. Dalam banyak-banyak baju kemeja, baju kemeja hitam ni antara favourite aku. Baju ni baru je beli tapi dah masuk list barang favourite aku. Haha.

Dulu semasa aku kurus sedikit di zaman anak dara, ada 2,3 baju kemeja yang menjadi favourite aku. Walaupun beli baju baru sekali pun, aku tetap akan pakai baju kemeja tu sampai lunyai. Bayangkan semasa dalam pantang nak pergi klinik pun aku boleh sarung baju kemeja favourite aku yang aku pakai semasa pergi kelas zaman di UiTM dulu. Sampaikan macam tu sekali jika aku dah suka dengan sesuatu barang.

Macam tu jugak dengan kasut, handbag, lipstik, eyeliner dan barang-barang yang nampak remeh-temeh di mata. Contoh macam lipstik Matte Berry by Elianto seperti di dalam gambar kat bawah ni, aku suka sangat dengan lipstik ni. Jadi bila dah habis je lipstik ni aku akan beli barang yang sama. Dah tak pandang brand lain. Oh ye selain Elianto ada satu brand yang aku suka jugak iaitu Maybellin. Itu je lah kot dua brand yang aku suka untuk lipstik. Aku tak pakai brand mahal-mahal pun. Memang tak nafikan pernah pakai sekali dua brand yang agak mahal tu pun Saiful yang belikan tapi bila aku rasa tak best dan tak suka aku tak akan beli lagi barang tu walaupun brand mahal sekalipun. Tapi kalau mencuba tak salah bagi aku. Itu je prinsip aku.


Yup! Aku berani mencuba sesuatu yang baru. Tapi bila kita mencuba sesuatu yang baru, dan selepas beberapa ketika kita sendiri tak selesa dengan barang tu pun, ianya tak akan masuk dalam list favourite aku. Contohnya kisah aku jatuh cinta dengan tudung Fareeda di entri yang lepas-lepas. Memang aku jatuh cinta dengan tudung yang mahal berharga beratus ringgit sehelai tu. Tapi itu dulu ye. Sampaikan sanggup aku rembat berhelai-helai. Tapi akhirnya bila aku dah dapat apa yang aku nak, aku rasa tudung jenis awning ni memang tak serasi dengan jiwa aku. Maka aku berbalik kepada keadaan asal iaitu memakai shawl walaupun agak payah sebab perlu melilit-lilit bagai tapi itulah tudung yang serasi dengan jiwa aku sebenarnya. 

Sebab itu aku sanggup beli berhelai-helai shawl. Tak kisahlah walaupun shawl berharga RM10 pun aku rembat asalkan cantik kat mata aku. Aku memang suka pakai shawl. Antara shawl favourite aku adalah shawl leopard design yang aku beli kat Times Square berharga RM10 saja. Jadi jika anda perasan, sejak kebelakangan ni aku banyak tempek gambar aku memakai shawl leopard design ni kan? Itu lah shawl paling paling paling aku suka.

Kesimpulannya, jika kita dah suka sesuatu barang tu jangan kita lepaskan. Pakai je sampai lunyai. Pedulikan apa orang nak cakap. Yang penting hati suka, hati gembira, hati selesa. Itu dah cukup buat hidup ni lebih indah bukan?

Selamat pagi Rabu.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam. 

P/s : Hari ni rajin update blog sebab bos tak masuk office lagi. Weeeee :D

19 comments:

  1. hahaha
    bukan maen lagi
    pakai smpai lunyai yeeee

    tp tu laa..
    kdg2 org tak paham
    apsl la kite asek pakai baju yg same
    tp tu laaa...
    sbb dah sukeeee sgt la kaannn...

    ReplyDelete
  2. xpernah try lg elianto, nanti nak test la 1 :D

    ReplyDelete
  3. Icha : Hahaha selalu mcm tu lagi2 kasut kalau dah suka pakai sampai lunyai. tu lah dah suka mestilah asyik pakai je kan

    ReplyDelete
  4. Fie : Kira pepatah moden lah tu fie. hehehe

    ReplyDelete
  5. Na : Ko kena try satu. Memang best

    ReplyDelete
  6. kalau dah suka brand apa pun takpekan nurul tapi nani pernah pakai elianto tp adik punyala..

    ReplyDelete
  7. sama la kita nurul.dd pun kalau dah suka satu menda,memang sampai lunyai la jawabnya.

    shawl pun.rasanya kerap sangat dah dd upload gambar pakai shawl leopard orange yang sama.

    ReplyDelete
  8. matte berry nurul colour apa? aku ada pink, tp terang sangat la...

    ReplyDelete
  9. kt pon cam nurul gak..bak kate suami selagi tak lunyai

    ReplyDelete
  10. Setialah kiranya nie ek.heheee..
    Zuris, cepat jemu ngan sesuatu.tu yg kejap2 suka yg tu.tup2 esok lusa dah terperap je

    ReplyDelete
  11. Kita pun tak pakai brand mahal²... Mekap kita pakai Avon atau Cosway jeks...Sebab nak pakai ari² kan..Cam rugi kalau beli memahal

    ReplyDelete
  12. nani : Elianto lipstik ni yg best color dan tahan agak lama






    dd : shawl leopard awak cantiklah sukaaaaa

    ReplyDelete
  13. As : kod 05 colo dia tak merah sgt sbb mcm coklat2 kemerahan


    koleksi hana : kan? kalau dah suka sesuatu barang tu akan selalu pakai je

    ReplyDelete
  14. wah bagusnye nurul..kirenya xla membazir kan..gud2..sy sokong..hihi

    ReplyDelete
  15. zuris : tp nurul cepat jemu jugak zuris tp brg yg selalu cpt jemu tu adalah brg yg bukan fav nurul. selalunya gitu



    mala : tak pernah pakai brg cosway lagi mala

    ReplyDelete
  16. nurul cantik pakai shawl

    suka tgk

    ReplyDelete
  17. Kalau pakai tudung awning nampak matang cket, heee. Lagi cantik pakai shawl :D

    ReplyDelete
  18. dina suka shawl or tudung bawal sebab rasa mcm muda..tp kekdahnya sejak jd mak orang ni, memang malasss ya amat nak iron segala, dan nak berleceh dengan pin, tu pasal tudung sarung yg paling digemari. tak payah fareeda, zabedah pun ok..hahaha

    ReplyDelete