Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, October 19, 2012

Hello Atkins diet

Sebenarnya aku teragak-agak nak buat entri ni. Tapi disebabkan aku tengah bosan hadap kerja-kerja kat office ni, baiklah aku menulis sesuatu kat sini. Untuk pengetahuan, sekarang aku dalam proses berdiet secara hebat. Kali ni aku cuba sedaya-upaya untuk lebih serius dan lebih kental. Selama ni aku memang ada berdiet tapi semuanya ke laut. Sebabnya aku diet main-main. Baru beberapa hari diet aku dah mula bosan dan masa tu hati pun tak berapa nak kental.

Ok kali ni aku cuba ikut cara atkins diet. Sekarang sudah hampir dua minggu aku mengamalkan atkins diet. Dan selama hampir dua minggu ni jugak aku tak makan nasi. Kalau ikut cara atkins diet ni dua minggu pertama kita perlu melakukan peringkat "induction". Peringkat ni adalah peringkat paling mencabar dalam hidup aku.

Kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya peringkat induction ni kita diharamkan dari mengambil nasi, buah-buahan, roti, segala jenis mee dan bihun dan macam-macam lagi. Dan limit karbohidrat yang boleh aku ambil dalam tempoh peringkat induction ni hanya 20g karbohidrat je. Aku pun masih belajar mengira karbohidrat pada setiap menu. Maybe ada 1,2 hari masa tempoh peringkat induction ni terlebih sikit dari limit yang karbohidrat yang dibenarkan. Tapi takpe kita tak bolehlah terlalu memaksa badan kita masa proses berdiet kan? slow-slow lebih selamat. Nantilah kalau aku rajin sikit bila-bila aku cerita lebih lanjut pasal atkins diet ni ye. Sekarang ni tak berapa nak rajin sangat. Tapi aku tak janji tau. Biasalah aku kan makin malas nak update blog. Haha. Tapi aku mungkin akan panjangkan sedikit peringkat induction ni dari dua minggu ke tiga minggu. Sebab minggu pertama induction aku dah termakan roti dan biskut berkeping-keping. Masa tu aku bajet roti dengan biskut boleh makan. Rupa-rupanya tak boleh daaa.

Untuk elakkan dari makan nasi tu, InsyaAllah aku masih boleh control lagi. Sebab dulu masa belum kahwin pun aku pernah tak makan nasi hampir setahun. Tapi yang paling payah aku nak control seperti menu kudap-kudapan. Contohnya kerepek pisang (Favourite aku no 1) dan bihun. Tapi hari tu dah termakan kerepek pisang. Ini kes tak tahan godaan. Hahaha. InsyaAllah lepas ni aku cuba control nafsu makan sehabis mungkin.

Dalam masa yang sama aku ada buat  sedikit exercise bila balik kerja. Nak pergi gym tapi aku tengok gym area rumah aku ni dipenuhi dengan lelaki-lelaki perkasa. Seram pula aku. So batalkan saja niat nak pergi gym tu. Jadi buat je lah exercise kat rumah. Aku ingat hujung minggu nak pergi jogging. Dah bagitahu Saiful minta temankan sambil jaga Raina. InsyaAllah semoga dipermudahkan semuanya.

Pagi tadi terbeli kuih tiga ketul. Dua ketul kuih karipap dan seketul lagi tu kuih apa entah aku tak tahu nama. Terfikir-fikir aku nak makan ke tak. Sampai-sampai office google sana, google sini nak cari berapa banyak karbohidrat kuih karipap. Sambil google otak ligat berfikir macam-macam. Dan akhirnya dengan tekad, aku pun bagi tiga ketul kuih tu kat nyonya kurus selim-melim kat department aku ni. Redha dalam keterpaksaan.

Doakan program diet aku berjaya ye. Aku tak menaruh harapan tinggi sangat. Kalau dapat kurangkan sikit kg berat aku, dapat kecikkan pinggang, paha, lengan dan punggung aku pun dah bersyukur sangat. Tapi kalau dapat turun lebih banyak kg berat aku, lagi best kan?

Ambil gambar dengan momok montel dengan harapan menampakkan ilusi badan sedikit kurus :D

20 comments:

  1. comel hehehehe....ramai mun yang amalkan atkins diet nih berjaya dan mun harap nurul berjaya lah yeee chaiyok chaiyok

    ReplyDelete
  2. Mun : Doakan nurul berjaya kurus ye :)

    ReplyDelete
  3. aku klu ingat atkins msti teringat aku dapat darah tinggi agagaga...mkn telur byk sgt kekekeke...hati2 yer jgn jd cam aku haha

    ReplyDelete
  4. Good luck Nurul!
    Disiplin, disiplin Disiplin!

    =)

    ReplyDelete
  5. Ena : Tu lah aku pun try limitkan pengambilan telur dan gantikan dengan sayur, ayam, tauhu goreng, sosej.

    ReplyDelete
  6. Ain : Yeah displin displin displin doakan kita kurus ye

    ReplyDelete
  7. gud luck nurul..insyaallah bole berjaya klau btul2 nk kurus..sy pun tengah nak menten je sbb aritu pose turun kat 3kg..tapi susah jugak eh diet atkins ni..byk yg takleh mkn dr bole mkn..kesabaran kene tinggi tuh..

    ReplyDelete
  8. aduhai.. kuatnya semangat nurul. inspired ni.. =)

    ReplyDelete
  9. mst boleee..
    caiyoookkkkk ....
    ;)

    ReplyDelete
  10. lovelywa : hrp2nya berjayalah proses diet ni. tu lah kena bersabar dan kental

    ReplyDelete
  11. ak yuyunz : Nurul tak boleh dijadikan inspirasi sebab masih dalam proses diet try tgk blog yg lain yg dah berjaya dengan cara atkins diet ni

    ReplyDelete
  12. GOOD LUCK nurul...kalau jue, mmg ke laut la...hahaha!!!

    ReplyDelete
  13. gud luck nurul. sy masih blom cukup kental utk berdiet. mungkin after nurul ngan nano menampakkan hasil baru lah diri ni insaf kot hahaha

    ReplyDelete
  14. Salam perkenalan nurul.
    Saya Khairani, seronok baca blog ni.

    Nurul, Atkins Diet quite help kalau nak turunkan berat badan, but tak boleh lebih 2 minggu sbb once it will make kita lebih carving. huhu..ni dari kata yg dah experience la..after 2 weeks biasakan juga ambil nasi at least satu senduk kecik, but maintain tu je jgn lebih.. good luck tau. ^_^ ( saya pun tgh diet)


     Nanti jemput ke blog saya ye.
    REDCOMEL

    ReplyDelete
  15. go nurul go nurul...kt pena buat atkins dulu.seronok nye atkins sb bole mkn.salu belasah telur/sosej brand ramly (plg low carbo)tapi tewas jugk akhirnye bile habis program diet..huhu

    ReplyDelete
  16. Atkins diet ni Dia emphasize on protein kan?
    Good luck Nurul!sekarang pun dah cun la..hehe

    ReplyDelete