Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, November 27, 2012

Majlis konvokesyen Bani Jamian

Assalamualaikum
 
Hari ni nak cerita pasal majlis konvokesyen adik bongsu aku, Bani. Cerita ni baru lagi, hari Ahad lepas. Jadi bagi memeriahkan dan menggembirakan adik bongsu, aku pun ikut serta ke UiTM Shah Alam. Tapi aku tak masuk dalam dewan pun. Tak kuasa Mak Jemah nak masuk dan duduk dalam dewan berjam-jam. Yang masuk cuma ibu aku je. Aku cuma tunggu kat luar je. 

Oh ye, kali ayah aku tak dapat join sebab tengah sakit kaki. Sebenarnya ayah aku memang dah lama sakit kaki. Sekarang ni ayah aku nak jalan jauh pun tak berapa larat. Kalau ikutkan, ini adalah majlis konvokesyen kali ke 5 dalam family aku. Dari majlis adik aku Dhila, termasuk diri aku sendiri dan sekarang giliran Bani pulak. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa macam banyak sangat aktiviti konvokesyen ni dalam family aku sedangkan adik-beradik aku tak ramai? Sebenarnya ini adalah termasuk majlis konvokesyen dari peringkat diploma sampailah ke peringkat degree. Master belum lagi ye. Berangan-angan tu ado tapi otak macam dah berkarat je nak study lagi. Hahaha. 

Almost 5 years aku tak masuk kawasan UiTM. Pada hal hari-hari pergi balik kerja lalu depan UiTM Shah Alam tu. Jadi aku sangat teruja bila menjejakkan kaki kat tempat aku menimba ilmu dulu. Banyak benau perubahan sekarang. Yang aku perasan banyak bangunan-bangunan baru. Banyak kenangan kat UiTM Shah Alam ni. Kadang-kadang aku ada terfikir nak buat satu entri tentang pengalaman aku kat UiTM ni tapi biasalah aku kan dasar pemalas nak menaip. Hahaha.





Adik aku untung sebab sekarang ni, semua majlis konvokesyen berlangsung kat dewan baru. Apa nama dewan tu aku pun lupa. Tapi dewan baru ni memang cantik gila dan besau kemain. Time aku dulu kat Dewan Sri Budiman yang dah berzaman tu je lah. 

Sekarang ni Bani sambung belajar lagi. Ambil degree pulak. Sebenarnya aku tak berapa galakkan Bani sambung belajar full time. Biarlah dia kerja cari pengalaman bekerja sambil belajar. Sebab hari tu, sementara Bani tunggu offer sambung belajar, dia dapat offer kerja kat Karangkraf dan dia kerja untuk beberapa bulan. Tapi Bani berkeras nak sambung belajar full time. Bukan apa, aku risau sekarang ni nak cari kerja yang bagus bukan senang. Tapi it's ok lah rezeki tu ada kat mana-mana kan? Aku harap lepas Bani habis study ni, dia akan dapat offer kerja lebih bagus kakak-kakak dia ni. Kakak-kakak dia ni kerja biasa-biasa je. Dia anak lelaki dalam family jadi dialah harapan kami. Cewahhh kemain ayat aku kan. InsyaAllah mudah-mudahan.


Raina pulak kemain suka hari tu. Minah tu memang suka berjalan. Tak kisahlah berjalan kat mana-mana pun. Gambar kat atas tu gambar dia sementara tunggu Pak Usu dia keluar dewan. Oh ye, Raina panggil Bani, 'Pak Usu'. Berpeluh-peluh anak dara tu sebab kepanasan tunggu kat luar. Bukan nak duduk satu tempat. Nak mengukur jalan je kerjanya.

Oklah dah tak tahu nak tulis apa lagi. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.

15 comments:

  1. eh, nurul nampak kurusla..mmg dah kurus ye..kemain raina stylo dgn belt love dia

    ReplyDelete
  2. kite pon x msuk dewan mse konvo hubby ari tu. jenuh jgk la tunggu kt luar. mjur humaira x ngamok. cumell raina dengan baju belang2 :)

    ReplyDelete
  3. Nama dia memang Bani ke Nurul?
    Unik lah nama dia.

    ReplyDelete
  4. Nani : Eh belum kurus lagi tu kan gambar dari tepi Nani. Dari tepi memang nampak macam kurus padahal lemak banyak lagi ni

    ReplyDelete
  5. Ibu Humaira : UiTM jugak eh? Baju murah je tu awak. Hehehe

    ReplyDelete
  6. Ain @ Dak pink : Nama dia Rabbani panggil Bani je. Jarang kan orang nama macam tu

    ReplyDelete
  7. colourful betul raina dengan mama dia.hehe.tapi memang style la!

    ReplyDelete
  8. GERAM btol tgk ragam si raina
    hiiissssshhh
    :p

    ReplyDelete
  9. mcm gengster je raina berdiri sambil cekak pinggang picca 1 tu..heheheh

    ReplyDelete
  10. alaa cik kak kecik tuh..kemain lagi yerr....purple seme..aunty likeee....

    ReplyDelete
  11. ye lah...nurul dah kurus lah...berjaya misi camtu kan.....besnye....
    amboi raina....comel nye awak....

    ReplyDelete
  12. haha kelakarlah raina pose cekak pinggang camtu. bajet model eh?!

    kurus dah nurul!

    ReplyDelete
  13. DD : hehehe sekarang mcm suka buat style colourful pulak DD. Kemain. Hehehe

    ReplyDelete
  14. Ana : hah kalau nak tahu tu style terbaru yg dia suka benau buat skrg. sapa ajar tak tahu lah



    myra : dia mcm ummie ngah dia suka pepel color


    mar : belum kurus lagi mar. itu hanya ilusi gambar. hehehe


    farah : hahaha raina ni pantang nampak kemera ada je gaya nak di buatnya. eh kita belum kurus lagi farah itu ilusi gambar je tu

    ReplyDelete