Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, November 21, 2012

Raina Evaqairina is three

Assalamualaikum

Hai. Dah sebulan lebih kot aku tak update blog. Ok lap-lap sikit habuk yang ado. Memang dasar pemalas nak update blog sekarang ni. Bila nak rajin? Aku pun tak tahu. Aku lebih suka melepak kat twitter dari update blog sekarang ni. Kat twitter sekarang makin meriah. Tu yang terabai sikit blog aku ni. Haha.

Dua hari lepas, 19 November 2012, genap umur anak dara aku 3 tahun. Wow! Sekejap je aku rasa anak dara aku tu membesar. Sekarang ni keletah dia dah bermacam-macam. Kalau bab bercakap tu kadang-kadang dialog dah macam dialog orang dewasa. Kalau nak tahu Raina ni memang banyak bercakap ye. Lagi-lagi kalau dia jumpa dengan orang yang dia dah lama kenal. Jangan terkejut kadang-kadang dia bercakap macam gaya orang dewasa.

Kadang-kadang balik kerja dia cerita pasal hantu momok, cerita dia makan apa kat school, cerita pasal kartun apa yang dia tengok kat school dan macam-macam lagi. Jadi aku pun layan je lah bila Raina dah start bercerita. Hilang jugak stress aku kan.

Oh ye baru malam tadi Raina cerita pasal hantu selipar. "Mama, tadi kan Nena nampak antu seliper". Nampak tak betapa anak aku ni suka imaginasi perkara yang pelik-pelik. Ado ke hantu selipar? Selalunya dia suka imaginasi pasal hantu momok.





Hobi Raina sekarang adalah menyanyi dan berjoget. Aku tak tahu dari mana datangnya perangai dia yang satu ni. Nak kata aku suka menyanyi dan berjoget apo kejadah pulak eh. Nak kata Saiful? Bukan jugak. Dalam hp aku ni penuh kot dengan video dia menyanyi dan berjoget. Kadang-kadang Raina sendiri yang suruh aku rakam. Percaya tak? Silalah percaya. Itulah perangai anak dara aku.

Kadang-kadang tu aku tengah syok-syok tengok TV, Raina tiba-tiba menyanyi kat tengah-tengah ruang tamu. Babysitter Raina pun cakap benda yang sama. Kawan-kawan yang lain elok tengah tengok TV yang dia dok menyanyi. Nak suruh kawan-kawan dia tengok dia menyanyi ke apo? Kalau aku drive berdua dengan Raina, Dia lebih suka menyanyi. Kadang-kadang aku ikut sekali menyanyi melalak dalam kereta dengan dia. Best jugak. Haha.




Tahun ni tak buat party pun untuk Raina. Sama macam tahun lepas. Sebab memang plan nak bawak dia pergi holiday. Tahun lepas bawak Raina pergi Sabah kan? Tahun ni plan mahu ke tempat lain pulak. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Untuk gembirakan hati Raina, aku belikan dia sebijik kek dan Saiful pulak belikan sate. Kenapa sate? Sebab Raina paling suka makan sate. Dalam beberapa minit Raina boleh habiskan beberapa cucuk sate. Kalau dia tak ada selera nak makan pun selalunya dia request sate. Nampak tak betapa anak aku suka makan sate. Haha.
  
Hari sebelum birthday Raina hari tu, kami ada bawak Raina tengok wayang dan bawak dia pergi Ikea. Ikea adalah tempat favourite Raina. Tak tahulah kenapa dia suka sangat pergi Ikea. Menangis-nangis okeh kalau bawak pergi tempat lain. Saiful cakap ikut perangai aku. Haha. Bawak Raina tengok wayang tu pun sebab Raina yang request nak tengok cerita 'Ajiboy'. Tergelak-gelak anak dara aku dalam panggung tengok cerita 'Ajiboy'. Haih dah besar panjang anak dara aku kan siap request nak tengok cerita apa kat panggung.

Selepas sesi potong kek dan makan sate, ada sesi buka hadiah. Sebenarnya ni hadiah dari aku dan Ummie Ngah Raina. Hadiah biasa-biasa je pun. Saja nak bagi Raina happy. Kemain suka Raina dengan hadiah-hadiah tu.




Untuk Raina,

Semoga menjadi anak yang baik-baik untuk papa dan mama. Dan semoga kamu menjadi lebih baik dari mama dan papa. Mama selalu berangan nak Raina jadi doktor suatu hari nanti. Nie kes terjumpa nama 'Doktor Raina' kat hospital hari tu, terus berangan nak anak jadi doktor. Kemain aku kan? Hahaha. InsyaAllah kot-kot termakbul impian aku ni. Sejuk perut ibu mengandung. Tapi kalau dia suka bidang lain it's ok asalkan bidang yang baik-baik sahaja.

Sayang Raina banyak-banyak =)

20 comments:

  1. hepi bufday raina.. teringat masa dia baby dulu.. kejap je dia dh besar..:)

    rambut dh panjang..cantikk!

    ReplyDelete
  2. Ana : Tu lah. Dah anak dara gitu. hehehe

    ReplyDelete
  3. hepi besday raina. alaaa xde party ke? frustnya huhuuu. ehehe xdela gurau je.hantu selipar tu camne eh?

    ReplyDelete
  4. happy third besday raina.....sekejap je dah 3 tahun kan.....semakin besar semakin comel

    ReplyDelete
  5. Salam kenal...Happy Birthday Rania...best nyer anak dah petah bercakap neh..

    ReplyDelete
  6. aloloo..dh big gurl arr..
    so raina dh boleh mtk adik kt mama tau..wakaka..
    Hapy beday raina..

    ReplyDelete
  7. Yun : Thanks Aunty Yun. Entahlah macam mana hantu seliper tu pun tak tahu imaginasi pelik2 anak dara ai tu tau

    ReplyDelete
  8. Mun : Thanks Aunty Mun =)



    Myra Qairel : Thanks awak sudi baca dan drop kat blog kita ni =). A'ah cakap macam orang besau


    Ana : Thanks Aunty Ana. InsyaAllah kalau ada rezeki =)

    ReplyDelete
  9. aaa dah besar die..dah 3 tahun..happy bday raina:))

    ReplyDelete
  10. pandai lipat baju.. happy birthday girl!

    ReplyDelete
  11. Maya Amir : A'ah dah besau dah. Thanks Aunty Maya

    ReplyDelete
  12. Tengku Artini : A'ah dah boleh di harap. Thanks Aunty =)

    ReplyDelete
  13. happy besday dek...moga jadi anak yang solehah

    ReplyDelete
  14. Farhana : Thanks Aunty =)



    Mama Farris : Thanks Aunty =)

    ReplyDelete
  15. happy besday kpd Raina, moga Raina jd ank yg baik untuk Papa dan Mama. Happy 3rd year Raina

    ReplyDelete