Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, December 13, 2012

Berat hati

Sebenarnya aku nak nak buat entri ni semalam. Tapi semalam aku busy sikit sampai terlupa nak draft pasal entri ni. Hari ni dengan penuh semangat aku menaip. Aku rasa bersemangat pulak tengok Dayu rajin benau update blog dia lately. Apasal kau rajin sangat update blog Dayu? Tercabar aku tau. Blog aku ni asyik bersawang je. Haha.

Semalam macam biasa pagi-pagi aku hantar Raina ke rumah babysitter. Aku pun macam mak budak lain yang berkerja, yang setiap kali hantar anak ke rumah babysitter atau nursery, hati automatik akan rasa sayu dan berat hati. Tapi demi mencari rezeki aku gigihkan jugak. Kalau aku ni kaya, duit berkepok-kepok aku pun malas nak kerja. Baik aku duduk rumah jaga anak. Biarlah anak aku tu membesar di bawah jagaan aku dari siang sampai ke malam. Aku rasa bukan aku seorang yang mempunyai impian perkara yang sama macam ni. Semua mak budak yang bekerja mesti ada impian yang sama. Betul tak?

Tapi aku kena jugak kerja untuk menjadikan kehidupan aku  ni lebih selesa dan apa yang aku nak aku boleh dapatkan dengan hasil titik peluh aku sendiri. Memang banyak kali aku mengeluh cakap kat Saiful, aku dah fed up nak kerja. Perkara ni akan terjadi setiap kali aku stress kat tempat kerja. Saiful pernah jugak offer aku cakap terpulanglah kat aku. Tapi aku pulak yang tak nak. Banyak sebab kenapa aku tak nak terima offer laki aku tu. Antara sebabnya, aku nak kehidupan aku lebih selesa. Lagi satu aku jenis suka nak dapatkan sesuatu tu dengan hasil duit sendiri. Jadi aku taklah terhengeh-hengeh minta duit laki aku. Tapi tipulah pulak kalau aku cakap aku langsung tak pernah terhengeh-hengeh minta duit Saiful nak beli itu ini kan? Memang pernah tapi tak selalu. Iyolah kalau selalu minta nanti kena bebel pulak. Itu yang jadi beli barang pastu suka sorok-sorok dari laki sendiri sebab takut kena bebel. Haha.

Ok berbalik cerita pagi semalam, macam biasa turun dari kereta selalunya aku akan dukung Raina sampai sampai depan rumah babysitter. Lepas Raina turun dari dukungan aku dan salam aku, terus aku beredar macam biasa. Tiba-tiba Raina menjerit panggil aku. "Mamaaaa". Aku pun toleh ke belakang. Raina terus cakap, "Nak peluk mama". Aku pun terus berpatah balik dan peluk anak dara aku tu. Ya Allah terasa sayu dan berat hati aku time tu. Nak menangis pun ada okeh. Tapi aku tahan-tahan rasa sebak tu.

Terus pagi-pagi semalam aku emo tak pasal-pasal terkenangkan anak aku kat rumah babysitter. Muka terus jadi ketat semacam rasa macam nak kena tampar je semalam. Haha. Tapi mengenangkan aku bukan nak pergi berjoli katak atau berjimba-jimba, tapi nak pergi mencari rezeki yang halal. Jadi aku gigihkan jugak.

Harap anak aku faham situasi papa dan mama dia. Papa dan mama pergi kerja cari rezeki pun untuk kesenangan Raina jugak. Oklah aku dah sebak taip entri ni. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.


Gula-gula hati saya

13 comments:

  1. sayu dan sedih hati mun biler baca entry nurul nih...even mirza mak mun jg mun tetap rasa sedih nak tinggalkan dier...tambahan sekarang nih dier selalu cakap nak mama nak mama

    ReplyDelete
  2. mun : kan? sayu sangat. tapi kita kena gigihkan jugak mun sebab kita bekerja cari rezeki kan

    ReplyDelete
  3. aku tiba2 rajin weh update blog. rasa nak pelihara dan belai blog manja2 macam dulu

    lagipun tgh ada BE (:

    bila anak menangis tak nak gi nursery lagi sayu wehh. rasa bersalah tinggalkan dia kat org. dia beriya2 panggil kita nak kita, tapi kita tinggalkan dia.. sedih

    berhenti keje mungkin bukan option bagi aku yang bekerja dengan kerajaan ni. aku kena tabahkan diri lalui fasa-fasa menyayat hati ni bertahun-tahun lagi..semoga tabah

    *weh, aku geram ngan shawl kau

    ReplyDelete
  4. Dayu : tu lah kita kena bertabah beb. shawl tu ko kasi terjah cari beb

    ReplyDelete
  5. aku rasa semua mak-mak pak-pak yg bekerja hantar anak tmpat lain mesti ada perasaan mcm ni. sama lah kita lagi2 kalau si Amira tu nangis2 tak nak lepas.

    ReplyDelete
  6. Kalau anak lagi rapat dengan babysitter lagi double sayu sebaknya.

    Malam-malam cakap, Mummy nak nenek..

    T_____T

    ReplyDelete
  7. mmg rasa berat hati...tapi nak buat mcmana kita ada tugas yg perlu didahulukan...doakan semoga sicomel dijaga dgn baik, insya allah...

    ReplyDelete
  8. As : Raina pun ada jugak sesekali menangis tak nak pergi rumah babysitter. Time tu memang berat hati lah wei

    ReplyDelete
  9. Dak pink @ Ain : Serius ? macam tu lagi sayu




    Qhaifa Nur : Kan? Harap di jaga dengan baik

    ReplyDelete
  10. as salam..

    alahai comelnya Raina..

    ReplyDelete
  11. impian seme org yg jg mak utk jaga anak sendri..saya pon kekadang tewas...bergenang gak air mata bila anak nangess..tapi kene cekal hati anta anak ke nursery..sbb evry time anta dia memang nangis.. nak bagi dia hidup selesa..dan tak nak membebankan suami...:)

    ReplyDelete
  12. Myra : Kena cekalkan hati demi mencari rezeki halal kan

    ReplyDelete