Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, December 18, 2012

Bila kurus terasa gemuk

Sekarang aku suka tersadai kat twitter. Facebook (FB) dah jatuh nombor berapa aku pun kurang pasti. Tapi yang pastinya aku dah makin bosan dengan dunia FB. Selalunya aku on FB tak sampai 5 minit, pastu aku dah tutup dan laju-laju layan twitter semula. Kalau nampak aku update FB tu selalunya aku update letak gambar je. Jarang update buat status itu ini. Agaknya aku dah begitu tua kot bila mana aku rasa FB ni lebih sesuai untuk golongan muda belia. Eh tua sangat ke aku? Muda lagi kan? kan?

Kadang-kadang tu aku tak update apa-apa pun kat timeline di twitter. Cuma suka perhatikan timeline je yang kadang-kadang laju macam angin ribut dan kadang-kadang perlahan macam kura-kura kepenatan. Kalau datang mood rajin aku layan jugak sesetengah conversation kenalan-kenalan di situ. Kalau datang mood malas aku jadi tukang baca timeline je.

Ok entri aku kali ni bukan nak cerita perihal FB mahupun twitter. Tapi aku nak cerita pasal trend sekarang di mana rata-rata manusia di FB, twitter mahupun platform sosial terbaru seperti instragram, yang suka meletak bermacam-macam jenis gambar. Aku pun tak ketinggalan keretapi sebab kadang-kadang turut sama terjebak upload gambar ikut suka aku je. Tapi aku sedaya upaya bersikap jujur di mana aku upload gambar aku yang kelihatan gemuk dan aku mengaku aku memang banyak lemak di situ. Tapi yang buat aku rasa annoying bebenau tu bila ada manusia yang meletak gambar yang pada pandangan mata aku, kau sememangnya dah kurus cun melecun tetapi menggangap diri kau gemuk. Adakah kau betul-betul mahu mendoakan diri kau gemuk?

Letak gambar berdiri depan cermin dan tulis : "Aku dah gemuk. Aku yang kembang semangkuk".

Aku tak tahu apa tujuan kau letak gambar yang sememangnya dah sedia kurus macam Lisa Surihani dan ada figure yang sangat meletop tapi kau cakap kau gemuk? Kalau betul-betul Tuhan bagi kau gemuk, adakah kau akan menggelabah ayam? Jadi janganlah berdoa dan berharap menjadi gemuk. Bersyukurlah dengan apa yang ada. 

Nanti jadi macam aku. Kau tengok aku yang banyak lemak sana sini kemain payah aku nak kuruskan balik jadi keding macam zaman anak dara aku dulu. Sanggup skip nasi berbulan-bulan lamanya. Ada tak kat mana-mana gambar aku yang kelihatan gemuk tapi aku tulis aku dah kurus macam Lisa Surihani? Setahu aku tak ada kot. Jadi bersikaplah jujur dengan diri-sendiri. Tapi aku cakap jujur, aku tak gemuk mana aku berisi je. Nak jugak cakap tak gemuk tu. Hahaha. Eh mestilah aku pun nak jadi cun macam Lisa Surihani jugak. Eh kenapa dalam entri aku ni selit nama Lisa Surihani ni? Tak ada artis lain ke? Semuanya gara-gara 'Istanbul Aku Datang'. Ok ni dah lari dari tajuk. Sebelum aku meraban tulis entah apa-apa baik aku buat kerja sekarang. Oklah nanti kalau rajin aku update lagi ye.

Minah ni memang cantik. Aku suka :D

22 comments:

  1. igtkan sy sorang je yg alami org2 sebegitu dlm instagram..rupenye nurul pun sama gak eh..ape laa dorang kan..tak syukur ehh..kite yg gemuk ni klau bole nak kata diri ni kurus..iskh2

    ReplyDelete
  2. lovelywa : kan? kalau dah kurus tu mengaku je kurus jangan doa2 nak gemuk kang dah gemuk gelabah ayam nak kurus balik

    ReplyDelete
  3. haha kelakar entri you yang ni :) gotta agree with u.orang2 yg kurus tapi perasan gemuk tu mungkin pada sesetengah keadaan, craving for attention. that's all.

    sukala dia bila org cakap, "eh ko tak gemuklah, kurus je"...atau "wowww kurusss!". haha.

    ReplyDelete
  4. Ayuni : I pun syak orang2 mcm ni nak perhatian je kot. hehehe

    ReplyDelete
  5. aku suka cerita ni tengok sampai 3-4 kali. cun la lisa, baju dia kasut dia semua tu...
    Bab kata diri gemuk tu hahaha, bila aku aku 'gemuk' aku tak faham kenapa org kata kurus, gila kau lemak aku kiri kanan, lain lah kurus mcm lisa. lagipun aku rendah kan kenalah kurus lagi. hehehehe

    ReplyDelete
  6. hehehee....betul tue bersikap jujur adalah lebih baik kan nurul....nih dah kurus keding sampai underweight pun still lah duk cakap dier gemuk....wuhaaaa gemuk tang mana pun tak tau ler....

    ReplyDelete
  7. setuju. aku pn nyampah je org ckp dia gemok pdhal kurus aje. saje nk soh org ckp 'ehh awk x gemok la '. so lame. hate it!!!

    ReplyDelete
  8. tima kasey sbb blogwalking blog zura.. muaahh nrul :=)

    ReplyDelete
  9. nano : wei minat lisa jugak ke? comel kan dia?

    ReplyDelete
  10. As : Aku rasa ko memang kategori kurus As. Serius ni beb. Memang pun cerita ni best wei kan

    ReplyDelete
  11. Ena ; Nak tarik perhatian orang kot beb sebenarnya nak suruh kita ckp dia kurus kot


    Zura : Sama2 Zura :)

    ReplyDelete
  12. ekceli dah lama folo & skodeng blog nurul lps terjumpa entry pasal percutian nurul kat sabah...heheeheh !!

    ReplyDelete
  13. zura : oh nurul lately jarang benau layan blog byk melepak kat twitter ni baru rajin nak layan blog sayang dah lama berblogging kan. oh nak pergi sabah ke ye

    ReplyDelete
  14. betul la nurul.dd muak lagi satu perangai budak2 skrg,amik gambar sendiri buat duckface pastu tulis "aku tak cantik macam korang".

    entah apa yg diharapkan pn taktau.nak suruh orang cakap "eh takdela.awak cantik sangattt!" agaknya..pfttt

    ReplyDelete
  15. DD : dah macam2 pesen bergambar skrg kan

    ReplyDelete
  16. haha..aku setuju sgt. menyampah gile org jenis mcm ni.

    ReplyDelete
  17. kat opis mar ade yg camni...mmg kurus mcm lidi..tapi dok claim die gemok...terus macam tertanye2....tang mane yg gemok tu?

    ReplyDelete
  18. hahahahha..best u statement gelabah ayam tuu..hehehe...btw betol...sesetengah yg dah kurus or figure dah ok..still mention gemok or tembun or kembangg...padahal kita tgk okey jer...saje la tu nak org puji tuu....letihh n nyampah khenn org yg mcm nih..tapi siyes mama syahmi ni gemok ...pinggang ke bawah susah tol nak kuwusss...tang peha n pongongg...dah mcm drumstick ..hahahhaha..redho je la..malas nak diet..hew hew hew...

    ReplyDelete
  19. Afni : aku pung! hahaha


    mar : saja nak cari perhatian tu mar kot



    myra : sama! nurul ni tang pahan, punggung banyak lemak. stress wei. hehehe

    ReplyDelete