Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, December 28, 2012

Gambar lama dan cerita biasa

Perangai aku sekarang ni, sebelum tidur suka godek tengok album lama-lama. Malam tadi entah macam mana aku pergi godek album lama-lama kat FB adik aku, Dhila. Rupa-rupanya dalam FB dia banyak pulak tu gambar Raina masa Raina kecik-kecik dulu.

Ok gambar kat bawah ni dah lama. Tak silap aku masa umur Raina 5, 6 bulan. Tapi rasanya aku tak cerita pun secara keseluruhan pasal photoshoot adik-beradik ni kat blog. Kalau ada pun maybe tak menyeluruh. Maklumlah aku kan kalau nak update blog tengok mood. Hahaha. Sebenarnya gambar ada banyak sangat tapi malas nak tempek kat sini. Aku ambil dari FB adik aku secara random je ni.

Sedia maklum, adik-beradik aku 3 orang je termasuk aku. Aku anak sulung. Bawah aku adik perempuan dan adik lelaki. Sesiapa yang baca blog aku dari awal, rasanya dah tahu pasal ni. Alhamdulilah, kami memang rapat antara satu sama lain. Kiranya boleh kamcing dan jadi satu geng. Lagi-lagi adik perempuan aku. Sebab dia perempuan. Macam Bani tu lelaki ada hadnya iyo tak?




Sebagai kakak sulung, aku selalu terapkan dan nasihatkan adik-adik aku supaya janganlah nak berkira sangat dengan adik-beradik. Kena tolak ansur antara adik-beradik. Tapi macam adik aku Bani ni dia memang agak kedekut sikit. Tak tahulah ikut perangai siapa. Kedekut mengalahkan aku tu. Kesian siapa jadi awek dia. Hahaha. Tapi walaupun dia agak kedekut, dia masih boleh tolak-ansur. Senang kata dia penjimat orangnya. Memang betul-betul jimat okeh. Dia student tapi dia pandai urus duit dia. Itu yang aku tengoklah. Kalau dia nak beli sesuatu barang tu dia siap buat pengiraan bajet dulu. Kalau keluar shopping dengan dia semua benda yang tak penting pun nanti dia cakap tak payah beli. Tapi untuk diri-sendiri tu boleh pulak dia nak beli. Memang lawak tapi baguslah tu kan?

Macam adik perempuan aku, Dhila ni dia jenis tak lokek. Aku suka sebab dia jenis tak berkira. Itu yang best tu kalau keluar shopping dengan dia. Hahaha. Adik aku ni kira rapat sangat dengan Raina. Untung Raina dapat Ummie Ngah macam adik aku ni. Iye lah anak buah baru sorang. Lagipun Raina cucu pertama dalam family aku. Memang manja melampaulah kan? Pastu apa yang Raina nak semua kitaorang cuba ikutkan je. Aku suka keluar shopping dengan adik aku, Dhila ni. Kitaorang selalu akan plan awal-awal simpan duit untuk peruntukan shopping dan akan keluar shopping seharian suntuk. Percaya tak? Itulah kitaorang. Dah kata kamcing. Hahaha.

Aku berharap, keakraban aku antara adik-beradik ni akan kekal sampai bila-bila. Biasalah kadang-kadang tu ada jugak selisih faham tapi selalunya tak lama. Sekejap je dah berbaik semula. Lagipun family aku tak besar mana. So tolak-ansur dan faham hati masing-masing tu memang sangat penting. InsyaAllah.

6 comments:

  1. adik-beradik nani pun 3 org..yg 2nd perempuan gsk dan yg bongsu pun lelaki sama dgn nurul

    ReplyDelete
  2. bila kecik berkongsi cerita kecik-kecik, bila besar berkongsi cerita keluarga pulak.. hehe.. kadang-kadang rasa rindu nak kembali zaman kanak-kanak.. =)

    ReplyDelete
  3. kami pon 2beradik jgk.bezanya 2lelaki & sorang perempuan.so sy xde geng kamceng nk soping huwaaaaa.xpe tunggu mya dh besar lah geng ngan dia

    ReplyDelete
  4. ak yuyunz : Memang pun rindu zaman kecik2. Kita pun sama awak

    ReplyDelete
  5. Yun : Macam tu tunggu Mya besau leh jadi geng kamcing

    ReplyDelete