Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, December 18, 2012

Selekeh tapi macho : Chef Adu Amran


Ini entri untuk stok cuci-cuci mata je bukan entri berfaedah okeh. Aku tengah rajin update blog ni, memang ada je cerita yang aku nak tulis kat sini. Agak-agak Saiful jeles ke aku buat entri pasal chef macho ni? Ala, anggap macam peminat yang nak bercerita pasal hero pujaan. Boleh kan? Hahaha. Aku nak cerita pasal Chef yang macho dan kacak kat mata aku, siapa lagi kalau bukan Chef Adu. Siapa yang tak kenal Chef Adu Amran ni kan? Rasanya semua kenal lagi-lagi yang layan rancangan TV realiti Masterchef kat Astro Ria. 

Dalam banyak-banyak Chef kat Malaysia ni aku suka stail Chef Adu. Aku rasa dia stailo gila walaupun kadang-kadang nampak agak selekeh dengan stail jambang kat muka tapi dia tetap nampak macho. Bila tengok dia ni, aku akan teringat kat pelakon Keanu Reeves. Sebabnya Keanu Reeves pun macho kat mata aku walaupun dengan stail jambang kat muka.

Hah cuba tengok gambar kat bawah ni. Macho kan? Kemain lagi Chef Adu ni tau pakai baju T-shirt pink dengan stail bergambar manja gitu. Gambar ni aku ambil kat FB dia. Minta kebenaran ye chef tempek gambar chef kat blog saya ni.


Disebabkan aku minat sangat dengan Chef Adu ni, aku follow dia kat twitter dan like akaun FB dia. Hah kemain lagi aku kan? Dan paling best Chef Adu siap follow twitter aku. Terima kasih chef. Jadi aku pun sedikit batak sebab chef pujaan follow twitter aku. Hahaha.

Kalau nak tahu Saiful pun tahu aku minat dengan Chef Adu ni. Ada satu hari tu aku pengaruh Saiful suruh beli kasut macam stail Chef Adu. Hah nampak tak punyalah aku minat dengan Chef Adu ni sampai suruh laki aku beli kasut pun stail sama macam Chef Adu ni. Nasib baik Saiful termakan pujukan aku hari tu beli kasut tu. Tapi aku tak paksa pun. Saiful sendiri cakap dia pun suka kasut tu. Lepas ni aku nak pengaruh Saiful beli seluar warna-warna pulak. Baru stailo. Iyo tak? Hahaha.

Aku pun tak sure Chef Adu ni dah kahwin ke bujang. Kalau dah kahwin bertuahlah ye isteri dia sebab laki dia pandai masak macam-macam. Eh Saiful pun boleh jugak masak tapi masakan stail kampunglah. Bolehlah kan dari tak pandai masak langsung. Oklah malas nak taip panjang-panjang entri tak berfaedah ni. Sebelum aku meraban tulis bukan-bukan kat sini baiklah aku layan twitter. Oh ye bos dan manager aku keluar, tu yang aku mengular malas buat kejo siap update blog lagi ni. Ok nanti kalau rajin aku update lagi ye.

13 comments:

  1. aku selama ni dgr je nama dia. sbb umah aku xde astro.. nk tgk masterchef kat utube jgn harap..malas..

    tp mmg nmpak macho dia ni..

    ReplyDelete
  2. Dayu : macho kan? aku suka tengok dia. Hahaha

    ReplyDelete
  3. btol btol
    dia tersgt lah stylo
    tp tu la kann
    da kawen ke blom??
    hik hik hik

    ReplyDelete
  4. heee dh kawen kan awak
    wife dia org perancis kalau tak silap ai

    sbb pernah baca somewhere lah gitu

    ReplyDelete
  5. Icha ; Ni baru tahu katanya chef ni dah kawin. hehehehe

    ReplyDelete
  6. ada dengor dia dah kawen...tapi checf adu ni memang stylo..

    ReplyDelete
  7. Nurul Chef adu ni dia memang ke master chef..sorry la tk tgok tv msia..memang ketinggalan skit hehe :p

    ReplyDelete
  8. Myra : Kan? dia stailo suka tgk dia punya style

    ReplyDelete
  9. Aspagina : dia chef kat rancangan masterchef malaysia

    ReplyDelete
  10. sugi @ asgparina : Laaaa ko ada blo. aku tgk blog ko nak drop komen tak boleh pulak beb

    ReplyDelete
  11. owh takleh drop comment ek..nnti aku cek setting ye.huhu tak prasan patut takde sape mengomen huhu

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum nurul,
    jumpa posting blog nurul pasal chef adu ni while I am doing my online research on him. Nurul nak join experimental group akak tak on celebrity chefs association impact on corporate branding. Kalau nurul sudi, email akak at Anisah.Hambali@brunel.ac.uk or whatsapp number akak +44 07446909629, session will be held in Restoran Rebong, Bangsar (Restoran Chef Ismail) on the 16/11/2014 at 3.00 p.m. Hope to hear from you.

    ReplyDelete