Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, December 24, 2012

Teman baik

Selamat pagi.

Mesti hari ni ramai yang masih bercuti. Maklumlah esok cuti lagi kan? So mesti ramai yang sambung cuti. Aku kena kerja. Annual leave dah habis. Pasrah je lah pagi ni datang kerja seperti biasa. Ikutkan hati memang tak ada mood aku nak datang kerja hari ni. Bukan hari ni je, tapi ikutkan hati hari-hari pun tak ada mood nak pergi kerja. Hahaha.

Aku nak cerita pasal cerita minggu lepas. Khamis lepas, aku ambil MC sebab kena sengugut. Kesian kan kat aku dah beranak anak sorang pun masih kena sengugut? Tapi kali ni tak lah teruk sangat macam bulan-bulan lepas. Tapi still rasa tak selesa dan rasa nak mengamuk tak tentu pasal. So dari aku mood ke laut datang kerja baiklah aku ambil MC. Alasan malas kejo sebenarnya. Hahaha.

So aku pun pergi klinik berdua dengan Raina. Malas aku nak hantar Raina kat rumah babysitter. Takpe Raina dah besar setakat pergi klinik berdua dengan dia tu aku boleh control lagi kerenah dia. Saiful biasalah kena kerja. Tak kan nak ikut aku ambil MC pulak kan? Lepas ambil MC tetiba perut aku macam dah ok. Eh? Kemain lagi tu tetiba perut dah ok. Hahaha.

Dan lepas aku dapat MC, aku plan nak pergi check gigi sebab dah lama bebenau tak check apa yang patut kat gigi aku ni. Dan aku  plan nak check gigi Raina sekali. Tapi hari tu ramai pulak umat manusia. So aku je lah sorang check gigi. Untuk budak-budak macam Raina tu, staff klinik suruh datang hari lain. So pujuk Raina cakap jumpa doktor gigi hari lain. Sebab anak dara aku tu punya teruja nak jumpa doktor gigi.

Lepas balik dari klinik, aku rasa macam bosan pulak nak terus balik rumah. Pada hal perut still ada rasa sengugut ni tapi dah dasar kaki jalan tu memang macam cacing kepanasanlah wei kalau duduk rumah. Hahaha. So terus cakap kat Raina nak ajak dia pergi mall. Dan petang tu aku rasa macam nak pergi Sunway Piramid. Kenapa Sunway Piramid? Sebab aku nak pergi Butik Forever 21 cari shawl. Kot-kot ada shawl yang lawa-lawa macam kat Uniqlo ke kan? Raina pun macam aku kaki jalan. Laju je cakap nak ikut. Biasalah anak mama. Hahaha.

Anak dara ni boleh senyum lagi walaupun dah penat mengukur mall

Sampai je kat Sunway Piramid, aku pesan kat Raina jangan meragam tak tentu pasal. Dengar cakap mama. Dahlah tak bawak stroller. Memang kena betul-betul pantau pergerakan Raina sebab dia ni kalau bab mengukur jalan memang laju. Sebenarnya ini pengalaman pertama aku pergi mall sebesar Sunway Piramid berdua dengan Raina. Selalunya kalau nak shopping ke window shopping ke mesti ada teman macam ajak Saiful ke adik aku ke ibu. Tapi kali ni berdua je dengan Raina. Sebelum ni memang banyak kali keluar berdua dengan Raina tapi cuma pergi Econsave, Carrefour, Giant ataupun Tesco je. Itupun selalunya nak cari barang dapur. 

Alhamdulilah Raina tak banyak ragam. Adalah sekali dua tu dia macam merengek nak mengukur jalan je kerjanya. Tapi bila aku beliakkan mata besar-besar dan bagi warning terus dia patuh arahan mama dia ni. Best jugak tau bawak Raina pergi temankan aku shopping. Sebab kadang-kadang dia siap boleh bagi pendapat lagi. Contoh kalau akau nak beli baju. Nanti dia cakap baju tu cantik ke tak cantik. Dah besar bebenau anak aku ni sebab dah boleh pilihkan barang untuk mama dia.

Kalau Raina penat berjalan, dia akan bagitahu aku yang dia penat nak duduk rehat sekejap tak pun dia minta aku dukung. Sebab hari tu tak bawak stroller dan Raina pun tak berapa suka duduk dalam stroller. Raina kalau minta dukung pun sekejap je pastu bila aku pujuk suruh jalan sendiri nanti dia pun jalan sendiri. Bila Raina lapar, dia akan cakap dia lapar. So laju-lajulah aku cari tempat makan. 

Alhamdulilah, pengalaman pertama aku pergi mall berdua dengan Raina berjalan dengan lancar. Sejak Raina dah besar ni memang agak senang nak control dia. Dia akan mengada-ngada kalau Saiful ada. Automatik perangai mengada-ngada tu datang. Kalau berdua dengan aku, elok pulak tu mendengar kata. Memang dia agak manja dengan papa dia. Dia dah boleh jadi teman baik aku. Dahlah satu kepala suka berjalan memang kenalah kan kalau nak pergi shopping ke window shopping ke dengan Raina.

Seronok ada anak perempuan satu kepala macam ni. Boleh jadi teman baik paling best.

Masa ni dah nak balik. Muka kepenatan tapi still nak mengukur jalan lagi

12 comments:

  1. Aah la... Anak Dara MQ pun dh 2 thn lbh.. Dh boleh jd gf bile ajak keluar... Senang klu berdua...bile bertiga perangai ngade2 mesti ada sebab dia tau ayah dia ada

    ReplyDelete
  2. mooniqueen : selalu anak perempuan manja mengada2 dgn papa dia kan? Raina pun mcm tu. kalau dgn Nurul elok je mendengar kata

    ReplyDelete
  3. bagus raina ye..kalau aqil laju je ngukur mall tu..tinggalkan mama..penat mama nak kejar dia pulak..

    ReplyDelete
  4. aku tak ada la kot berdua je dengan aryan...nak g supermarket macam tesco k carrefour k berdua pun mang tak la..
    ni kan shopping mall..dia bukan ukur mall..dia berlari sambil ukur..tak semput aku nak kejar..pastu masuk kedai tangan tak sah tak usik barang...hoi, naya kalau pecah k patah k barang yang dia pegang..tp wlupun ke mana aku dan laki aku pergi tetap bwa dia wlupun dia jenis tak reti dduk diam :)

    ReplyDelete
  5. bagus la raina...behave je. aku plak terbalik, auf kalau dgn aku mengadaaaaa amat. kalau dengan ayah dia patuh ikut arahan. siap bawak g solat jumaat pon steady je beb.haha

    ReplyDelete
  6. best ada baby gurl.. anak laki ganas.. aku sokmo la kene ajak lawan bertumbuk ngan rayyan adesss.. tapi best sbbnya anak laki manja ngn mama, apa2 carik mama.. kehkehkeh kesian papa die, sbb selalu protect mama aje...

    ReplyDelete
  7. waaahhhh
    kagum sama Raina. bagus. aku masih belum berani nak keluar bedua ngan Eisya. takut nak menghadapi keadaan yang tak terduga

    tp tak cuba mana nak tahu kan..

    ada shawl best ke beb kat forever 21 tu??

    ReplyDelete
  8. aku dah slalu sgt kuar berdua ngn mika
    tp utk menyenangkan kerja
    mmg buggy peneman setia aku,
    hehe klu xde buggy
    make sure g mall yg ade troli, & xbyk kdai mainan ekeke

    ReplyDelete
  9. Maria : Dia kalau papa dia ada je manja terlebih2 kalau dgn mama dia elok pulak tu nak dengar ckp mama dia

    ReplyDelete
  10. Ana : Oh aku byk kali jugak beli brg dapur dgn Raina tp berpeluh ketiak lah beb handle anak dara tu

    ReplyDelete
  11. Yaya : Selalu macam tu anak lelaki manja dgn mak anak perempuan mcm dgn bapak kan

    ReplyDelete
  12. Juelee : aku selalu dengar anak lelaki manaja dgn mak. wahhh untung ko. anak aku perempuan manja dgn papa dia



    dayu : tak pe ko cuba kot2 boleh handle eisya tu. dengar2 gitu lah ada shawl best kat forever 21 tu tp masa aku pergi byk yg tak berapa cantik yg tinggal. yg canik2 dah habis kot

    ReplyDelete