Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, February 16, 2012

Entri Pendek (6) : Tahi lalat


Minggu ni macam rajin pulak aku update blog kan? Sebab ada BE seketul tu yang rajin. Haha. Raina sejak usia dia seawal 3 bulan kot dia dah ada tahi lalat kat pipi belah kiri. Masa usia Raina belum setahun dulu, tahi lalat tu cinonet je. Kalau sekali tengok tak perasan pun. Kena perhatikan betul-betul secara jarak dekat baru perasan.

Sekarang ni bila usia Raina dah dua tahun dua bulan ni, aku perasan tahi lalat tu macam dah besar sikit. Tapi aku tak rasa tahi lalat tu tahi lalat hidup. Cuma saiz tu besar sedikit dari masa dia umur setahun dulu.

Apa makna tahi lalat di pipi sebelah kiri ye?
Ummie Ngah Raina cakap maksudnya ramai kawan yang nak berkawan dengan Raina.

Tuesday, February 14, 2012

Bila hati dah terpaut

Geng mak merah. Haha :D

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak update satu cerita yang taklah best mana pun. Sebenarnya nak update cerita lain tapi malas nak tulis entri panjang-panjang sebab mood nan ado. Jadi hari ni aku taip entri ringkas saja. Bolehlah untuk nak melepaskan rindu berblogging kat sini. Ecececeh. Hehe.

Sekarang ni aku tak semena-mena dah terjebak dengan tudung Fareeda. Nak dijadikan cerita balik je dari Sabah hari tu, aku rasa macam tak senang duduk. Ada je benda tak kena. Nak tidur pun teringat-ingat tudung Fareeda. Masa tu dahlah duit dalam poket tak berapa nak kencang pasalnya baru balik bercuti kat Sabah kan. Tapi penyakit angau aku ni menjadi-jadi bila tengah malam aku terbangun dan tak boleh lelapkan mata. Masa tu tak silap, aku mimpi aku pakai tudung Fareeda. Kelakarkan tudung Fareeda pun masuk dalam mimpi aku. Haha.

Jadi aku suarakan keinginan aku kat Saiful. Aku pujuk dia cakap nak beli tudung. Dia pun pelik nak beli tudung apalah harga mahal-mahal macam tu. Tapi Alhamdulilah akhirnya Saiful bagi jugak aku duit untuk beli tudung. Terus tersenyum lebar aku wei. Sanggup aku ke Butik Fareeda kat Bangi cari tudung yang aku angaukan tu. Sebab masa pergi butik Fareeda kat cawangan Shah Alam boleh tutup pulak sebab cuti sempena chinese new year.


Geng Fareeda

Bila aku dah dapat grab 2,3 helai tudung Fareeda ni, lega hati aku. Sekarang aku dah tak angaukan sangat tudung Fareeda ni. Pasalnya aku ada berkenan jenis tudung lain pulak. Nak tahu tudung apa? Tudung AidiJuma. Simple, murah dan yang penting cantik. Aku tak beli lagi tudung AidiJuma ni. Tapi aku ingat aku nak grab 1,2 helai nanti. Sebab aku dah mula tak senang duduk selagi tak dapat tudung AidiJuma ni. Hehe.

Oh ye aku ada jugak berkenan shawl koleksi dari butik Radiusite. Shawl corak binatang-binatang. Cantik tau. Tapi aku tak beli lagi pun. Rambang mata aku kan? Semuanya aku nak beli tapi kang dah beli bukan aku pakai sangat pun. Haha.


Tudung bawal AidiJuma. Aku suka gila color hijau ni. Menarik kan?

Sebenarnya aku jenis tak kisah sangat pasal tudung. Semua fesyen tudung aku berkenan. Asalkan fesyen tudung tu nampak cantik kat mata aku. Senang kata semuanya aku belasah je. Yang penting kalau kita pandai gayakan tudung tersebut semuanya akan nampak cantik bukan? Tak kisahlah tudung tu tudung mahal atau murah. Tapi aku paling suka pakai shawl. Sekarang ni tengah berusaha cari shawl corak harimau. Haha. Ok cukuplah entri untuk hari ni. Nanti kalau rajin aku update lagi ye.

Thursday, February 9, 2012

Percutian (1) : Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum

Ok kali ni aku nak ceritakan sikit pasal percutian aku sekeluarga ke Kota Kinabalu, Sabah pada bulan lepas. Cerita ni dah basi pun. Dah berlalu lebih 3 minggu pun. Tapi aku baru terhengeh-hengeh nak draft satu entri kat sini. Bukan apa, mood nak menulis tu nan ado. Perangai aku ni kena tunggu betul-betul ada mood nak menulis, baru aku ada hati nak taip sesuatu kat sini. Bila mood tu ada baru syok sikit nak menulis kan? Hehe.

Sebenarnya percutian ke Kota Kinabalu ni di rancang bersama salah-seorang kawan baik yang aku kenal since dari sekolah rendah lagi bersama beberapa orang kawan yang lain pada awal tahun 2011 kot. Aku pun dah lupa. So bila Air Asia buat promo, terus kawan aku si Wawa ni berusaha booking tiket sampai dapat. Sebenarnya, ikut hati nak pergi Kuching Sarawak tapi ramai yang cakap Kota Kinabalu, Sabah lebih best. Jadi kami sepakat memilih Sabah.



Tapi percutian bersama kawan-kawan ni terpaksa bertukar menjadi percutian aku sekeluarga saja. Ini disebabkan Wawa sedang dalam proses berpantang dan seorang lagi kawan menguruskan hal kemasukkan anaknya ke sekolah. Jadi aku terpaksa gagahkan diri jugak meneruskan misi percutian ni sebab tak mahu tiket flight burn macam tu saja.

Aku tak buat persiapan mana pun untuk percutian kali ni. Ala kadar semuanya. Sebabnya beberapa hari sebelum aku ke Sabah, aku super-duper busy siapkan beberapa report kerja. Jadi memang tak fikir sangat pasal percutian kali ni. Cuma sehari sebelum terbang ke Sabah, aku ada ambil time off untuk bershopping ala kadar. Tapi entah macam mana Hp aku tercicir kat Jaya Jusco Bukit Raja. Terus mood nak bercuti tu hilang serta-merta sebab memikirkan hp aku yang hilang. Sedih tau. Terpaksalah aku pergi Plaza Alam Central cari sim card baru sementara aku replacement no sim card lama aku tu kat Maxis Center.







Disebabkan mood bercuti pun dah tak ada sebab Hp hilang, jadi aku pun packing baju dan barang-barang keperluan pun ala kadar. Tengah malam kot baru aku packing apa yang patut. Sedangkan keesokkan paginya aku dah kena gerak ke LCCT. Masa tu rasa macam dah malas nak berholiday bagai. Baik duduk rumah je.

Tapi keadaan tu berubah. Tiba-tiba macam magic bila aku menjejakkan kaki aku kat bumi Sabah. Terus rasa hilang semua masalah. Tiba-tiba jadi happy semacam. Aura bercuti terus masuk dalam diri secara tiba-tiba. Magic betul. Ok untuk percutian di Sabah ni aku hanya sewa kereta Kancil je. Sebab hanya kami 3 beranak, jadi cukuplah sekadar menyewa kereta Kancil. Bayaran sewa hanya RM120 je. Abang Shahril tu cakap kami sewa kira dua hari je sebab hari pertama tu kami sampai Kota Kinabalu dah tengahari. Untung kan? Servis kereta pun ok. Memang puas hati lah.

Mula-mula aku nak sewa kereta dengan orang lain. Aku dapat nombor contact orang tu dari Dayu. Tapi lagi seminggu nak flight abang tu tiba-tiba naikkan harga satu hari RM80-RM90. Terus aku cancell. Nasib baik aku teringatkan Elly pernah pergi Sabah dulu. So minta bantuan Elly dapatkan nombor telefon Abang Shahril ni. Alhamdulilah aku dapat harga yang berbaloi-baloi dengan Abang Shahril ni. Dia cuma cas RM60 je sehari. Lebih jimat lebih bagus kan? Sesiapa nak no telefon Abang Shahril tu nanti bagitahu aku ye. Hehe. Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kat Dayu dan Elly sebab banyak bantu aku.





Untuk hotel pulak, aku memang cari harga hotel bawah RM120 sehari. Lagi murah lagi bagus sebab ada buat penjimatan kat situ. Ala, setakat nak tidur melepaskan penat je kan? Sebab kami anak-beranak banyak keluar berjalan dari berada kat hotel pun. Ok ni kira bukan hotel cuma apartment. Tapi view dalaman lebih kurang macam hotel. Kat sana kami duduk kat Promenade Service Apartments. Aku dapatkan info tentang apartment ni dari entri blog Dayu sebenarnya.

Aku booked melalui online je. Tapi nak dijadikan cerita, entah macam mana lagi 2,3 hari nak flight pihak Promenade Service Apartments call aku bagitahu diaorang tak dapat menerima pembayaran aku melalui kad. Diaorang cakap mungkin ada masalah dengan kad atau kesilapan masa aku booked. Memang pelik dan gabra aku time tu. Check kad tak ada apa-apa masalah. Tapi nasib baik diaorang still terima booking aku. So sampai je kat sana baru buat pembayaran melalui kad yang sama. So sebenarnya kad tu tak ada masalah. Maybe ada kesilapan semasa booked atas talian. Harga bilik apartment kat situ kalau atas talian RM80 je. Tapi dalam kes aku ni jadi RM100 sehari. Tapi aku tetap rasa berbaloi-baloi.

Aku rasa Promenade Service Apartments ni value for money. Ada dapur, peti ais, TV, dua buah katil dan tab mandi. Senang kalau nak masak air panas buat susu anak. Kalau nak masak-masak pun boleh. Aku siap beli maggi. Kononnya nak masak maggi kot-kot tengah malam rasa lapar so senang ada standby maggi. Tapi sampai dah nak balik pun aku tak masak-masak pun maggi tu. Hehe. Apartment ni terletak kat Api-api. So tak payah risau tentang bab makan ke apa ke. Sebab kat sekitar apartment ni pun banyak tempat makan. Mc Donalds pun dekat. Nak pergi bank pun dekat. Turun je bawah macam-macam ada. 7 eleven pun dekat jugak tau. Aku siap beli ubat gigi kat 7 eleven tu. Haha. Cuma harga makanan kat sini mahal sikit kot. Sebab Saiful tapau nasi goreng dia cakap sebungkus nasi goreng harga dekat RM8 kot. Aku pun lupa. Tapi memang tak dinafikan kat Sabah harga makanan agak mahal berbanding KL.

Hari pertama

Ok hari pertama tu, aku plan ke Jesselton Point. Lokasi berhampiran kastam di Jalan Tun Fuan Stephen. Nasib kami tak berapa baik sebab time tu tengah hujan renyai-renyai. Kami sampai Jesselton Point pun dah petang. Dalam pukul 4 lebih kot. Masa tu aku punyalah bersemangat nak island hopping. Tapi tak dapat sebab tengah hujan renyai-renyai. Dalam masa yang sama dah petang. Tanya budak kat kaunter tu, budak tu cakap suruh datang pagi keesokkannya. Tapi disebabkan esok paginya kami plan nak ke Kundasang jadi kami batalkan saja niat nak island hopping. Lagipun Saiful berkeras tak mahu bagi Raina naik bot takut Raina tak serasi atau menangis semasa atas bot. Tapi bila fikir-fikir balik, memang betul pun. Anak aku ni dia jenis penakut. Dengar bunyi orang mesin rumput pun dia menangis kaw-kaw. Ni kan pulak nak naik bot. Jadi sampai Jesselton Point tu, kami hanya jalan-jalan sambil lalu je. Nak ambil gambar pun tak boleh sebab tengah hujan.







Lepas tu kami ke satu tempat ni. Aku pun tak tahu apa nama tempat ni. Rasanya tempat ni jalan arah ke Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dari tepi jalan dah nampak. Aku teruja sebab cantik sangat pemandangan laut dari tepi jalan. Terus suruh Saiful berhenti kereta kat situ. Lepas puas menikmati keindahan kat situ, kami ke Observatory Tower Of Kota Kinabalu. Lokasi berhampiran Bukit Bendera. Boleh tengok bandaraya Kota Kinabalu dari 'eagle eye point of view'. Kalau pergi waktu senja, lagi cantik sebab boleh tengok sunset .

Lepas ke Observatory Tower, kami meneruskan perjalanan tanpa hala tuju. Kiranya kami main redah je ikut naluri hati kami. Sampai kami sesat ke Istana Sabah ke atau rumah orang kenamaan di Sabah. Lupa dah. Dah kata redah so kami redah je mana-mana jalan. Sampailah kami terjumpa satu tempat ni. Kami ke Kota Kinabalu Bird Sanctuary. Lokasi di Likas berhampiran Bukit Bendera jugak. Tapi bila kami masuk ke dalam kawasan Kota Kinabalu Bird Sanctuary ni, kami tak nampak orang pun. Tempat pun macam sedikit berlalang dan agak scary. Mungkin semasa kami sampai tu, dah tutup atau sebaliknya. Secara kesimpulannya tempat ni tak bermaya. Tapi aku adalah nampak seekor burung. Rasanya burung bangau. Kami tak lama kat situ, sebab tempat pun macam agak scary jadi kami tak turun kereta pun. Cuma tengok-tengok tempat tu dari dalam kereta je.



Lepas ke Kota Kinabalu Bird Sanctuary ni, kami plan nak ke Muzium Sabah. Lokasi Muzium Sabah ni dah termasuk dalam list tempat yang harus aku lawati. Sebabnya aku ni memang minat gila dengan sejarah. Saiful pun sedia maklum bini dia ni memang minat hal berkaitan sejarah, jadi awal-awal lagi dia dah ajak aku pergi Muzium Sabah. Tapi disebabkan kami sampai sana dah lewat petang jadi kami terpaksa batalkan niat tu. Risau pulak bawak Raina masuk muzium lewat petang.

Pada sebelah malamnya kami jalan-jalan kat Pasar Malam Kota Kinabalu, Pasar Kraftangan atau dikenali Pasar Filipin dan Pasar Ikan Masin. Ketiga-tiga tempat ni terletak berdekatan dengan tempat penginapan kami. Ala satu jalan je. Kalau rajin, jalan kaki pun boleh. Hehe. Pada mula asalnya kami nak cuci-cuci mata dulu. Tapi terus shopping gelang mutiara dan ikan masin. Kalau nak dapatkan gelang mutiara air tawar dan gelang mutiara air masin bolehlah ke Pasar Filipin. Tapi aku suggestkan better shopping kat Pasar Malam Kampung Air. Kat situ lagi murah. Tapi kami dah terbeli gelang mutiara kat Pasar Filipin. Kami jugak makan malam kat Pasar Malam Kota Kinabalu tu. Macam-macam ada. Paling best banyak seafood di jual kat situ. Memang rambang mata dibuatnya. Saiful adalah orang yang paling teruja bila nampak seafood. Sebab dia adalah peminat no 1 seafood. Kami ambil ikan bakar, sotong, udang dan siap nasi tambah, budak gerai tu cas harga dalam RM35 je. Murahkan? Makanlah sampai muntah sebab harga memang berbaloi-baloi.


Hari kedua

Aku paling tak sabar tunggu hari kedua ni. Sebabnya aku tak sabar nak pergi Kundasang. Awal pagi lagi aku dah bangun. Kalau kat Sabah pukul 6 setengah pagi dah macam pukul 9 pagi kat KL. Dah terang-benderang. Kalau pukul 6 setengah petang dah macam pukul 8 malam kat KL sebab dah mula gelap. Aku macam jakun jugaklah. Haha. Orang cakap kalau dah sampai Kota Kinabalu, rugi kalau tak pergi Kundasang. Jadi haruslah lokasi ni masuk dalam senarai tempat wajib kami perlu lawati. Mula-mula kami agak risau jugak sebab kami tak ada menggunakan perkhidmatan GPS. Jadi kami hanya tekad dan redah je ikut naluri hati. Nasib baik ada seorang kenalan iaitu seorang blogger si As ni. Aku terus sms As tanya macam mana nak ke Kundasang. Berpandukan sms As dan kesungguhan kami bertanya orang keliling, akhirnya kami sampai jugak Kundasang. Nak ajak As temankan kami tak boleh sebab dia kerja. Hehe. Dari Kota Kinabalu nak ke Kundasang ni ambil masa lebih kurang 1 jam setengah hingga 2 jam macam tu. Jauh gila okeh. Tapi berbaloi-baloi sebab kita akan menikmati udara segar dan permandangan yang indah sepanjang perjalanan.

Jalan nak ke sana lebih kurang macam nak pergi Cameron Highland. Best sebab sejuk. Tak payah pasang air-con kereta pun tak pe. Buka tingkap dan nikmatilah puas-puas udara segar kat situ. Tapi masa on the way ke Kundasang ni hujan renyai-renyai. Haih, dari hari pertama kami sampai Kota Kinabalu lagi dah hujan renyai-renyai. Hujan on off pulak tu. Silap tarikh menjadi pelancong bak kata Saiful. Hehe. Disebabkan hujan on off jadi on the way ke Kundasang ni kami banyak disaljikan dengan permandangan yang berkabus. Walaupun berkabus kami tetap puas hati.






Sebelum sampai ke Kundasang, kami singgah Pekan Nabalu. Kat pekan ni ada jual macam-macam cenderamata. Tapi aku tak galakkan shopping kat pekan ni sebab mahal. Aku dah terbeli key chain kat pekan ni. Agak mahal harganya. Setakat nak cuci-cuci mata tu bolehlah. Tapi kat pekan ni kena hati-hati sikit sebab aku tengok banyak anjing. Aku ni memang takut dengan anjing. Hehe.

Selepas singgah Pekan Nabalu, kami ke Kinabalu Park di Kundasang. Untuk masuk Kinabalu Park ni RM3 seorang dikenakan. Tapi budak umur macam Raina adalah free. Kami tak banyak ambil gambar kat sini sebab hujan on off. Tapi walaupun hujan kami tetap rasa enjoy. Selepas ke Kinabalu Park, kami plan ke Kundasang War Memorial. Sebelum ke sini, kami singgah ke pasar siang di depan Kundasang War Memorial. Sebab masa tu perut dah terasa lapar. Jadi Saiful beli apa yang patut. Ala sekadar untuk mengisi perut ala kadar je. Tapi boleh dikatakan semua makanan yang Saiful beli kat pasar siang di Kundasang tu adalah tidak kena dengan tekak aku. Saiful cakap sedap tapi bagi aku biasa-biasa saja. Entahlah. Mungkin masa tu dah kebulur nasi berlauk tapi tak jumpa nasi berlauk. Macam mana nak kurus nasi jugak yang aku cari. Haha.
















Selepas selesai makan, barulah kami masuk ke Kundasang War Memorial. Bayaran masuk sebanyak RM2 dikenakan setiap seorang. Tapi budak umur macam Raina adalah free. Untung Raina kan? Hehe. Kat sini kami ambil gambar agak banyak jugak. Aku tak baca sangat risalah atau keratan akhbar yang ada terpampang kat area Kundasang War Memorial ni sebab sibuk mengejar Raina. Anak aku ni memang pantang nampak tangga asyik nak memanjat je kerja dia. boleh kurus aku macam ni. Jadi aku kurang pasti tentang sejarah Kundasang War Memorial ni. Tapi nak ambil gambar kat sini best jugak sebab ada banyak pokok-pokok bunga yang cantik.

Ok selepas ke Kundasang War Memorial ni, kami ke Fairy Farm di Mesilau. Tempat ni adalah tempat yang aku memang tak sabar-sabar nak pergi. Orang cakap tempat ni macam perkambungan New Zealand. Tapi bila sampai je kat Fairy Farm ni, hujan mula turun dengan lebatnya. Ni bukan hujan renyai-renyai lagi tapi hujan selebat-lebatnya. Nak menangis aku dalam kereta sebab aku nak sangat pergi tempat ni tapi hujan lebat pulak. Eh patutnya aku bersyukur sebab hujan. Ni aku sedih pulak kan? Sedih sebab nak tengok pemandangan yang dikatakan macam perkampungan New Zealand tak dapat sebab hujan lebat. Tapi disebabkan kami dah sampai, jadi kami masuk jugak kawasan Fairy Farm tu. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM3 dan macam biasa budak umur macam Raina adalah free.






Kami kat Fairy Farm ni agak lama. Dalam 1 jam kami lepak kat situ. Tunggu sampai hujan berhenti. Akhirnya penantian kami selama hampir satu jam tu berbaloi-baloi sebab akhirnya hujan berhenti. Dapatlah aku ambil gambar kat situ berlatarbelakangkan lembu New Zealand. Memang macam jakun sikit. Haha. Sebab tempat tu memang cantik gila. Aku rasa macam nak pergi lagi kat Fairy Farm ni. InsyaAllah kalau ada rezeki bolehlah ke Fairy Farm lagi. Bukan itu saja, bila sampai kat sini akan disaljikan dengan pemandangan rumah-rumah yang dikelilingi pokok bunga yang segar. Geram aku tengok pokok bunga yang cantik-cantik kat depan rumah diaorang. Dah macam ala-ala rumah kat oversea berhalamankan pokok-pokok bunga yang cantik.

Selepas ke Fairy Farm, aku plan nak ke Poring Hot Spring. Tapi mengenangkan kena drive lagi beberapa km, aku membatalkan saja niat aku tu. Ikut aku ok je sebab dah sampai Kundasang kan? So alang-alang dah sampai baik pergi je Poring Hot Spring tu. Tapi Saiful cakap dia tak larat nak drive. Disebabkan aku kasihan tengok Saiful, so simpan jelah niat di hati tu. Yang penting dah dapat pergi Fairy Farm. Hehe.













Balik dari Kundasang, sampai je apartment, kami rehat sekejap then kami keluar semula. Kitaorang memang tak reti penat. Asyik berjalan je. Saiful ajak keluar pergi makan seafood lagi. Kan aku dah cakap dia ni memang peminat no 1 seafood. Hehe. Sepanjang kami kat Kota Kinabalu ni, tiap-tiap malam Saiful ajak makan seafood. Aku on je. Sebab ikan bakar kat pasar malam Kota Kinabalu tu memang sedap pun. Ditambah cecah dengan air asam jawa. Fuhhh menjilat jari okeh.

Lepas makan, kami shopping lagi kat Pasar Filipin dan Pasar Ikan Masin. Selepas tu aku ajak Saiful pergi Pasar Malam Kampung Air. Sebab aku dengar barang-barang kat Pasar Malam Kampung Air ni lagi murah berbanding dengan tempat-tempat lain. Pasar Malam Kampung Air ni terletak di Kampung Air Kota Kinabalu. Dekat area pekan Kota Kinabalu tu jugak dan dekat je dengan Pasar Filipin tu. Aku beli key chain harga boleh dapat murah dari harga key chain di Pekan Nabalu. Aku memang banyak borong key chain kat Sabah hari tu. Kalau nak beli gelang mutiara pun aku suggestkan beli kat sini sebab lebih murah dari Pasar Filipin. Jangan jadi macam kami dah terbeli gelang kat Pasar Filipin.






Hari ketiga

Hari ketiga kami tak banyak program. Sebab flight ke KL kami dalam pukul 10 lebih. Cuma plan jumpa blogger dari Sabah iaitu As. Aku kenal As ni kat dunia blogging ni dah lama jugak. Baru sekarang dapat berjumpa. Pada hal As ni selalu turun KL sebab suami dia orang Kajang. Aku holiday ke Sabah ni time As kerja. So tak dapatlah As nak teman aku jalan-jalan kat Sabah ni. InsyaAllah, kalau ada rezeki lagi bolehlah ke Sabah lagi dan minta As jadi pemandu pelancong kami. Boleh kan As? Hehe.

Ok sebelum terbang balik ke KL, kami singgah ke Pantai Tanjung Aru. Tempat ni memang cantik. Kalau aku lama lagi kat Sabah hari tu, mahu aku lepak lama sikit kat Pantai Tanjung Aru ni. Disebakan kami dah nak balik KL, jadi kami hanya singgah sebentar je kat pantai ni. Selepas ke Pantai Tanjung Aru, kami pergi breakfast. Kami singgahlah kat salah-satu kedai yang berdekatan dengan Terminal 2, Sabah. Makan mee goreng je. Harga mee goreng sepinggan tak silap aku dalam RM6 kot. Rasa makanan tak berapa kena dengan tekak aku. Tapi sebab dah lapar, aku belasah je makan mee goreng tu sampai habis. Hehe.







Selepas siap makan, barulah kami pulangkan kereta kat Abang Shahril. Dan dalam masa yang sama berjumpa dengan As. Thanks As sebab sudi datang ke Terminal 2 semata-mata nak berjumpa dengan aku. As ni peramah orangnya dan lagi satu cantik okeh.

Secara kesimpulannya, aku sangat puas hati dengan percutian kali ni. Harap ada rezeki lagi untuk menjejakkan kaki ke bumi Sabah. Percutian yang berbaloi-baloi dan best sangat bah. Sesiapa yang plan ke sini, bolehlah tambahkan 1,2 tempat yang harus dilawati. Yang penting listkan dulu beberapa tempat yang hendak dilawati. Macam aku siap print lagi entri Dayu dan Elly sebagai rujukan aku. Hehe. Apa yang aku nak simpulkan Sabah memang best. Percutian yang berbaloi-baloi.