Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, March 29, 2012

Aku dan maxi dress

Assalamualaikum

Huh! Lama gila aku tak update blog kan? Lately busy sangat dengan kerja-kerja kat office. Balik rumah dah penat. Memang agak payah nak hadap blog macam dulu-dulu. Ni pun aku tengah berserabut nak siapkan report untuk payroll tapi aku cuba-cubalah update apa yang patut kat blog aku ni untuk lepaskan rindu berblogging. Hehe.

Aku nak cerita pasal maxi dress. Hari tu aku dah cerita pasal tudung. Ni aku nak cerita pasal maxi dress pulak. Nanti esok lusa aku cerita pasal ikan masin ke atau pasal belacan pulak eh. Gurau je. Hehe.

Aku memang dari dulu lagi suka pakai maxi dress. Sebab aku rasa bila aku pakai maxi dress, aku dapat sorokkan segala lemak-lemak kat badan aku ni. Dulu bila aku dapat tahu diri aku pregnant, aku terus borong maxi dress berhelai-helai. Aku jenis tak suka pakai baju uniform khas untuk ibu-ibu mengandung. Sebaliknya aku beli maxi dress dan seluar jenis palazzo. Sebab pada pendapat aku maxi dress dan seluar jenis palazzo tu boleh di pakai balik selepas proses berpantang. Eh kenapa aku selitkan pasal seluar palazzo pulak ni eh? Ok dah lari tajuk sikit. Sorry.






Nak dijadikan cerita, baru-baru ni aku terjatuh cinta dengan ThePoplook. Aku rasa kebanyakkan baju-baju yang ThePoplook jual ni menepati citarasa aku. Jadi aku pun bantailah beli berhelai-helai maxi dress kat ThePoplook tu. Tapi koleksi aku dari ThePoplook ni tak banyak lagi. Sebab baru nak berjinak-jinak. Selalunya aku suka beli maxi dress yang ada corak bunga-bunga atau abstrak. Now aku try yang plain je digabungkan dengan long cardigan mahupun jacket.

Kalau di kira-kira koleksi maxi dress aku yang aku kumpul dari dulu sampai sekarang ada lebih dari 10 helai kot. Bayangkan masa sakit nak bersalin, aku pergi hospital pun pakai maxi dress. Sebab aku rasa mudah dan selesa. Entahlah sekarang aku rasa tak berapa selesa bila pakai seluar jeans. Aku rasa nampak ketara lemak sana sini. Segan okeh. Kalau nak pakai seluar jeans pun aku akan pastikan baju yang aku pakai tu labuh menutupi punggung aku. Mungkin sebab faktor usia kot so penampilan pun dah berubah sikit. Tak macam dulu-dulu suka pakai baju sendat-sendat. Heeeee.

Cuba tengok gambar Juma pakai maxi dress ni. Cantikkan? Orang kurus pakai apa pun cantik kan? Ada hati nak pakai macam Juma ni pakai. Aku ni dahlah lemak sana sini pakai apa pun nampak biasa-biasa je. Tapi tak apalah yang penting keselesaan diri-sendiri. Kalau aku rasa selesa itulah yang aku suka pakai.



Gambar kat bawah ni contoh aku pakai maxi dress. Maxi dress dalam gambar ni antara maxi dress paling aku suka dari dulu sampai sekarang. Beli kat gerai dalam Giant kat Kelana Jaya je. Harga pun murah. Tak silap aku RM59 kot maxi dress aku ni. Ni gambar bersama rakan-rakan blogger dan ex-housemate aku. Oh tiba-tiba rindu dengan dia orang ni. Aku tak nak letak gambar banyak-banyak kat blog aku ni nanti ada orang yang tak suka pulak. Cukuplah sekeping gambar aku kat sini.



Pendapat aku, yang penting keyakinan diri. Kalau kita kena yakin apa yang kita pakai. Bila ada keyakinan dalam diri pakai apa pun akan nampak cantik. Tapi yang paling penting keselesaan ketika memakai. Kalau tak selesa pakai tak guna jugak kan? Macam aku ni jenis main belasah je pakai. Janji selesa.

Ada berani mencuba? Ayuh :D

Monday, March 12, 2012

Entri Pendek (7) : Hasil selepas seminggu

Kulit muka aku ni memang ada masalah sikit since zaman anak dara. Masa kat UiTM dulu kulit aku agak teruk. Ada banyak jerawat jenis kecik-kecik tu tumbuh kat kawasan dahi. Pastu tangan aku ni gatal pergi kopek jerawat kecik-kecik tu. Maka tinggallah kesan-kesan hitam kat kawasan dahi aku tu. Pastu ada satu masa tu aku rajinlah sapu krim Loreal. Lepas beberapa bulan tu eloklah balik kulit muka tu.

Tapi lately aku perasan masalah tu datang balik. Aku perasan masalah ni timbul balik sejak aku kerja kat company baru ni. Maybe aku terlalu stressed dengan hal kerja maka naiklah balik jerawat kecik-kecik tu kat kulit muka aku ni.

Jadi aku dengan rasa tekad, belilah vitamin E softgel. Alhamdulilah lepas seminggu aku pakai vitamin E softgel ni, aku dah nampak perubahan kat kulit muka aku. Jerawat kecik-kecik tu dah beransur kecut. Nak hilang terus tu belum lagilah. Cuma nampaklah jerawat tu dah kecut dan hilang sikit demi sikit. Lagi satu masalah muka berminyak pun dah kurang sejak gunakan produk ni.

Kepada sesiapa yang ada masalah dengan kulit muka tu, aku cadangkan cubalah vitamin E softgel ni. Memang berbaloi-baloi. Jangan risau produk ni halal. Aku dah selidik sebelum beli dulu.


Kulit muka aku sebelum dan selepas. Ini hasil pemakain selepas seminggu