Selamat pagi Isnin semua. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. InsyaAllah.
Macam biasa, selalunya tiba je hari Isnin, mood bekerja tu nan ado dalam diri. Jarang ada mood ceria dan bersemangat di hari Isnin. Itu untuk aku tak tahulah kalau untuk orang lain yang sentiasa ceria dan bersemangat di hari Isnin. Biasalah mood bercuti di hujung minggu tu masih melekat dalam diri.
Sekarang ni, sana sini orang berinstagram kan? Bila tengok kawan-kawan berinstagram sana sini, mulalah aku jeles. Heppp. Tak baik jeles-jeles ye Nurul. Ala jeles gitu-gitu je sebab aku tak boleh berinstagram. Al-maklumlah hp Blackberry tak ada instagram. Now bukan saja iPhone yang boleh berinstagram malah hp yang menggunakan perisian application Android macam Samsung pun boleh berinstagram. Best kan?
Hati mengeluh bila pulak turn Blackberry nak ada instagram ni?
Haha :D
Ikut hati macam mahu tukar Hp. Tapi aku rasa bukan sekarang kot sebab aku baru pakai Blackberry ni almost 3 months. Tak kan nak tukar pulak? Sebab hari tu beriya-iya aku pujuk Saiful nak Blackberry. Bila dah dapat nak tukar lain pulak. Mahunya aku kena bebel dengan dia nanti. Lagipun buat masa ni aku selesa dengan Blackberry sebab senang nak bertweet-tweet. Heeeee.
So baru-baru ni aku ada usulkan cadangan kat Saiful nak beli iPad untuk Raina. Tengok dari respon Saiful tu macam dia bersetuju je. Cuma Saiful cakap tunggu dulu sebab dia nak tukar sportrim kereta aku tu dulu. Aku kan bawak kereta ganas? Sampai rim tayar bengkuk aku kerjakan. Haha. So harap-harap ada rezeki nanti. Sebab iPad tak tersenarai dalam wishlist kami laki bini untuk tahun ni. Kami kena settlekan apa yang kami listkan untuk tahun ni dulu. Alhamdulilah 3,4 list yang kami senaraikan telah kami tunaikan atas usaha kami. InsyaAllah lepas ni jika ada rezeki akan kami pertimbangkan untuk beli iPad tu nanti.
Ok gambar kat bawah ni aku tumpang instagram kawan sekerja aku Kak Fadz. Kat office, aku paling rapat dengan dia berbanding yang lain-lain. Kak Fadz ni, aku dah anggap macam kakak aku sebab dia baik sangat dengan aku.
Oklah aku ada kerja sikit. Nak kena siapkan report untuk payroll.
Selamat bekerja :)
Ok gambar kat bawah ni aku tumpang instagram kawan sekerja aku Kak Fadz. Kat office, aku paling rapat dengan dia berbanding yang lain-lain. Kak Fadz ni, aku dah anggap macam kakak aku sebab dia baik sangat dengan aku.
Oklah aku ada kerja sikit. Nak kena siapkan report untuk payroll.
Selamat bekerja :)
Aku dan Kak Fadz