Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, May 29, 2012

Aku mula bosan

Kebelakangan ni, aku macam dah mula bosan nak pergi kerja. Aku bangun paling awal pukul 4 pagi untuk masak bekalan Raina yang akan dibekalkan ke rumah babysitter. Kalau aku tak ada mood nak masak, selalunya aku bangun dalam pukul  5.45 pagi. Kalau aku tak ada mood nak masak tu, memang selalunya aku beli tapau je untuk Raina. Pastu macam biasa iron baju, bagi Raina minum susu, tukarkan diaper Raina, mandi, solat, berdiri depan cermin belek-belek apa yang patut, bla, bla, bla. Macam tu lah aku tiap-tiap hari.

Pergi kerja dengan perasaan malas yang membuak-buak. Tak ada semangat langsung. Sampai office dengan muka aku monyok dan masam mencuka. Bukan di buat-buat. Tapi kebelakangan ni, perasaan malas nak pergi kerja tu makin menebal. Tu yang automatik muka macam nak bagi penampar tu. Haha. Aku tak tahu kenapa kebelakangan ni aku mula bosan dengan kerja-kerja aku. Memang tak nafikan kerja aku memang banyak. Lagi-lagi time nak siapkan report. Aku akan hadap report tu sampai nak termuntah. Tapi sesibuk mana sekali pun perasaan bosan tu mesti nak terselit-selit dalam diri aku. Apa kes? Haha.

Aku rasa macam nak ambil cuti tanpa gaji. Tak pun rasa macam nak berhenti kerja. Eh seriuslah aku macam dah malas nak pergi kerja. Memang tak nafikan sebelum ni aku pernah buat entri bagitahu aku bosan gila duduk rumah kalau tak bekerja. Entri tu aku taip time sebulan lebih aku duduk rumah sementara aku nak masuk tempat kerja baru dulu. Masa tu aku rasa bosan gila duduk terperap kat rumah buat kerja-kerja yang sama kat rumah. Nasib baik ada Raina teman aku kat rumah. Kalau tak memang bosan gilalah wei. Lagi satu aku jadi kuat makan bila duduk rumah. Haha.

Maaf entri ni agak melalut. Entri ni aku taip time aku tengah bosan walaupun hakikatnya kerja aku boleh tahan banyaknya sekarang ni. Time ni aku malas nak hadap twitter ke facebook ke atau apa-apa pun. Apa kenalah dengan aku ni kan? Tanda-tanda ada isi dalam perut ke apa? Sila jangan percaya cakap aku. Haha.

Ok sekarang aku dah bosan nak teruskan menaip entri ni. Maaf entri kali ni agak tak berfaedah. Nanti aku ada mood aku taip entri berfaedah sikit ok.

Muka bosan control ayu :D

Monday, May 21, 2012

I love leopard design

Sejak kebelakangan ni, aku berkenan sungguh dengan corak leopard. Tak kiralah baju, seluar, kasut, beg mahupun shawl. Kalau nampak je barang-barang yang bercorak leopard ni mesti rasa nak beli. Sebenarnya dulu pun aku dah minat dengan corak leopard ni. Cuma sekarang sejak dah ada anak ni, makin menjadi-jadi pulak.

Dan kebelakangan ni, aku macam rajin sikit shopping kat Times Square atau Sungai Wang. Sebenarnya dah lama kot aku tak shopping kat situ. Zaman anak dara dulu rajinlah. Tapi sekarang ni memang aku terlebih rajin pergi shopping kat situ. Walaupun hakikatnya aku tahu tempat-tempat tu semua banyak jual baju bersaiz orang berbadan kecik molek. Tapi kalau nasib aku baik jumpalah barang corak leopard kat situ. Baru-baru ni aku ada beli sehelai baju bercorak leopard tapi masih tak berani lagi nak pakai. Bila dah beli tiba-tiba tak yakin nak pakai. Harap-harap baju tu tak di simpan buat pekasam. Ayuh harus lebih yakin Nurul. Haha.

Leopard vs polka dot :D

Buat masa ni, aku dah ada shawl, baju, beg, gelang dan kasut bercorak leopard. Sekarang ni aku nak cari jam tangan, cincin dan palazzo leopard. Aku pernah jumpa palazzo leopard tapi saiz dan ketinggian seluar tu tak sesuai dengan aku. Maklumlah orang dah banyak lemak. Haha.

Bab membeli, aku tak kisah barang tu murah ke mahal ke janji corak leopard dan sesuai dengan aku, mesti aku beli. Ada sekali tu aku pernah suruh kawan aku belikan gelang kat pasar malam. Walaupun beli kat pasar malam tapi gelang tu sangat cantik tau.

Gelang beli kat pasar malam tapi berbaloi-baloi. Cantik kan?

Sebenarnya kasut ni dah koyak. Ini namanya kasut tak tahan lasak. Ke aku yang lasak memakai?

Kadang-kadang terfikir jugak, dah ada anak sesuai ke nak gayakan barang dari corak leopard ni. Tapi perangai aku memang jenis main belasah pakai asalkan ada keyakinan diri. Tak salah kot sesekali bergaya macam orang muda janji tak over kan?

Kalau buat baju raya corak leopard cantik tak? ke over sangat? Kemain kau Nurul semuanya nak leopard. Agak-agaklah kan? Haha :D

Monday, May 14, 2012

Terima kasih Aura Maya

Kali ni aku nak cerita sikit pasal produk baru yang aku pakai sejak dua minggu lalu. Entri ni bukan entri riak atau show off tau. Aku buat entri ni sebab nak share benda best kat korang semua.

Ok sedia maklum aku pernah cerita kat entri sebelum ni, aku ada masalah jerawat yang betul-betul buat aku runsing sejak aku bekerja kat company baru ni pada tahun lepas. Sebelum ni aku memang tak ada masalah jerawat yang agak teruk macam ni. Dulu kalau ada pun jerawat cuma 2,3 ketul ketika hormon aku tak stabil lagi-lagi masa bendera merah je.

Tapi sejak aku kerja kat company baru ni, di tambah aku stress dengan hal kerja, buat report tak sudah-sudah dengan big bos yang ala-ala poyo tu, aku perasan kulit muka aku di tumbuhi jerawat yang jenis kecik-kecik tu sekitar dahi dan dagu. Dan masalah ni menjadi makin teruk bila tumbuh 2,3 ketul jerawat kat bahagian pipi aku. Bila jadi macam tu tangan aku pun gatal dok kutil-kutil jerawat tu sampai jadi kemerah-merahan dan meninggalkan kesan parut yang menghodohkan kulit muka aku. Eh korang tahu tak maksud kutil-kutil tu? Kalau tak tahu, sila tanya orang Selangor tak pun cari dalam kamus ye. Hehe.

 Gambar (1) : Di ambil semasa hari pertama memakai Aura Maya.
 Gambar (2) :  selepas seminggu memakai Aura Maya. Maaf time ni tersetting guna flash.
 Gambar (3) : Di ambil selepas dua minggu memakai Aura Maya.
 Note : Semua gambar ni adalah gambar menggunakan kamera hp. Maaf jika hasil gambar tak memuaskan.

Sejak masalah ni membelenggu diri aku, terus-terang aku jadi tak senang duduk. Aku mencuba produk itu ini. Sampailah aku mencuba produk Vitamin E Softgel. Aku pakai Vitamin E Softgel almost dua bulan. Hasilnya memang ada. Macam kulit muka aku kurang berminyak dan jerawat tu jadi macam kecut. Cuma agak lambat sedikit  dari segi menghilangkan masalah parut dan kesan jerawat.

Aku ni jenis orang yang tak berapa sabar. Bila tengok hasil dari pemakaian Vitamin E Softgel ni lebih kepada kulit muka nampak lebih muda remaja dan agak lambat menghilangkan segala kesan parut jerawat aku tu, terus aku terfikir-fikir nak mencuba produk lain. Maka terjadilah kisah aku membeli produk Almas iaitu krim kunyit dari Almas.

 Krim kunyit dari Almas

Ok aku pakai produk Almas lebih kurang dekat sebulan. Hasilnya jerawat makin kecut dan hilang tapi masalah kemerah-merahan kesan parut aku tu tetap tak berapa nak hilang. Masalah jerawat pun masih tetap ada cuma sedikit kecut dan hilang kat 1,2 tempat je kat permukaan kulit muka. Tapi masih ada beberapa tempat, jerawat tu tidak hilang pun dan masih bertempek kat kulit muka. Contohnya kat bahagian pipi aku.

 Set Aura Maya

Dan tak lama tu aku terbaca dalam blog Sha tentang Aura Maya. Bila aku baca dan aku perhatikan kulit muka Sha makin berseri-seri terdetik kat dalam hati aku nak cuba produk Aura Maya ni. Paling aku tertarik produk ni 100% di perbuat daripada bahan semulajadi iaitu bahan organik dan tiada campuran bahan kimia seperti produk-produk lain. Jadi aku pun terus order Aura Maya dari Sha.

Masa ni muka aku memang original tak ada pakai apa-apa pun foundation mahupun blusher. Muka pun nampak sedikit pucat. Masa ni selepas seminggu aku pakai Aura Maya

Ok kesimpulan dari pemakaian Aura Maya ni, aku dapat rasakan proses Aura Maya ni sangat cepat. Sebab apa aku cakap cepat? Sebab pada hari ketiga aku memakai produk Aura Maya, aku dah nampak jerawat di bahagian dahi dan dagu aku hampir hilang sikit demi sedikit. Bukan setakat kecut tapi hilang tau jerawat tu. Dan selepas aku pakai Aura Maya hampir seminggu, aku dapat rasakan proses pengelupasan secara lembut kat hampir seluruh kulit muka. Tapi proses pengelupasan ni tak sakit pun dan taklah teruk mana pun. Dan selepas proses pengelupasan tu berlaku, aku perasan kesan jerawat aku makin hilang. Kesan kemerah-merahan kesan dari parut jerawat kat bahagian pipi aku pun dah hilang. Magic kan?

Sekarang ni aku cuma berharap agar produk ni dapat hilangkan 4,5 ketul jeragat kat bahagian pipi aku ni dan dapat hilangkan keseluruhan kesan parut jerawat aku. Kesimpulan dari pemakaian Aura Maya ni, aku sangat puas hati. Nak kata kulit tu makin gebu macam artis tu taklah cuma aku memang nampak kesan yang agak ketara kat kulit muka aku ni. Sekarang aku dah boleh tersenyum lebar. 

Alhamdulilah.
Yippieeeee :)

P/s : Kalau nak order Aura Maya bolehlah order kat Sha ye. Aku duta Aura Maya tak rasmi. Haha. Dan untuk pengetahuan semua gambar-gambar ni adalah gambar dari kamera hp. Tak ada guna kemera besar gedabak atau kemera canggih.

Ni hasil selepas hampir dua minggu aku pakai Aura Maya. Weeeee :)
Selamat mencuba

Thursday, May 10, 2012

Ragam anak dara

Bukit Bendera, Penang : Anak dara melaram dengan spek hitam :D

Kali ni nak cerita sikit pasal anak dara aku. Sekarang ni umur Raina dah 2 tahun 5 bulan. Sekejap je masa berlalu. Makin besar makin banyak akal yang dia dapat dan belajar. Makin banyak ragam dan kerenah dia yang mencuit hati aku dan kadang-kadang ada jugak yang buat aku bertukar menjadi tarzan berkuasa dua. Haha. Tapi taklah betul-betul jadi tarzan. Cuma kadang-kadang tu ragam Raina tu betul-betul menguji kesabaran aku. Biasalah tu ragam budak yang tengah nak membesar kan? Kita sebagai mak bapak memang kena banyak belajar bersabar.

Raina kan sekarang ni dah pandai memberontak, marah-marah dan kuat merajuk. Aku rasa dia ni banyak ikut perangai aku masa aku mengandung dulu. Masa aku mengandung dulu, perangai aku memang ala-ala poyos sikit. Suka memberontak, marah-marah dan kuat merajuk. Pada hal benda tu kecik je tapi aku selalu besarkan hal kecik tu. Mungkin emosi time tu tak stabil dan nakkan perhatian lebih. 

Dulu aku kalau merajuk dengan Saiful, aku suka menghadap dinding atau menyorok belakang pintu. Tak pun duduk dalam bilik sorang-sorang. Dan sekarang ni aku tengok Raina dah mengikut sikit-sikit perangai aku tu. Kalau dia merajuk dia akan pergi ke dinding hadap dinding tu tak pun pergi belakang pintu. Dia akan buat macam tu sampai kita datang pujuk dia. Saiful bila tengok anak dia merajuk macam tu dia akan cakap kat aku :

'Hah ikut perangai siapa tu kalau tak ikut perangai mama dia dulu'

Aku pun terkebil-kebil bila laki aku dah sound aku macam tu. Tak boleh nak bantah sebab memang tu realitinya aku dulu masa mengandung. So senyap jelah bila laki sendiri dah sound macam tu. Raina jugak dah pandai menjawab kalau kita tegur atau bercakap dengan dia. Kalau kita tegur atau cakap dengan dia masa mood dia kurang baik memang alamatlah kena sound dengan Raina.

'Mama, diamlah. Leh tak? Paham tak?'

Hah macam tu lah Raina sound aku kalau mood dia kurang baik. Kalau nak tahu sekarang ni Raina dah boleh bercakap dengan agak teratur. Nak cakap teratur sangat tu tak adalah cuma ada sikitlah improvement berbanding dulu. Alhamdulilah dia dah boleh gabungkan 6,7 word jadikan satu ayat. Selalunya bila dia bercakap tu jarang cakap pelat cuma adalah 2,3 word yang panjang-panjang tu dia cakap pelat sikit.

Lagi satu, Raina sekarang dah pandai memilih. Contohnya baju. Kalau kita bawak dia pergi shopping, selalunya dia yang akan pilih baju mana yang dia nak. Tapi pernahlah sekali tu aku beli baju dia tak bawak dia. Balik kerja terus tunjuk kat dia baju yang aku belikan untuk dia tu. Nak tahu apa dia buat? Dia campakkan baju tu sebab dia tak suka baju tu. Menangis meraung kemain sebab dia tak suka baju tu. So sekarang ni kalau nak beli barang dia memang kena pilih betul-betul sebab dia dah pandai memilih.

Sebenarnya mana-mana budak pun ada je ragam masing-masing. Kita sebagai mak bapak budak memang kena pandai layan dan control ragam diaorang ni. Macam aku, memang aku tak nafikan aku jenis manjakan anak aku. Dialah intan payung aku wei. Apa yang aku mampu aku ikutkan je rentak anak aku ni. Tapi tak adalah aku manjakan Raina sampai dia naik lemak. Kadang-kadang aku cuba jugak bersifat tegas dengan Raina. Sebab ibu aku pernah pesan, kalau anak buat salah dari kecik kita kena tegur dan ajar dengan cara bagitahu dia perkara yang betul. Jadi aku cubalah praktikkan apa yang ibu aku pesan kat aku tu. InsyaAllah kalau kita selalu terapkan budaya ni lama-lama anak akan cuba ikut apa yang kita ajarkan tu.

Eh oklah sebenarnya aku tak tahu nak buat penutup entri ni macam mana. Ayat pun dah carca marba. Haha. Sekarang ada kerja sikit. Nanti kalau aku free aku buat entri baru lagi ye.