Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, June 25, 2012

Gigih demi Raina Evaqairina

Aku sebenarnya dah lama nak buat entri ni. Tapi asyik tertangguh-tangguh je. Biasalah aku kan sekarang kemain malas nak menaip. Kalau hadap blog pun cuma rajin nak baca blog kawan-kawan je. Nak update blog sendiri macam tak ada hati. Bukan apa, kerja aku sekarang dah tak macam company lama dulu. Kerja banyak dan kadang-kadang aku jarang ada kat office sebab selalu buat kerja luar macam ada urusan nak settlekan hal passport dan permit foreign workers kat imegresen, urusan di kedutaan atau urusan di KWSP, SOCSO mahupun LHDN. Lepas tu akhir bulan dah busy siapkan report gaji. Selalunya ada 7 report aku kena buat tiap-tiap bulan. Tu yang kadang-kadang rasa nak menangis. Macam tu lah kalau buat kerja-kerja HR. Tapi takpe, macam yang aku pernah bagitahu kat entri sebelum ni, aku suka belajar benda baru.

Ok kali ni aku nak cerita sikit pasal bekalan Raina ke rumah babysitter. Aku mula belajar bangun awal pukul 4.30 atau 5 pagi sejak Raina dah start makan bubur dari usia lebih kurang 6 bulan. Masa mula-mula tu memang aku tak biasa nak bangun pagi-pagi. Rasa nak menangis pun ada. Sebab aku tak pandai masak bubur pastu nak bangun pagi-pagi lagi. Percayalah aku memang tak pandai masak bubur. Nasib baik ada Saiful. Dialah yang tolong ajar dan bantu aku masak bubur. Selain tu, ibu aku ajar macam mana nak pelbagaikan rasa dan menu bubur. Tapi sekejap je kot aku rasa cuak. Lepas 2,3 bulan aku dah agak hebat masak pelbagai jenis bubur. Cewahhh hebat ke Nurul? Hahaha.

Ok mesti ada yang pelik kenapa perlu bangun pagi untuk masak? Aku memang dah  berazam dalam diri aku yang aku tak nak menyusahkan babysitter Raina dan aku sendiri nak masak makanan untuk anak aku supaya anak aku biasa makan dari air tangan mama dia. Memang babysitter Raina banyak kali offer bagitahu tak payah susah-suah bangun pagi dan masak bubur. Tapi aku sendiri dengan rela hati nak masak.

Alhamdulilah, pada usia Raina 2 tahun lebih ni pun, aku masih gigih bangun pagi dan masak. Cuma kerja memasak aku pagi-pagi tu bertambah sikit sejak Raina start makan nasi. Selalunya aku akan masak menu untuk breakfast, nasi, lauk tengahari dan petang untuk Raina.


Semua ni aku beli kat Centro Mall

Antara menu yang aku masak untuk Raina 

Tapi sejak aku kerja kat company baru ni, aku selalu je terbangun lewat. Walaupun dah kunci jam kat hp tapi mesti dalam seminggu tu adalah 3,4 kali aku terlewat bangun. Pernah seminggu berturut-turut aku bangun lewat. Mungkin aku penat sangat sebab kadang-kadang tu aku buat kerja sampai malam. Orang lain dah sampai rumah aku masih kat office. Bila balik kerja, kena buat kerja-kerja rumah lagi pastu terus tidur sampai terlewat bangun pagi. Selalunya time aku tengah sibuk siapkan report gaji. Time tu memang boleh dikatakan tiap-tiap hari aku balik malam.

Bila aku terlewat bangun, mestilah aku tak boleh masakkan bekal untuk Raina kan? Masa tu memang rasa nak hempuk diri-sendiri. Sebab rasa bersalah sangat. Selalunya aku akan beli tapau breakfast kat luar kalau aku tak masak. Dan babysitter Raina akan masak untuk lauk tengahari dan petang. Tapi aku tetap rasa tak best bila anak aku makan makanan luar atau makanan yang babysitter dia masakkan.

Jadi untuk menaikkan semangat aku memasak tiap-tiap pagi, beberapa bulan yang lepas, aku pergilah beli botol air dan bekas untuk letak makanan yang baru untuk Raina. Aku beli semuanya baru dengan harapan aku akan lebih bersemangat untuk memasak. Walaupun kadang-kadang tu aku masih terbangun lewat, tapi dalam seminggu tu, selalunya aku akan cuba jugak masak untuk Raina. Maknanya dalam seminggu tu tak adalah hari-hari Raina makan lauk yang di beli kat luar atau pun lauk yang di masak oleh babysitter dia. 

Alhamdulilah, sekarang ni walaupun aku letih sangat, aku tetap cuba gigih masak untuk Raina. Kadang-kadang tu rasa malas sangat nak masak tapi bila fikirkan pasal Raina terus automatik pergi toilet basuh muka dan laju-laju aku masak. Bukan apa, aku sampai sekarang rasa terkilan dan bersalah pasal anak aku BF cuma beberapa bulan je. Jadi aku cuba buat yang terbaik dari segi lain. Aku berharap aku akan sentiasa bersemangat bangun pagi untuk memasak. InsyaAllah. 

Love you Raina Evaqairina

Monday, June 11, 2012

Hari tua aku

Potong kek pilihan anak dara aku

Assalamualaikum

Wow dah seminggu lebih tak update blog. Ni pun aku perasan bila tweet dengan Ena. Kalau tak, aku tak perasan pun yang blog aku ni lama tak update. Maaf, minggu lepas aku super-duper busy dengan monthly report. Hari ahad pun datang office okeh siapkan kerja. Sob sob sob. Minggu ni macam free sikit sebab report tu pun dah siap.

Minggu lepas, genap umur aku _____. Sila isi tempat kosong. Kalau jawapan tu betul maknanya korang hebat meneka. Haha. Aku akan sentiasa berfikiran positif  set otak aku bahawa aku ni masih muda remaja  sweet 18 gitu walaupun hakikatnya aku dah tua pun. Feeling-feeling muda remaja okeh kan?

Masa birthday aku tu, kereta aku buat hal. Sebenarnya kereta aku buat hal malam sebelum tu. Masa tu baru balik kerja. So apa lagi esoknya aku ponteng kerjalah sebab nak hantar kereta ke bengkel. Lepas dah settle semuanya barulah Saiful ajak aku potong kek kat taman area Shah Alam. Kononnya nak feeling-feeling drama hindustani. Haha. Saiful dah beli kek awal-awal kot. Sebab aku tengok kek tu tup-tup dah ada. Rasanya pagi tu sebelum hantar kereta ke bengkel, dia keluar dengan Raina cari kek aku tu kot.

Saiful cakap kek tu Raina yang pilih. Anak dara aku ni dah pandai memilih. Kemain lagi. Apa-apa pun aku dah rasa cukup terharu. Walaupun hanya potong kek dan layan makan KFC kat taman Shah Alam tu, aku rasa dah cukup meriah buat aku di samping suami dan anak dara aku. Lepas ni aku nak tuntut hadiah pulak. Kah kah kah.

Oh ye, semalam aku balik Banting sebab ibu aku cakap banyak parcel untuk aku. Bila sampai Banting aku agak terkejut sebab ada beberapa parcel untuk aku. Ada beberapa blogger yang pos kat aku something. Sekali lagi aku cukup terharu. Terima kasih banyak-banyak ye. Aku suka semua pemberian tu. Ada yang hadiahkan tudung leopard. Sangat terharu. 

Sempena peningkatan umur aku  ni, aku harap akan ada lebih banyak peningkatan kemajuan dalam hidup aku. Banyak impian yang ingin aku capai. Aku harap aku akan dapat apa yang aku impikan dalam hidup aku. Sebab itu, aku sekarang kerja kuat walaupun terpaksa datang kerja pada hari Ahad. Sebab aku percaya dengan usaha kita tu, sedikit sebanyak akan mendatangkan hasil. InsyaAllah.

P/s : Terima kasih kepada sesiapa yang wish birthday aku hari tu. Aku cukup hargainya. Hugs :)