Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, December 27, 2013

Alhamdulilah kini 9 bulan kandungan

Semalam genap kandungan aku 36 weeks. Ini bermakna sekarang kandungan aku sudah 9 bulan. Alhamdulilah. Patutlah aku jalan pun dah tak berapa larat. Kalau kat office tu, baru turun naik tangga aku dah termengah-mengah. Oh lagi satu, aku sekarang kuat makan. Sejak kandungan aku 8 bulan kot, aku perasan yang aku kuat makan. Kalau ikut sejarah masa Raina dulu, 37 weeks 6 hari aku dah selamat bersalin. Tapi kali ni aku berharap aku lewat bersalin. Kalau boleh tak nak bersalin awal-awal. Sebab banyak kerja kat office yang aku kena settlekan dulu sebelum cuti berpantang. Lagipun aku tak kemas lagi beg nak bawak pergi hospital. Asyik tertangguh-tangguh je. Kenapalah aku pemalas sangat ni? Asal sebelum cuti je kemain plan nak kemas itu ini tapi bila tiba masa cuti tu, tiba-tiba datang perangai malas aku.

Aku rasa sekarang ni perangai malas aku menjadi-jadi. Paling ketara aku malas nak pergi kerja. Padahal kerja melambak-lambak jugak ni. Maklumlah dah hujung tahun ni banyak report yang aku kena settlekan. Tapi aku dah mula fikir pasal cuti berpantang. Asal bangun pagi je, mulalah otak ligat fikir nak pergi kerja ke tak nak. Nak amik MC ke tak nak. Punyalah malas nak pergi kerja kan. Nanti masa berpantang aku merungut bosan nak pergi kerja pulak. Kau apasal Nurul? Mengada-ngada? Tampar diri-sendiri.

Sebenarnya aku berdebar-debar bila fikirkan pasal hal sakit bersalin. Sekarang ni, selalu sangat aku membayangkan sakit time contraction datang menyerang. Sakit yang kau rasa nak sepak tampar orang keliling kau. Sebenarnya aku bukan ingat sangat sakit contraction tu macam mana. Maklumlah Raina pun dah 4 tahun 1 bulan. Pengalaman bersalinkan time Raina dulu dah lama bertahun-tahun yang lepas. Cuma yang aku ingat sakit nak bersalin tu memang sakit kemain. Ingat lagi time Raina dulu, mula-mula aku boleh lagi berlagak cool. Pada hal masa tu dah kerap rasa sakit. Sampai hospital, check dah 6cm. Bayangkan masa 6cm tu aku boleh berlagak cool lagi. Cool lah sangat. Tapi bila sampai satu tahap yang kau dah tak tahan-tahan nak meneran masa tu memang aku dah tak boleh nak berlagak cool lagi. Serius masa tu macam ada benda nak terkeluar.  Masa tu aku dah agak Raina dah tak sabar nak keluar dari perut mama dia ni. Macam kau rasa sakit perut nak berak tapi kau dah tak boleh nak tahan-tahan lagi dah. Masa tu lah kau rasa nak sepak tampar orang keliling kau. Hei tiba-tiba aku cerita hal sakit bersalin kan? Ok cerita lainlah pulak.

Aku sekarang tengah fikir bila Raina nak start sekolah. Yuran booking tempat kemasukan sekolah untuk tahun depan semua dah bayar. Hari tu masa bayar yuran, aku bagitahu ustazah yang aku nak masukkan Raina sekolah start bulan Februari tahun depan. Sebab due date aku bulan Januari tahun depan. Maybe aku berpantang kat Banting dalam 2 minggu then balik Shah Alam sambung berpantang kat Shah Alam pulak. Tapi bila aku fikir-fikir balik macam nak masukkan Raina sekolah start bulan Januari nanti selagi aku belum bersalin ni. Nantilah aku fikirkan balik. Cuma sekarang aku dah lega, hal sekolah Raina dah settle. Risau tak dapat tempat sebab ustazah bagitahu tempat untuk kemasukan pelajar baru memang terhad. Cuma lepas ni nak settlekan pendaftaran untuk weekend class Raina je nanti. Aku dan Saiful dah decided nak continue je weekend class Raina kat Bangi tu. Raina pun dah serasi dengan teacher dan school kat situ. Nantilah kalau aku rajin aku cerita detail pasal hal sekolah Raina ni eh. Hei banyak sangat aku bagitahu kat blog aku ni yang aku nak tulis cerita itu, cerita ini tapi nanti tiba masa time aku rajin update blog, aku cerita hal lain pulak kan? Hahaha. Takpelah kalau dah bersalin nanti pun boleh jugak up cerita-cerita yang lama walaupun cerita tu dah basi. Asalkan ada modal nak update blog. Tapi serius ni, sebenarnya banyak cerita yang dah basi aku nak cerita kat blog aku ni tapi perangai malas tu yang lebih-lebih. So aku peram je dulu cerita-cerita tu. Kalau rajin nanti aku up kat blog aku ni. Kalau tak rajin harap maklum je lah. Kasi simpan je lah itu cerita. Hahaha.

Oh ye, tahniah kat Hany sebab Hany dah selamat bersalin baby boy semalam. Due date Hany ni patutnya Januari tahun depan sama dengan aku, Nano, Maria dan Fie. Oh ye due date Mun pun Januari tahun depan. Tapi Hany dah bersalin dulu. Sorang-sorang rakan blogger yang aku kenal dah bersalin. Tahniah. InsyaAllah kalau aku tak bersalin lagi, aku plan nak tengok Hany dan baby dia nanti.

Monday, December 9, 2013

Akhirnya aku terjebak dengan US website



Sebenarnya aku nak tulis pasal cerita lain tapi gambar tak edit lagi. Jadi aku tulis pasal cerita lainlah hari ni. Janji aku update blog aku ni. Iye tak? Hahaha. Aku nak cerita pasal perangai terbaru aku. Sejak kebelakangan ni aku dah jatuh cinta dengan US website. Dah macam tahap aku jatuh cinta dengan barang-barang kat Ikea dan Kaison. Asal ada masa free je aku mesti nak hadap US website ni. Tak kiralah kat tempat kerja ke atau kat rumah. Pastu mulalah ambil culculator buat kira-kira convert nilai dollar ke nilai ringgit Malaysia (RM).

Semuanya bermula bila aku nak cari baju Raina dan adik Raina yang sama design dan color. Aku ni jadi orang memang suka tengok adik-beradik pakai baju sama design dan color. Sehati sejiwa gitu. Macam aku dengan adik aku Angah. Beza umur aku dengan Angah setahun je. Kami memang dari kecil sampailah dah besar dan masing-masing dah kahwin ni, selalunya citarasa kami sama. Beli baju sama. Beli seluar pun nak sama. Senang cerita, selalunya citarasa kami sama. Masa kecil-kecil dulu, ibu dan ayah selalu pakaikan kami baju atau kasut yang sama design dan color. Kadang-kadang tu design sama tapi warna lain. Tapi tetap nampak sehati sejiwa gitu. Macam barang-barang yang lain pun sama. Contoh pencil box untuk bawak pergi ke sekolah. Benda sekecil itu pun kadang-kadang kami nak beli sama design atau warna.

Masa aku tweet hal ni kat twitter, ramai yang mention aku. Masa ni lah aku terjebak dengan US website bila ada seorang rakan di twitter bagitahu aku tentang US website ni. Bukan apa, kalau kat Malaysia ni, agak payah nak cari baju sama design dan color mengikut saiz baby dan saiz toddler. Ada tu memang ada tapi tak banyak pilihan. Sebenarnya, sebelum ni aku tahu jugak serba-sedikit pasal US website ni tapi aku tak endahkan pun. Sebab pada aku, kat Malaysia ni macam-macam ada. Beli je lah kat mana-mana butik atau kat kedai pun kan. Lagi satu aku selalu anggap barang-barang kat US website ni mahal kemain.



Rupa-rupanya sangkaan aku silap. Kita boleh dapatkan macam-macam kat US website ni. Sebabnya pilihan memang banyak plus cantik-cantik dan berkualiti. Apa yang penting original okeh. Harga memang mahal sikit. Tapi janganlah kita beli time tak ada sale wei. Kita belilah time ada sale. Memang jimat dan berbaloi-baloi. Hari tu aku order baju dan seluar untuk Raina dan adik Raina masa 'Black Friday Sale'. Memang sale kaw-kaw. Ada yang diskaun sampai 60%. Memang buat aku tak senang duduk.  Contoh harga seluar lengging, kita boleh dapat dengan harga 5 dollar je time sale. Kalau convert dengan rate ringgit Malaysia (RM) pun still murah bagi aku. Kadang-kadang harga yang kita beli time sale kat US website lebih murah berbanding harga sale di butik kat Malaysia ni. 

Sebab apa aku cakap macam ni. Aku ni kadang-kadang ada jugak layan brand yang best sikit macam Guess Kids untuk baju-baju Raina. Tapi aku pergi butik-butik macam tu pun time sale lah wei. Tak berani aku nak masuk butik-butik macam tu time tak ada sale. Sebab aku tahu harga kat butik-butik macam tu kemain mahal melampau. Ada hari tu aku beli baju kat Guess Kids untuk Raina. Beli time sale je pun yang aku mampu. Tapi harga tetap mahal bagi aku. Harga dalam RM100++ sehelai after diskaun. Tapi masa tu aku pun dah berkenan dengan baju tu, so aku bayar je. Sekarang ni aku cuba buat perbandingan harga sale bila kita beli kat US website. Aku rasa lebih murah. Lepas harga diskaun pun tak sampai ratus-ratus pun. Itu dah termasuk harga kos shipping tau. Tak ke harga macam tu buat aku teruja sebagai mak budak.

Cuma bila kita order barang kat US website ni, kita kena sabar sikit. Sebab barang-barang tu akan mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke Malaysia. Kalau tak sabar memang tak boleh order barang dengan US website ni okeh. Yang penting kena sabar menunggu barang-barang tu sampai ke kita dengan selamat.

Aku memang recomended kat korang untuk cuba beli barang kat US website ni. Tapi beli time ada sale okeh. Jimat dan berbaloi-baloi. Oh ye barang-barang tu tak semestinya baju untuk baby dan toddler je. Kalau nak beli handbag original dengan harga murah pun boleh cuba beli kat US website ni jugak macam brand Coach or Micheal Kors. Macam aku hari tu try order beli brand Carter's dan Oshkosh. Selain tu ada lagi macam-macam US website macam Gymboree, GAP dan Old Navy. Selamat mencuba

Wednesday, November 27, 2013

Ketat, sendat dan senak

Ketat

Sendat

Senak

Itu yang aku kerap rasa sekarang. Makin rasa tak selesa bila tiba-tiba je perut mengeras pastu rasa ketat, sendat dan senak semacam. Apa yang aku perasan, selalunya asal aku lepas makan je tiba-tiba perut rasa macam ni. Kalau kena kat rumah tak apa lagi boleh baring-baring kan? Kalau kena kat office? Menangis wa cakap lu. Aku ni nampak je macam kuat tapi peleleh jugak. Hahaha.

Pernah satu hari tu, kusyuk duduk depan pc buat kerja kat office, tiba-tiba perut mengeras. Bila mengeras aku jadi susah nak bernafas. Masa tu memang rasa perut tu dah ketat, sendat dan senak semacam. Menangis-nangis aku tahan sakit. Apa lagi aku terus masuk toilet menangis sebab tak tahan rasa sakit tu. Segan wei nak menangis depan pc. Nanti member-member office nampak pulak. Tu yang lari masuk toilet. Nasib baik manager aku faham keadaan aku. Dia suruh aku balik awal.

Masa mengandungkan Raina dulu, aku rasa taklah kerap aku kena macam ni. Tapi kali ni memang kerap aku rasa macam ni. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Bila kat office je, selalulah aku tengok jam dah pukul berapa. Kalau boleh nak balik cepat dan sampai rumah awal. Sekarang kalau nak solat pun terasa sakit kat perut lagi-lagi bila nak sujud. Tapi aku gagahkan jugak solat macam biasa. Walaupun ibu aku pesan kalau tak larat solatlah cara duduk. Tapi aku cuba jugak solat macam biasa.

Aku yang kembang dengan jayanya. Sekarang aku tak berapa suka bergambar. Kalau bergambar tu, puaslah cari posisi bergambar supaya nampak cantik

Tuesday, November 12, 2013

Kini sudah 7 bulan kandungan

Masa aku mengandungkan Raina dulu, aku rajin update hal-hal perkembangan diri aku. Masa tu memang tengah rajin berblogging. Sekarang ni aku tak berapa rajin nak berblogging. Malas kemain. Aku tengok dunia blogging pun dah macam suam-suam je. Tak berapa meriah macam dulu-dulu. Ramai rakan blogger yang seangkatan dulu pun dah jarang-jarang update blog. Rindu zaman kemeriahan dunia blogging. Tapi aku gagahkan jugak update blog aku ni. Walaupun tak kerap macam dulu-dulu.

Syukur Alhamdulilah, sekarang kandungan aku dah 7 bulan 1 minggu bersamaan dengan 29 minggu. Aku rasa macam sekejap je masa berlalu. Tup-tup sekarang ni kandungan aku dah 7 bulan lebih. Masa awal-awal kandungan dulu, dengan keadaan aku yang boleh tahan teruk jugak mabuk dengan pakej muntah, meloya, pening kepala, tak lalu makan, tak boleh masak sebab tak tahan bau minyak masak dan macam-macam lagi, masa tu aku selalu berharap cepatlah penyakit morning sickness aku ni berlalu dan aku nak sihat dan cergas macam selalu. Aku selalu tengok calender dan pernah berharap nak cepat-cepat beranak. Tapi sekarang ni bila dah sarat, aku selalu berharap masa tolonglah berlalu lambat-lambat sebab aku takut nak beranak. Hahaha.

Tapi apa yang aku perasan, bila kandungan aku mencecah je 7 bulan hari tu, pening-pening kepala, rasa nak pitam dan tak berapa selera nak makan semua tu datang balik. Cuma taklah seteruk macam masa awal-awal kandungan dulu. Kalau ikutkan, pengalaman aku mengandung kali ni memang agak berbeza sikit berbanding time aku mengandungkan Raina dulu. Time Raina dulu aku tak ada pun ada rasa morning sickness ni semua. Elok je cergas siap rajin buat kuih raya bagai. Tapi kali ni memang aku pemalas kemain asyik nak tidur dan baring je sebab rasa lemah satu badan.

Sekarang ni berat aku macam biasa naik setiap kali timbang untuk check up. Pada hal aku punyalah control makan. Tapi berat still naik. Kadang-kadang pernah naik sampai 2kg. Tapi rasanya masih boleh control kot kenaikan berat badan aku ni. Aku berharap berat aku taklah naik banyak macam time Raina dulu. Time Raina dulu memang aku tak control makan. Itu sebab berat aku naik mendadak time Raina dulu. Hidung aku pun dah kembang setaman. Part ni memang sama macam time Raina dulu. Agaknya aku ni jenis tiap kali pregnant hidung aku sama naik kembang setaman. Cuma yang aku perasan kali ni kaki aku tak bengkak teruk. Still ada bengkak sikit tapi tak seteruk macam time Raina dulu. Masa Raina dulu kaki aku memang macam belon bengkak teruk. Kali ni bengkak biasa-biasa je.

Bila kandungan aku dah 7 bulan lebih ni, perut aku kerap mengeras. Bila mengeras, kadang-kadang tu rasa susah nak bernafas. Selalunya yang aku perasan bila aku lepas makan je, tiba-tiba perut rasa mengeras. Kadang-kadang tu sampai aku menangis jugaklah sebab tak selesa dan rasa agak sakit bila perut dah start mengeras. Dan sekarang ni aku dalam fasa yang tak selesa bila time tidur. Mengereng ke kanan ke kiri dan kadang-kadang terlentang ada je rasa tak selesa. Maklumlah perut makin lama makin besar di tambah dengan rasa sakit pinggang dan kadang-kadang perut mengeras secara tiba-tiba, memang sah-sah aku jadi tak selesa bila nak tidur.

Ahad lepas, aku buat detail scan 3D/4D kat Hospital UMRA. Harga untuk detail scan kat Hospital UMRA dah naik harga tau. Dulu time Raina aku buat detail scan kat Hospital UMRA jugak. Tak silap aku masa tu baru RM120 kot tahun 2009. Sekarang harga detail scan kat Hospital UMRA RM180. Terkejut aku bila dapat tahu harga baru untuk detail scan ni. Pastu mulalah sesi aku rajin google nak cari tempat yang boleh buat detail scan 3D/4D dengan harga yang berbaloi. Bila google sana sini terjumpa satu website ni. Nama website ni 3D 4D SCAN IN MALAYSIA. Korang boleh pilih mana-mana klinik yang korang suka dan buat appointment dengan isi borang online kat webiste ni. Sebelum tu korang daftar dulu keahlian kat website ni. Aku pilih Hospital UMRA jugak tapi yang bestnya aku dapat bayaran cuma RM120 je bukan RM180 sebab aku daftar online buat appoitment dengan website ni. Berbaloi-baloi kan harga?

Aku dapat buat appointment dengan doktor Jezzlyn. Doktor Jezzlyn ni peramah dan baik sangat. Masa aku google nak cari tempat buat detail scan dengan harga yang murah ni, aku terjumpa beberapa blog yang review tentang doktor Jezzlyn ni. Rata-rata bagitahu servis yang di beri oleh doktor Jezzlyn memang akan buat kita rasa puas hati. Memang betul pun. Aku yang dapatkan servis doktor Jezzlyn pun rasa puas hati sangat. Doktor Jezzlyn ni pandai pujuk baby. Dia akan pujuk baby masa kita buat detail scan tu. Sebagai contoh, kalau baby sorokkan muka tak nak tunjuk muka atau baby tak nak tunjuk gender baby, doktor Jezzlyn akan cuba pujuk baby sampai boleh tengok muka baby atau tunjuk gender baby. Lembut je suara dia masa pujuk-pujuk baby tu.

Alhamdulilah masa aku buat detail scan tu, baby bagi kerjasama. Dapat tengok muka baby dan tahu gender baby. Teruja aku tengok baby dalam perut aku ni walaupun ni adalah anak kedua, tapi perasaan teruja tu tetap ada dan sama macam time Raina dulu. Cuma kali ni, Raina ada sama. Raina dan Saiful teman aku masa buat detail scan walaupun masa tu Saiful tengah demam. So perasaan teruja tu kami kongsi sama-sama. Raina kemain suka bila dapat tengok adik dia.





Gambar baby dalam CD banyak dan siap ada video pergerakan baby. Tapi kebanyakkan gambar sama je kedudukan baby. Doktor kata baby tengah tidur. Pastu kena kacau sebab nak tengok dia. Ada tu elok-elok baby dah tunjuk muka sekali tu nak tengok balik muka baby, dia dah tutup muka dia dengan kaki siap buat muka masam pastu menguap. Teruja je aku tengok aksi adik Raina ni tau.

Alhamdulilah berat baby dah 1.2kg dan doktor kata semuanya ok. InsyaAllah adik baby sama geng main masak-masak dengan kakak Raina. Bila dah tahu gender baby ni, bolehlah aku start shopping barang-barang keperluan aku dan adik Raina ni. Kandungan dah 7 bulan lebih, satu apa pun aku tak beli lagi. Baju-baju dan barang-barang Raina yang masih boleh pakai pun aku tak cari  dan basuh lagi. Kemain pemalas aku ni. Aku ingat kalau malas sangat aku beli je semuanya baru. Lagipun baju-baju Raina masa newborn banyak dah jadi color kuning-kuning kesan susu dan maybe sebab dah lama sangat simpan. Macam set tilam dan lain-lain pun macam dah agak buruk je aku tengok. So mana yang dah agak buruk tu, aku rasa aku nak beli baru je. Maklumlah Raina lahir tahun 2009 sekarang dah tahun 2013. Adik Raina InsyaAllah keluar awal tahun 2014. Dah bertahun-tahun simpan baju dan barang Raina tu, mestilah keadaan baju dan barang Raina tu agak buruk sikit kan? So rasanya eloklah aku beli baru je. Adik Raina pun nak jugak merasa baju dan barang yang baru. Adil dan sama rata untuk semua anak-anak aku. InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik.

Oklah dah panjang sangat entri ni. Semoga adik Raina sihat dan baik-baik dalam perut mama dia ni. Adik Raina ni pun sekarang kemain aktif tendang perut mama dia sana sini. Takpe aku suka je bila baby aktif. So kita boleh monitor pergerakan baby. Ok aku ada kerja sikit nak buat. Nanti kalau rajin aku update lagi

Wednesday, November 6, 2013

Cerita basi dan cerita baru

Sekarang kemain malas nak update blog. Banyak cerita nak update tapi perangai malas nak menaip tu lagi banyak dalam diri aku. Malas yang melampau. Hahaha. Lagi satu, bukan sebab malas je. Busy pun iya jugak. Serius memang agak busy lately. Plus ada beberapa sebab kenapa aku dah jarang update blog sekarang ni. Nanti aku cerita satu-satu ye.

Sebenarnya aku baru balik holiday. Holiday dekat-dekat je. Pergi Langkawi je pun. Ikut plan asal destinasi Langkawi ni bukan dalam senarai vacation aku tahun ni. Awal tahun hari tu aku ke Kuching Sarawak dan aku plan lepas ke Kuching tu aku nak ke USS Singapore ataupun Krabi Thailand pada hujung tahun ni. Tapi banyak sebab kenapa aku terpaksa tukar destinasi. Salah-satu sebab paling utama adalah dengan keadaan diri aku yang tengah sarat mengandung ni, rasanya pergi holiday dekat-dekat je lah yang aku mampu. Takpelah harap-harap ada rezeki nanti pergi ke USS ataupun Krabi tu. InsyaAllah. Sebenarnya nak bawak Raina berjalan-jalan dan sekaligus babymoon. Konon-kononlah babymoon. Hahaha. Macam entri aku yang lepas-lepas, aku pernah bagitahu, anak dara aku suka sangat naik kapal terbang. Bagi melepaskan rindu dia terhadap kapal terbang maka terjadilah percutian ke Langkawi ni.

Nanti kalau aku rajin, aku cuba update tentang percutian ke Langkawi ni ye. Entri tentang percutian ke Kuching pun aku tak update lagi. Walaupun cerita tu dah basi aku cuba jugak update nanti. InsyaAllah. Tak kisahlah ada orang nak baca ke tak. Aku nak jugak update untuk rujukan aku. Kot-kot nanti bila-bila nak pergi destinasi yang sama. Boleh terus rujuk entri tu je.

Masa balik island hopping kat Langkawi hari tu, Raina kena chicken pox. Kasihan anak dara aku. Masa tu aku ingat badan dia kena gigit nyamuk. Tapi masa nak bersiap-siap ke airport nak balik KL, secara tiba-tiba naik banyak bintik-bintik menggelembung kat badan Raina. So aku laki bini dah agak ni sah-sah kena chicken pox. Alhamdulilah Raina tak demam. Aktif macam biasa. Tapi dia asyik menggaru-garu je. Sampai LCCT, ibu aku ambil kami kat airport, dan kami terus pergi cari daun semambu. Pada hari yang sama jugak bawak Raina jumpa doktor. Biasalah mak budak, rasa risau tahap nak menangis okeh. Walaupun aku tengok Raina rileks je. Tapi aku rasa nak menangis sebab kasihan bila tengok bintik-bintik menggelembung tu makin lama makin banyak.

Nak tak nak, aku terpaksa sambung cuti lagi. Dahlah annual leave aku dah habis. Nak tak nak kena tolak gaji. Aku yang siapkan report untuk payroll, aku sendiri tolak gaji aku. Hahaha. Alhamdulilah bos faham situasi aku. Alhamdulilah, selepas hampir dua minggu, chicken pox Raina dah ok dan kering. Sekarang tinggal parut je. Aku sekarang tengah nak cari krim untuk hilangkan parut-parut chicken pox tu. Ingat nak order krim dari Shaklee. Tapi semalam whatsapp Ain, dia cakap krim yang aku nak tu out of stock pulak. Ain ni jual shaklee. Aku beli dengan dia sebab senang COD je sebab rumah dia dekat dengan rumah aku. Takpelah nanti try cari krim lain kat farmasi.

Lepas Raina sembuh dari chicken pox, Saiful pulak kena chicken pox. Mula-mula tu, aku yang rasa tak berapa sihat. Rasa demam, batuk dan selsema. Aku agak, mabuk simptom mengandung tu datang balik. Aku dah start pening-pening kepala tahap tak boleh tahan rasa nak menangis. Aku jugak tak berapa selera nak makan dan badan pun dah start lemah-lemah. Cuma taklah teruk mana. Masih boleh control walaupun sebenarnya tak berapa larat sangat. Aku perasan, masuk  kandungan aku 7 bulan dah datang balik simptom-simpton ni.

Oh ye, minggu lepas kandungan aku genap 7 bulan. Nanti kalau aku rajin aku cerita lagi pasal kandungan aku ni ye. Dalam masa aku tengah tak sihat tu, Saiful pun demam jugak. Tapi aku tengok keadaan dia lagi teruk dari aku. Isnin hari tu, aku bersiap-siap nak pergi kerja. Walaupun aku tak berapa sihat tapi aku gagahkan jugak ke office. Tapi aku tengok keadaan Saiful macam makin teruk je. Rupa-rupanya Saiful kena chicken pox sebab naik bintik-bintik kat muka dan badan dia. Nasib baik ibu aku dah ambil Raina bawak balik Banting Isnin hari tu. Kebetulan ibu aku dah start cuti panjang sebelum masuk pendaftaran pelajar baru untuk sesi baru. So aku minta ibu aku jaga Raina.

Hari ni aku ambil half day. Risau dengan keadaan Saiful. Sebab Saiful bukan saja kena chicken pox tapi siap demam teruk. Dari semalam aku paksa dia makan tapi dia tak ada selera nak makan. Pagi tadi, kelang-kabut siapkan breakfast untuk dia. Malam tadi aku balik Banting sebab rindu kat Raina. Subuh-subuh dah gerak balik Shah Alam. Sampai rumah terus siapkan breakfast untuk Saiful pastu bersiap nak pergi kerja. Memang agak kelang-kabut sikit. Aku harap sangat Saiful cepat sembuh dari chicken pox dia tu. InsyaAllah.

Ok dah panjang sangat entri ni. Nanti kalau rajin aku update lagi okeh

Kami masa kat Langkawi hari tu

Friday, November 1, 2013

5th wedding anniversary. Alhamdulilah


Assalamualaikum November

Sekejap saja sudah masuk bulan November. Hari ni 1/11/2013, genap usia perkahwinan aku dan Saiful 5 tahun. Syukur Alhamdulilah. Dalam masa 5 tahun ni, macam-macam yang kami lalui. Suka, duka, manis, pahit dan macam-macam rasa semua aku dan Saiful dah rasa. Wahhhh ayat kemain macam bersastera eh. Hahaha.

Dalam perkahwinan tak semuanya kita akan rasa manis macam cerita dongeng yang pernah kita impikan macam masa zaman-zaman kita bujang dulu. Sikit sebanyak mesti ada rasa pahit. Alhamdulilah sekarang aku dah boleh control diri supaya aku lebih cool dan rileks. Dulu aku suka memberontak lagi-lagi dengan suami sendiri. Sekarang Alhamdulilah aku rasa, aku dan Saiful banyak belajar dalam hubungan perkahwinan ini.

InsyaAllah kami masih lagi belajar dan cuba faham akan diri masing-masing. Semoga hubungan perkahwinan ini akan berkekalan dan di berkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah

Monday, October 7, 2013

Ukhwah Bloggers Gathering : Kemensah


Sabtu lepas, aku join geng blogger bergathering kat Kemensah. Kemensah ni kat belakang Zoo Negara. Aku pun baru tahu kat belakang Zoo Negara tu ada tempat nama Kemensah. Kat Kemensah ni ada air sungai. Nak cakap air terjun rasanya bukan air terjun kot. Lebih kepada air sungai. Air sungai kat situ pun sejuk je. Best kalau mandi berendam dalam air sungai. Tapi aku tak mandi pun. Pada hal dah bawak baju lebih kononnya nak mandi. Tapi sampai sana macam malas pulak nak tukar baju mandi. Raina dengan Saiful je mandi. Macam pelik pulak aku tengok Raina tak takut air berendam dalam air sungai tu. Maybe sebab ada ramai kawan-kawan anak bloggers yang lain mandi. Tu yang Raina pun happy join mandi berendam sekali dalam air sungai tu. Kebanyakan yang join gathering ni semua pakat berendam dalam air sungai. Kalau dah ramai berendam dalam air sungai tu haruslah meriah.

Sepatutnya bloggers gathering ni nak di buat kat Port Dickson. Ketua penganjur adalah Hany. Pastu Hany lantik beberapa AJK untuk tolong apa yang patut untuk melancarkan plan bloggers gathering ni. Aku adalah salah-seorang AJK yang Hany lantik. Tapi, entah macam mana Hany tukar lokasi ke Kemensah. Aku ok je mana-mana pun boleh. Asalkan boleh jumpa geng blogger lepak-lepak, borak-borak dan haruslah makan-makan. Hahaha.

Ramai yang join gathering kali ni. Semuanya aku dah pernah jumpa. So tak rasa kekok mana pun sebab dah banyak kali jumpa diaorang ni. Geng blogger yang join gathering kali ni, Dayu, Reen, Fad, Ana Lyana, Zaza, Ainul, Nurul Ummu Sofiya, Intan, Ena dan haruslah ketua penganjur Hany. Kalau termasuk family aku total adalah 11 family yang join gathering kali ni. Alhamdulilah walaupun hanya 11 family yang join gathering ni, tapi tetap terasa kemeriahan bila berkumpul beramai-ramai.





Paling best gathering kali ni ada BBQ. Ada kambing dan chicken wing. Tapi disebabkan aku bukanlah penggemar daging lembu mahupun kambing jadi aku melantak makan chicken wing je. Tapi Saiful makan kambing BBQ tu. Dia kata sedap sangat. Sampaikan dah balik dari Kemensah pun dia asyik cerita pasal kesedapan kambing BBQ tu. Hahaha.

Selain ada kambing BBQ dan chicken wing BBQ, ada macam-macam makanan yang lain jugak. Aku bawa nasi impit, rendang ayam, kuah kacang dan kuih karipap. Bukan aku yang masak tapi ibu aku yang masak. Sepatutnya aku nak bawak ubi rebus dan sambal ikan bilis. Kononnya nak suruh Saiful yang masak menu tu. Sebab Saiful kalau masak sambal ikan bilis, pada aku sedap rasanya. Tapi bila tengok Saiful balik kerja pun dah lewat malam, macam kasihan pulak nak suruh dia masak. Kalau aku yang masak, memang tak berapa sedaplah kot. Macam tak confident nak bagi kawan-kawan makan. Hahaha. Sebab tu, aku minta tolong ibu aku masakkan. Sanggup okeh tunggu Saiful balik kerja tengah malam pastu terus gerak balik Banting Jumaat malam tu. Pagi Sabtu tu, dalam pukul 4 pagi ibu aku dah bangun masakkan rendang ayam dan yang lain-lain. Nasi impit pulak ibu aku dah siap rebus awal-awal lagi. Terima kasih ibu.

Selain menu yang aku bawa tu, ada jugak menu-menu yang lain yang di bawa oleh geng blogger yang lain. Antaranya, nasi goreng, bihun goreng, kuih-muih dan buah-buahan. Semuanya pun sedap-sedap. Lagi-lagi makan kat tepi sungai dengan keadaan yang sejuk dan redup. Memang mengundang selera makan. Tapi aku tak makan banyak mana pun. Sebab sibuk melayan kerenah Raina.

Aku tak ambil banyak gambar pun. Sebab sibuk melayan kerenah Raina pastu biasalah sibuk berborak-borak dengan geng blogger sampaikan nak ambil gambar pun jadi malas. Hahaha. Lagipun tak bawak kemera. Ambil gambar pun guna HP cikai aku je. Gambar-gambar dalam entri ni ada yang dari kemera HP Saiful dan kawan-kawan yang lain. Dalam kemera HP aku ada 3,4 keping gambar je.

Walaupun balik dari Kemensah, aku, Saiful dan Raina kepenatan, tapi kami happy join gathering ni. Dah macam satu family pulak. Sebab selain bergathering, kami jugak berhubung melalui whatsapp. Selain tu, kami berhubung melalui medium laman sosial seperti FB dan twitter. Apa-apa pun aku happy join gathering kali ni

Friday, October 4, 2013

Mahu handbag baru

Rasanya dah lama aku tak beli handbag baru. Raya tahun lepas kemain aku beli handbag. Kekonon nak beraya sakan dengan handbag baru. Handbag tak mahal mana pun. Murah je. Aku ni jadi orang cepat jemu dengan sesuatu barang. Tak kisahlah kasut ke handbag ke jam tangan ke. Walaupun aku ni cepat jemu dengan sesuatu barang tapi aku jenis sayang barang. Mana yang aku suka pakai aku akan jaga sebaik mungkin. Cuma satu perangai aku yang aku tak suka. Aku selalu lupa mana barang aku simpan. Contoh aku banyak simpan jam tangan. Sebab dulu aku suka beli jam tangan. Tak kisahlah jam tangan jenis murah atau mahal sikit. Memang suka beli lagi-lagi time study kat UiTM dulu. Tapi yang peliknya yang tinggal 1,2 utas jam tangan je dalam simpanan aku. Yang lain-lain aku tak ingat aku letak mana. Teruk betul kan perangai?

Kenapa pulak aku cerita pasal jam tangan ni? Aku nak cerita pasal handbag. Itulah syok sangat menulis. Ok seingat aku, paling terkini aku beli handbag adalah masa raya tahun lepas. Raya baru-baru ni aku tak beli handbag pun. Adalah jugak cakap kat Saiful nak handbag baru. Masa tu kekonon nak try bodek-bodek dialah. Kot-kot dia bagi duit dapat beli handbag baru kan? Sekali kena sound dengan laki sendiri. Rasakan kau Nurul. 

Saiful cakap handbag banyak-banyak tak nak pakai. Pastu dah minta beli yang baru. Alaaaaa bila masa pulak aku ada banyak handbang ni? Adalah 4,5 handbag je. Poyolah laki aku ni. Bila dah kena sound macam tu aku pun pasrah. Pasrah dalam keterpaksaan. Hahaha. Takpe nanti beli handbag baru guna duit sendiri je. Lagi puas hati. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Hahaha. Tapi aku tak kisah sangat pun. Apa yang aku nak, selalu aku beli guna duit sendiri. Saja je nak usik laki aku. Cuma kadang-kadang tu, datang perangai mengada-ngada, aku saja minta laki belikan. Kalau mood Saiful ok selalu dia bagilah duit suruh beli. Kalau mood dia tak berapa ok, itu yang kena sound. Hahaha.









Gambar-gambar kat atas tu antara handbag idaman kalbu. Pagi-pagi sampai office dah cuci-cuci mata tengok handbag. Semoga bonus akan datang meriah amountnya. Boleh shopping handbag idaman kalbu tu.  Nak harapkan duit gaji, aku pulak jenis sayang duit nak keluarkan sederap macam tu semata-mata nak beli handbag. Tak tahulah kot-kot nanti dah tak boleh tahan nafsu shopping, aku terbeli jugak guna duit gaji. Hahaha. Hei Nurul kata nak berjimat? Ok mari kumpul duit dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nanti baru boleh beli handbag baru.

Ok ini entri tak berfaedah. Entri meranapkan duit untuk handbag idaman kalbu. Kalau tak nak terasa meranapkan duit, mari kita kumpul duit dulu okey? Tak salah sesekali puaskan kehendak dan kemahuan diri

Tuesday, September 10, 2013

Keadaan rumah di hujung minggu

Aku tengah rajin nak update blog ni. Makin bersemangat pulak bila aku tengok amount kat account nuffnang aku bertambah. Padahal aku baru je cashout nuffnang hari tu. Bila buka balik account nuffnang, tengok account yang dah zero tu dah ada duit balik. Wow! terus semangat nak update blog. Harap-harap cheque nuffnang tu sampai sebelum aku pergi holiday nanti. Boleh buat shopping atau makan seafood time holiday nanti. Tulis macam banyak benau amount duit nuffnang aku tu kan? Hahaha. Tak banyak pun. Sikit je. Bolehlah kalau nak buat shopping barang yang murah-murah.

Aku selalunya rajin mengemas rumah time hujung minggu je. Itu pun tengok mood aku. Kalau hari bekerja memang jarang-jarang sangat aku kemas rumah. Sampai rumah pun dah lewat. Tak ada maknanya balik kerja tu aku nak mengemas rumah. Kecuali datang mood rajin aku, adalah aku mengemas rumah. Itu pun aku buat gitu-gitu je.

Bila ada anak kecik ni, normallah rumah kita bersepah sana sini. Puaslah aku nasihat Raina, kalau nak main tolong jangan sepahkan semua barang-barang dia. Raina selalunya akan jawab "ok bos" "baik bos" takpun dia jawab "baik cikgu". Apasal entah anak dara aku suka jawab macam tu. Tapi biasalah budak kecik kan. Kita punyalah pesan bersugguh-sungguh tapi sekejap je dia dengar arahan kita. Tak lama tu siaplah bersepah rumah dengan barang-barang dia.

Masa ni, aku kalau tengok keadaan rumah bersepah sangat memang aku akan tegur jugak Raina. Sebab aku memang jenis cepat rimas bila tengok rumah bersepah. Perangai aku kalau Raina nak main-main pun barang-barang mainan dia biarlah bersepah kat satu sudut atau satu tempat je. Tapi Raina punya perangai kadang-kadang dia suka sepahkan barang-barang dia merata-rata tempat. Tapi pandai pulak tu kalau tengok mama dia dah mula membebel, cepat-cepat dia kemas balik. Hahaha.




Gambar-gambar kat atas ni antara contoh bila Raina dapat sepahkan semua barang-barang mainan dia. Selalunya aku suruh dia main dalam bilik dia je kalau dia nak sangat main semua barang-barang mainan dia. Bukan apa senang aku nak mengemas balik. Kadang-kadang kasihan jugak aku kat Raina ni. Aku selalu membebel-bebel kalau dia sepahkan barang. Jadi bila hari minggu tu, selalunya aku bagi kelonggaran untuk dia sepahkan barang-barang mainan dia.

Bila fikir-fikir balik, kita dapat spent time dengan anak lebih masa time hujung minggu atau hari bercuti je selalunya. Time hari bekerja kita sampai rumah dah kepenatan. Selalunya jarang dapat spent time lebih masa dengan anak kita. Tapi itulah, kadang-kadang yang buat aku membebel-bebel dengan Raina ni, sebab sekarang dia dah pandai nak conteng dinding, conteng meja makan, conteng floor lamp Ikea kesayangan aku dan macam-macam.

Memang aku cuak bila aku tengok barang-barang dalam rumah dia nak conteng. Sebab apa, kebanyakan barang dan perabot dalam rumah aku berwarna putih. Bila Raina conteng guna pen atau pensil color memang jenuh aku nak sental bersihkan. Walaupun barang dan perabot aku bukanlah yang jenis mahal-mahal tapi aku tetap cuak bila tengok hasil contengan Raina kat mana-mana barang atau perabot aku tu. Terus rasa macam nak beli baru. Tapi aku bukan orang kaya semua nak beli baru. So gigihlah aku sental bersihkan hasil contengan Raina.

Dulu Raina memang takut nak conteng apa-apa barang. Sebab aku dah pesan awal-awal. Tapi lately dia punya perangai dan meragam dia makin menjadi-jadi. Dah pandai menconteng. Bila kita tegur, Raina dah pandai memberontak pastu nanti menangis. Aku kalau tengok Raina menangis memang terus cairlah hati aku. Hati mak budak kan? Nanti aku pun pujuk.

Tapi bak kata ibu aku, budak-budak kecik macam Raina ni mana lah dia tahu sangat benda tu adalah satu kesalahan. Biasalah budak-budak kan? Jadi aku pun cubalah bersabar dan cuba anggap Raina masih kecil dan masih dalam dunia dia yang suka bermain. Jadi normallah tu kan bila budak-budak bermain sepah sana sini dan kadang-kadang suka menconteng. Jadi aku sebagai mak budak kenalah bersabar

Monday, September 9, 2013

Fesyen untuk perempuan mengandung

Bila aku dah bagitahu umum tentang keadaan diri aku yang sebenar ni, maka senanglah aku nak tulis apa-apa entri tentang kandungan aku dan hal-hal berkaitan dengan ibu mengandung. Sebelum ni, ada je idea nak tulis entri tentang hal-hal macam ni tapi disebabkan kesihatan aku pun masa tu tak berapa stabil dan aku belum bagitahu umum, jadi aku tangguhkan dulu idea menulis tu.

Dulu time mengandungkan Raina, aku rajin update tentang perkembangan baby dalam perut, keadaan aku dan sebagainya kat blog ni. Jadi untuk adik Raina ni, kenalah aku berlaku adil. Cuma rajin dengan tak rajinlah nak menulis tu. Harap-harap aku rajinlah.

Sejak perut aku dah mula ke depan ni, aku selalu terfikir-fikir aku nak pakai baju apa supaya aku tak kelihatan kembang semacam dan aku nak kelihatan bergaya walaupun tengah pregnant. Perghhh kemain aku berangan. Hahaha. Pada hal aku dah mula kembang sana sini okeh. Aku ni dahlah memang sedia maklum kembang taklah kurus mana pun dulu. Jadi bila pregnant automatiklah aku makin kembang.

Yang aku perasan, hidung aku dah mula kembang. Dulu masa mengandungkan Raina, hidung aku memang kembang kemain okeh. Siap ada garisan kat hidung. Kali ni aku perasan bila kandungan aku dah mencecah 5 bulan ni, hidung aku dah mula nak mengembang. Sebelum ni aku perasan jugak hidung aku ni dah mula nak kembang. Tapi aku nak sedapkan hati, aku cakap dalam hati maybe perasaan aku je kot. Tapi bila Saiful pun dah tegur bab hidung aku dah mula kembang, memang sahlah hidung aku dah mula kembang. Bertabahlah Nurul.

Kaki aku pun aku tengok ada potensi nak mula bengkak ni. Masa mengandungkan Raina dulu memang kaki aku membengkak macam belon. So sekarang aku perasan dah ada potensi nak bengkak cuma tak ketara lagi.

Bila dah ada simptom-simptom pembesaran anggota badan, mulalah aku berfikir nak pakai baju cantik-cantik. Kekonon nanti taklah orang perasan aku kembang semacam kalau aku pakai baju cantik-cantik sepanjang aku pregnant ni. Kemain aku berangan. Realitinya aku macam biasa je. Pakai baju biasa-biasa je pun. Tak adalah nak beli baju mahal-mahal. Semuanya pun biasa-biasa saja.

Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Sebenarnya, aku memang tak suka pakai baju mengandung yang jenis ada tali ikat belakang tu. Kalau ada baju yang cantik kat mata aku, tapi ada tali, aku akan cuba mix dengan cardigan ke, jacket ke atau aku mix dengan seluar yang nampak lebih modern. Begitulah aku. Time mengandungkan Raina dulu aku banyak pakai maxi dress je. Aku suka pakai maxi dress. Sebab lepas bersalin kita masih boleh pakai maxi dress tu so tak ada pembaziran kat situ. Sekarang ni pun aku lebih selesa pakai maxi dress.

Aku masih sarung seluar. Kalau nak tahu, aku masih sarung seluar jenis jegging yang berwarna-warna. Kadang-kadang selamber je aku pakai seluar warna kuning lah warna hijau lah pergi office. Asalkan aku selesa. Tapi serius aku rasa masih selesa. Kalau dah tak selesa nanti, barulah aku beli seluar jenis palazzo.

Aku sukalah orang pregnant yang pakai  baju berfesyen-fesyen macam gambar-gambar kat atas ni. Cantik dan comel je aku tengok. Kalau aku kurus tak kembang semacam mungkin aku pun akan cari baju-baju macam dalam gambar-gambar kat atas tu. Tapi disebabkan aku pun dah mula mengembang sana sini, aku tak naklah beli baju dan seluar jenis ketat-ketat dan singkat macam tu. Segan okeh. Hahaha.

Aku paling suka gambar yang no 1 tu. Sempoi je pakai kemeja dan jenis seluar legging. Tapi kalau aku pakai macam tu tak sesuailah kan? Pakai tudung pastu nak pakai seluar jenis legging pulak. Macam tak kena dengan konsep orang bertudung pulak. So sekarang aku banyak pakai macam dalam gambar no 6 tu. Pakai maxi dress. Still pakai seluar tapi selalunya baju aku tu jenis labuh tutup punggung.

Kalau boleh nak beli maxi dress dan baju-baju yang cantik dan selesa lagi. Tapi tak nak beli yang mahal-mahal. Kalau boleh nak harga yang berpatutan je. Tapi aku rasa macam payah sangat nak cari yang memenuhi citarasa aku. Atau aku yang cerewet? Mungkin kot. Sebab aku nak cari jenis pakaian yang kelihatan aku tak nampak kembang semacam gituuu.

Ok dah panjang sangat entri ni. Alhamdulilah kesihatan makin okeh tu yang laju je menaip. Nanti kalau rajin aku update lagi ye

Thursday, September 5, 2013

Assalamualaikum, saya dah 5 bulan dalam perut mama saya

Sekarang saya dah berusia 5 bulan dalam perut mama saya


Assalamualaikum
 
Lama aku cuba mengumpul kekuatan untuk menulis tentang hal ni kat blog. Tapi entah kenapa aku rasa macam tak bersedia nak tulis dan bagitahu apa yang aku simpan selama ni. Sebenarnya aku tak pernah pun bagitahu hal ni kat FB mahupun twitter.

Ok, aku nak bagitahu tentang keadaan diri aku. Kini aku pregnant dan usia kandungan aku telah pun genap 5 bulan. Syukur Alhamdulilah kerana Allah S.W.T memberi aku peluang sekali lagi untuk merasa keindahan ibu mengandung dan menambah zuriat.

Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang ada bertanya soalan berkaitan hal ni tapi aku tidak pernah nak menjelaskan secara terang. Aku bukan nak sorokkan berita gembira ni. Tapi aku tak mahu menghebahkan berita gembira ni pada usia kandungan aku di peringkat awal dan mahu tunggu kandungan aku betul-betul kukuh. Dan sebab lain, sebelum ni kesihatan aku betul-betul tak mengizinkan. Aku mabuk agak teruk pada awal kandungan. Sebenarnya, sekarang ni pun kesihatan aku masih belum stabil sepenuhnya.

Sebenarnya aku tak sangka jugak aku pregnant. Sebab aku ni kadang-kadang cakap je dah ready tapi sebenarnya dalam hati tak ready lagi. Kadang-kadang teringin sangat nak pregnant bila tengok kawan-kawan sekeliling yang pregnant dan dah tambah anak. Tapi kadang-kadang tu, secara tiba-tiba aku rasa macam tak ready. Tapi sampai bila aku tak nak ready kan? Sedangkan umur aku pun bukan muda lagi pun.

Bila aku perasan period aku lambat pada bulan May yang lepas, aku boleh rileks lagi. Sebab memang selama ni period aku tak berapa teratur. Kadang-kadang lambat. Kadang-kadang cepat. Tapi bila aku perasan hampir seminggu period tak datang-datang, aku pun jadi cuak.

'Eh aku pregnant ke?' 

Kebetulan memang ada UPT test kat rumah. Jadi masa cuti hujung minggu tu, aku pun test. Hasilnya sah aku pregnant. Agak terkejut jugak. Tapi bila fikir-fikir balik Alhamdulilah Allah S.W.T nak bagi aku rezeki anak. Raina pun dah besar. Memang sesuai sangat aku menambah anak. Saiful orang paling happy sebab dia memang nak aku pregnant dah lama kot. Tapi aku je kadang-kadang tu rasa tak ready lagi. Tapi sekarang aku happy sangat dan automatik jadi ready nak beranak lagi walaupun ada rasa takut nak beranak.

Pregnant kali ni agak berbeza sikit. Dulu time aku mengandungkan Raina, aku punyalah cergas dan agak lasak. Kali ni aku agak lembik. Pening kepala tahap yang boleh buat aku menangis. Boleh dikatakan aku kerap menangis sebab tak tahan sangat dengan rasa sakit pening kepala ni. Rasa loya yang agak teruk sampai entah berapa kali aku muntah teruk. Dulu time mengandungkan Raina, aku rileks je tak muntah. Tapi kali ni boleh tahan jugak aku muntah teruk cuma taklah hari-hari aku muntah. Sebab kadang-kadang tu aku jenis suka tahan-tahan nak muntah. Paling teruk aku mudah rasa nak pitam. Entah berapa kali aku hampir jatuh nak pitam masa beli barang dapur dan bawak Raina shopping raya hari tu.

Aku jugak tak ada selera nak makan. Masa bulan puasa hari tu, paling merundum selera makan aku. Ambil suku nasi letak kat pinggan pun belum tentu aku boleh habiskan. Masa tu memang sedih sebab kita  bersungguh-sungguh nak puasa tapi tak ada selera nak makan. Tapi bila time raya hari tu tiba-tiba aku dah ada selera makan. Happy sangat wei sebab dah ada selera makan. Hahaha. Oh ye, Alhamdulilah bulan puasa hari tu aku dapat puasa penuh. Walaupun aku muntah teruk, loya, pening dan rasa nak pitam yang agak teruk tapi Alhamdulilah dapat jugak aku puasa penuh.

Pregnant kali ni jugak aku ellegic nak hadap FB. Twitter boleh lagi aku hadap. Kalau FB memang ellegic. Tiba-tiba rasa mual, loya nak muntah. Baru-baru ni je aku perasan aku dah boleh nak hadap FB semula. Lagi satu aku ellegic shopping mall. Masa aku mabuk teruk hari tu, siapa yang ajak aku pergi mall, jangan harap aku nak pergi mall. Aku kan peminat IKEA. Tapi siapa ajak aku pergi IKEA pun aku tak ingin nak pergi time mabuk hari tu. Masa bawak Raina shopping raya hari tu, aku masih ada lagi rasa tahap menyampah nak jejak mall tapi aku gagahkan jugak pasal nak bawak anak shopping raya. Tapi lepas raya ni, aku perasan aku dah boleh jejak mall. Yeahhh rindu nak pergi IKEA wei.

P/s : Semoga Allah S.W.T memudahkan aku mengalami proses mengandung kali ni dan melahirkan bayi di dalam kandungan ini dengan cukup sifat , sempurna, comel, beriman juga dipenuhi dgn sifat-sifat yang terpuji. InsyaAllah

Monday, September 2, 2013

Dari Hati (8) : Hati mak budak


Sejak aku menjadi mak budak, hati aku memang cepat tersentuh. Benda atau hal yang kecik-kecik pun aku boleh cepat tersentuh. Aku mengaku dulu aku memang seorang yang cukup sensitif. Mudah menangis. Tapi selalunya aku menangis secara sorok-sorok. Menangis dalam bilik air atau dalam bilik aku contohnya. Kecuali kalau dah tak tahan sangat memang aku akan menangis kat mana-mana je pun. Sebab itu ahli keluarga aku atau Saiful sendiri cakap aku ni cepat terasa hati. Sikit-sikit nak menangis. Sejak jadi mak budak perangai aku makin menjadi-jadi. Tengok drama sedih pun aku boleh teresak-esak menangis. Muka je nampak garang tapi hakikatnya hati aku lembut macam tisu.

Semalam aktiviti aku agak padat. Pagi tu, hantar Raina pergi weekend class. Lepas tu ikut Saiful pergi open house. Petang aku baru balik rumah. Tapi Saiful still kat open house belah family dia. Dia kalau bab makan memang agak rajin. Tolong apa yang patut kat open house family dia. Sambil tolong sambil makan. Hahaha. Itulah perangai Saiful. Aku je balik awal sikit pasal tak larat nak tunggu sampai malam. So aku balik rumah berdua dengan Raina.

Bila sampai rumah, Raina bagitahu aku yang dia lapar. Pada hal masa kat open house dia dah makan. Aku bagitahu dia lepas maghrib baru bawak dia keluar makan. Jadi lepas maghrib, selesai solat dan bersiap-siap terus aku bawak Raina keluar makan. Makan KFC je pun. Banyak Raina makan. Nampak sangat anak dara aku tu kelaparan. Lepas makan, aku ajak Raina pergi Giant. Saja window shopping. Malas nak balik rumah awal-awal.

Sampai Giant, Raina macam biasa dia mesti tanya aku soalan cepumas.

'Mama, nak belikan Nena baju baru ye?
'Mama,tak nak belikan Nena baju baru ke?'

Aku tengok Raina ni boleh tahan jugak suka bershopping. Sebijik ikut perangai aku. Kalau bawak dia pergi shopping mall atau mana-mana sekali pun selalunya mesti ada barang atau benda baru untuk dia. Selalunya baju ke kasut ke mahupun buku baru. Tak kisah apa-apa pun. Sebagai mak budak, soalan macam ni pun dah cukup buat aku tersentuh. Automatik aku teringat janji-janji aku semasa Raina masih dalam perut aku lagi. Aku selalu bagitahu dia yang aku akan cuba buat yang terbaik untuk dia. Kalau aku mampu aku cuba tunaikan permintaan dia. Bukan nak manjakan anak tak tentu pasal. Tapi perangai aku selagi aku terdaya dan mampu, aku akan cuba tunaikan apa yang anak aku minta. Hati mak budak memang macam ni kot. Tak sampai hati aku nak biarkan anak aku teringin sesuatu tapi aku tak cuba usaha untuk dapatkan untuk dia. Kalau aku tak mampu nak tunaikan permintaan Raina, aku akan terus-terang je dengan dia.

Jadi semalam semasa kat Giant, bila Raina minta belikan baju baru, aku sebagai mak budak mestilah bersetuju dengan permintaan dia. Selalunya kalau kat Giant, aku belikan baju basahan Raina untuk kat rumah je.  Sebenarnya boleh dikatakan tiap-tiap bulan memang aku belikan Raina baju basahan untuk kat rumah. Tapi Raina ni jenis perangai cepat jemu dengan sesuatu barang. Memang ikut perangai aku lah tu. Sebab itu dia selalu tanya soalan cepumas hal-hal berkaitan dengan shopping. Bila aku tengok Raina happy, aku pun turut rasa happy. Rasa happy sangat bila tengok Raina tersenyum-senyum happy.

Dalam kereta, on the way nak balik rumah, Raina betul-betul buat aku tersentuh dengan kata-kata dia.

'Mama, terima kasih beli baju baru Nena'

Kata-kata Raina tu betul-betul buat hati aku terharu. Ucapan terima kasih dari anak untuk mamanya memang aku hargai sangat-sangat. Tiba-tiba aku rasa nak menangis sebab terharu sangat. Tapi aku kawal perasaan aku. Semoga Raina sentiasa hargai dan ingat jasa-jasa orang yang membesarkan dia dengan penuh kasih sayang 

Tuesday, August 20, 2013

Entri raya kami : Biasa-biasa dan sederhana

 Assalamualaikum

Hari ni aku nak tulis pasal cerita raya. Orang lain dah berzaman update pasal cerita raya. Aku baru terhengeh-hengeh nak update. Seperti biasa alasan aku adalah malas. Hahaha. Kebelakangan ni mood aku malas sesaja. Aku lebih suka baca entri raya dan layan tengok gambar-gambar raya orang lain. Nak update blog sendiri kemain malas.

Tapi sebelum cerita raya ni basi, baiklah aku update sekarang. Lagipun gambar-gambar raya tu ada. Cuma tak meriah manalah gambar-gambar raya aku ni. Sekarang ni pun masih bulan syawal lagi kan? Sekarang sana sini tengah sibuk buat open house kan? Sesiapa yang buat open house tu kalau sudi jemputlah aku. Bab-bab makan aku suka je. Kalau aku sekeluarga tiada apa-apa aktiviti, bolehlah aku terjah open house korang. InsyaAllah.



Raya aku sekeluarga biasa-biasa saja. Sederhana dalam segala segi. Tak ada nak mewah-mewah sangat. Simple saja. Macam tahun-tahun lepas, persiapan raya memang aku sekeluarga lebihkan ke Raina. Ada anak ni memang persiapan raya selalunya lebihkan ke anak je. Macam aku dan Saiful memang simple sangat persiapan raya tahun ni. Macam tahun lepas, berpasang-pasang kasut raya aku beli untuk diri-sendiri. Siap beli handbag raya okeh. Tapi tahun ni, aku tak beli kasut raya mahupun handbag raya. Pakai yang sedia ada saja. Memang ada nafsu nak beli yang baru tapi bila fikirkan nak beraya pun kawasan dekat-dekat je. Sebab kampung aku dengan Saiful masing-masing dalam negeri Selangor. So baiklah tak payah membazir.

Nak beraya rumah orang pun macam malas je. Adalah jugak beraya rumah nenek dan sedara-mara tapi tak semua rumah sedara-mara aku terjah tahun ni. Tak larat badan wei. Mana yang larat dan rumah sedara-mara yang dekat-dekat tu aku terjahlah jugak. Banyak melepak rumah family kat Banting je sambil makan-makan. Ibu aku masak sedap.  So proses mengembangkan badan gitu. Hahaha. 

Cuma tahun ni aku dan adik-beradik aku decided memang nak lebihkan bajet raya ke family aku. So macam meriah jugaklah. Alhamdulilah impian aku dan adik aku nak tukarkan langsir baru, cat baru dan macam-macam lagi untuk rumah family kat Banting tercapai. Happy sangat tengok ayah dan ibu aku happy dengan persiapan yang aku dan adik aku buat untuk mereka.

Paling best, tahun ni giliran beraya rumah family aku kat Banting. Kalau ada angah lagi meriah. Tapi tahun ni, adik aku Dhila beraya kat belah family suami dia kat KL dulu. Tiba-tiba terkenang zaman kami tiga beradik masa kecik-kecik dulu. Sekarang masing-masing dah kahwin cuma tinggal Bani je masih belajar. So kenalah ikut giliran beraya.

Kat Banting kalau malam raya memang meriah. Suasana raya tu memang terasa. Kalau pergi Pekan Banting, macam-macam ada. Terasa kemeriahan suasana raya tu bila banyak deretan kedai jual barang-barang persiapan raya dan buka lagu-lagu raya. Aku rasa lagi meriah dari kat Shah Alam kot. Biasalah aku mesti nak kata Banting best. Banting kan tempat aku membesar. Hahaha.




Raya pertama tu, macam biasa bangun awal pagi dan bersiap-siap nak melawa. Happy kan sebab nak pakai baju raya. Paling best Raina dah pandai rasa happy nak beraya. Elok je Raina bangun pagi pastu cakap nak beraya. Oh ye, Raina boleh nyanyi lagu raya jugak. Maybe selalu dengar kat radio dan TV. Siap hafal lagu raya. 

Raya pertama tu, lepas beraya rumah mak sedara aku kat belakang rumah, entah macam mana keluar idea nak pergi Putrajaya. Sebenarnya aku ajak pergi Putrajaya atas alasan nak ambil gambar raya. Tapi entah macam mana, Saiful terus pergi rumah terbuka Perdana Menteri. So macam jakun sikit sebab pertama kali nak pergi rumah terbuka Perdana Menteri. Orang sangat ramai. Meriah sebab masing-masing dengan baju raya.

Tapi aku tak masuk dalam pun. Tak larat aku nak beratur panjang-panjang. Saiful, Raina, ibu dengan Bani je sanggup beratur panjang nak bersalam menteri-menteri. Aku duduk kat luar. Ayah aku tak ikut sebab ayah aku kan sakit kaki. Dapatlah Raina duit raya. Dapat kuih dan cawan sorang satu. Tak pergi makan pun sebab panas terik. Masing-masing tak larat nak berjalan dan meredah orang ramai.





Belah malam raya pertama tu, barulah aku beraya rumah nenek dan sedara-mara. Raya belah malam ni sejuk sikit kan? Kemain Raina collect duit raya. Dia dah pandai nak collect duit raya. Tapi selalunya bila dia dapat duit raya, dia akan keluarkan duit tu bagi kat aku. Dia simpan dan pegang sampul raya je. Siap bagitahu aku "nanti mama masuk duit Nena dalam bank ye" . Dah besar dah anak dara aku. Dia dah faham yang duit raya bukan untuk buat mainan macam masa dia kecik-kecik dulu.

Tahun ni kami balik Sekinchan pada raya ketiga. Kami balik sendiri je tak berkonvoi macam tahun lepas. Sebab family Saiful dah balik beraya kat Sekinchan pada raya kedua tak silap aku. Balik Sekinchan pun sebab nak melawat kubur arwah mak Saiful dan arwah adik Saiful. Lepas tu, ikut Saiful beraya rumah kawan dia kat Sekinchan. Kami kat Sekinchan tak lama pun. Balik hari je. Lagipun bapak mertua aku memang dah tak duduk kat Sekinchan sejak dia kahwin isteri baru ni. FIL dah duduk Shah Alam sepenuhnya. So lepas balik Sekinchan barulah kami ke rumah FIL dan MIL baru kat Seksyen 24, Shah Alam.


Tahun ni, aku tak ada buat majlis makan-makan macam tahun lepas. Tahun lepas, adalah aku buat majlis kecik-kecik jemput family, sedara mara yang terdekat dan kawan-kawan yang rapat makan-makan kat rumah kecik aku tu. Masa tu saja suka-suka. Tahun ni tak larat pulak nak buat macam tu. Malas pun satu hal jugak. Hahaha. Tapi kalau sesiapa nak datang tu boleh je. Tapi jangan gelakkan aku pulak sebab kat rumah aku kuih raya ada tiga jenis je. Hahaha.

Tahun ni aku memang malas nak deco-deco raya. Sebab aku lebihkan bajet raya ke rumah family aku. So kat rumah aku simple-simple je. Pada hal ada jugak berangan sebelum raya nak deco-deco untuk raya sikit. Tapi tiba-tiba datang mood malas. So rumah aku pun aku kemas gitu-gitu je. Lagipun cuti raya hari tu, aku banyak melepak kat Banting. Rumah aku memang sedikit terabai. Sampaikan pokok-pokok kat mini garden aku ada yang dah layu wei sebab aku lupa siram air sebelum balik Banting masa cuti raya hari tu. Dah tak lawa mini garden aku. Aku ingat nak beli pokok-pokok baru nanti.

Oklah, dah panjang sangat entri aku ni. Selamat hari raya dan aku nak mohon maaf kot-kot ada penulisan aku selama aku berblogging ni atau tweet-tweet di twitter, status aku di facebook mahupun perilaku aku mengguris hati korang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Thursday, August 1, 2013

Shopping raya biasa-biasa


Anak dara yang suka pergi shopping

Cerita ni cerita dah basi. Cerita minggu lepas. Dah taip panjang-panjang tapi simpan je tak publish-publish. Agak busy sikit dengan monthly report. Semalam dah siap semua report aku tu, so hari ni bolehlah tengok-tengok blog aku ni secara berhemah.

Hari Khamis minggu lepas, aku cuti. Tak berapa sihat dan nak uruskan hal insuran dan roadtax kereta aku. Masa pergi uruskan hal insuran dan roadtax kereta tu, Saiful balik rumah kejap masa lunch hour sebab nak temankan aku. Lepas dah settle segala urusan, Saiful terus masuk kerja semula. So aku ada cakap kat Saiful aku dengan Raina nak pergi shopping raya. Saiful risau dengan aku, takut aku tak larat sebab aku tak berapa sihat lately. Tapi aku yakinkan Saiful yang aku larat keluar shopping berdua dengan Raina. Pasal shopping kemain aku confident cakap larat padahal lately aku memang tak berapa sihat. Biasalah tu perempuan dengan shopping dah macam kawan baik kan? Hahaha.

Aku ok je kalau keluar berdua dengan Raina. Sejak Raina dah besar sikit ni aku berani jugak bawak dia pergi mall. Cuma kena banyak bersabar sikit sebab Raina ni boleh tahan jugak tahap melasak dia. Raina ni suka berlari-lari. Raina lari lagi laju dari aku kot. Penat jugak nak kejar dia berlari dalam mall tu. Aku kan dasar tak menyabau. Tak reti nak tunggu Saiful free baru pergi shopping raya tu sama-sama. Hahaha. 

Tapi sebenarnya, beberapa minggu ni, Saiful memang agak busy sikit kalau hujung minggu. Busy cat rumah family aku. Tu sebab aku malas nak tunggu Saiful. Nanti kalau ada lagi barang yang nak beli macam barang Saiful ke barulah ajak Saiful. Lagipun Saiful ni mana kisah sangat pasal kasut raya, baju raya atau barang-barang dia untuk keperluan raya ni. Aku pulak risau tengok dia rileks je. Pada dia janji keperluan bini dan anak dia dah settle so dia pun ok. Takpe nanti aku ingat sebelum raya ni, aku nak heret jugak dia pergi mall cari barang keperluan dia.

Tahun ni aku lambat sikit shopping raya. Macam tahun lepas sebelum puasa aku dah settle shopping raya. Ini semua gara-gara tahap kesihatan aku tak berapa ok kebelakangan ni. Nak jejak mall pun malas okeh. Ni pun aku gigihkan jugak jejak mall sebab terfikir raya tak lama lagi tapi baju casual dan barang-barang Raina yang lain tak beli satu apa pun. Baju kurung aku dengan Raina pun tak ambil lagi kat tailor. Risau jugak tengok orang sana sini dah shopping sakan tapi aku rileks je tak shopping apa pun lagi. Itu yang aku gigihkan jugak jejak mall.

Secara jujurnya aku memang agak cerewet bab pemakaian anak dara aku. Aku suka Raina nampak simple-simple je tapi nak nampak agak modern bersesuaian dengan umur Raina. Wahhh gitu. Hahaha. Jadi Khamis lepas, aku decided nak pergi Setia City Mall dan AEON Bukit Tinggi je. Terasa nak pergi Mid Valley ke Sunway Piramid atau Paradigm Mall tapi aku takut sesak dengan lautan manusia. Kalau Saiful ada ikut tu confident lah sikit kan? Ini berdua dengan Raina. So aku pergi mall yang dekat-dekat je dan pastinya tak sesak dengan lautan manusia. 

Bila sampai Setia City Mall, Butik pertama aku nak tuju adalah H&M. Aku memang suka pergi H&M. Selain harganya yang berpatutan, aku suka design-design pakaian untuk kids kat situ. Lagi-lagi skinny jeans. Kat H&M, aku bagi kebebasan kat Raina untuk memilih. Tapi Raina ni tak sudah-sudah nak baju pink, seluar pink, kasut pink dan segala-galanya dia nak warna pink. Nak tak nak terpaksa aku campur tangan masa Raina tengah pilih barang dia tu. Tak kan semua pun nak warna pink kan? Kat H&M, Raina dah menangis-nangis sebab ada barang yang dia berkenan tapi mama dia tak berkenan. Puas pujuk akhirnya baru Raina ok. Itu pun aku pujuk gantikan dengan barang yang lain. Nasib baik Raina suka. Kat H&M aku berhabisan duit beratus jugaklah hanya beli barang Raina je. Takpe untuk anak aku tak kisah sangat. Asalkan Raina happy.

Lepas pergi H&M, aku tuju ke Cotton On. Ni pun antara butik yang aku suka terjah. Tapi aku tak beli apa pun kat situ. Sebab tak ada satu pun aku berkenan. Macam stail tahun lepas je aku tengok. Terus tak jadi nak rembat barang Raina kat situ. Pastu aku pergi Padini outlet. Kat situ aku cuma rembat sehelai dress Raina. Itu je yang aku berkenan kat situ. Kan aku dah cakap, aku memang cerewet sikit pilih baju anak. Pada hal banyak je yang cantik-cantik. Tapi apa yang aku nak tu macam tak ada kat situ. Lepas tak ada apa yang nak di rembat lagi aku terus ajak Raina pergi AEON Bukit Tinggi. Pada hal aku plan nak pergi Zara Kids sebab aku ada berkenan satu cardigan budak kat situ. Tapi lupa pulak.

Masa kat AEON Bukit Tinggi, aku masuk Padini Outlet dan Brand Outlet. Kat Padini Outlet kat situ macam lebih banyak pilihan dari yang kat Setia City Mall. Tapi aku tak rembat apa pun. Pastu aku pun jalan sana sini dalam mall tu. Sampai waktu berbuka aku meronda-ronda dalam mall tu. So terus decided berbuka puasa kat situ je. Sebelum balik tu, aku masuk semula Padini Outlet dan rembat dua helai baju Raina kat situ. Tak ada apa yang menarik sangat pun kat situ.

Ikutkan hati, aku masih tak puas hati lagi dengan hasil rembatan aku hari tu. Barang-barang Raina belum complete sepenuhnya. Baju basahan siang dan malam pun tak beli lagi. Memang jadi kebiasaan aku raya-raya pun nak ada baju basahan baru untuk anak selain baju casual. Dasar mak budak kan? Benda remeh-temeh pun nak fikir. Aku plan macam nak ajak Saiful pergi sambung shopping raya hujung minggu ni pastu nak ajak dia pergi Ikea. Huh! aku rasa macam dah lama sangat tak jejak Ikea.

Tahun ni persiapan raya aku sekeluarga biasa-biasa je. Aku pun plan macam nak banyak melepak kat rumah family sambil makan-makan. Bab makan aku suka. Hahaha. Tahun ni turn raya rumah family aku kat Banting. Maybe raya kedua atau raya ketiga baru balik Sekinchan kot. Entahlah aku tengok laki aku tu rileks je. Kalau dia ajak balik Sekinchan aku follow je. Lagipun lama tak balik Sekinchan sejak-sejak bapak mertua aku dah pindah duduk Shah Alam.

Amacam persiapan raya korang? Mesti meriah kan?

Wednesday, July 17, 2013

Perihal promo terbaru Air Asia



Selama ni kalau aku nak pergi holiday aku hanya mampu beli tiket dari Air Asia je. Itu pun beli tiket time promo. Aku suka penjimatan. Jadi bila beli tiket time promo, aku rasa banyak yang boleh aku jimat kat situ. Sebenarnya sebelum ni, ada je Air Asia buat macam-macam promo. Tapi pendapat aku, promo Air Asia dulu dan sekarang sangat-sangat lain. Sekarang ni kalau promo pun harga tiket still mahal berbanding dulu. Kalau dulu bila Air Asia buat promo memang kita boleh dapat harga tiket paling murah berbanding harga tiket sekarang. Itu pendapat aku je.

Aku akan berusaha dapatkan tiket murah setiap kali Air Asia buat promo. Kalau aku rasa tak berbaloi memang aku tak akan beli dan sanggup tunggu promo yang berikutnya. Kadang-kadang aku rasa, aku ni agak cerewet jugak. Teringin jugak nak try promo MAS, Malindo mahupun Fire Fly. Tapi entahlah buat masa ni aku rasa aku masih setia dengan Air Asia. Hahaha. Eh hari tu MAS ada buat promo boleh tahan jugak murah, tapi masa tu aku macam tak ada hati pulak nak booking tiket kat situ. Tunggulah nanti kalau dah terbuka hati. Aku pun teringin jugak nak naik MAS wei. Ni statement jakun sikit sebab tak pernah naik MAS. Hahaha.

Minggu lepas kot, Air Asia ada buat promo tiket murah. Bila orang sana sini bercakap pasal promo Air Asia, aku pun excited jugak hadap website Air Asia. Tapi bila tengok tarikh travel adalah tahun depan, aku kena fikir dua tiga kali sama ada nak beli atau tak. Banyak sebab kenapa aku kena fikir kalau nak travel tahun depan. Boleh jugak kalau aku nak travel tahun depan tapi bukan awal tahun, aku nak tarikh travel tu hujung tahun.

Salah-satu sebabnya aku bercadang nak pergi bercuti hujung tahun ni. Konon-kononnya nak bawak Raina jalan-jalan sempena birthday Raina November nanti. Tapi bila tengok tarikh travel tiket promo tu tahun depan, jadi aku pendamkan dulu hasrat aku ni. Lagi satu, birthday Raina kan hujung tahun, jadi alangkah bestnya dapat happykan anak dara tu bawak pergi holiday. Sebab tu aku nak tarikh travel hujung tahun.

Sebab lain, aku ada berhasrat nak bawak adik bongsu aku Bani tu sekali. Tapi jadual dia sangat padat sampai awal tahun depan. Mungkin kena tunggu dia habis study dulu. InsyaAllah tahun depan Bani habis study. Dan aku jugak berhasrat nak bawak ibu dan ayah. Masalahnya sekarang ialah jadual kerja ibu. Sebab ibu aku memang susah nak dapat cuti.

Teringin nak pergi Krabi dan nak repeat pergi Langkawi. Itu antara destinasi yang aku nak jejak selain USS. Plan asal kononnya nak ke USS hujung tahun ni. Tapi terpaksa aku tangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku tukar plan nak bawak Raina ke Langkawi sempena birthday dia dan maybe kalau ada rezeki mahu ke Krabi tahun depan.  Dah lama aku berhasrat nak pergi Krabi. Terpengaruh wei bila tengok gambar-gambar pantai yang cantik kat sana. Kalau boleh nak bawak family aku sekali. Tapi kalau nak bawak family aku ni memang kena plan awal-awal. Tapi nak ke ibu dengan ayah aku pergi Krabi wei? Ibu aku tu asyik cakap nak repeat pergi Bandung je tu. Okeh tak payah fikir dulu. Bila-bila ada rezeki lebih nanti baru fikir. Aku berharap ada rezeki nanti. InsyaAllah.

Anak dara aku sekarang dah pandai minta macam-macam. Antara yang dia selalu minta kat aku adalah dia nak naik kapal terbang. Raina memang suka naik kapal terbang. Dialah orang yang paling excited bila naik kapal terbang. Sejak kebelakangan ni, dia selalu bagitahu aku yang dia nak naik kapal terbang lagi. Jadi aku cakap kat dia yang aku akan usahakan. Biasalah mak budak mesti cuba nak happykan anak bukan?

Mungkin rezeki aku kot. Sekarang ni Air Asia ada buat promo lagi. Kemain Air Asia tiap-tiap mingu buat promo berlainan. Dan yang paling best, tarikh travel untuk promo tu adalah tahun ni bukannya tahun depan. Apa lagi aku pun macam dah tak senang duduk. Tapi hati aku macam berbelah-bahagi sama ada nak bawak Raina pergi ke Hello Kitty Town di Puteri Harbour Family Theme Park atau Langkawi. Macam-macamlah kau ni Nurul. Kejap nak pergi Langkawi kejap nak pergi Hello Kitty Town. Biasalah aku kan? Hahaha. Ikut hati aku macam nak pergi Hello Kitty Town je. Sebab aku dapat rasakan anak dara aku mesti suka. Tapi idea percutian aku tu bertukar hanya kerana dialog Raina malam tadi.

Raina : Mama, Nena nak naik kapal terbang lagi. Janjilah Mama. Janjilah
Aku : (Aku diam tak jawab apa-apa pun. Sebab peel anak dara aku kalau dah berjanji dia mesti tuntut)
Raina : Mama janji ye? (Sambil hulur tangan)

Sebagai mak budak aku tak boleh dengar Raina cakap hal-hal yang boleh buat hati aku tersentuh. Sebenarnya boleh dikatakan tiap-tiap hari Raina minta nak naik kapal terbang lagi. Perangai dia makin menjadi-jadi sejak balik dari Sarawak. Masa pertama kali Raina naik kapal terbang ke Sabah dulu dia kecik lagi. Mungkin dia tak berapa faham. Ni dah besar sikit dia dah faham. Itu yang boleh di katakan hari-hari minta naik kapal terbang. Jadi pagi tadi aku pun hadap website Air Asia. Tapi sebelum tu, masa lepas bersahur aku ada whatsapp Bani tanya jadual kelas dia. Bani bagitahu dia tak free. Tanya ibu pulak sebab aku plan macam nak bawak sekali ayah dengan ibu. Ibu pulak bagitahu yang ibu memang tak free. Ibu cakap pergi je lah aku anak beranak bercuti bawa anak jalan-jalan. Jadi aku pun booking tiket untuk tiga beranak je tadi. Ke Langkawi je pun. Destinasi yang dekat-dekat je dulu kali ni. Harapan nak bawa family aku tu terpaksa di tangguhkan. 

Kepada Air Asia,
Harap lepas ni ada promo best yang sesuai dengan tarikh dan plan percutian aku please. Aku teringin nak pergi Krabi wei. Kalau boleh buatlah promo tu yang best-best sikit. Oklah dah panjang sangat entri ni. Bulan puasa ni patutnya buatlah entri pasal bulan puasa kan? Ini cerita pasal Air Asia pulak. Ok selamat berpuasa

Tuesday, July 9, 2013

Peranan anak sulung

Sebagai anak sulung, aku selalunya banyak berfikir tentang keluarga. Aku banyak fikir tentang ayah, ibu dan adik-adik aku yang seramai dua orang itu. Dan sebagai anak sulung jugak, aku cuba buat beberapa cara bagi menyenangkan family aku antaranya mewujudkan tabung family untuk kegunaan hari raya kursusnya. Dan sebagai anak sulung jugak, aku selalunya cuba memberi idea kepada adik-adik aku berkaitan hal keluarga.

Alhamdulilah, setakat ni, kami adik-beradik masih bersepakat bila berkaitan hal keluarga. Aku selalu ingatkan adik-adik aku supaya jaga hubungan sesama kita dalam keluarga. Ini disebabkan aku tak mempunyai adik-beradik yang ramai. Hanya 3 orang adik-beradik termasuk diri aku. Tapi biasalah kalau selisih faham sikit-sikit tu aku rasa normal kot. Dan aku rasa bersyukur sebab antara kami memang rapat antara satu sama lain. Sampaikan kalau aku keluar makan sedap-sedap atau pergi shopping kat mana-mana pun aku masih teringat ayah, ibu dan adik-adik aku.

Sempena hari raya akan datang, aku ada bagi idea kat adik-adik aku untuk menukar langsir rumah family, cat rumah family, betulkan apa yang patut di betulkan kat rumah family aku tu dan macam-macam lagi yang aku cuba buat bagi nak gembirakan hati ayah dan ibu. Alhamdulilah adik-adik aku memberi sokongan atas idea-idea aku tu. Aku tak naklah rumah sendiri punyalah kemain mendeco bermacam-macam tapi rumah family kat Banting tu langsir pun dah bertahun tak bertukar. 

Sejak aku dan adik perempuan aku dah berkahwin ni, ibu aku dah agak malas nak fikirkan hal langsir baru, hal penjagaan segala pokok-pokok bunga peliharaan dia dan apa-apalah yang berkaitan dengan rumah kat Banting tu. Mungkin ibu fikir kami dah tak duduk kat situ sejak berkahwin. Dan aku faham ibu memang kuat bekerja. Ye, ibu masih bekerja. Dia memang gigih nak kerja selagi terdaya sebab ibu jenis tak biasa duduk rumah. Boring katanya. Lagipun bila dah bertahun-tahun kerja gaji pun agak selesa jadi ibu rasa rugi kalau berhenti kerja macam tu je dan duduk kat rumah. Bila ibu kerja memang ibu agak busy dan dia sendiri malas nak fikirkan hal-hal nak mencantikkan rumah macam zaman anak-anak perempuan dia masa belum berkahwin dulu. Nak harapkan adik bongsu aku? Adik bongsu aku lelaki mana minat nak fikir hal nak mencantikkan rumah kan?

Jadi bagi merealisasi idea-idea aku ni, Sabtu lepas aku dan adik-adik aku bawa ibu pergi Wangsa Maju semata-mata nak bagi ibu pilihan untuk memilih corak dan material langsir yang ibu suka. Aku rasa seronok sesekali keluar dengan adik-adik aku. Ayah aku tak ikut. Ayah tak berapa sihat kebelakangan ni. Sakit kaki dan tak berapa kuat nak berjalan jauh-jauh. Jadi aku bawak ibu dan adik-adik serta Raina saja. Aku pun tak berapa sihat sebenarnya ni. Nasib baik ada Bani yang sanggup drive bawak kami jalan-jalan Sabtu lepas.

Ibu pilih langsir tema purple magenta. Boleh tahan jugak ibu cerewet memilih corak dan material langsir. Tiba-tiba teringat zaman anak dara dulu pilih langir dengan ibu. Aku selalu bagi idea nak corak yang nampak moden dan tak serabut. Hal langsir rumah kat Banting dah settle. Dan aku hantar tempahan menjahit langsir tu kat sorang pakcik kat Keramat. Sebenarnya pakcik tu dulu jiran adik aku Dhila @ Angah. Angah dulu kan duduk kat Keramat. Tapi sekarang Angah dah pindah kat Gombak.

Lepas ni nak fikir tema cat rumah dan betulkan apa yang patut kat rumah Banting tu pulak. Rumah tu lah tempat aku membesar. Ayah aku beli rumah tu dan kami duduk dari kecik lagi. So sekarang bila masing-masing dah besar memang jadi tanggungjawab anak-anak untuk tengok apa yang kurang kat rumah tu. Nak bagi harta dan kemewahan memang kami tak mampu. Jadi dengan cara macam ni lah aku dan adik-adik nak bagi ayah dan ibu kami happy.  

Aku berharap ayah dan ibu aku suka dengan idea-idea aku ni. Terima kasih jugak kat adik-adik aku sebab bagi support atas idea-idea aku ni. Oh ye tak lama lagi bulan Ramadhan. Kepada pembaca blog aku yang tak seberapa ni, aku nak ucapkan selamat menjalani puasa di bulan Ramadhan. Semoga ibadah kita di berkati. InsyaAllah

Friday, June 28, 2013

Entri campur-campur

Hai korang,
Assalamualaikum dan selamat pagi

Lamanya tak update blog.  Biasalah mood menulis nan ado. Malas menjadi-jadi. Semangat nak berblogging tu macam hilang je. Tapi aku usahakan jugak nak update sesuatu hari ni. Sebenarnya aku tak tahu nak update pasal apa dan cerita apa. Idea tu nan ado. Puas fikir nak update pasal apa ni. Tapi idea tak muncul-muncul dalam kepala otak aku ni. Aku sebenarnya nak update pasal percutian aku ke Sarawak awal tahun hari tu. Tapi, kemain malas nak taip. Sah-sah entri tu panjang berjela nanti kan? Hahaha. 

Nak cerita apa eh? Ok aku nak mulakan cerita pasal anak dara aku. Raina sekarang biasalah makin besar makin panjang akal dia. Dia kalau dah start bercerita macam orang tua okeh. Dia memang suka bercerita. Balik kerja, ambil dia dari rumah babysitter, mulalah dia mengadu dan cerita macam-macam. Kadang-kadang aku dah mengantuk tapi kena jugak layan dia bercerita. Sebab anak dara aku tu kuat merajuk. Kadang-kadang aku tertidur dan nanti dia akan mengadu dan membebel kat aku cakap mama ni kuat tidurlah dan macam-macam dia cakap tanda protes. Hahaha.

Raina sekarang kuat makan. Dia suka makan masakan Tok Wan dia. Kalau aku atau Saiful yang masak selalunya dia makan sikit je kecuali kalau makanan tu betul-betul kena dengan selera dia. Tapi kalau ibu aku masak tak kisahlah masak apa-apa pun memang Raina akan makan dengan berselera sekali. Walaupun ibu aku masak yang pedas-pedas. Raina akan makan je sampai bertambah-tambah. Boleh tahan jugak Raina ni kalau makan makanan yang pedas-pedas sikit. Iyelah Tok Wan kan pandai masak. Sama jugak macam kes aku. Kalau aku tak ada selera nak makan ke atau time aku tak sihat, aku akan minta ibu aku masak. Tak kisahlah ibu aku masak apa automatik jadi berselera. Itulah penangan masakan ibu aku.
 
Oh ye 1st June hari tu, hari peningkatan usia aku. Patutnya aku buat entri khas pasal ni. Tapi biasalah mood menulis tu nan ado. Maka tiadalah entri khas tu. Malam menjelang 1st June tu, macam biasa aku tidur awal dari Saiful. Kadang-kadang Raina pun ikut stail macam papa dia tidur lewat. Tengah syok tidur, tiba-tiba Saiful dengan Raina kejutkan aku sebab nak wish birthday aku. Wahhh serius aku terharu okeh. Tahun ni Alhamdulilah, Saiful adalah bagi hadiah yang memang dah lama aku idam-idamkan. Tak sangka pulak Saiful betul-betul carikan barang yang aku nak tu. Tersengih-sengihlah aku kan sebab Saiful nak jugak layan kerenah aku carikan barang yang aku nak tu. Thanks Saiful.

Ok nak cerita apa lagi? Oh ye tak lama lagi nak bulan Ramadhan kan? Korang dah ganti puasa? Aku baru ganti tiga hari. Lambat sikit aku ganti puasa. Jangan ikut perangai aku tau. Lebih elok ganti puasa tu awal-awal. Kejap je kan dah nak bulan Ramadhan. Tak lama lagi raya. Baju-baju raya aku dengan Raina dah hantar kat tailor. Baju Saiful tahun ni beli siap je. Dia yang nak sangat beli baju kat Jakel yang readymade punya. Tapi belum cari lagi. Ni sah-sah terpengaruh dengan bapak dia yang tahun lepas beli baju readymade kat Jakel. Selalunya baju melayu Saiful aku hantar kat tailor je. Takpe layankan aje.

Sekarang ni masing-masing dah start cerita pasal baju raya, kasut raya, langsir raya dan macam-macam tentang raya. Kemain korang ye. Eh eh aku pun sama jugak. Tahun ni aku beli langsir raya readymade je kat Ikea. Tahun ni nak yang simple-simple je. Oh ye hari tu aku dah sambar Klippan merah kat Ikea. Dah lama aku berhajat nak tukar sofa. Akhirnya dapat jugak aku tukar sofa kat rumah aku tu. Alhamdulilah akhirnya impian nak sambar Klippan dapat jugak aku capai.  Impian sudah dalam genggaman gitu. Kemain ayat aku. Hahaha.

Ok dah kenapa pulak aku cerita pasal raya dengan Ikea ni. Hahaha. Oklah nantilah aku fikir-fikirkan nak update cerita pasal apa. Sekarang ni memang tak ada idea nak tulis apa. Tak pun korang bagilah idea kat aku nak aku update cerita pasal apa. Ok ada kerja sikit nak buat ni. Nanti kalau rajin aku update lagi okeh.

Saja nak letak gambar ni. Entri tanpa gambar macam tak meriah je kan? Layannn