Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, January 2, 2013

Assalamualaikum 2013

Assalamualaikum
Hai semua. Selamat pagi.

Ok dengan bersemangatnya aku menaip entri pertama pada tahun baru 2013 ni. Tengok kawan-kawan yang lain rancak update blog masing-masing sempena tahun baru ni, aku pun nak jugak update. Semangat dan azam baru. Cewahhh.

Alhamdulilah, pagi ni aku sampai office tepat pukul 8 pagi dah punch. Bangun pagi pun awal sedikit dari biasa. Kononnya semangat dan azam baru nak sampai office awal. Kalau nak tahu tahun lepas aku champion staff ye selalu datang lewat. Hahaha. Eh boleh pulak aku gelak lagi kan? Bukan apa, rumah dengan tempat kerja aku agak jauh jugak tau. Almost 1 hour baru sampai. Dah beberapa kali kena panggil dengan bos pasal hal kelewatan aku ni. Tapi aku secara jujurnya aku bagitahu kat bos terus-terang kenapa aku selalu lewat. Nasib baik bos boleh bertolak-ansur lagi. Cuma aku tak dapatlah elaun kedatangan aku tu. Siap tolak gaji sebab selalu lewat. Aku ni kira gaji pekerja pastu tolak gaji sendiri. Hahaha.

Bercerita pasal tahun lepas 2012, Alhamdulilah rezeki aku lebih sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun aku tak berapa gembira kat tempat kerja sekarang, tapi dengan kerja aku sekarang ni, aku di beri rezeki yang lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Banyak jugak wishlist yang dapat aku capai dengan hasil titik peluk aku ni. Syukur Alhamdulilah. Takpelah yang penting pengalaman. Mana-mana tempat kerja pun ada je kerenah dan ragamnya. Betul tak?

Untuk azam yang baru ni, aku cuma listkan beberapa azam tahun lepas yang tak dapat aku capai tu bawak ke tahun baru ni. Dan adalah aku tambah beberapa azam dan impian baru aku untuk tahun ni. Tapi biarlah aku semat simpan dalam buku catatan dan diri aku sendiri. Macam tahun-tahun lepas, aku segan nak bagitahu setiap azam dan impian aku secara terang-terangan di sini atau di mana-mana pun. Poyo je lebih kan? Hahaha.

Aku cuma berharap semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Dan semoga aku sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan dapat menggembirakan orang-orang yang aku sayang jugak dapat capai apa yang aku nak. InsyaAllah

Selamat tahun baru 2013 semua. Oh mata aku macam mata panda dalam gambar ni. Abaikan :D

13 comments:

  1. Elly : Selamat tahun baru untuk Elly jugak

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru nurul..semoga lebih cantik..

    ReplyDelete
  3. selamat tahun baru nurul.....

    ReplyDelete
  4. selamat datang 2013!!!
    mari sama2 jaik lebih baik dr tahun lepas. dan jadik makin cantik juga (:

    ReplyDelete
  5. kt rumah hany hr tuuu...hehehe suke aku tgk ko pkai combine hujau ngn kuning ni, prcubaan yg berani sgt

    ReplyDelete
  6. Nnai : Selamat tahun baru jugak untuk Nani. Jom meremajakan kulit muka ewahhhhhhhh

    ReplyDelete
  7. Mar : Selamat tahun baru Mar



    dayu : mari mari kita mencantikkan muka. kemain lagi. ehehehe

    ReplyDelete
  8. Nano : Alahai aku main taram je tu pakai beb. marilah Na beranikan diri. bila lagi ko nak paaki seluar merah ko tu


    fie : selamat tahun baru untuk fie jugak

    ReplyDelete
  9. nurul.dd pun sama.memang ratu masuk lewat ke opis.dh berapa kali bos sound pasal kedatangan tapi series susahnya nk sampai on time sebab ada 2 rumah pengasuh dd kena hantar budak.banyakkk la dugaannya.

    HNY nurul.

    ReplyDelete
  10. harini kita lewat masuk ofis..sbb jem gila..huwaa..harini hari pertama masuk kerja bagi tahun 2013..huhu..

    slmt tahun baru nurul..;)

    ReplyDelete
  11. DD : sama pulak kita. gimme 5. eheeee



    Maria : tak pe nak buat mcm mana maria jem kan? tak boleh nak elak tu

    ReplyDelete