Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, January 22, 2013

Birthday party Sabrina

Patutnya aku nak tulis pasal entri percutian aku yang lepas. Tapi sebab gambar pun tak pilih-pilih lagi jadi aku tangguhkan dulu. Sejak jadi mak budak ni, aku banyak dapat jemputan ke majlis hari jadi, aqiqah, cukur jambul dan tak lupa jugak perjumpaan antara blogger. Kalau aku bawak kemera dan banyak ambil gambar tu, maka rajinlah aku menulis kat blog ni. Kalau aku tak bawak kemera dan gambar pun tak berapa banyak maka aku jaranglah menulis kat blog ni. Itu yang tak dapat buat entri birthday party Auf anak Yaya dan potluck kat rumah Hany hari tu. Entri tanpa gambar tak berapa meriah bukan?

Ahad lepas aku ke birthday party Sabrina yang ke 3 tahun. Sekejap je Sabrina dah 3 tahun. Makin comel anak dara tu. Siapa tak kenal Ladynoe? Aku kenal Noe sejak dia anak dara lagi kot. Masa tu terjumpa blog persiapan majlis kahwin dia. Masa tu aku dah kahwin pun tapi suka baca blog bakal-bakal pengantin. Tak lama tu terjumpa blog 'perempuan jumblo' kepunyaan Noe jugak. Dari situlah aku jadi pembaca tetap. Rasanya dah 3 kali kot aku jumpa Noe ni. Thanks Noe sebab sudi jemput aku sekeluarga ke party Sabrina ni.



Sebenarnya plan nak ke party Sabrina ni kira last minute punya plan. Sebab ikut plan asal aku nak duduk rumah je weekend lepas. Sebab rumah aku dah macam kapal pecah sejak balik bercuti hari tu dan kononnya nak mengemas apa yang patut. Tapi biasalah aku ni kadang-kadang suka buat keputusan last minute. Tanya Saiful, dia pun bagi green light. Tersengih-sengih aku. Haha

Dan paling kelakar, aku tak tahu tema party Sabrina. Sebab aku terlepas pandang entri Noe tentang party ni. Bila sampai sana baru aku tahu tema party adalah Pororo dan warna tema mestilah biru dan kuning macam Pororo. Kebetulan hari tu aku pakai baju mengikut tema. Cuma Raina dan Saiful je tak ikut tema. Mak budak pulak yang over eh? Biasalah tu. Haha.





Deco sangat cantik. Teruja aku tengok deco party Sabrina ni. Terus terasa nak buat birthday party untuk Raina. Dah dua tahun kot tak buat birthday party untuk Raina. Sebab aku gantikan dengan bawak anak dara tu pergi bercuti. InsyaAllah kalau rajin bolehlah aku buat party untuk Raina nanti. Terus berangan nak buat party Raina kat tepi tasik. Kemain aku berangan.

Aku sampai ke party Sabrina ni dalam pukul 4. Noe cakap majlis start pukul 3. Tapi rezeki aku masa sampai sana Sabrina belum potong kek lagi. So aku pun macam biasa, terus cari makanan. Semua makanan pun sedap-sedap. Tapi aku makan sikit je. Tak tahulah kenapa time tu perut automatik rasa kenyang semacam. Pada hal aku tak makan lagi tenghari tu. 

Tak lama tu nampak blogger Shila Shower baru datang. Aku pernah baca blog dia 2,3 kali. Tu pun aku dapat tahu sebab katanya dia dah berjaya kuruskan badan. Tu yang teruja nak baca blog dia. Serius kalau tengok depan-depan Shila memang sangat kurus dan cantik. Teruja aku tengok dia dah slim macam tu. Orangnya tinggi dan rasanya lebih tinggi dari aku. Tapi aku tak tegur pun. Sebab segan. Haha. Selepas tu, nampak Sue Anna Joe datang. Aku dari dulu kalau ternampak dia automatik rasa segan nak tegur. Ikut hati nak je tegur tapi segan punya pasal aku tak tegur pun. Maaflah aku bukan sombong tapi memang peel aku yang malu-malu kucing.

Aku berharap dapat jumpa blogger lain macam Hidd ke. Teringin nak jumpa Hidd. Bila tanya Noe, katanya Hidd datang awal dan dah balik. Tak ada rezeki nak jumpa Hidd dan Umar. Takpe next time, harapnya ada rezeki jumpa diaorang.



Kononnya sebelum balik, aku nak ajak Shila dan Anna bergambar sama, tapi masa tu agak kelang-kabut dengan Raina tak sudah-sudah ukur jalan. Lagi pun aku kurang pasti masa tu diaorang dah balik ke belum. Dalam keadaan tergesa-gesa nak bergambar tu terus aku lupa nak ajak diaorang bergambar. 

Untuk Sabrina,
Selamat hari lahir yang ketiga tahun. Maaf aunty tak bawah hadiah untuk Sabrina hari tu. Plan last minute tergesa-gesa macam ni lah sampai hadiah pun tak bawak. InsyaAllah nanti aunty poskan hadiah untuk Sabrina ye.

12 comments:

  1. waah...maria xpoernah jumpa korang,,tingin nak dating2 sekali..

    ReplyDelete
  2. Maria : bila nak jumpa Maria ni. turun KL jom jumpa Maria

    ReplyDelete
  3. Wah jumpa bloger-bloger famous. Seronok lah.

    ReplyDelete
  4. Ain : Tapi segan nak tegur. Eheeeeee

    ReplyDelete
  5. Cantiknya bday party Sabrina. Biru kuning gituu, Mommy dia memang creative kan. I suka tgk artwork Ladynoe, very contemporary. Heheh.

    Buatla bday party anak awak pulak :) Mintak tlg Ladynoe tolong awk design tema. Bestnye!

    ReplyDelete
  6. Ayuni Ayatillah : InsyaAllah saya boleh design sendiri. 1st birhday party Raina dulu saya design sendiri dan buat semua deco untuk party dia. akan saya cuba praktikkan apa yang saya belajar di UiTM dulu walaupun sekarang kerja 100% lari bidang asal. a'ah saya pun suka artwort ladynoe superb

    ReplyDelete
  7. Ayuni : Awak pemilik Ladorn scarf punya website tu ye?

    ReplyDelete
  8. blogger famous2. ahehehe....
    Nurul kalu nk buat party anak kat tasik dh boleh dah... Raina pon dh besar. Dah takde berlari tk tentu hala.... Kalau anak kecik lagi, bahaya kut buat kat tasik. Bdk2 kan suka excited nampak air...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kan macam tiba2 berangan nak buat birthday party Raina kat tepi tasik

      Delete
  9. hah baru pas jumpa Umar semalam ngan papa dia. kitorg makan kat ikea. hehehe.

    jangan lupa jemput beauty eh kalo buat birthday party raina.. hik hik hik (sorry muka tak tau malu :-p)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh selalu jumpa Umar ye? Bestnyaaa

      Hai salam kenal

      Delete