Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, January 14, 2013

Isnin yang membosankan

Assalamualaikum

Hari ni hari Isnin yang membosankan bagi aku setelah bercuti panjang minggu lepas. Mood holiday masih segar terasa dalam diri. Kan best kalau tak payah kerja tapi duit berkepuk-kepuk pastu aktiviti dipenuhi dengan aktiviti travel sana sini. Best kan? Tapi itu semua hanyalah angan-angan aku je. 

Nak update pasal percutian minggu lepas, tapi kena pilih dulu gambar-gambar yang nak dimasukkan dalam blog ni. Ada almost 1000 keping gambar kot. Itu pun ada yang aku dah delete mana-mana gambar yang tak semenggah termasuk gambar-gambar yang blur. InsyaAllah aku akan cuba rajinkan diri berkongsi tentang percutian kali ni. Semoga entri tu nanti boleh di guna pakai dan berfaedah.

Ini disebabkan entri percutian aku ke Kota Kinabalu tahun lepas masih mendapat perhatian. Terima kasih kepada yang sudi jadikan blog aku sebagai bahan rujukan korang. Sebab boleh dikatakan setiap hari ada je orang email atau pm kat FB aku bertanyakan pasal no kereta sewa Abang Shahril tu. Semoga entri tu dapat membantu sedikit sebanyak percutian anda. Sebenarnya aku ada pergi beberapa percutian tahun lepas selain ke Kota Kinabalu tu macam Penang, Kedah, Perlis, Melaka dan termasuklah Satun, Thailand. Tapi aku je malas nak update kat blog. Sebab masa tu tak ambil gambar sangat so mood pun ke laut nak update blog. Sampailah cerita tu pun jadi basi. Hahaha.

Semoga lepas ni, aku sekeluarga dimurahkan lagi rezeki. Boleh pergi bercuti lagi. Seronok boleh lari sekejap dari hal-hal kerja. Hilang stress. Ok back to reality. Hari ni aku kerja ye. Ada banyak kerja nak kena siapkan. Ok nanti rajin aku update lagi.


Gambar percutian minggu lepas : Perangai terbaru Raina bila bergambar. Suka buka mulut luas-luas

10 comments:

  1. raina ni comel sgt lah

    sy pn selalu berangan nk duk umah tak yah keja tp dpt travel selalu hehehe

    ReplyDelete
  2. Ween ; Berang itu best kan? hehehe

    ReplyDelete
  3. hahaha budak2 ni cepat belajar,
    so raina awk bljr dr sape posing style baru ni??
    mama awk yer, jeng jeng jeng....!! :p

    ReplyDelete
  4. Na : pesen mcm ni bukan stail aku rasanya. stail saiful rasanya. kahkahkah

    ReplyDelete
  5. sy dtg sini sbb nk cri shawl tribal. xde la pula. huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Miss Nurun : Boleh pergi ke fb biz saya, Rainbow Lala

    ReplyDelete
  7. amboi anak dara, besarnya mulut!hehe

    ReplyDelete
  8. Dina : Gaya baru anak dara. Hehehe

    ReplyDelete
  9. bergaya dah anak dara awak. stailistaa abis. heheeh

    ReplyDelete