Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, January 23, 2013

Jangan membazir. Mari menabung

Pagi-pagi sampai office lepas breakfast je, aku dah bukak blog aku ni. Sekarang ni macam semangat sikit nak update blog. Lagi-lagi bila tengok amount nuffnang makin meningkat. Pada hal baru cashout bulan lepas. Cheque pun tak dapat lagi. Bila semangat tu dah ada cepat-cepatlah update apa yang patut.

Sejak masuk tahun baru ni, aku makin berkobar-kobar nak cuba displinkan diri aku dari nafsu shopping. Ini adalah salah-satu tabiat buruk aku secara jujurnya. Aku boleh dikatakan kaki shopping tapi taklah berada di tahap yang serius macam orang yang berkepuk-kepuk duitnya. Tapi every month tu mesti ada peruntukan shopping cuma banyak atau sikit je peruntukan tu. Bila umur makin tua ni, aku tersedar sendiri. Sampai bila aku nak macam ni.  Suka membazir shopping sana sini.

Aku tetap saving duit aku jugak saving untuk Raina. Dan aku tetap saving untuk tabung raya dan macam-macam tabung yang aku wujudkan untuk kegunaan masa depan. Tapi amount saving dan peruntukan shopping tu selalunya tak balance. Aku lebih suka sediakan peruntukan untuk shopping tu lebih banyak dari peruntukan untuk saving. Bila aku fikir-fikir balik semua ni ke arah pembaziran semata-mata. Kenapa aku tak lebihkan perutukan untuk saving? Salahkan diri-sendiri! Bayangkan kadang-kadang sebulan aku boleh habiskan RM700 above untuk shopping saja kot. Aku memang jenis manusia yang cepat jemu dengan sesuatu benda terutamanya bab pakaian, kasut dan terbaru aku addict dengan pelbagai jenis shawl.

Jadi masuk tahun baru ni, aku nak cuma sedaya-upaya kurangkan peruntukan untuk shopping dan lebihkan kepada saving. Sekarang aku sedang melawan nafsu shopping aku. Serius, payahnya nak melawan nafsu shopping ni. Hati meronta-ronta macam cacing kepanasan tak reti duduk diam. Haha.

Aku berharap sangat aku berjaya control tabiat aku yang satu ni. Perempuan dengan shopping memang tak boleh di pisahkan. Tapi aku akan cuba sebaik mungkin. Ini bukanlah bermakna aku tak nak shopping langsung. Mana boleh beb. Shopping tetap shopping. Tapi aku nak cuba kurangkan peruntukan shopping tu dan duit tu boleh aku tambah untuk saving. Aku tak nak buat pembaziran melampau lepas ni. Boleh ke aku? InsyaAllah.

Tapi masalahnya sekarang, Shawlbyvsnow ada update essential scarf yang baru. Warna untuk essential scarf yang baru ni pun cun habis. Ahhh, shopping online yang macam ni lah boleh mengugat jiwa raga aku.

Oh tidakkk!

9 comments:

  1. kihkih bertabah la beb.. aku dulu masa bujang je gitu, dah kawen berubah 100%. byk menyimpan utk masa depan. shopping gak tapi tak kerap cumanya sekali aku shopping, ngeee terkejut nengok hahahha cover setahun punye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus jugak mcm tu kan? sekali shopping hambek ko syk terus. aku sejak ada anak ni lagi menjadi2 suka shopping lagi2 brg utk anak

      Delete
  2. hahhaha kalau dah kaki sopim tu
    jgn nak berdolak dalih lg laaaaa..hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi semangat sikit kat kawan ko ni Na. Wahhh gituuu

      Hahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Hihihihi tak lah sangat tapi suka shopping

      Delete
  4. Aku sejak dah menjadi mak ni dh kurang Sgt dh penyakit shopaholic tu..slowly reduce.insyaallah boleh!

    ReplyDelete
  5. oh jiha pon tak disiplin bab savings ni....harapkan insurance dll aje....cash saving mcm kurang disiplin huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. essntial scarves yg paling tak tahan
    ni ngan poplook update restock
    siap sedia je lah
    azam aku dah hampir berkubur ni.

    ReplyDelete