Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, January 17, 2013

Soalan cepumas : Bila nak menambah?

Soalan cepumas yang macam ni memang selalu di tanya kat aku sejak kebelakangan ni.

Bila nak menambah?
Bila nak bagi Raina adik?

Kadang-kadang aku tak tahu nak jawab macam mana. Paling tidak pun aku senyum dan bagi jawapan ayat paling aku suka :

InsyaAllah, tunggu Raina besar sikit baru aku pertimbangkan

Itu adalah jawapan paling jujur dari aku. Sebenarnya aku dah mula ada keinginan untuk mempunyai baby dalam kehidupan seharian aku. Rindu bau baby. Rindu dengar suara baby menangis. Rindu nak layan kerenah baby. Kiranya semua berkaitan baby aku rindu. Hati mak budak beb. Tak lari semua perasaan tu malah kadang-kadang membuak-buak datang dalam diri aku.

Lagi-lagi sekarang ni boleh dikatakan kehidupan aku di kelilingi dengan kawan-kawan aku yang tengah pregnant anak no 2 dan ada yang dah masuk anak no 3 pun. Ada jugak kawan-kawan yang dah beranak dua, tiga. Tak lama lagi kalau ada rezeki mungkin kawan-kawan seangkatan aku tu akan menambah anak no 4 pulak. Seronok! Aku tumpang happy. Akulah orang paling tersenyum lebar dan happy kot bila tahu berita gembira macam ni dari kawan-kawan seangkatan aku ni. Setiap anak tu rezeki dari Allah S.W.T.

Kalau ikut plan awal aku dulu, aku nak bagi Raina adik sebelum umur aku menginjak 30 tahun. Sekarang umur aku dah pun 30 tahun. Dah tua kan? Tapi bila aku fikir-fikir balik dan pertimbangkan perkara ni, aku rasa yang aku sebenarnya belum bersedia sepenuhnya nak menjadi mak beranak dua. Ada anak sorang ni pun aku selalu menjadi tarzan berkuasa dua. Macam mana pulak nak handle bila dah ada adik Raina nanti? Aku sejujurnya mengaku aku tak cukup kuat lagi nak handle dua orang anak. Macam Saiful dia selalunya akan cakap tunggulah Raina dah besar sikit pandai jaga adik barulah fikir hal menambah. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tengok Saiful macam dah ready. Dia pulak yang teruja lebih.
 
Tapi sejak kehidupan aku di kelilingi dengan berita gembira dari kawan-kawan aku dan aku perasan sekarang ramai antara mereka yang tengah pregnant lagi, terus aku terfikir sampai bila aku tak bersedia macam ni? Sebenarnya aku selalu target nak kurus dulu baru boleh fikirkan perkara ni. Tapi sampai bila nak bagi alasan nak kurus dulu baru fikir nak pregnant lagi kan? Sedangkan aku pun tak kurus-kurus mana pun. Hahaha.

Dan sekarang ni aku sedang cuba mengumpul kekuatan untuk bersedia dari segala segi lagi-lagi kekuatan mental dan fizikal macam mana nak handle dua orang anak. Pasal hal nak kuruskan badan tu pedulikan. Kalau Allah S.W.T nak bagi rezeki aku terima dengan gembira. Nanti lepas beranak boleh pasang badan dan kurus jugak kan? Cewahhh.

Aku berharap ada rezeki aku untuk pregnant lagi. Aku plan tahun ni aku atau paling lewat pun aku target awal tahun depan aku dapat pregnant lagi. Doakan aku ada rezeki pregnant lagi ye kawan-kawan

28 comments:

  1. gud luck beb! all the best to saiful jgk heheheheh

    ReplyDelete
  2. hoi...bestnya aku baca entry nie...jom join the club..meh aku tiup2 aura kat perot ko huhuhu ^^

    hepi to hear that ure ready..hoyeayhhh

    ReplyDelete
  3. In sha Allah babe
    Semoga Allah perkenankan doa mu utk pregnant lagi
    Same goes to me, lepas miscarriage hr tu aku jadi trauma nak pregnant lagi
    haha poyo je kan
    Well, aku pun berharap by next year aku boleh pregnant lagi, hopefully

    ReplyDelete
  4. aku doakan ko nurul.. and aku pun akan cuba utk men"abg"kan rayyan hujung thn ni insyaallah...
    hikss kes ko terbalik ngan aku, aku nak peknen sbb nak kurus... mabok terok dan selalunya berat aku turun mendadak bila peknen, 3 bulan terakhir bru naik berat..

    ReplyDelete
  5. Yun : Tersenyum aku baca komen ko Yun

    ReplyDelete
  6. Ena : Aku makin teruja bila tahu ko pregnant beb. Membuak2 keinginan tu

    ReplyDelete
  7. Ann : Marilah sama2 kita berusaha beb. Takpe beb ada rezeki nanti InsyaAllah

    ReplyDelete
  8. Juelee : Ada kawan aku ckp masa pantang mesti kurus

    ReplyDelete

  9. sama sama la kita berusaha kan Nurul.elly pun tgh usaha nie.huhuh rindu banget dah dengan baby tecik nie

    (elly)

    ReplyDelete
  10. aminnn.....jom nurul meriahkan club2 pregnen anak no 2

    ReplyDelete
  11. amin insyallah ada rezeki awak....

    ReplyDelete
  12. YEAY!!! jom ramai2 baby 2013! :) aku doakan korang cecepat diberi rezeki. niat yang baik elok dipercepatkan...gitu. hehehe.

    ReplyDelete
  13. husband aku pun sama wey..dah signal2..tapi aku ni haa cam tak ready. alasan?tgh study =)hahaha..

    ReplyDelete
  14. Intan ; Moga2 ada rezeki. InsyaAllah



    Dina : Jomlah memeriahkan suasana. Ewahhhhh

    ReplyDelete
  15. all the best nurul..in sha Allah nurul boleh handle bila ada depan mata nanti..not to much worry k

    ReplyDelete
  16. sama..sama..sampai bila tak bersedia kan. tak kan nak biarkan dia sorang2 lama2. kesian jugak sebenarnya, main sorang2. bila jumpa sepupu, bukan happy lagi.

    ReplyDelete
  17. alamak, knape pemikiran kite skrg samaaaaaa??? hahahahha nk tggu kurus ntah tahun bile wehhh, berbuih dah mulot ckp nk kurus, so tolak tepi je lah bab tu, kne prepare fizikal n mental je skrg, kehkeh

    ReplyDelete
  18. good luck nurul....semoga anak kedua kite sebaya hehehee

    ReplyDelete
  19. Nani : Thanks Nani bagi semangat. InsyaAllah

    ReplyDelete
  20. dayu : tu lah aku pun kesian raina main sorang2 selalunya

    ReplyDelete
  21. nano : jomlah sama2 mencuba. hehehe

    ReplyDelete
  22. ederq : InsyaAlllah. Amin



    mun : InsyaAllah mun

    ReplyDelete
  23. insya Allah nurul.kalau dh bersalin nanti,pantang betul2.confirm bleh kurus.haaa..xpayah pening kepala pikir nak kurus camne dah..hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ye boleh kurus? ramai yang cakap macam tu

      Delete
    2. yela.sedang pantang of course makan kita terkawal.lepas tu dpt shape balik sebab bertungku & berbedung bagai.dd after bersalin mmg dapat shape.berat pn dapat 60kg.tapi after dh masuk kerja,series bleh cecah 70kg.tak kawal makan.

      Delete