Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, February 15, 2013

Atkins diet tidak sesuai untuk aku

Hari Jumaat, masa lunch hour aku agak panjang berbanding hari-hari lain. So terasa macam kerja goverment pulak. Selalunya aku akan pergi ke mall yang berdekatan dengan office aku. Jalan-jalan cuci mata dan window shopping. Sejak Kak Fadz teman paling rapat dengan aku dulu resign, aku lebih selesa lunch sorang-sorang. Kadang-kadang ada jugak aku lunch dengan manager, supervisor dan kawan-kawan dari department lain tapi tak keraplah.

Selalunya aku ke Setia City Mall. Tapi hari ni aku ke AEON Bukit Raja. Saja tukar angin. Selepas window shopping, macam biasa aku pun cari tempat makan. Pada hal perut tak lapar tapi aku tetap jugak nak makan sebab aku takut nanti petang-petang perut berbunyi minta di isi. Tengah aku makan sorang-sorang tu, fikiran aku melayang-layang fikirkan pasal macam mana nak kuruskan badan kalau aku asyik nak makan dan tak control apa yang aku makan. Aku kalau sorang-sorang memang macam ni suka berangan fikiran melayang-layang. Kalau orang tegur pun agaknya tak perasan. Hahaha.

Ok aku pernah bagitahu kan yang aku mengamalkan Atkins diet? Aku pernah tulis pasal entri Atkins diet beberapa bulan lepas. Ok aku nak cerita sikit. Masa tu memang aku serius amalkan Atkins diet. Aku bertahan beberapa bulan. Tak silap aku dalam lebih kurang almost 4 bulan kot. Masa tu hati kental beb tak ambil sebarang makanan dari jenis carbo walaupun nasi.

Sampaikan satu tahap, aku macam teringin sangat nak makan nasi. So aku pun ambil keputusan menjamah 4,5 suap nasi. Selepas tu, aku kan pergi bercuti ke Sarawak. So aku rasa rugi kot nak diet-diet bagai kalau pergi melawat negeri orang. Mestilah nak rasa macam-macam masakan orang Sarawak. So aku pun ambil keputusan bedal je apa-apa menu yang menarik perhatian aku sepanjang aku berada di Sarawak tu. Sampailah dah balik KL, dan kebetulan bulan lepas aku banyak buat kerja luar dan jarang masuk office, nafsu makan aku terhadap makanan segera macam makin menjadi-jadi. Selalunya bila aku kerja luar aku memang ambil jalan mudah memilih makanan segera. Bermulalah dari episod itu, aku terasa macam aku dah tak boleh nak teruskan Atkins diet. Mulalah diet aku ke laut. Hahaha.

Masa tu aku takut sangat nak timbang berat aku. Aku dapat agak berat aku mesti naik. Oh ye lupa nak bagitahu, masa aku mengamalkan Atkins diet secara serius tu berat aku turun dalam 6kg - 7kg. Memang terasa sedikit ringan badan aku. Sebab selain Atkins diet aku buat senaman ringan tiap-tiap malam. Ok berbalik kepada cerita aku takut nak timbang berat tu, satu hari aku beranikan diri menimbang berat aku. Sekali bila timbang naik lebih kurang 2kg. Rasa macam dah lemah semangat aku time tu. Tapi salahkan diri-sendiri sebab makan tak agak-agak.

Sebenarnya aku rasa aku tak sesuai dengan cara mengamalkan Atkins diet. Ini aku cakap untuk diri aku. Sebab aku susahlah kalau langsung tak boleh ambil sebarang carbo atau kurangkan pengambilan carbo. Menu yang aku makan tu akan buatkan aku cepat bosan. Aku tak ada masalah bab untuk skip atau kurangkan pengambilan nasi sebabnya aku bukan penggemar nasi sebaliknya aku suka sangat menu jenis mee atau bihun. Aku suka mee hailam, bihun sup, mee kari dan apa-apalah asalkan dari jenis mee atau bihun. Tapi mee dan mihun jugak adalah carbo. Jadi dari situlah aku cepat bosan sebab tak boleh nak makan mee atau bihun.

Dan sekarang ni, aku cuba bertukar mengamalkan diet yang lebih natural dan simple. Makan makanan yang seimbang dan kurangkan kuantiti makanan contohnya. Aku rasa aku lebih sesuai dengan cara begini. Nasi macam biasa aku memang kurang ambil nasi. Tapi aku gantikan dengan mee atau bihun dalam kuantiti yang sederhana. Jadi aku rasa lebih seronok dan relaks bila berdiet cara begini. Teringin jugak nak cuba produk kurus yang tengah hot kat pasaran sekarang. Tapi nanti-nanti dululah. Aku nak cuba dulu diet cara natural. Kalau terbuka hati nanti bolehlah aku cuba produk kurus tu. Sekarang ni tak terbuka hati lagi.

Ok kat bawah ni gambar aku sebelum diet kembang semangkuk dan gambar selepas aku mengamalkan Atkins diet beberapa bulan lepas. Sebenarnya taklah nampak ketara sangat tapi ada sikitlah perubahan tu. Sekarang ni mari kita mulakan diet cara baru pulak dan kita tengok hasilnya nanti ye. Aku berharap aku lebih kental dalam program diet aku kali ni. InsyaAllah

Gambar (1) : Ni gambar masa aku bercuti ke Melaka tahun lepas. Masa ni memang aku tak diet pun. Tengoklah lemak sana sini tersembul. Sebenarnya malu nak letak gambar ni tapi aku letaklah jugak untuk dijadikan perbezaan dengan gambar sekarang. Aku pun macam tak sangka dulu aku gemuk berisi macam ni. Rasa nak lari sorok muka bawah meja bila tengok gambar ni

Gambar (2) : Ni gambar terbaru aku masa bercuti ke Sarawak bulan lepas. Masih gemuk dan berlemak sana sini cuma bentuk badan tu lebih fit sikit. Jadi untuk menampakkan lebih kurus marilah kita berdiet secara berhemah. Ayuh. Perghhh ayat kemain lagi kau Nurul. Hahaha.

24 comments:

  1. saya pernah try diet x makan nasi taw kak. dalam seminggu tunggu 1kg. tp bila esoknya makan nasi, terus naik 1kg. haha. btw, lengan & kaki akak dah nampak beza. selamat berusaha kak! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks dik. Akak suka jenis mee dan bihun jadi payah nak teruskan atkins diet

      Delete
  2. rugi nya 4bln diet tuh. nyesal tak? hehehehe.
    u all sebok2 nk diet I rilex je. tp syukur alhamdulilah now dh loose weight sket. maybe sbb I skip my lunch kot

    ReplyDelete
  3. kita plk skrg tgh serius dgn atkins...tapi kadang ke laut jer.ikut suke je diet tapi serius mmg cpt dgn atkins

    ReplyDelete
  4. sy masih diet atkins ... he he he. Start last year dpt gak turun 10kg, pastu ke laut je manjang. Skang dah start balik....paksa diri juga sbb kaki nie dh sakit menanggung berat badan...huhu

    ReplyDelete
  5. ainul mmg tak boleh tak mkn nasi or karbo..walaupun 1x sehari..haha

    ReplyDelete
  6. zura klu bab kontrol mkn boleh ikot, tp klu bab senaman tu cm hampeh skit... hihihhi

    ReplyDelete
  7. Bercakap pasal nak kurus ni, I ada 3 org yang berjaya kurus tanpa amalkan apa-apa suplement or bantuan ubat-ubat ni.

    1. Sepupu
    2. Adik
    3. Kak ipar (ni yang latest)

    Bila dirisik-risik ternyata, diorang ada pengalaman yang sama dan berjaya kurus.

    1. Jadikan, alah, tatau nak describe perkataan cemane tapi dari kata-kata orang depa ambil benda tu sebagai azam untuk kurus. Sepupu I, dia rasa down sangat bila kawan-kawan sekolah dia ejek gemuk. Adik I terasa kerdil sebab semua kawan-kawan dia kurus dan dia paling besar antara mereka & Kakak ipar I dia rasa tercabar bila suami dia kata perempuan kurus tu cantik dan suami dia cabar, kalau you nak cantik macam tu kuruslah.

    2. Diorang tak makan nasi, tapi tetap ambil carbo selain nasi. Biskut, makan lauk2 je, roti, bihun, mee, etc. Diorang makan dalam piring.

    3. Exercise hari-hari. Sepupu I joging. Adik I dia buat sit up dan senaman angkat peha sambil baring tu. Kak Ipar guna alat senaman basikal yg dalam rumah.

    Apapun, I rasa benda yang paling penting dari semua benda kat atas tu adalah DISIPLIN. Kalo ia ada, semua benda dapat dicapai.

    Mungkin I boleh gunakan pendekatan dorang tu kat diri sendiri pulak nnt. ;)

    ReplyDelete
  8. nurul,kita mengalami masalah yg sama.nak diet,tak berapa suka makan nasi tapi suka mihun/mee & nak kurus!

    dd nk jugak try produk2 kurus ni tapi masalahnya menda ni kena amik berterusan.kalau dh habis,kena cepat2 beli stock baru sbb kalau kita tinggal,automatik badan naik semula.kebanyakkan produk kurus semua macam tu.

    nak diet tu rasa macam eiii..susahnya sebab kalau kt rumah,husband & anak2 nak makan sama2.plus,bila dh makan tu,satu masalah lg yg takbleh nak elak bila kena habiskan lauk pauk yg ada.membazir kata husband.

    nak dan teringin nak kurus mcm zaman anak dara dulu.tapi series sangat susah!

    ReplyDelete
  9. oo diet atkin tu xleh amik carbo lgsg ye

    ReplyDelete
  10. Jom..amalkan diet bersama shaklee..Ramai customer saya yang da berjaya..

    Xperlu makan secara tak seimbang dgn x mengambil nasi..mksdnye..Boleh makan nasi..tapi janganlah da kata boleh tu g makan berpinggan2, mmg tak jadi apa lah kan..hehe

    Dan lagi..kalau badan dah maintain sila maintain penjagaan makanan je lah ye..terpulang nak teruskan shaklee atau tidak sbb shaklee adalah vitamin/makanan tambahan saja..bukan ubat kurus (^^,)

    ReplyDelete
  11. aku dah kelaot ah psl diet2 ni hahaha..tp azam lps bersalin sok mmg nk diet sesungguh balik la..nk jd ibu hot beranak 2..auwwww huhuhu

    ReplyDelete
  12. nurul..aku baru jer nak start atkins diet ni.. lemak aku pun bukan main byk terboyot2 di sana sini! By the way, baju purple ko tu sangat mencuri perasaan aku...cun!

    ini utk ena...ko diet besarkan perut saja lohhh....hehehe

    ReplyDelete
  13. Aku baru jer nak start atkins diet ni. Nak try 2 minggu..Lemak2 aku pun giat membiak di sana sini. By the way, baju purple ko tu sangat mencurik hati aku...cun!

    ena..hi!!! bila mau start tulis balik????

    ReplyDelete
  14. Rasa kalau nak makan nasi gak ..kena ambik beras yg kurang atau takde kanji macam beras Taj Mahal tu..tapi mahal skitlah beras tu.. Tapi mmg bagus utk kesihatan dan kelemakan haha... Kita malaysia dah terbiasa dengan menu utama nasi berbanding gandum.. Sebab tu kot badan orang kita nih kecik2 je hehe..tapi perut besar..macam saya..sebab saya pun kuat makan..

    ReplyDelete
  15. olaaa..
    cha baru perasan entry ni
    alahai...sayang ye x dpt continue atkins tu
    takpe la nurul, cuba diet lain pulak
    ape pon kaedah diet, yg penting kene kuat semangat
    dan jangan berhenti tengah jalan
    gud luck ye

    *cha pon tgh pening nk diet ape.
    atkins confirm x bole sebab fully BF ni
    huwaarrghhhhh ...

    ReplyDelete
  16. Hai, saya pun amalkan atkins ni. dah 3 minggu. turun 5kg. hope dapat kekalkan semangat skang ni.
    kalau terasa nak makan crab, amik dalam qty sket. aritu makan 1 slice kek lapis. 1 cm je. pandai-pandai la korang ejas. :)

    ReplyDelete
  17. saya buat atkins/lowcarb/ 10 thn..bertambah sihat dan kurus

    ReplyDelete
  18. Perkongsian yang menarik dari penulis dan info yang bermanfaat bagi orang ramai di luar sana. Terima kasih diucapkan kerana berkongsi.

    Anda ingin SIHAT? Bagus! Saya percaya Anda ingin Sihat. Kini ianya sangat MUDAH, SENANG & TANPA makan ubat-ubatan Anda boleh SIHAT! PENEMUAN oleh para doktor dimana mereka juga adalah PENGGUNA produk ini!!. Kenapa ENERTRI? Enertri merupakan produk kesihatan 100% semulajadi yang mampu mengatasi masalah:

    1. DIABETES
    2. PENYAKIT JANTUNG
    3. TEKANAN DARAH TINGGI/ RENDAH
    4. PENYAKIT ARTERI KORONORI
    5. KOLESTEROL/LDL TINGGI
    6. GANGRENE
    7. TIROID
    8. STROK
    9. DAN BANYAK LAGI...

    CEPAT!!! Ketahui mengenai produk-produk kami dengan layari:

    1. https://www.facebook.com/EnertriEnerFiberOnlineStore#
    2. http://fadz5765daverdum.wix.com/enertrienerfiber

    ReplyDelete