Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, February 13, 2013

Tips dan cara aku menabung

Hari ni aku dah mula kerja. Office masih lengang dan sunyi. Ramai yang masih sambung cuti CNY. Aku memang tak apply minta cuti lama-lama. Lagipun hari tu baru je ambil cuti panjang ke Sarawak. So agak-agaklah nak apply cuti lagi kan? Bagi peluang kat kawan-kawan yang sambut CNY pulak bercuti panjang.

Patutnya aku nak buat entri pasal kat Sarawak hari tu. Tapi ya ampun, gambarnya terlalu banyak jadi aku sedikit malas nak pilih-pilih mana yang sesuai nak di masukkan ke dalam blog aku ni. Tunggulah kot-kot lepas ni aku rajin, akan aku cuba jugak tulis tentang percutian aku yang tak seberapa tu.

Aku nak cerita pasal hal penjimatan aku dalam perbelanjaan setakat ini. Ingat tak entri aku yang lepas? Aku bagitahu masuk tahun baru ni aku nak ajar diri aku supaya kurangkan bershopping dan nak lebihkan kepada menabung. Alhamdulilah setakat ni aku boleh control diri aku dari bershopping sakan macam selalu. Walaupun belum sepenuhnya tapi aku dapat rasakan ada perubahan dalam diri aku ketika bershopping.

Maybe aku dah set otak aku awal-awal tak nak shopping sakan lagi. Nak berjimat dan nak lebihkan menabung. So bila aku terasa nak shopping tak kiralah kat mana-mana mall ke atau online shopping ke, perkara pertama aku akan buat aku cuba bertanya diri aku sendiri.

Sebagai contoh aku ada berkenan nak beli sehelai baju ni. Jadi sebelum buat keputusan beli baju tu aku tanya diri aku dulu. Antara soalan yang akan berlegar-legar dalam minda aku seperti :

- Ini keperluan ke kehendak diri aku sebenarnya?
- Patut ke aku beli baju ni?
- Kalau aku beli baju ni, adakah aku akan pakai baju ni?
- Baju ni sesuai tak dengan aku?
-  Aku patut beli sehelai ke dua helai ke atau lebih?
-  Jadi adakah patut aku beli sehelai je dulu?
- Harga baju ni berpatutan tak dengan bajet shopping aku?
- Selepas aku beli baju ni, berapa lebihan duit shopping yang tinggal?
- Jadi sekarang aku nak beli atau tak baju ni?

Kalau dulu aku suka beli berhelai-helai bila aku dah minat dengan satu-satu baju contohnya. Tapi sekarang aku cuba control diri aku untuk beli sehelai dulu. Aku tak mahu jadi rambang mata. Bila aku dah betul-betul suka dan rasa selesa sangat-sangat dengan baju tu, barulah aku akan pertimbangkan untuk beli lagi sehelai. Mungkin. Jadi duit lebihan shopping tu bolehlah kita simpan atau kita belanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah.

Ok aku nak kongsi sikit cara aku menabung dari dulu sampai sekarang. Selain aku menyimpan duit aku kat bank, aku juga ada wujudkan beberapa tabung dalam hidup aku. Antara tabung-tabung yang aku wujudkan ialah :

- Tabung family (Tabung aku dan adik aku untuk kegunaan family di hari raya)
- Tabung kami (Tabung aku dan Saiful untuk kegunaan di hari raya)
- Tabung sekolah (Tabung aku dan Saiful untuk kegunaan bila Raina sekolah)
- Tabung persendirian (Tabung aku untuk kegunaan bila diperlukan)
- Saving persendirian
- Saving untuk Raina

Selalunya bila aku dapat gaji, aku akan bayar segala apa yang patut dulu. Yang penting settlekan dulu segala hutang-hutang yang perlu. Dan lebihan duit tu barulah aku akan buat peruntukan untuk shopping, peruntukan untuk tabung-tabung yang aku wujudkan dan juga peruntukan untuk saving. Aku selalu beranggapan tabung dan saving adalah dua perkara yang berbeza. Saving bagi aku perlu dan wajib manakala tabung pulak lebih kepada simpanan secara seronok. Itu bagi aku tak tahu pulak bagi orang lain. Maksud tabung kat sini bukan sediakan tabung dan masuk duit dalam tabung tau. Tapi duit peruntukan setiap tabung tu akan di simpan di akaun bank jugak secara berasingan dengan akaun saving.

Aku mengambil contoh 'Tabung Family'. Tabung ni dah lama aku wujudkan di kalangan adik-beradik aku. Cukup bulan je adik aku akan bagi aku duit untuk di simpan. Sebagai anak sulung, aku diamanahkan untuk jaga tabung family ni. Selalunya aku akan asingkan duit ni dan simpan di bank simpanan yang kurang aktif urusan keluar masuk duit. Amount bulanan aku sudah tetapkan. Kalau bagi lebih tak kisah asalkan jangan kurang dari amount yang di tetapkan. Tabung family ni aku wujudkan di kalangan adik-beradik aku adalah dengan tujuaan untuk perbelanjaan family aku ketika hari raya. Maknanya bila tiba hari raya, kami tak ada nak pening-pening kepala cari duit nak bagi ibu ayah kami. Sebab kami dah ada simpanan khas untuk ibu ayah kami. Alhamdulilah cara ni sangat membantu dan berkesan. Tak percaya? Cubalah.

Begitu jugak tabung-tabung yang lain yang aku wujudkan. Setiap bulan memang aku dah asingkan berapa peruntukan amount yang perlu untuk kesemua tabung yang aku wujudkan. Untuk saving pulak, selalunya aku akan lebihkan amount untuk saving. Contoh katakan tahun ni target nak simpan RM5000 dalam bank. Jadi korang bolehlah buat cara pengiraan RM5000 bahagi kepada 12 bulan. Dan setiap bulan tu korang cuba displinkan diri simpan berapa amount yang perlu untuk saving. Ini contoh saja. Terpulanglah kat korang nak simpan RM3000, RM5000 atau RM10,000 setahun ke. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Untuk saving ni, bukan tertumpu pada aku sorang tapi untuk Raina jugak.

Dalam perkara ni displin memang penting. Tak nafikan kadang-kadang aku terpelecuk jugak dari landasan etika menabung. Tapi selalunya aku akan cepat-cepat sedar. Cara untuk menaikkan semangat aku dalam etika menabung ni aku ada sediakan satu buku. Buku tu aku akan catat keluar masuk dan segala perbelanjaan aku setiap bulan. Aku jugak buat jadual tabung dan saving dalam buku tu. Memang nampak macam kelakar. Tapi percayalah bila setiap kali aku nak tidur ke atau aku bangun tidur ke atau setiap kali aku kat tempat kerja ke, bila free je aku akan belek-belek buku aku tu sebagai menaikkan semangat aku.

Aku ingat lepas ni aku nak wujudkan 'Tabung Percutian' pulak. Tapi kena bincang dulu dengan Saiful. Sebenarnya soronok tau wujudkan pelbagai tabung ni. Korang akan terasa macam lebih relax dan tak stress sangat dalam etika menabung. Aku cuma berharap aku lebih berdisplin lagi lepas ni. Aku nak lebih serius dalam perkara ni. InsyaAllah.

20 comments:

  1. cuma mampu wujudkan tabung RM1 sehari jer.

    ReplyDelete
  2. tabung tu smua simpan dalam vbank ke

    ReplyDelete
  3. nak menabung ni kan kena disiplin kuat...kalau ikut kita..huaaaa..tak tahan! nampak je nak beli!! so kena ikot gaya Nurul lah lepas ni! Thank u Nurul!

    ReplyDelete
  4. Alahai bagusnye you Nurul. I harap kat duit kutu je lah utk saving.

    TQ for sharing this tips. Mana tahu, satu hari nanti tergerak hati nak menabung juga.
    =)

    ReplyDelete
  5. Yun : Oklah tu Yun. Wlaupun nilai RM1 lama2 jadi bukit tau

    ReplyDelete
  6. Shima : Semua duit tabung memang asingkan masuk dalam bank yang kurang aktif urusan keluar masuk

    ReplyDelete
  7. Shinnaz ; kita pun kuat shopping Shinnaz. tapi lately ni baru je nak ajar diri cuba control dari nafsu shopping sakan

    ReplyDelete
  8. Ain : Dulu buat jugak mcm tu harapkan duit kutu. tapi i terasa terikat cara mcm tu dan rasa tak seronok. so try cara wujudkan tabung2 ni baru ada rasa seronok. hehehe

    ReplyDelete
  9. Bnyk nye tabung nurul..hihh
    .. Mcm fana..1 ac bank utk saving..1 utk belanja harian.. Satu untul backup.
    ..kire manabumg di banks.

    Hihihi

    ReplyDelete
  10. alahai bestnye, nak2 yg tabung family tu,
    untungla ade adik bradik yg spakat

    ReplyDelete
  11. Farhana : maksud tabung kat sini simpan duit kat bank jugak awak cuma kita bahasakan ianya 'tabung'. hehehe

    ReplyDelete
  12. Na : Ko pun boleh buat Na. Alhamdulilah setakat ni adik aku beri kerjasama

    ReplyDelete
  13. IDEA YANG BAGUS, TERIMA KASIH BERKONGSI. CK RASA PUN MACAM NAK TRY BUAT TABUNG MACAM NIE JUGA. SENANG NAK BAJET MANA PERGI DUIT TU

    ReplyDelete
  14. Setakat ni kita ada 3 tabung jeks utk Khaleef.. Tabung 50sen, 20sen & 10sen..Hehehehe~

    Pastu nafsu membeli belah pulak, kita mmg tak mudah goyah.. Bila nak beli sesuatu barang tu, kita mesti hold dulu & set kat mind "Jgn la beli dulu..Kot² esok lusa jumpa yg lagi cantik" So, tak terbeli la nanti kan? Selamat duit..Hehehehe~

    ReplyDelete
  15. Gud idea.
    Setakat ni, ada tabung famili & tabung RM5& RM20..tp memang berkesan.
    Kutu pon ada joint jugak.hehe..

    ReplyDelete
  16. alhmdulilah,sjk dpt kje bru ni,dh start mnmbung blik,pengalamn thun2 yg sebelumnye mngajar diriku utk berubah utk masa dpn, disiplinkn dri RM15/5 sehari utk mnympn,
    3 bln duk kira2 ad lebih kurng RM 1000 syukur''

    ReplyDelete
  17. alhmdulilah,sjk dpt kje bru ni,dh start mnmbung blik,pengalamn thun2 yg sebelumnye mngajar diriku utk berubah utk masa dpn, disiplinkn dri RM15/5 sehari utk mnympn,
    3 bln duk kira2 ad lebih kurng RM 1000 syukur''

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum dan salam perkenalan..baru start buat tabung untuk bercuti dan hanimun..tapi memang masih dalam bentuk tabung, bukan simpan di bank..jadi possibility untuk liquidity tu sgt la tinggi! :D
    Jemput singgah di blog saya... :)

    ReplyDelete