Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, March 22, 2013

Antara IKEA dan Kaison



Tajuk kemain gempak. Sesekali apa salahnya aku letak tajuk gempak sikit kan?

IKEA memang favorite aku sejak dari zaman persekolahan lagi. Tapi aku ada satu lagi tempat favorite selain IKEA, iaitu Kaison. Kaison ni berhantu jugak macam IKEA. Kalau korang terjah Kaison terus jadi rambang mata dan teruja sama macam korang terjah IKEA jugak. Tapi kalau korang memang jenis hati kering tak minat deco-deco atau barang yang comel-comel ni, mungkin korang tak teruja dan batak macam aku kot. Aku ni memang akan jadi sedikit teruja dan ala-ala batak sikit bila nampak kedai yang jual barang-barang yang boleh memberi inspirasi dalam mendeco.

Sebenarnya aku dulu tak tahu kewujudan Kaison ni. Kalau Daiso tu aku tahulah. Sampai satu hari tu adik aku bagitahu kewujudan Kaison. Adik aku cakap Kaison lagi best dari Daiso dan kedai-kedai seangkatan dengannya. Masa tu aku tak amik pusing pun cakap adik aku. Sampailah satu hari tu entah macam mana hati aku memberontak nak pergi Kaison. Masa tu aku memang dah tahu kat Paradigm Mall ada Kaison. Itu pun kebetulan beberapa bulan yang lepas, aku nak cari apa entah pastu ternampak signboard Kaison kat Paradigm Mall. Masa tu aku tak teruja sangat sebab masa tu tak ada mood nak mendeco. Masa tu mood nak pergi holiday yang lebih dari mood nak mendeco

Terus aku set otak aku nak terjah Kaison dalam masa terdekat. Pada hari aku cari pasu bunga kat IKEA (masa tu aku pergi IKEA dan Kaison sorang-sorang je okeh. Dasar tak sabar), balik dari IKEA tu lah aku terus terjah Kaison kat Paradigm Mall. Kadang-kadang aku lagi suka pergi shopping sorang-sorang sebab tak ada siapa nak kacau dan halang apa yang aku nak beli. Tapi taklah nak memboros. Kan dah pasang azam nak lebihkan saving untuk azam tahun baru ni kan? Iyo lah tu Nurul. Hahaha.



Baru berdiri depan kedai, aku dah tergedik-gedik suka. Itu baru berdiri depan kedai. Belum masuk kedai lagi. Hah dapat rasakan tak macam mana aku betul-betul terasa teruja dengan konsep kedai Kaison ni. Kebetulan masa tu aku tengah hangat-hangat nak wujudkan mini garden kat rumah. Mini gardenlah sangat. Jadi bila aku tengok Kaison penuh dengan pokok-pokok bunga yang comel, terus aku jadi rambang mata.

Kalau nak tahu Kaison ni ada jual macam-macam. Ada jual pokok-pokok bunga, pasu-pasu bunga, bakul-bakul yang comel, jam, wallpaper, frame, lilin. Senang kata macam-macam ada. Yang pastinya harga lebih murah dari IKEA dan berbaloi-baloi. Hari tu aku dah terbeli pasu bunga kat IKEA. Pastu bila ke Kaison aku ternampak pasu bunga bentuk lebih kurang sama macam yang aku beli kat IKEA dengan harga yang lebih murah. Terus rasa menyesal. Sebab apa aku kan kalau boleh jimat, lagi aku nak jimat. Tapi redha je lah.




Paling best koleksi pokok-pokok bunga kat situ. Pasti tak mengecewakan. Banyak sangat pilihan. Harga berbaloi-baloi. Aku ingat nanti aku nak beli je pokok-pokok bunga kat Kaison ni walaupun artificial flower pun tak kisah janji cantik, comel dan simple. Saiful cakap aku tak sesuai nak bela pokok-pokok yang real punya sebab aku pemalas nak siram air kat pokok-pokok belaan aku tu. Sampaikan ada pokok-poko kat mini garden aku tu yang dah mula layu. Hahaha. Jadi adalah baiknya aku beli artificial flower je kat Kaison ni. Senang tak payah nak siram-siram air bagai.

Jadi sesiapa yang minat barang-barang mendeco yang comel-comel dan dalam proses nak mendeco rumah ke, bolehlah terjah Kaison. Serius nanti korang pasti rambang mata. Harga murah dan berbaloi-baloi. Siapa yang tak sukakan penjimatan dengan harga yang murah dan berkualiti kan? Pada aku bab kualiti tu kira ok taklah barang-barang kat situ tu jenis murah tangkap muat je. Pada aku memang berbaloi-baloi. Serius ni. Tak percaya sila terjah Kaison.

34 comments:

  1. eyhh..kt KL F City ade la...dah 2 kali g sane tp x ternampak la pulak..dekat dgn rmh kakak aku...nti nak carik la ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah beb kat KL festival City ado Kaison. Adik aku dia selalu kes itu sebab rumah dia dekat area2 dengan tempat tu. Macam aku ke Paradigm Mall je sebab dekat sikit dengan rumah

      Delete
  2. terus gugel kaison..wahhh cntik okey bunga2 artificial tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Cantik2 bunga kat situ dan murah2

      Delete
  3. macam menarik je kak long.. huhu aj x pandai nak mendeco umah ni... hehe

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Hehehe apa lagi Ainul kasi terjah Kaison

      Delete
  5. Along pun tak pandai nak deco2 sangat. gitu2 je AJ

    ReplyDelete
  6. done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. nie dah nak dapat gaji..bersediala wahai KAISON, banyak suri rumah/isteri nak menyerang kedai!

    ReplyDelete
  8. pokok real sesuai kat luar rumah je.kalau dlm rumah sesuai pokok fake.*tetibe* sebab dd nakkk sgt pokok2 dlm rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. konon2 nak ikut style omputih dlm rumah pun ada pokok real tapi dah tahu dasar pemalas lagi ada hati nak bela pokok2 real tu kan? kehkehkeh

      Delete
    2. kahkahkah.bukan pemalas,tapi takut terlupa nak siram pokok.heheh :)

      Delete
  9. Reen mase before bersalin Luqman yang start tau Kaison ni, kira mase tu Festival City baru lagi bukak, orang pon tak ramai lagi ha. Memang gile pon barang dalam tu, dua tiga jam sorang2 pon takdek hal hahaha. Setakat ni, Festival City ngan Paradigm Mall punye Kaison dah masuk dah. Bunga dia lawa kan? Reen suke bakul dia, pening nak milih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah adik akak ckp kat festival city ada satu kaison ni kan? akak pun suka pokok2 bunga dgn pasu2 bunga dia

      Delete
  10. Reen mase before bersalin Luqman yang start tau Kaison ni, kira mase tu Festival City baru lagi bukak, orang pon tak ramai lagi ha. Memang gile pon barang dalam tu, dua tiga jam sorang2 pon takdek hal hahaha. Setakat ni, Festival City ngan Paradigm Mall punye Kaison dah masuk dah. Bunga dia lawa kan? Reen suke bakul dia, pening nak milih..

    ReplyDelete
  11. batak..ok I really like that word hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kita memang suka guna perkataan tu Yun

      Delete
  12. oh teruja2....tp tunggu la rumah ku siap dulu baru nak beria...umah sewa tak koser uolls

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh je Jiha kalau nak mendeco sbb rumah tmpt kita relaks walupun rumah sewa ke atau rumah sendiri

      Delete
  13. aku sekarang mmg tak lalu nak mendeco rumah.. rafique x makan saman woo!! geram betul aku. =(

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabau sabau beb. aku mood mendeco ni memang sentiasa ada cuma pulus je tak berapa nak meriah. haha

      Delete
  14. Tapi... tapi... antara Kaison dengan Ikea, kita tetap suka Ikea. Hehehe :)

    ReplyDelete
  15. nasib la aku duk ktn,
    klu x
    tiap2 bulan asik wishlist ape brg2 nk beli mcm korang, pitammsss..
    kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau ko duduk KL jadi mcm aku lah Na geng Ikea

      Delete
  16. Meh add group Facebook Deco rumahku Surgaku, cantek2 dorg mendeco... Aq dah terjangkit dah dengan penyakit Deco nie.... Ahahahkss

    ReplyDelete
  17. Do this shop sell artificial grapes? :D

    ReplyDelete