Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, March 20, 2013

Pilihan sofa IKEA : Klippan atau Ektorp

Dari tahun lepas lagi aku berangan-angan nak tukar sofa kat rumah aku tu. Masa tu gila bayang dengan sofa color putih kat IKEA. Sebelum hari raya tahun lepas, aku asyiklah bagitahu dan pujuk Saiful aku nak tukar sofa. Tapi Saiful tak setuju. Alasan dia sofa kat rumah tu masih elok. Kalau betul-betul nak beli tunggu tahun depan. Jadi sekarang kan dah masuk tahun baru, so dah bolehlah kot nak beli sofa baru. Aku tulis ni macam duit tu berkepuk-kepuk dalam poket. Hahaha.

Sofa lama aku tu, sebenarnya aku beli masa dapat duit bonus 3 tahun yang lepas kalau tak silap akulah. Masa tu aku masih kerja dengan company lama kat Kelana Jaya dulu. Konon-kononnya nak nampakkan barang yang berfaedah sikit, jadi aku belilah sofa tu. Masa tu tengah trend sofa L-Shape kan? So aku pun tak ketinggalan nak sofa L-shape jugak. Murah je aku beli. Tapi serius aku tak ingat harga sofa tu berapa tapi yang pasti memang murah. Tapi sorry eh gambar tak ada so tak dapat nak tempek kat blog. Tak payahlah kot nak tengok sofa aku tu sebab aku pun dah naik menyampah tengok sofa tu. Color kusam dan bila aku tukar cover hantar kain suruh tailor jahit pun still tak naik color sofa tu dengan konsep keadaan rumah. Banyak alasan kukuh kenapa aku perlu tukar sofa. Antaranya :

1) Keadaan sofa dah tak berapa kukuh. Maklumlah sofa murah
2) Bahagian bawah sofa tu macam dah koyak sikit
3) Kusyen / bantal kat sofa tu dah mula meleper. Dah tak best nak baring-baring kat situ

Walaupun kalau tengok secara depan-depan keadaan sofa tu taklah teruk mana tapi aku tetap rasa tak best. Biasalah perempuan kan? Nafsu shopping melebih-lebih. Saiful cakap ok je tapi aku cakap tak ok. Hahaha. Ok kali ni kalau jadi, aku nak beli sofa kat IKEA je. Bukan sebab aku ni peminat tegar IKEA semata-mata je okeh tapi banyak sebab kenapa aku nak sangat-sangat sofa dari IKEA ni. Antaranya :

1) Boleh tukar-tukar cover sofa. Contohnya korang dah jemu dengan sofa color putih korang pergilah IKEA beli cover color merah pulak. Tak payah nak susah-susah cari tailor suruh jahit
2) Boleh basuh. Kalau cover sofa tu kotor korang tanggal dan basuh. Mudah kan? So tak ada istilah takut nak mencuba sebab takut anak conteng atau kotorkan sofa korang
3) Harga ada yang paling murah hingga yang mahal. So pilihan ikut kemampuan masing-masing

Ok sekarang aku ada dua pilihan yang aku berkenan iaitu Sofa Klippan series dan sofa Ektorp series. Dah 2,3 hari ni kerja aku duduk office asyiklah meng-google tentang dua-dua sofa ni. Jawapan dari hasil google aku, ada yang kata sofa Klippan best. Ada pulak yang kata sofa Ektorp best. Tapi paling banyak aku baca, ramai yang memilih Klippan series. Maybe sofa ni comel dan nampak simple. Aku pun sebenarnya lebih berkenan dengan Klippan series ni. Lagipun tiap-tiap tahun ada je cover yang comel-comel IKEA hasilkan untuk sofa Klippan ni.




Sofa Ektorp series. Cover sofa boleh tukar-tukar tapi cover Ektorp mahal sikit dari cover Klippan

Sofa Klippan series. Cover sofa boleh tukar-tukar dan sangat comel

Tapi aku tak sure lagi nak beli sofa ni dalam masa terdekat ni ke tak? Semuanya bergantung pada pulus. Sebab ada lagi beberapa barang yang aku dah listkan nak beli. So sekarang ni aku dalam dilema sama ada perlu ke aku beli sofa dulu atau aku beli barang lain dulu? Kalau duit aku berkepuk-kepuk semua benda tu aku beli sekali harung je. Hahaha.  Tapi yang pasti aku nak sangat tukar sofa. Saiful pun dah hint-hint macam setuju dengan idea aku ni.

Kalau korang kan korang pilih sofa Ektorp series ke atau sofa Klippan series? Tapi aku rasa hati aku berat ke Klippan series sebab design sofa tu comel dan simple. Memang kena dengan konsep idea yang aku nak. Aku nak semua benda pun nampak simple. Nanti nak nampak menarik, letak je bantal-bantal kecik kat situ. Aku berdoa semoga duit aku laki bini berkepuk-kepuk lepas ni. Sebab kalau boleh aku nak tukar cepat-cepat sofa kat rumah aku ni.

20 comments:

  1. berangan jugak nak beli Sofa Klippan tu.. jom beli!

    ReplyDelete
  2. kita pun ingat nak pilih yang Klippan merah tu. Pastu nanti beli cover color putih boleh tukar2 cover

    ReplyDelete
  3. KLIPPAN! Kite pon kenan sofa ikea har har har

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhhh Klippan. akak pun suka klippan lagi dari ektorp sebenanrya

      Delete
  4. Alynn berkenan sofa klippan..cun sgt..simple n trendy..aksesori letak je cushion sure lagi cantikk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahhh ramainya vote klippan. simple pastu letak bantal2 yang comel kan?

      Delete
  5. Kalau kita, pilih ektorp :) selesa... Tapi ikut citarasa memasing jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ektorp pun cantik jugak semuanya suka rambang mata tau

      Delete
  6. Klippan will be my choice

    Hoh! Skang baru aku jumpa sofa yang aku terkenan2 ms pergi office CIMB two years back
    Tp dia single seat, ahhh x kisahlah janji serupa
    Ok masuk wishlist untuk rumah baru
    Agagaga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeahhhhh klippan aku pun suka klippan jugak sebenarnya lagi2 yang color merah dgn putih tu

      Delete
  7. aku mmg pakai Klippan sejak kawin. ade dua sarung satu merah satu hitam. yang merah dah pon kena conteng dengan auf mase umur dia setahun dulu. pasrah je la. bagi aku yang dah guna 4tahun, sofa klippan ni takde lah tahan lasak mana cuma yang best nya dia senangggg gila tukar2 sarung. so senang hantar dobi. kalau ko nak custome made sarung dia pon boleh. so apelagi...belilahhh. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh ko pakai klippan rupanya yaya. aku dah jatuh cinta ni pasal sarung dia comel2 nak sambar jugaklah gini gaya

      Delete
  8. suke klippan jgk.nak beli jgk la.hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhhh ramai suka klippan ni ok kita pilih klippan yeahhhhhhhhhh

      Delete
  9. Sofa kat umah nie cam yg ektorp tu. Tp fella design punya.
    Mmg mahal pun skali nak tukar cover die. Tp yg best, empuk giler.heheee

    ReplyDelete
  10. Tang empuk tu yang best tu ohh Fella boleh tahan harga eh

    ReplyDelete
  11. Replies
    1. ramainya suka klippan. ok rasanya dah pasti mana pilihan kita nak. Klippan yeahhhhhhhhhh

      Delete