Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, March 13, 2013

Potty training Raina Evaqairina

Alhamdulilah Raina dah berjaya di-potty trained-kan. Yeahhh

Sebenarnya aku dah lama sangat nak buat entri pasal potty training yang dilakukan kat Raina beberapa bulan yang lepas tapi biasalah aku suka sangat tangguh-tangguhkan bila datang mood malas nak update blog. Idea tu ada tapi malas nak update. Banyak sangat cerita yang aku nak kongsi kat sini tapi di sebabkan malas, jadi aku peram saja cerita-cerita tu.

Raina sekarang dah 3 tahun 3 bulan umurnya. Pada usia begini aku baru berjaya potty train Raina dengan jayanya. Alhamdulillah. Aku bersyukur dan teruja dengan perkembangan terbaru Raina. Sebenarnya aku dah mula potty train Raina dari tahun lepas lagi. Kononnya masa tu nak anak bebas dari memakai lampin pakai buang sebelum usianya menginjak 3 tahun. Tapi aku tak berjaya dan give up. Malas pun iye kot. Apa punya mak lah aku ni kan? Hahaha. 

Bukan apa, selalunya aku potty train Raina pada hujung minggu saja. Kalau waktu bekerja memang aku tak dapat nak potty train Raina. Balik kerja tentunya aku penat plus nak kemas rumah dan macam-macam kerja rumah aku nak buat. Jadi bila beberapa kali gagal pottty train Raina, terus aku rasa give up dan malas nak teruskan.

Sampailah satu hari tu awal bulan Januari yang lepas, babysitter Raina, Kak Zurin atau Raina panggil sebagai 'ibu' bagitahu yang dia dah mula potty train Raina. Masa tu aku terkejut jugak sebab Kak Zurin sanggup nak potty train anak aku. Payah kot zaman sekarang nak cari babysitter yang sanggup bekerjasama dengan kita potty train budak kecik. Masa tu aku betul-betul terharu. Boleh dikatakan tiap-tiap hari Kak Zurin bagitahu perkembangan Raina semasa proses potty train Raina. Yang pelik tu, Raina ni memang akan mendengar kata 'ibu' dia. Kak Zurin bagitahu aku, senang sangat nak potty train Raina sebab Raina mendengar kata. Cakap sekali je dia dah ikut apa yang di ajar. Cuba dengan aku atau Saiful je Raina manja melebih-lebih.

Bila Kak Zurin bagitahu dah mula potty train Raina, terus aku nekad akan potty train Raina tiap-tiap hari walaupun hari bekerja. Jadi balik ambik Raina kat rumah Kak Zurin, aku dah mula terapkan nilai-nilai melatih tandas ni kat Raina. Setiap 5 minit atau 10 minit aku akan tanya Raina. Biar dia rasa jemu yang penting aku tak nak leka dan malas lagi potty train Raina. Alhamdulilah aku ambik masa dalam seminggu je. Lepas tu aku dah tak perlu risau sebab Raina sendiri dah faham kalau dia nak kencing atau berak cepat-cepat dia bagitahu aku. Baru aku tahu sebenarnya nak potty train budak kecik ni bukannya susah sangat pun yang penting kita kena rajin, cekal dan banyak bersabar. 

Aku nak berterima kasih dengan Kak Zurin. Sebab dengan kerjasama dia jugaklah aku berjaya potty train Raina. Kalau nak tahu sekarang Kak Zurin tengah ajar Raina minum susu guna cawan. Dan Alhamdulilah nampaknya Raina nak minum susu guna cawan. Ok kat sini aku kongsikan tips nak potty training kat budak kecik.

1) Kenalkan si kecil dengan bilik air dan jamban. Bilik air untuk kencing dan jamban untuk berak

2) Bila si kecil dah kenal bilik air dan jamban, cubalah beberapa kali tanya "Mana toilet?"

3) Bila setiap kali si kecil berjaya menjawab soalan korang, bagilah ciuman, tepukan dan puji mereka. Raina suka bila aku tepuk tangan, cium dan bagi pujian kat dia. Selalunya dia akan cakap "Raina good girl  kan mama"

4) Saiko pemikiran si kecil. Contohnya "Raina dah besar. Kalau Raina nak pergi school tak boleh pakai dryper. Nanti shame dengan friends. Raina nak pergi school kan?". Macam Raina ni, dia memang nak sangat pergi school tapi disebabkan hari tu dia masih pakai dryper tu yang aku terpaksa tangguhkan dulu masukkan dia sekolah

5) Sentiasa tanya si kecil setiap 5 minit atau 10 minit. "Raina nak cici ke? Raina nak pupu ke? Kalau nak cici atau nak pupu bagitahu mama tau". Ini untuk permulaan mungkin makan masa 5 hari ke seminggu saja. Selepas tu korang dah tak payah nak tanya banyak kali sebab anak korang automatik akan mahir dan pandai control bila diaorang terasa nak kencing atau berak

6) Sentiasa on lampu toilet. Bukan apa kadang-kadang bila anak kita dah agak mahir keluar masuk tandas, mudah bagi kita. Contoh macam Raina ni dia memang jenis suka kencing sikit-sikit. Satu kali sampai 7,8 kali kencing. So aku dah siap-siap on lampu kat toilet tu. So mudah kalau Raina dah tak tahan sangat dia sendiri masuk bilik air kencing. Raina dah pandai basuh sendiri. Kecuali kalau dia berak memang aku atau Saiful kena basuhkan. Tapi kita sebagai mak bapak kena pantau jugak bila anak keluar masuk toilet

7) Selepas si kecil kencing mahupun berak, bagilah ciuman, tepukan dan kata-kata pujian. Ini penting bagi meransang semangat si kecil. Kalau korang mampu bawaklah si kecil pergi makan luar ke atau belikan baju baru ke sebagai hadiah atas kejayaan mereka. Serius ni mereka akan rasa seronok okeh

8) Sebelum tidur minta si kecil kencing dahulu. Dan pastikan sediakan alas getah di tempat tidur si kecil

9) Ada sesetengah budak kecil dia rasa tak selesa kalau tak pakai dryper. Macam tu pakaikan seluar dalam. Tapi macam Raina dia memang tak suka pakai seluar dalam. Dia lagi selesa sarung macam tu je seluar dia

10) kalau nak potty training anak, kita jugak kena terapkan nilai-nilai kebersihan. Macam aku, memang aku ajar Raina macam mana nak cebuk dan basuh selepas kencing, macam mana nak guna air, macam mana nak basuh tangan selepas keluar toilet dan macam-macam lagi

11) Kalau boleh potty train hari-hari walaupun hari bekerja. Jangan tunggu hari cuti Sabtu dan Ahad je. Sebab apa, dari pemerhatian aku, kalau kita potty train anak hari Sabtu dan Ahad je pastu kita stop then tunggu hujung minggu yang akan datang baru nak potty train anak semula, budak kecik cepat lupa. Di sinilah puncanya kegagalan kita potty train anak kita. Aku tulis ni berdasarkan pengalaman aku tahun lepas. So bila aku potty train Raina tiap-tiap hari. Balik kerja walaupun aku penat aku tetap potty train Raina, Alhamdulilah dalam masa seminggu je aku dah berjaya potty train Raina

Ok setakat tu je kot tips dari aku. Ni tips cara aku. Lain orang lain caranya kan? Cuma saja aku nak kongsi cara aku potty train Raina kat sini. Setakat ni Raina kalau tidur belah siang atau pergi keluar berjalan dekat-dekat memang aku tak pakaikan dryper. Kalau keluar jalan jauh sikit dan tidur belah malam je aku pakaikan. Itu pun bila keluar kadang-kadang pakaikan Raina dryper, automatik bila Raina nak kencing atau berak dia bagitahu aku. Sebab dia sendiri dah tak selesa nak membuang kat dryper. Siap mengamuk okeh suruh carikan toilet sebab dia nak kencing atau berak kat toilet. Hahaha. Sebenarnya aku pernah cuba tak pakaikan Raina dryper belah malam, Alhamdulilah berjaya. Cuma aku tak nak tergesa-gesa. Aku buat slow-slow berperingkat-peringkat. Kepada ibu bapa kat luar sana yang masih dalam proses potty train anak, jangan give up. Banyakkan bersabar. InsyaAllah pasti membuahkan hasil.

21 comments:

  1. maria pn pengasuh aqil yang ajar potty train dia..ssh kan nk cr pengasuh yg ajar anak mengasuh dia potty train..syukur..ni pengasuh baru ni mcm xkan ajar je..hhu...tgkla marissa nnt bila entah nak ajar dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh Maria dah tukar pengasuh ye? Takpe Maria slow2

      Delete
  2. Hi dear,

    Feel free to visit our online blog shop.

    New wide tribal with Ferris Wheel pattern is now available.

    Visit http://chocolatestrawberryhijabs.blogspot.com/2013/03/chocolate-hijabs-wide-pattern-shawl.html for more info.

    Have a nice day. Tq. :)

    ReplyDelete
  3. si aisyah malam2 kena pakaikan pampers. Mama tak sedar diri tidoooo...tapi kdg2 dia kejutkan kita kugak klu nak buang air kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raina tu belah siang dah tak pakai tido pun aku tak pakaikan pun dryper tapi malam tu pakai tapi kadang2 aku tak pakaikan. Tapi kira oklah beli pet pet atau mamypoko satu pack je selalu 2 atau 3 pack sebulan. jimatttt

      Delete
  4. aisyah dah bebas pampers belah pagi, tapi bila malam tak berjaya lagi...

    ReplyDelete
  5. Seronok sebenarnya potty train kan diorang nie.
    Tambah2 bila baru2 berjaya melabur kat toilet.excited tu bukan main.hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kan aku excited bila tgk raina dah boleh kencing dan berak dalam toilet. rasa nak melompat2 je teruja. Hehehe

      Delete
  6. belum train langsung si anak kecik kita...mgkin tahun ni nak cube train..congrats raina yer

    btw raina punye bb sitter stay mne?macam kenal je k.zurin ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Farhana. duduk shah alam kak zurin tu

      Delete
  7. mirza siang dah tak pakai pampers dah..tido siang pun dah tak pakai.....pakai pun time malam dah nak tido dengan time nak kuar...sebab tak mak bapak dier tak confident lagi...hahahha
    btw.....congrats raina......comelllssss okeh kamu nih..geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah kadang2 anak kita dah ok api kita yang tak confident. Nurul kadang2 kalau pergi Econsave ke Giant memang dah tak pakai kan dryper

      Delete
  8. ex bs mya dulu pon rajin potty train dia.masa tu umur 2thn.tp syg coz xsempat nk train lama.mya tgh dlm proses potty train ngan bs, kami pindah umah.then pastu langsung tak train dah.now myself sedang mencari kekuatan utk start over again.sgt mencabar n agak susah bila ada si adek yg suka sgt masok toilet main air huhuuu

    ReplyDelete
  9. thanks for the tips nurul. Saya pun tak lama lagi kena start potty train my daughter. Satu benda yg stop saya ialah kepenatan, tapi kenala gagahkan jugak. Insya Allah.

    Congratulations! :)

    ReplyDelete
  10. Ye Ayuni kena gagahkan jugak walaupun penat. Takpe selalunya amik masa semingu macam tu then anak kita dah pandai control sendiri bila mereka terasa nak kencing atau berak. Good luck

    ReplyDelete
  11. info yg bagus pasal potty train ni. anak sy pon nk masuk 3thn dis yr. bole try ikut tips yg diberikan:)

    salam perkenalan:)

    http://adawiyahakhbar.blogspot.com/

    ReplyDelete