Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, April 18, 2013

Dugaan kali ini

Aku tak update blog beberapa minggu ni bersebab. Nak menulis tapi macam-macam halangan yang berlaku sejak kebelakangan ni. Aku cuba gigihkan jugak tulis satu-persatu walaupun keadaan aku masa aku taip entri ni adalah sangat tak stabil, lembik plus kepala ting tong. Aku dah hampir give up dengan sakit ni. Tapi aku kenalah redha. Ini kan dugaan Allah nak bagi kat aku.

Minggu lepas Raina demam. Bukan demam biasa-biasa bagi aku. Demam yang sangat pelik bagi aku sepanjang aku membesarkan anak dara aku tu. Hampir seminggu jugaklah Raina demam. Selalunya 2 atau 3 hari dia dah aktif dan sihat. Tapi kali ni dah masuk hari ke 6 pun Raina masih meragam, baring sepanjang hari, panas badan, tak nak makan dan tak aktif. Dahlah tak nak makan. Susu pun dia minum sikit sangat tapi dia muntahkan balik susu tu. Badan yang berisi tu terus jadi kurus melidi. Sebenarnya ada jugak Raina makan tapi dia cuma nak makan nasi KFC dengan sup KFC je. Itu pun kena pujuk barulah dia makan sikit. Mungkin sebab dia dah lapar sangat berhari-hari tak nak makan. Itu yang dia makan jugak kot.

Bawak pergi klinik kat Kota Kemuning. Doktor check suhu 40. Terkejut aku. Terus masuk ubat bontot. Tapi lepas beberapa jam aku check badan Raina tetap panas. Akhirnya aku dengar cakap manager aku. Dia suruh bawak Raina pergi hospital. Lagi bagus bawak pergi goverment. Sebab kadang-kadang hospital goverment ni ada bagusnya jugak. Manager aku cakap better check darah. Takut denggi. Terus aku bawak Raina pergi Hospital Klang. Amik darah dan Alhamdulilah tak ada denggi. Lepas tu, aku try bagi Raina dengan ubat goverment pulak. Sehari selepas tu, terus sihat dan aktif macam biasa. Sekarang aku masih pantau keadaan Raina. Aku nak berterima kasih kat manager aku sebab dia bertimbang rasa dengan masalah aku. Bagi aku masuk lambat dan bagi aku balik awal sepanjang Raina demam teruk hari tu.

Itu cerita minggu lepas tentang Raina. Ini aku nak cerita tentang diri aku pulak. Aku dah rasa lain macam hari Jumaat lepas. Tekak dah rasa perit-perit. Badan dah rasa dedar panas semacam. Rupa-rupanya itu petanda aku nak demam teruk. Maknanya lepas Raina dah sihat, mama dia pulak yang demam. Bagi aku demam yang aku alami ni terburuk dalam sejarah hidup aku kot. Masa aku taip entri ni, aku masih demam, sakit tekak dan pening berpinar-pinar, selsema dan batuk. Tapi hari ni aku gigihkan jugak pergi kerja sebab dah dua hari aku MC. 

Bayangkan hari Jumaat lepas dah mula demam. Sabtu dan Ahad aku banyak baring. Hari Ahad hantar Raina pergi kelas english kat Bangi. Itu pun aku gigihkan diri jugak. Senang cakap aku paksa diri aku demi anak. Tapi lepas habis kelas Raina, aku dah start mengigil-gigil. Luar rasa sejuk tapi hakikatnya aku panas dalam. Bergegas Saiful singgah Hospital Serdang lepas amik Raina dari kelas kat Bangi tu. Tapi aku rasa nak maki carutkan aje Hospital Serdang ni. Tunggu berjam-jam. Aku dahlah tak tahan. Sampai aku menangis-nangis kat situ. Aku dah tak peduli sebab aku dah tak tahan dengan sakit aku ni. Saiful bila tengok aku menangis-nangis tu terus ajak aku balik. Dia terus bawak aku pergi Hospital Klang.

Ok kat Hospital Klang, aku kena amik darah. Sebab dah berhari-hari demam kan? Takut ada denggi. Alhamdulilah tak ada denggi. Banyak sangat ubat yang aku dapat. Ada 5 ke 6 jenis ubat. Oh lupa nak bagitahu hari ni adalah hari ke 7 aku demam. Demam masih on off.  Sepanjang aku demam ni, aku memang tak ada selera nak makan. Makanan yang boleh aku telan roti potong Gardenia dan buah. Menu tu yang paling kena dengan tekak aku buat masa ni. Yang lain-lain tu aku try jamah tapi sesuap dua pastu aku dah tak lalu. Saiful masak sedap-sedap pun aku tak lalu nak makan.

Masa aku cuti MC dua hari tu, aku tak hantar Raina kat rumah babysitter pun. Walaupun aku sakit, aku tetap cuba jaga anak aku sendiri. Raina pun macam faham dengan keadaan aku. Banyak yang dia buat sendiri. Mandi sendiri, makan sendiri, pakai baju sendiri. Maafkan mama ye Raina. Tapi aku cukup terharu dengan anak aku. Dia akan ingatkan kita makan ubat dan tolong amikkan air untuk aku makan ubat. Dah boleh di harap anak dara aku tu.

Aku berharap aku dapat sihat semula. Aku dah tak larat nak tanggung sakit demam luar biasa ni. Habis lembik badan aku. Aku tahu ini semua dugaan Allah bagi kat aku. Sebenarnya tak baik aku mengeluh macam ni. Moga aku akan sihat semula dan aktif macam biasa. Oklah aku dah tak larat nak taip lagi. Tiba-tiba sakit perut pulak. Eh sorry entri kali ni macam carca-marba sikit. Assalamualaikum

22 comments:

  1. Replies
    1. aku berharap sgt jue. tak tahan dah ni

      Delete
  2. demam sesuatu kah beb??
    petanda ke, hehehe
    hopefully semuanya cpt sihat, anak demam kite lemah smangat, kite demam, lg lemah nk jaga anak, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ada beb. aku tgh bendera merah ni. hahaha

      Delete
  3. Get well soon nurul... nanti tgk link blog zura yerk..zura ada ucap terima kasih kat nurul sbb cerita pasal en.shahril tu..

    http://jalanjalan-makanmakan.blogspot.com/2013/04/sabah-pengembaraan-bermula.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow zura pergi sabah ye? nanti nurul cuba terjah ye InsyaAllah

      Delete
  4. Replies
    1. Thanks dik akak pun berharap cepat sihat dan aktif mcm biasa

      Delete
  5. kesian ko nurul....tabah yer...sakit tu kiffarah dosa...insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah aku masa sakit demam teruk ni aku tiba2 ingat ko ena. masa yg ko sakit awal2 pregnant kali ni ko senyapkan diri mcm malas nak bersosial sgt. mcm tu lah aku rasa beb. apa pun aku mcm benci je. apasal entah

      Delete
  6. semoga cepat sembuh lah nurul ye....sedih pulak mun baca entry nih...patutlah lama je nurul menyepi

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks mun. tu lah antara sebab2 menyepi mun

      Delete
  7. get well soon dear....

    haah ntah2 demam bersebab kot...petanda bak kata nano. ahaksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada lah beb. aku tgh sakit perut ni beb. so ko faham2 je lah kalau aku tgh sakit perut tu. hahaha

      Delete
  8. tima kasey byk nurul sebab jalan2 kt blog zura..bertubi-tubi nurul komen yerk..hihihihi ...

    ReplyDelete
  9. semoga cepat sembuh nurul.

    dd pun seminggu ni asal petang tak mampu masuk kerja.kepala pusing,selsema,batuk..adoi la.sabar ajela.nak rest memang tak dapat sebab 3 askar tu memang nak ibu je.nasib la suami banyak menolong.

    ReplyDelete
  10. semoga cepat sembuh ye nurul... tapi nak tanye nurul hantar anak kelas bahasa tue dekat bangi kan? tapi bangi kat mane ye.. sbb tengah cari class utk anak juga.. kelass tue weekend je ker?... soli ye byk tanye lak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Nurul dah sihat ni Ila. InsyaAllah nanti rajin2 Nurul buat entri tentang kelas weekend Raina. Bangi kat sek 7 kalau tak silap

      Delete
  11. semoga cepat sembuh kak nurul! :)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Nadia dah sihat. Harapnya sihat sentiasa

      Delete