Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, April 29, 2013

Mini garden di rumah

Rumah yang aku duduk sekarang ni kecik je. Tak besar mana pun. Tapi aku bersyukur ada jugak tempat aku berteduh anak-beranak. InsyaAllah ada rezeki nanti bolehlah beli rumah yang besar sikit. Perancangan tu ada. InsyaAllah akan datang. Semoga dipermudahkan semuanya. Walaupun rumah yang aku duduk sekarang ruang agak terhad, tapi aku cuba gunakan sebaik mungkin setiap sudut yang ada. Idea mendeco tu banyak. Cuma poket je tak berapa nak meriah. Hahaha.

Tapi janganlah kita jadikan alasan poket yang tak berapa nak meriah ni, kita malas nak cantikkan rumah. Dan juga alasan-alasan yang lain contoh macam duduk menyewa, rumah kecik, ataupun ada anak kecik.  Disebabkan alasan-alasan tu kita malas nak mencantikkan rumah. Kalau tanya aku, sebenarnya aku tak setuju sama sekali. Maaf ye kalau ada yang kurang senang dengan pendapat aku. Ini pendapat jujur aku. Aku suka cantikkan rumah. Sebab bila kita balik kerja penat-penat, sampai rumah kita tengok keadaan rumah kita cantik dan kemas mesti hati kita rasa tenang bukan? Itu kalau akulah tak tahu kalau orang lain.

Cuba tengok orang luar, walaupun diaorang menyewa atau membeli rumah yang ruangnya agak terhad dan mereka mempunyai anak kecik, diaorang tetap akan menghias rumah cantik-cantik. Aku salute dengan orang-orang macam ni. Salah satu contoh mari tengok rumah Pawel dan Julia ni. Rumah diaorang cuma ada satu bilik saja dan ruang rumah agak terhad tapi mereka gunakan setiap ruang yang ada dengan mendeco. Rumah Pawel dan Julia ni antara sumber inspirasi aku.

Walaupun poket aku tak berapa nak meriah dalam mendeco, tapi aku tetap cuba sedaya-upaya mendeco ikut kemampuan poket aku. Tak kisahlah barang yang kita beli tu murah dan bersaiz kecik. Tapi kalau kita pandai menyusun atur dan hias sebaik mungkin, InsyaAllah rumah kita akan nampak cantik dan kemas di mata kita. Salah-satu impian aku dalam mendeco, aku mahu wujudkan mini garden kat kawasan rumah aku. Disebabkan ruang rumah aku agak terhad jadi aku cuba gunakan ruang rumah yang masih kosong untuk merealisasikan impian aku ni. Kebetulan di bahagian ruang dapur ada sedikit ruang yang terbiar. Kalau di biar macam tu je memang sakit mata aku tengok. Buruk dan rasa semak. Jadi aku cuba jugak wujudkan mini garden aku kat ruang yang terbiar kosong tu.

Gambar ni sumber inspirasi aku. Suka sangat gambar ni

 Cantikkan? Rasa tenang kalau ada ruang rumah macam ni yang dipenuhi dengan pokok-pokok hijau di setiap ruang yang ada

Langkah pertama untuk merealisasikan mini garden kat rumah, aku beli satu rak yang murah saja harganya kat Ikea. Rak tersebut berwarna silver. Tapi disebabkan aku suka barang dan perabot berwarna putih, jadi aku minta Saiful spray rak tersebut bertukar menjadi warna putih. Nasib baik laki aku nak melayan kerenah bini dia ni. Hahaha. Selepas rak dah siap sparay warna putih, barulah aku sikit demi sedikit mencantikkan ruang yang ada. Kebanyakkan barang-barang yang aku letak kat rak tu aku beli kat Ikea dan Kaison.

Aku bercadang mahu penuhkan setiap ruang kat rak tersebut. Sekarang ni masih banyak ruang kosong. InsyaAllah aku akan cuba penuhkan ruang yang ada. Masalah aku sekarang ni, aku selalu lupa nak siram pokok-pokok aku tu. Ada hati nak ada mini garden kat rumah tapi selalu lupa siram pokok. Takpe, nanti aku cuba ubah perangai aku menjadi lebih rajin menjaga pokok-pokok yang ada tu. Nak tengok mini garden aku? Tadaaaaa.

Belum siap sepenuhnya. Masih dalam proses memenuhkan setiap ruang yang ada
  
Takpe slow-slow aku akan cuba jugak terapkan segala idea aku kat mini garden aku ni. Sekarang ni misi aku nak beli sofa baru dan beberapa perabot yang lain. Nak raya kan? Harus beli sofa raya. Pastu baru kita fikirkan nak mencantikkan lagi mini garden aku ni. Kemain lagi kau Nurul. Puasa pun belum dah fikir pasal sofa raya. Bukan apa, kita kenalah usaha bersungguh-sungguh kalau kita nak sesuatu barang tu atas usaha kita sendiri kan?

Pendapat aku, jangan takut untuk mencuba. Kita kena berani kalau nak mendeco. Jangan jadikan sebarang alasan untuk menyekat idea kita. Macam diri aku, kalau aku dah berkenan dengan satu-satu konsep, aku akan cuba buat slow-slow. Tak adalah aku buat sederap. Ikut kemampuan diri aku. Contoh, aku suka dengan gambar-gambar kat atas yang aku tempekkan tu. Jadi aku cuba sedaya-upaya merealisasikan ikut acuan aku sendiri. Kalau tak jadi sama macam gambar-gambar tersebut, aku tetap akan berpuas hati sebab aku mendeco ikut acuan idea aku sendiri. Selamat mencuba

26 comments:

  1. Replies
    1. Gambar yang atas tu je cantik. Mini garden kita tak cantik sangat. Haha

      Delete
  2. make sure thn ni wat open house raya k

    ReplyDelete
    Replies
    1. Payah jugak nak buat open house ni Yun sebab barang2 dalam rumah tu banyak color putih kena fikir banyak kali kalau nak buat open house

      Delete
  3. wah..pandainya akak deco...nampk kemas je..sy da juga buat taman orkid, konon2 jelah tapi xreti nak menyusun jd molek n kemas..makin tonggang langgang jadinya..hu..hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu simple je tu. main letak2 je. hehehe

      Delete
  4. cantik..teringin nak ada tp tak pandai sgt nk jaga pokok ni.kang mati mcmtu je.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita pun tak berapa rajin siram dan jaga pokok tapi cuba jugak ni nak ubah perangai. hrp2 bolehlah. hihihi

      Delete
  5. bestnya.rumah dd yang letak bunga kering tu pun anak dd suka main.dia keluarkan segala dahan-dahan kering,sepah-sepah..haihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. raina tu nurul dah warning awal2 jgn usik barang mama. hehehe

      Delete
  6. bunge hidup ke nurul?

    lawaaa sgt

    ReplyDelete
  7. nanti kongsi tips dan gambar sekali.. sebab nak buat jugak mini garden dekat bahagian beranda and sedang mencari inspirasi.. yours look nice!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zura. InsyaAllah kalau rajin nanti dah cantik2 mini garden saya tu bolehlah buat entri lagi tu pun tgk mood menulis lah azura. hehe

      Delete
  8. Tunggu anak2 zura besar dulu baru boleh nak deco deco bagai nih... kalu deco sekarang mmg mcm dilanda tsunami la umh berkenaan.. hihihhii

    ReplyDelete
  9. memang best ada mini garden kan?? nani suka tengok tapi nak membuatnya takut tak jadi je...

    ReplyDelete
  10. bagus nurul..aku malas..hahaha..laki aku lagi rajin bab touch up rumah ni..aku lebih kepada cleanliness je..=D

    ReplyDelete
  11. hi.. cantik rumah!
    deco mmg satu perkara yg mencabar kan?
    sy & hubby pun suka deco2 rumah ni... now kami tgh experiment dgn wall paper murah2 dr mr diy.

    ReplyDelete
  12. Hi.. Cantik mini garden tu!
    Sy & hubby pun minat deco2 rumah ni. Nak share satu tempat lyg jual brg2 rumah dgn kos rendah... Mr DIY! Wall paper dia mabeles!!

    ReplyDelete
  13. hi.. cantik rumah!
    deco mmg satu perkara yg mencabar kan?
    sy & hubby pun suka deco2 rumah ni... now kami tgh experiment dgn wall paper murah2 dr mr diy.

    ReplyDelete
  14. hi.. cantik rumah!
    deco mmg satu perkara yg mencabar kan?
    sy & hubby pun suka deco2 rumah ni... now kami tgh experiment dgn wall paper murah2 dr mr diy.

    ReplyDelete