Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, April 26, 2013

Pandangan aku tentang suri rumah

Sesiapa yang mengikuti entri-entri lama kat blog aku ni, mesti tahu yang dulu aku mempunyai pendangan yang agak berbeza dengan orang lain tentang suri rumah sepenuh masa. Kalau rajin bacalah semula entri ni yang pernah aku tulis beberapa tahun yang lepas. Masa tu aku duduk rumah dalam sebulan lebih kot sementara aku masuk kerja kat tempat baru. So aku buatlah entri tu sebagai pandangan aku selama sebulan lebih duduk kat rumah jadi suri rumah. Itu adalah entri jujur tentang pandangan dan pendapat aku masa tu.

Tapi itu dulu. Sekarang pandangan dan pendapat aku tentang suri rumah dah bertukar sama sekali. Aku tak tahulah kenapa sejak kebelakangan ni, pemikiran aku berubah sama sekali. Kalau dulu aku tak berminat nak jadi suri rumah. Sebab aku rasa bukan jiwa aku kot nak duduk terperap kat rumah lama-lama dan buat kerja rutin harian yang sama hari-hari. Serius! Itu bukan jiwa aku. Sebab aku jenis suka keluar dan aku rasa macam cacing kepanasan kalau duduk rumah dalam jangka masa waktu yang panjang. Sebab tu selalunya hujung minggu, aku cuba jugak keluar berjalan tak kisahlah pergi jalan mana-mana sekalipun. Pergi taman yang dekat-dekat dengan rumah bawak anak beriadah pun kira ok bagi aku. Janji jangan terperap kat rumah. Dasar kuat jalan. Hahaha.

Tapi sekarang, aku rasa aku dah berminat nak jadi suri rumah. Jangan tak percaya, dalam senyap-senyap aku dah tanam impian nak jadi suri rumah. Mungkin bila umur dah makin meningkat ni, aku dah rasa makin bosan nak pergi kerja. Dengan kerenah persekitaran kat tempat kerja, kerenah bos, dan macam-macam lagi. Perasaan ni makin lama makin kuat okeh. Tiap kali bangun tidur nak bersiap-siap pergi kerja terasa malas melampau-lampau. Sebab tu kebelakangan ni attendance aku agak teruk. Selalu MC, AL dan time off. Bila aku stress kat tempat kerja, makin kuat aku rasa nak resign hantar surat kat bos. Pastu bolehlah aku goyang kaki duduk rumah jaga anak. Wahhh bestnya. Eh tapi taklah aku goyang kaki sesaja. Kita mesti ada good plan kalau nak jadi suri rumah.

Aku selalu pasang angan-angan kalau aku jadi suri rumah, aku tak naklah goyang kaki sesaja sepanjang aku kat rumah. Aku mesti buat kerja yang mendatangkan hasil yang semestinya duit. Tak naklah aku mengharapkan duit suami 100% kan? Kenalah jugak cari duit sendiri walaupun dah jadi suri rumah. Ok mari layan angan-angan aku ni. Ada beberapa kerja yang aku nak buat kalau aku betul-betul nak jadi suri rumah. Kiranya bukanlah 100% jadi suri rumah sebab ada beberapa perancangan kerja yang perlu aku buat bagi mendapatkan duit poket sendiri.

1) Aku nak jaga anak orang. Wahhh kemain lagi nak jaga anak orang. Boleh ke kau jaga anak orang Nurul? Jaga anak sendiri pun kadang-kadang dah jadi tarzan. Lagi berangan nak jaga anak orang. Hahaha. Aku rasa aku boleh je jaga anak orang asalkan jangan jaga baby. Aku nak jaga budak yang umur lebih kurang sebaya dengan Raina. Budak yang dah faham bahasa. Kan senang nak jaga. Kemain demand dah tetapkan ciri-ciri nak jaga anak orang. Hahaha.

2) Aku nak beli van dan jadikan van tu bas sekolah. Ini angan-angan dasar terpengaruh dengan jiran aku. Tengok kakak yang bawak van tu rileks je. Hari-hari bawak van amik dan hantar budak pergi sekolah. Lepas dah amik dan hantar budak-budak pergi sekolah, kita boleh rileks duduk kat rumah buat apa yang patut kan?

3) Bisnes online. Ini wajib kalau nak cari duit poket. Tak kisahlah untung sikit pun asalkan duit masyuk. Sambil tengok tv pun boleh promote. Bukan susah pun.

4) Bisnes ais krim Malaysia. Ok angan-angan ni aku terpengaruh dengan babysitter Raina. Aku tengok Kak Zurin ni rileks je jaga anak orang sesambil tu buat ais krim Malaysia banyak-banyak then supply kat 2,3 kedai. Untung jugak tu. Yang penting duit masyuk.

5) Belajar jahit baju dan langsir. Bila dah pandai jahit baju dan langsir, kita amiklah upah menjahit. Kalau nak lagi best belajar jahit manik. Amik upah jahit manik. Wahhh kemain lagi aku berangan. Hahaha.

Kalau ikutkan dalam otak aku ni banyak je aku berangan. Berangan kan free. Bukan kena bayar pun.  Sebab tu aku jadi kuat berangan tak sudah-sudah. Hahaha. Ok cukup-cukuplah tu aku berangan. Memanglah aku dah mula pasang impian nak jadi suri rumah dan malas nak kerja dengan orang. Bila kerja dengan orang ni kita terikat dengan peraturan-peraturan kerja yang sedia ada. Bosan kan? 

Tapi aku rasa bukan sekarang aku nak jadi suri rumah. Mungkin tunggu aku habis bayar kereta aku tu ke? Tak naklah menyusahkan Saiful. Tak nak kerja pastu dia nak tanggung hutang aku pulak. Aku rasa kalau aku dah habis bayar hutang kereta aku tu, aku dah boleh rasa lega kot. Tinggal hutang kecik-kecik je macam hutang PTPTN ke yang aku perlu bayar. Yang lain-lain macam duit rumah, duit perbelanjaan dapur dan belanja-belanja yang lain memang selalunya Saiful yang bayar. So aku cuma perlu cari duit poket sikit untuk hutang-hutang kecik yang aku ada, duit shopping bulanan dan duit untuk simpan kat bank. Jadi suri rumah kena jugak menyimpan duit untuk masa hadapan.

Seronokkan kalau jadi suri rumah? Boleh hantar dan amik anak pergi sekolah, boleh bangun lewat sikit, tak payah pening-pening fikir hal kerja dan yang penting boleh rasa sedikit rileks kat rumah. Contohnya macam sekarang kadang-kadang aku balik kerja pun dah malam badan dah rasa letih. Nak tengok tv pun malas okeh. Masa untuk anak dan suami tu kurang. Kalau kita jadi suri rumah, mungkin masa tu ada lebih sikit dari masa yang kita bekerja tu kan? Sekarang ni aku paling tak sabar nak tunggu hujung minggu. Sebab hujung minggulah aku dapat luangkan masa dengan keluarga aku dan merehatkan diri.

Aku berharap impian aku untuk menjadi suri rumah satu hari nanti akan dapat aku capai. Aku nak jadi suri rumah yang berjaya. Maksud aku kat sini, walaupun tak kerja dan jadi suri rumah, aku mampu uruskan keluarga aku dengan baik dan mempunyai duit poket sendiri dengan usaha aku sendiri. Tunggulah aku dapat capai beberapa perkara yang aku impikan dan settle apa yang patut baru boleh fikir hal ni dengan serius. Impian aku banyak. Kalau boleh aku nak cuba capai dengan usaha aku sendiri. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah

Muka bosan sambil control ayu duduk kat office. Hahaha

30 comments:

  1. semoga tercapai nurul.. klu tanya jue, jue mmg tak pnh terpikir nk jd suri rumah sbb jenis mmg suka bekerja.. cuma time mabok ni je la rasa nak cuti 3 bulan aje sbb xlarat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu aku demam teruk kan sampai nak bangun pergi kerja pun tak larat. seminggu jugaklah aku demam teruk tu. dai situ aku rasa membara semangat aku malas nak kerja nak duduk rumah. tp aku tahu bukan jiwa aku kalau duduk rumah sesaja sebab tu kena ada good plan kalau nak jadi suri rumah ni kan

      Delete
  2. macam best je keje jadik supplier eskrem malaysia tuh.. nk buat gk ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kita selalu berangan supply ais krim malaysia kat kedai2 berhampiran dan jugak 7 eleven. masyukkkk

      Delete
  3. Memang best jadi surirumah. Tak perlu fikir hal kerja bila orang lain pening kepala. Boleh bangun lambat bila oarng lain dok stress dengan jem :)
    Tapi, nak jadi surirumah perlukan kecekalan yg tinggi.ecehhh.
    Bagi akulah sepanjang 2 thn nie...aku memang x sesuai jadi surirumah.hahaaa
    Apapun..best of luck to u bebe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah nak jadi suri rumah pun bukan senang kan sebab tu aku berangan nak kena ada kerja sampiangan supaya aku tak bosan kat rumah sebab aku tahu jiwa aku bukan suka duduk rumah aku suka keluar berjalan. hahaha

      Delete
  4. bagi mun pulak kalau dah ader bisnes sendiri dan stabil mungkin lah mun akan jadi surirumah...kalau tak rasanya berangan angan dulu kot hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah ada bisnes stabil sikit pun ok asalkan duit masuk kan? marilah kita berangan dulu. haha

      Delete
  5. Skrg ni memanjang rasa Nak resign. Kondosi ank yg tak sihat n kos pengasoh yg mahal. Suka entri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kos kena amik kira skrg ni kan?

      Delete
  6. beb, bab malas pegi keja tu, aku pun experience the same. cuma bayangkan aku ni byk komitmen je terpaksa la cekalkan diri. tapi plan ko blaja jahit tu aku pun minat sama, rasa nak blaja jahit dgn mak aku, amik upah sikit2. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku dari dulu teringin nak belajar jahit tp tak beljar2 pun. tak tahu mana nak cari tempat belajar jahit tu pun satu hal beb. tu lah kena cekalkan hati kalau kerja ni. diri kat opis tp fikiran kat rumah. hahaha

      Delete
  7. salam, saya zaila seorang surirumah sepenuh masa..betul dahtu niat tu tp honestly jd surirumah ni mmg penat tp sejak berhenti tak pernah lg terdetik nk bekerja balik..

    Insya Allah kalau dah ada niat..Allah akn permudahkan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Zaila. bestnya awak jadi suri rumah. memang jadi suri rumah ni bukan senang jugak sebenarnya kan? penat pun boleh tahan jugak. InsyaAllah semoga Allah permudahkan niat saya nak jadi suri rumah satu hari nanti

      Delete
  8. yg no.5 tu same...kita nk g kelas menjahit pas habis pantang nnt. ade yg kate rugi sebab kita keja gomen tp serius umur dh 31 ni dh makin malas nk keja pk psl anak suami rumah je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu pasang impian nak beljar jahit tp tak tahu kat mana. kan? bila umur makin dah meningkat ni memang membuak2 nak duduk rumah

      Delete
  9. ainul nak jadi wanita yang bekerja dr rumah.bukan duduk umah goyang kaki. ainul pun jenis suka keje.tp buat keje tanpa perlu nak hadapai jam pagi ptg, balik malam. good luck nurul.ko boleh punya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun bukan jenis suka duduk rumah ainul. tu sebab suka kerja je dari duduk rumha. tp lately membuak2 rasa malas nak pergi kerja beb. rasa nak jadi suri rumah pulak

      Delete
  10. nurul..kalau takde hutang..nak je jadi suri rumah..

    ReplyDelete
  11. betul tu. kalau tak ada hutang tak payah kerja pun tak pe kan. harapkan suami je. hehe

    ReplyDelete
  12. dulu pernah nak brenti keje...selepas cuti 3 bulan selepas bersalin..hiiihi..(tuh mls namanya kan ;p).

    tp bl di kira di timbang di sukat lagi best bekerja.haaa..rasa tak lah terperap kat rumah. walaupun suami kata blh tanggung segala bagai. tp jiwa ni x blh duduk diam rasa lemau n tepu kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mcm nurul lah tak boleh nak terperap duduk rumha. sebab tu kalau jadi suri rumah kita kena ada aktiviti kita

      Delete
  13. aku nak jadi surirumah
    tapi surirumah bekerjaya
    impian aku, nak bisnes dan nak uruskan anak sendiri
    aku dah bersedia ke arah itu, tapi suami belum lagi
    hahahahaha. sayang katanya sebab aku keje gomen :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ko dah berjaya mira sebagai bisnes woman. dah boleh kalau kao nak resign jadi suri rumah. tp sayang pulak kan ko keja gomen

      Delete
  14. nurul dah tukar ye..ingat lg entry nurul yg ckp tak sesuai jd suri rumah..maria doakan semoga impian nurul dan ibu2 lain termasuk maria yg nak jadi suri rumah ni tercapai....go girl

    ReplyDelete
  15. Sejak kebelakangan ni tiba2 rasa nak jadi suri rumah lah Maria. Maybe usia dah meningkat ni rasa malas nak kerja rasa nak buat kerja sendiri je. Mudah2an impian ni akan tercapai kan?

    ReplyDelete
  16. Eh sama la kita bab MC tu. Memang susah sangat time nak bangun pergi kerja tu. Harap kita dapat capai impian masing-masing. Bestnye jadi surirumah :)

    ReplyDelete
  17. asalamualaikun

    jom lihat jubah...baju muslimah...cadar murah2
    http://hshida1689.blogspot.com/?m=1

    ReplyDelete
  18. amin...didoakan supaya makbul, duduk rumah bes layan anak-anak walaupun jadi tarzan...ki2
    Jemput singgah yer
    http://dalilablogez.blogspot.com/

    ReplyDelete
  19. terbaik infonya. pernah dengar tentang kerja online admin?> jemput ke blog saya utk idea.

    [Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]

    ReplyDelete