Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, May 30, 2013

Weekend class : Sesame Street English Class

Ok nak cerita sikit pasal weekend class untuk Raina. Sebenarnya dulu aku plan nak masukkan Raina sekolah tadika seawal usia 2 tahun. Tapi banyak sangat halangan lagi-lagi Tok Wan Raina memang tak bagi langsung kalau Raina masuk sekolah tadika awal. Jadi aku pendamkan je lah hasrat aku tu. Lagipun ibu aku cakap jangan suka desak-desak anak atau ikut cara orang lain. Ikutlah cara didikan kita sendiri. Lagipun kalau Raina jadi masuk sekolah awal hari tu, aku terfikir jugak siapa pulak nak hantar dan amik Raina ke sekolah? Tak kan kecik-kecik lagi nak suruh Raina naik van sekolah kan? Terus aku rasa tak sedap hati jadi aku pun akur dengan pendapat ibu aku.

Sekarang umur Raina dah 3 tahun 6 bulan. Aku masih tak masukkan Raina ke sekolah tadika. Banyak sebab kenapa aku tak masukkan lagi dia ke sekolah walaupun ramai geng yang sebaya dengan Raina dah mula bersekolah. Antara sebabnya, Raina baru je berjaya di-potty trained-kan beberapa bulan yang lepas. Kebanyakkan sekolah dah memulakan sesi pembelajaran start awal tahun. Sekarang ni pun dah hampir pertengahan tahun. Jadi aku buat keputusan, alang-alang dah hampir pertengahan tahun, aku akan masukkan Raina ke sekolah pada tahun depan je lah. InsyaAllah. Masa tu umur Raina pun dah 4 tahun. Itupun bergantung kepada tahap persediaan diri Raina sendiri. Kalau aku tengok dia macam tak bersedia, mungkin aku akan masukkan dia sekolah pada usia 5 tahun. Sebab aku tak naklah paksa-paksa anak. Biar dia pergi sekolah dengan senang hati.

Pada aku tak salah rasanya nak masukkan anak ke sekolah tadika pada usia berapa sekalipun. Ada jugak antara kawan-kawan aku yang tak pernah masuk sekolah tadika langsung dan terus masuk sekolah rendah tapi sekarang boleh je berjaya. Macam aku dulu, aku masuk sekolah tadika pada usia 5 tahun. Agak lewat jugak. Alhamdulilah aku masih di beri peluang menjejakkan kaki di UiTM. Jadi aku percaya apa yang ibu aku bagitahu aku. Jangan ikut cara orang lain. Ikutlah cara didikan kita sendiri. Tapi kalau tengok gaya Raina sekarang, rasanya dia dah cukup bersedia nak pergi sekolah. Kemain suka bila cerita pasal sekolah. Jadi InsyaAllah aku akan masukkan dia ke sekolah tahun depan. Semoga dipermudahkan. InsyaAllah.

Walaupun Raina masih belum ke sekolah tadika, aku sebagai mak budak tak boleh nak duduk diam fikir apa yang terbaik untuk anak dara aku tu. Jadi aku plan nak masukkan Raina ke weekend class untuk latih dia rasa suasana kelas dan belajar dengan kawan-kawan sebelum masuk ke sekolah tadika nanti.


Jadi bagi merealisasikan impian aku tu, aku pun google sana sini cari weekend class untuk Raina. Apa yang aku jumpa paling banyak playgroup class. Secara jujurnya aku tak berapa berkenan dengan konsep playgroup class ni. Sebabnya aku rasa konsep mak bapak kena duduk sama dengan anak semasa di dalam kelas tu akan menyukarkan anak belajar berdikari di dalam kelas. Sebab aku pernah try pergi trial class kat Excel Qhalif Playgroup. Apa yang aku tengok Raina jenis nak berkepit dengan aku dan Saiful dalam setiap aktiviti kelas. Saiful awal-awal lagi sound kat aku dia tak berkenan dengan konsep playgroup class ni. Jadi aku terpaksalah cari kelas lain. Aku nak jenis kelas yang macam konsep sekolah tadika yang sebenar. Hantar anak then kita tinggalkan dia dalam kelas. Habis kelas kita amik dia.

Alhamdulilah akhirnya aku jumpa jugak weekend class yang sesuai dengan Raina. Aku nak berterima kasih kat Hany sebab dia banyak bantu aku bagi information tentang Sesame Street English Class (SSEC) ni. Anak Hany si Faqihah pun join SSEC ni. Dulu Raina dan Faqihah lain kelas. Tapi sekarang diaorang dah satu kelas. Alhamdulilah aku tengok Raina dah tak kekok nak join setiap kelas. Bila aku tinggalkan dia dengan teacher dan kawan-kawan yang lain, nampak gaya dia suka dan enjoy dengan setiap aktiviti kelas. Raina panggil kelas ni 'kelas Elmo'. Tiap-tiap minggu dia akan bagitahu aku atau Saiful yang dia nak pergi kelas Elmo.



SSEC ni cuma sekali seminggu setiap pagi. Kelas Raina pada hari Ahad selama sejam. Memang aku dengan Saiful pilih kelas hari Ahad. Selama sejam kelas Raina tu, kitaorang selalu lepak-lepak minum sementara tunggu Raina habis kelas. Mula-mula tu aku rasa risau jugak nak tinggalkan Raina kat kelas tu. Tapi kadang-kadang dia sendiri suruh aku tunggu kat luar. Kemain anak dara tu dah tak takut nak join kelas Elmo. SSEC sebenarnya adalah kelas bahasa english. Aku memang saja je pilih SSEC ni supaya Raina boleh belajar bahasa english dengan lebih baik. Sekurang-kurangnya ada pendedahan awal selain kat rumah.

Sesiapa yang berminat dengan SSEC, bolehlah tengok website SSEC. Pada aku yuran pendaftaran dan bulanan berbaloi dengan apa yang anak kita belajar. Lepas tu boleh dikatakan tiap-tiap minggu teacher Raina akan bagi homework. Pada aku kira oklah sebab adalah aktiviti berfaedah untuk Raina selain dari main, hadap tab atau tengok tv je. Ini website SSEC. Website pun dah nampak menarik apatah lagi konsep dan suasana kelas SSEC. Pada aku memang best dan berbaloi-baloi

17 comments:

  1. baguslah nurul awal awal dah dedahkan rania..mun belum mula lagi..lagipun area bandar enstek nih tak banyak program macam nie.....huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nurul pun hantar raina ke kelas elmo ni kat bangi. tiap2 minggu turun bangi dari shah alam Mun

      Delete
  2. aku nak anto tp malas kemain nak ke bangi tu. xpelah...taon depan nk masok tadika dah dia hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Ena nanti naurah pun masuk tadika kan

      Delete
  3. kat johor xde...
    benciii ...
    :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berdoa semoga kelas emlo akan bukan cawangan kat johor

      Delete
  4. good job... kan haku dah bilang.. SSE berbaloi-baloi... nampak Faqihah ngan Raina dah leh jadi geng elmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah aku tgk Raina dah boleh geng dengan Faqihah

      Delete
  5. Memang baguskan hantar diorang pergi kelas2 camtu walaupun sekejap. Cam maya, sejak hantar dia pergi Tumble Tots haritu dah nampak banyak perbezaan. Dah reti nak berkawan. Kalo tak, pemalu je konon2 nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah raina pun nampaknya dah boleh nak berkawan2 ni kalau kita tinggalkan dia dalam kelas tu kira dia dah ok lah kalau nak belajar. mula2 je mcm takut2 sikit

      Delete
  6. Bercadang untuk ank sulung ke playgroup juge...tapi tak berkenan dgn konsep parents join the class too..

    ReplyDelete
  7. menarik. tp ni kt bangi kan? jauhnya. now tgh survey tadika/pre-school for next year. eh alamak potty train blom sukses lg

    ReplyDelete
  8. agree nurul..playgroup anak kurang berdikari sket..sbb dia depends on kita..

    ReplyDelete
  9. sya pn tepingin sgt hantar ank g tadika msa umur 2 thn bab mau dia blajar bergaul....tp apa la sgt yg ada d labis ni...cuma da taska kemas...tu pn tuk th 2013-2015 uda penuh...huhuhu....kalau la SSEC tu da d sni...hmmmm

    http://jumnutriblog.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. besnya ye...seronok dia..amni dh masuk pasti tahun ni..hihi..tak bljr sgt pun.bg dia biasa dgn kelas, kwn2.. zaman kita dulu tadika tak penting sgt nurul..sbb bljr kat sekolah rendah smua.tp skrg salibus tadika dah macam darjah 1. darjah 1 pun dahsusah skrg...tak macam kita dulu..tu yg semua org berebut2 nk masuk kan anak ke tadika awal. ehhee

    ReplyDelete
  11. zuris : aah nampak sekarang raina pun dah suka berkawan dan tak takut2 lagi mcm masa mula2 dulu


    hazel : try cari weekend class awak


    yun : a'ah yun ni kat bangi

    ReplyDelete
  12. dina : kan beb


    jumria : skrg ni mcm kena booking awal2 kan? tu lah SSEC ni tak banyak lagi cawangan dia

    shima : a'ah kan sekarang silibus sekolah tadika lagi advance lain mcm zaman2 kita dulu


    ReplyDelete