Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, July 17, 2013

Perihal promo terbaru Air Asia



Selama ni kalau aku nak pergi holiday aku hanya mampu beli tiket dari Air Asia je. Itu pun beli tiket time promo. Aku suka penjimatan. Jadi bila beli tiket time promo, aku rasa banyak yang boleh aku jimat kat situ. Sebenarnya sebelum ni, ada je Air Asia buat macam-macam promo. Tapi pendapat aku, promo Air Asia dulu dan sekarang sangat-sangat lain. Sekarang ni kalau promo pun harga tiket still mahal berbanding dulu. Kalau dulu bila Air Asia buat promo memang kita boleh dapat harga tiket paling murah berbanding harga tiket sekarang. Itu pendapat aku je.

Aku akan berusaha dapatkan tiket murah setiap kali Air Asia buat promo. Kalau aku rasa tak berbaloi memang aku tak akan beli dan sanggup tunggu promo yang berikutnya. Kadang-kadang aku rasa, aku ni agak cerewet jugak. Teringin jugak nak try promo MAS, Malindo mahupun Fire Fly. Tapi entahlah buat masa ni aku rasa aku masih setia dengan Air Asia. Hahaha. Eh hari tu MAS ada buat promo boleh tahan jugak murah, tapi masa tu aku macam tak ada hati pulak nak booking tiket kat situ. Tunggulah nanti kalau dah terbuka hati. Aku pun teringin jugak nak naik MAS wei. Ni statement jakun sikit sebab tak pernah naik MAS. Hahaha.

Minggu lepas kot, Air Asia ada buat promo tiket murah. Bila orang sana sini bercakap pasal promo Air Asia, aku pun excited jugak hadap website Air Asia. Tapi bila tengok tarikh travel adalah tahun depan, aku kena fikir dua tiga kali sama ada nak beli atau tak. Banyak sebab kenapa aku kena fikir kalau nak travel tahun depan. Boleh jugak kalau aku nak travel tahun depan tapi bukan awal tahun, aku nak tarikh travel tu hujung tahun.

Salah-satu sebabnya aku bercadang nak pergi bercuti hujung tahun ni. Konon-kononnya nak bawak Raina jalan-jalan sempena birthday Raina November nanti. Tapi bila tengok tarikh travel tiket promo tu tahun depan, jadi aku pendamkan dulu hasrat aku ni. Lagi satu, birthday Raina kan hujung tahun, jadi alangkah bestnya dapat happykan anak dara tu bawak pergi holiday. Sebab tu aku nak tarikh travel hujung tahun.

Sebab lain, aku ada berhasrat nak bawak adik bongsu aku Bani tu sekali. Tapi jadual dia sangat padat sampai awal tahun depan. Mungkin kena tunggu dia habis study dulu. InsyaAllah tahun depan Bani habis study. Dan aku jugak berhasrat nak bawak ibu dan ayah. Masalahnya sekarang ialah jadual kerja ibu. Sebab ibu aku memang susah nak dapat cuti.

Teringin nak pergi Krabi dan nak repeat pergi Langkawi. Itu antara destinasi yang aku nak jejak selain USS. Plan asal kononnya nak ke USS hujung tahun ni. Tapi terpaksa aku tangguhkan atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku tukar plan nak bawak Raina ke Langkawi sempena birthday dia dan maybe kalau ada rezeki mahu ke Krabi tahun depan.  Dah lama aku berhasrat nak pergi Krabi. Terpengaruh wei bila tengok gambar-gambar pantai yang cantik kat sana. Kalau boleh nak bawak family aku sekali. Tapi kalau nak bawak family aku ni memang kena plan awal-awal. Tapi nak ke ibu dengan ayah aku pergi Krabi wei? Ibu aku tu asyik cakap nak repeat pergi Bandung je tu. Okeh tak payah fikir dulu. Bila-bila ada rezeki lebih nanti baru fikir. Aku berharap ada rezeki nanti. InsyaAllah.

Anak dara aku sekarang dah pandai minta macam-macam. Antara yang dia selalu minta kat aku adalah dia nak naik kapal terbang. Raina memang suka naik kapal terbang. Dialah orang yang paling excited bila naik kapal terbang. Sejak kebelakangan ni, dia selalu bagitahu aku yang dia nak naik kapal terbang lagi. Jadi aku cakap kat dia yang aku akan usahakan. Biasalah mak budak mesti cuba nak happykan anak bukan?

Mungkin rezeki aku kot. Sekarang ni Air Asia ada buat promo lagi. Kemain Air Asia tiap-tiap mingu buat promo berlainan. Dan yang paling best, tarikh travel untuk promo tu adalah tahun ni bukannya tahun depan. Apa lagi aku pun macam dah tak senang duduk. Tapi hati aku macam berbelah-bahagi sama ada nak bawak Raina pergi ke Hello Kitty Town di Puteri Harbour Family Theme Park atau Langkawi. Macam-macamlah kau ni Nurul. Kejap nak pergi Langkawi kejap nak pergi Hello Kitty Town. Biasalah aku kan? Hahaha. Ikut hati aku macam nak pergi Hello Kitty Town je. Sebab aku dapat rasakan anak dara aku mesti suka. Tapi idea percutian aku tu bertukar hanya kerana dialog Raina malam tadi.

Raina : Mama, Nena nak naik kapal terbang lagi. Janjilah Mama. Janjilah
Aku : (Aku diam tak jawab apa-apa pun. Sebab peel anak dara aku kalau dah berjanji dia mesti tuntut)
Raina : Mama janji ye? (Sambil hulur tangan)

Sebagai mak budak aku tak boleh dengar Raina cakap hal-hal yang boleh buat hati aku tersentuh. Sebenarnya boleh dikatakan tiap-tiap hari Raina minta nak naik kapal terbang lagi. Perangai dia makin menjadi-jadi sejak balik dari Sarawak. Masa pertama kali Raina naik kapal terbang ke Sabah dulu dia kecik lagi. Mungkin dia tak berapa faham. Ni dah besar sikit dia dah faham. Itu yang boleh di katakan hari-hari minta naik kapal terbang. Jadi pagi tadi aku pun hadap website Air Asia. Tapi sebelum tu, masa lepas bersahur aku ada whatsapp Bani tanya jadual kelas dia. Bani bagitahu dia tak free. Tanya ibu pulak sebab aku plan macam nak bawak sekali ayah dengan ibu. Ibu pulak bagitahu yang ibu memang tak free. Ibu cakap pergi je lah aku anak beranak bercuti bawa anak jalan-jalan. Jadi aku pun booking tiket untuk tiga beranak je tadi. Ke Langkawi je pun. Destinasi yang dekat-dekat je dulu kali ni. Harapan nak bawa family aku tu terpaksa di tangguhkan. 

Kepada Air Asia,
Harap lepas ni ada promo best yang sesuai dengan tarikh dan plan percutian aku please. Aku teringin nak pergi Krabi wei. Kalau boleh buatlah promo tu yang best-best sikit. Oklah dah panjang sangat entri ni. Bulan puasa ni patutnya buatlah entri pasal bulan puasa kan? Ini cerita pasal Air Asia pulak. Ok selamat berpuasa

17 comments:

  1. rayyan pun dok rikuest nk naik plane.. huhu tapi ngan keadaan aku gini idok ler kot.. lepas ni kene tunggu bb umo setahun pulak br boleh naik flight bk huhuhu AA promo dulu murah, now dah mahai jugak.. hope akan datang ada promo yg lebey berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 sekarang kemain kan demand. hehehe. tu lah promo AA dulu lagi best dari promo sekarang

      Delete
  2. kalau datang johor bagi tau..
    bole jumpeeee..
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 ada rezeki turun Johor. InsyaAllah Cha

      Delete
  3. pernah dpt 2 kali je promo air asia ke jakarta pegi balik rm79 dan ke china pegi balik rm500+.. tu pun 2011 & 2012.. 2013 ni satu pun tak de yg betul2 murah cam dulu... huhuhu... tak pe sis, kita tunggu lagi ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? promo dulu lagi best kan lagi murah

      Delete
  4. skrg promo air asia dh x mcm dulu...kdg2 shima tgk MAS..chek rega dia..kalau banding2 lg murah sikit je air asia.mmg amik kan MAS sbb lebih selesa..hehe

    ReplyDelete
  5. baik pi krabi secepat mungkin pasal laut dia makin lama makin tak lawa. dorang xmenten lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye ke beb? harap time aku pergi Krabi nanti puau2 kat sana masih cantik. berdoa ada rezeki ke Krabi. InsyaAllah

      Delete
  6. kita xpenah naik kapalterbang..haha..lg jakun wak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe awak moga ada rezeki awak nanti ye

      Delete
  7. Nurul, aku excited book sana sini tp anak aku takut naik plane hahah.

    babe, satu cara nk dpt tix murah is ko kena tgu mlm hr pertama promo tu start. mcm tix kitorang g ho chi minh nov nnt. mmg betul-betul zero fare cuma bayar fuel n tax sajo.

    good luck :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh Ann bagus tips mu ni. kalau betul2 zero fare tu yang best tu

      Delete
  8. nurul, best lagi naik AA dari MAS, kalau penerbangan domestik biasanya kapal terbang dia dah lama, tempat duduk banyak da tak best. Lagu yg dibuka dalam MAS pun lagu tradisional sangat.

    Hello Kitty town untuk anak dara mmg recommendedla sangat nak pegi, naik kat level 2 n 3 pun layan jugak... pegila bawk raina kalau ada keizinan.. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius ke fahsya?

      ada kata MAS best pasal luar sbb AA kan sempit sikit

      tu lah nak pergi hello kitty town tu tp ni dah beli tiket pergi Langkawi pulak

      Delete
  9. InshaAllah!!..semoga termakbul
    jemputlah follow blog saya
    Mak In Progress

    ReplyDelete