Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, August 20, 2013

Entri raya kami : Biasa-biasa dan sederhana

 Assalamualaikum

Hari ni aku nak tulis pasal cerita raya. Orang lain dah berzaman update pasal cerita raya. Aku baru terhengeh-hengeh nak update. Seperti biasa alasan aku adalah malas. Hahaha. Kebelakangan ni mood aku malas sesaja. Aku lebih suka baca entri raya dan layan tengok gambar-gambar raya orang lain. Nak update blog sendiri kemain malas.

Tapi sebelum cerita raya ni basi, baiklah aku update sekarang. Lagipun gambar-gambar raya tu ada. Cuma tak meriah manalah gambar-gambar raya aku ni. Sekarang ni pun masih bulan syawal lagi kan? Sekarang sana sini tengah sibuk buat open house kan? Sesiapa yang buat open house tu kalau sudi jemputlah aku. Bab-bab makan aku suka je. Kalau aku sekeluarga tiada apa-apa aktiviti, bolehlah aku terjah open house korang. InsyaAllah.



Raya aku sekeluarga biasa-biasa saja. Sederhana dalam segala segi. Tak ada nak mewah-mewah sangat. Simple saja. Macam tahun-tahun lepas, persiapan raya memang aku sekeluarga lebihkan ke Raina. Ada anak ni memang persiapan raya selalunya lebihkan ke anak je. Macam aku dan Saiful memang simple sangat persiapan raya tahun ni. Macam tahun lepas, berpasang-pasang kasut raya aku beli untuk diri-sendiri. Siap beli handbag raya okeh. Tapi tahun ni, aku tak beli kasut raya mahupun handbag raya. Pakai yang sedia ada saja. Memang ada nafsu nak beli yang baru tapi bila fikirkan nak beraya pun kawasan dekat-dekat je. Sebab kampung aku dengan Saiful masing-masing dalam negeri Selangor. So baiklah tak payah membazir.

Nak beraya rumah orang pun macam malas je. Adalah jugak beraya rumah nenek dan sedara-mara tapi tak semua rumah sedara-mara aku terjah tahun ni. Tak larat badan wei. Mana yang larat dan rumah sedara-mara yang dekat-dekat tu aku terjahlah jugak. Banyak melepak rumah family kat Banting je sambil makan-makan. Ibu aku masak sedap.  So proses mengembangkan badan gitu. Hahaha. 

Cuma tahun ni aku dan adik-beradik aku decided memang nak lebihkan bajet raya ke family aku. So macam meriah jugaklah. Alhamdulilah impian aku dan adik aku nak tukarkan langsir baru, cat baru dan macam-macam lagi untuk rumah family kat Banting tercapai. Happy sangat tengok ayah dan ibu aku happy dengan persiapan yang aku dan adik aku buat untuk mereka.

Paling best, tahun ni giliran beraya rumah family aku kat Banting. Kalau ada angah lagi meriah. Tapi tahun ni, adik aku Dhila beraya kat belah family suami dia kat KL dulu. Tiba-tiba terkenang zaman kami tiga beradik masa kecik-kecik dulu. Sekarang masing-masing dah kahwin cuma tinggal Bani je masih belajar. So kenalah ikut giliran beraya.

Kat Banting kalau malam raya memang meriah. Suasana raya tu memang terasa. Kalau pergi Pekan Banting, macam-macam ada. Terasa kemeriahan suasana raya tu bila banyak deretan kedai jual barang-barang persiapan raya dan buka lagu-lagu raya. Aku rasa lagi meriah dari kat Shah Alam kot. Biasalah aku mesti nak kata Banting best. Banting kan tempat aku membesar. Hahaha.




Raya pertama tu, macam biasa bangun awal pagi dan bersiap-siap nak melawa. Happy kan sebab nak pakai baju raya. Paling best Raina dah pandai rasa happy nak beraya. Elok je Raina bangun pagi pastu cakap nak beraya. Oh ye, Raina boleh nyanyi lagu raya jugak. Maybe selalu dengar kat radio dan TV. Siap hafal lagu raya. 

Raya pertama tu, lepas beraya rumah mak sedara aku kat belakang rumah, entah macam mana keluar idea nak pergi Putrajaya. Sebenarnya aku ajak pergi Putrajaya atas alasan nak ambil gambar raya. Tapi entah macam mana, Saiful terus pergi rumah terbuka Perdana Menteri. So macam jakun sikit sebab pertama kali nak pergi rumah terbuka Perdana Menteri. Orang sangat ramai. Meriah sebab masing-masing dengan baju raya.

Tapi aku tak masuk dalam pun. Tak larat aku nak beratur panjang-panjang. Saiful, Raina, ibu dengan Bani je sanggup beratur panjang nak bersalam menteri-menteri. Aku duduk kat luar. Ayah aku tak ikut sebab ayah aku kan sakit kaki. Dapatlah Raina duit raya. Dapat kuih dan cawan sorang satu. Tak pergi makan pun sebab panas terik. Masing-masing tak larat nak berjalan dan meredah orang ramai.





Belah malam raya pertama tu, barulah aku beraya rumah nenek dan sedara-mara. Raya belah malam ni sejuk sikit kan? Kemain Raina collect duit raya. Dia dah pandai nak collect duit raya. Tapi selalunya bila dia dapat duit raya, dia akan keluarkan duit tu bagi kat aku. Dia simpan dan pegang sampul raya je. Siap bagitahu aku "nanti mama masuk duit Nena dalam bank ye" . Dah besar dah anak dara aku. Dia dah faham yang duit raya bukan untuk buat mainan macam masa dia kecik-kecik dulu.

Tahun ni kami balik Sekinchan pada raya ketiga. Kami balik sendiri je tak berkonvoi macam tahun lepas. Sebab family Saiful dah balik beraya kat Sekinchan pada raya kedua tak silap aku. Balik Sekinchan pun sebab nak melawat kubur arwah mak Saiful dan arwah adik Saiful. Lepas tu, ikut Saiful beraya rumah kawan dia kat Sekinchan. Kami kat Sekinchan tak lama pun. Balik hari je. Lagipun bapak mertua aku memang dah tak duduk kat Sekinchan sejak dia kahwin isteri baru ni. FIL dah duduk Shah Alam sepenuhnya. So lepas balik Sekinchan barulah kami ke rumah FIL dan MIL baru kat Seksyen 24, Shah Alam.


Tahun ni, aku tak ada buat majlis makan-makan macam tahun lepas. Tahun lepas, adalah aku buat majlis kecik-kecik jemput family, sedara mara yang terdekat dan kawan-kawan yang rapat makan-makan kat rumah kecik aku tu. Masa tu saja suka-suka. Tahun ni tak larat pulak nak buat macam tu. Malas pun satu hal jugak. Hahaha. Tapi kalau sesiapa nak datang tu boleh je. Tapi jangan gelakkan aku pulak sebab kat rumah aku kuih raya ada tiga jenis je. Hahaha.

Tahun ni aku memang malas nak deco-deco raya. Sebab aku lebihkan bajet raya ke rumah family aku. So kat rumah aku simple-simple je. Pada hal ada jugak berangan sebelum raya nak deco-deco untuk raya sikit. Tapi tiba-tiba datang mood malas. So rumah aku pun aku kemas gitu-gitu je. Lagipun cuti raya hari tu, aku banyak melepak kat Banting. Rumah aku memang sedikit terabai. Sampaikan pokok-pokok kat mini garden aku ada yang dah layu wei sebab aku lupa siram air sebelum balik Banting masa cuti raya hari tu. Dah tak lawa mini garden aku. Aku ingat nak beli pokok-pokok baru nanti.

Oklah, dah panjang sangat entri aku ni. Selamat hari raya dan aku nak mohon maaf kot-kot ada penulisan aku selama aku berblogging ni atau tweet-tweet di twitter, status aku di facebook mahupun perilaku aku mengguris hati korang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

17 comments:

  1. selamat hariraya nurul..cantik2 baju raya..
    kty tahun lepas ada g beraya umah perdana menteri..tp tahun ni tak larat dah ..

    tp ada g bergambar kt area putrajaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baju raya tu simple sangat kak atty.

      tu lah ramai kan orang pergi open house tu. nak berjalan ke situ sebab parking luar pun tak larat. macam jauh sgt je dengan nak beratur lagi

      tapi meriah lah

      Delete
  2. Salam Nurul. Terpanggil utk comment bila tau awak org banting. Saya dan suami skrg dah jadi org banting n kami terus jatuh cinta kat banting n decide utk beli rumah kat sini.Banting memang best, walau xde wayang tp org dia semua ramah2..kalau kat sini,semua org senyum to each other tp bila blk kl/klang org yang senyum dh jadi mcm org gile coz senyum sorang2. Nway, Banting rock :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banting sekarang dah best kan? macam2 ada. saya sebagai orang asal Banting memang bangga. Hehehe

      oh beli rumah kat Banting pun masih murah dan berpatutan

      awak banting area mana ye?

      salam kenal

      Delete
  3. Replies
    1. baju raya simple-simple je tu Yun. Baju warna merah tu kosong je aku tambah lace jahit sendiri. baju warna hijau kebiruan tu nak nampak lain sikit kekononnya aku tambahkan reben

      Delete
  4. Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir batin. cantik baju raya :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya jehan. baju raya simple2 je tu

      Delete
  5. selamat hari raya nurul....maaf zahir dan batin.....cantik kaler tema baju raya nurul....hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya mun. terima kasih mun. tema kaler terang bebenau. hehehe

      Delete
  6. selamat hari raya nurul.cantik la plak tgk merah baju raya nurul tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya DD. Dalam gambar kemain nampak merah benau baju raya tu. Sebenarnya kalu tgk real baju tu tak merah mana pun. Baju simple2 je tu DD

      Delete
  7. baju raya nurul tu satu set ngn baju raina erk..cantik... selamat hari raya nurul sekeluarga...

    ReplyDelete