Belanja Raina Raifa ais krim

Thursday, September 5, 2013

Assalamualaikum, saya dah 5 bulan dalam perut mama saya

Sekarang saya dah berusia 5 bulan dalam perut mama saya


Assalamualaikum
 
Lama aku cuba mengumpul kekuatan untuk menulis tentang hal ni kat blog. Tapi entah kenapa aku rasa macam tak bersedia nak tulis dan bagitahu apa yang aku simpan selama ni. Sebenarnya aku tak pernah pun bagitahu hal ni kat FB mahupun twitter.

Ok, aku nak bagitahu tentang keadaan diri aku. Kini aku pregnant dan usia kandungan aku telah pun genap 5 bulan. Syukur Alhamdulilah kerana Allah S.W.T memberi aku peluang sekali lagi untuk merasa keindahan ibu mengandung dan menambah zuriat.

Aku nak minta maaf kepada sesiapa yang ada bertanya soalan berkaitan hal ni tapi aku tidak pernah nak menjelaskan secara terang. Aku bukan nak sorokkan berita gembira ni. Tapi aku tak mahu menghebahkan berita gembira ni pada usia kandungan aku di peringkat awal dan mahu tunggu kandungan aku betul-betul kukuh. Dan sebab lain, sebelum ni kesihatan aku betul-betul tak mengizinkan. Aku mabuk agak teruk pada awal kandungan. Sebenarnya, sekarang ni pun kesihatan aku masih belum stabil sepenuhnya.

Sebenarnya aku tak sangka jugak aku pregnant. Sebab aku ni kadang-kadang cakap je dah ready tapi sebenarnya dalam hati tak ready lagi. Kadang-kadang teringin sangat nak pregnant bila tengok kawan-kawan sekeliling yang pregnant dan dah tambah anak. Tapi kadang-kadang tu, secara tiba-tiba aku rasa macam tak ready. Tapi sampai bila aku tak nak ready kan? Sedangkan umur aku pun bukan muda lagi pun.

Bila aku perasan period aku lambat pada bulan May yang lepas, aku boleh rileks lagi. Sebab memang selama ni period aku tak berapa teratur. Kadang-kadang lambat. Kadang-kadang cepat. Tapi bila aku perasan hampir seminggu period tak datang-datang, aku pun jadi cuak.

'Eh aku pregnant ke?' 

Kebetulan memang ada UPT test kat rumah. Jadi masa cuti hujung minggu tu, aku pun test. Hasilnya sah aku pregnant. Agak terkejut jugak. Tapi bila fikir-fikir balik Alhamdulilah Allah S.W.T nak bagi aku rezeki anak. Raina pun dah besar. Memang sesuai sangat aku menambah anak. Saiful orang paling happy sebab dia memang nak aku pregnant dah lama kot. Tapi aku je kadang-kadang tu rasa tak ready lagi. Tapi sekarang aku happy sangat dan automatik jadi ready nak beranak lagi walaupun ada rasa takut nak beranak.

Pregnant kali ni agak berbeza sikit. Dulu time aku mengandungkan Raina, aku punyalah cergas dan agak lasak. Kali ni aku agak lembik. Pening kepala tahap yang boleh buat aku menangis. Boleh dikatakan aku kerap menangis sebab tak tahan sangat dengan rasa sakit pening kepala ni. Rasa loya yang agak teruk sampai entah berapa kali aku muntah teruk. Dulu time mengandungkan Raina, aku rileks je tak muntah. Tapi kali ni boleh tahan jugak aku muntah teruk cuma taklah hari-hari aku muntah. Sebab kadang-kadang tu aku jenis suka tahan-tahan nak muntah. Paling teruk aku mudah rasa nak pitam. Entah berapa kali aku hampir jatuh nak pitam masa beli barang dapur dan bawak Raina shopping raya hari tu.

Aku jugak tak ada selera nak makan. Masa bulan puasa hari tu, paling merundum selera makan aku. Ambil suku nasi letak kat pinggan pun belum tentu aku boleh habiskan. Masa tu memang sedih sebab kita  bersungguh-sungguh nak puasa tapi tak ada selera nak makan. Tapi bila time raya hari tu tiba-tiba aku dah ada selera makan. Happy sangat wei sebab dah ada selera makan. Hahaha. Oh ye, Alhamdulilah bulan puasa hari tu aku dapat puasa penuh. Walaupun aku muntah teruk, loya, pening dan rasa nak pitam yang agak teruk tapi Alhamdulilah dapat jugak aku puasa penuh.

Pregnant kali ni jugak aku ellegic nak hadap FB. Twitter boleh lagi aku hadap. Kalau FB memang ellegic. Tiba-tiba rasa mual, loya nak muntah. Baru-baru ni je aku perasan aku dah boleh nak hadap FB semula. Lagi satu aku ellegic shopping mall. Masa aku mabuk teruk hari tu, siapa yang ajak aku pergi mall, jangan harap aku nak pergi mall. Aku kan peminat IKEA. Tapi siapa ajak aku pergi IKEA pun aku tak ingin nak pergi time mabuk hari tu. Masa bawak Raina shopping raya hari tu, aku masih ada lagi rasa tahap menyampah nak jejak mall tapi aku gagahkan jugak pasal nak bawak anak shopping raya. Tapi lepas raya ni, aku perasan aku dah boleh jejak mall. Yeahhh rindu nak pergi IKEA wei.

P/s : Semoga Allah S.W.T memudahkan aku mengalami proses mengandung kali ni dan melahirkan bayi di dalam kandungan ini dengan cukup sifat , sempurna, comel, beriman juga dipenuhi dgn sifat-sifat yang terpuji. InsyaAllah

25 comments:

  1. cis pandai ko cover ye.. hahhahahah bt tahniah beb.. happy for u! take care

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa beb aku memang nak bagitahu tapi tunggu kesihatan aku betul2 ok. ni pun tak berapa ok sangat ni masih mabuk sikit

      Delete
  2. Tahniah nurul. Take care ye. Mabuk means bby sgt aktif. Jgn stres2. Enjoy ur pregnancy :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah nurul. Take care ye. Mabuk means bby sgt aktif. Jgn stres2. Enjoy ur pregnancy :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah nurul. Take care ye. Mabuk means bby sgt aktif. Jgn stres2. Enjoy ur pregnancy :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah nurul. Take care ye. Mabuk means bby sgt aktif. Jgn stres2. Enjoy ur pregnancy :)

    ReplyDelete
  6. Tahniah nurul. Take care ye. Mabuk means bby sgt aktif. Jgn stres2. Enjoy ur pregnancy :)

    ReplyDelete
  7. Akhirnya.... sekali lagi Tahniah... meh take care diri bersama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks beb. Semoga kesihatan aku bertambah baik

      Delete
  8. alhamdulillaaahhh ..
    tahniaaahhh

    waaahh ...
    seronok la dengar berita ni...

    take care yee...
    :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah. Tahniah & take care Nurul.

    ReplyDelete
  10. congrats nurul.

    dah agak dah since baca post post sebelum ni.tapi taknak tanya,takut sensitif.hahaha..eh.pregnant kali ke2 dengan seterusnya memang memenatkan.maybe sebab faktor usia.haha.take care ye nurul.

    raina macam mana?okay ke?mesti dia excited jugak,kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh agak ye? Kat post sebelum ni cuma tulis tak sihat je. Tapi ramai orang boleh agak. hebat tau korang.

      A'ah pregnant kali ni memang cepat letih, lembik dan mabuk agak teruk. Maybe faktor usia mungkin.


      Thanks DD

      Delete
  11. Wah. Tahniah nurul!
    Patutlah lama diam menyepi ek :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zuris, menyepi sebab tengah mabuk agak teruk hari tu.

      Thanks Zuris

      Delete
  12. Replies
    1. Tahniah jugak kat ko Dayu. Ramai geng sekapal kan

      Delete