Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, September 9, 2013

Fesyen untuk perempuan mengandung

Bila aku dah bagitahu umum tentang keadaan diri aku yang sebenar ni, maka senanglah aku nak tulis apa-apa entri tentang kandungan aku dan hal-hal berkaitan dengan ibu mengandung. Sebelum ni, ada je idea nak tulis entri tentang hal-hal macam ni tapi disebabkan kesihatan aku pun masa tu tak berapa stabil dan aku belum bagitahu umum, jadi aku tangguhkan dulu idea menulis tu.

Dulu time mengandungkan Raina, aku rajin update tentang perkembangan baby dalam perut, keadaan aku dan sebagainya kat blog ni. Jadi untuk adik Raina ni, kenalah aku berlaku adil. Cuma rajin dengan tak rajinlah nak menulis tu. Harap-harap aku rajinlah.

Sejak perut aku dah mula ke depan ni, aku selalu terfikir-fikir aku nak pakai baju apa supaya aku tak kelihatan kembang semacam dan aku nak kelihatan bergaya walaupun tengah pregnant. Perghhh kemain aku berangan. Hahaha. Pada hal aku dah mula kembang sana sini okeh. Aku ni dahlah memang sedia maklum kembang taklah kurus mana pun dulu. Jadi bila pregnant automatiklah aku makin kembang.

Yang aku perasan, hidung aku dah mula kembang. Dulu masa mengandungkan Raina, hidung aku memang kembang kemain okeh. Siap ada garisan kat hidung. Kali ni aku perasan bila kandungan aku dah mencecah 5 bulan ni, hidung aku dah mula nak mengembang. Sebelum ni aku perasan jugak hidung aku ni dah mula nak kembang. Tapi aku nak sedapkan hati, aku cakap dalam hati maybe perasaan aku je kot. Tapi bila Saiful pun dah tegur bab hidung aku dah mula kembang, memang sahlah hidung aku dah mula kembang. Bertabahlah Nurul.

Kaki aku pun aku tengok ada potensi nak mula bengkak ni. Masa mengandungkan Raina dulu memang kaki aku membengkak macam belon. So sekarang aku perasan dah ada potensi nak bengkak cuma tak ketara lagi.

Bila dah ada simptom-simptom pembesaran anggota badan, mulalah aku berfikir nak pakai baju cantik-cantik. Kekonon nanti taklah orang perasan aku kembang semacam kalau aku pakai baju cantik-cantik sepanjang aku pregnant ni. Kemain aku berangan. Realitinya aku macam biasa je. Pakai baju biasa-biasa je pun. Tak adalah nak beli baju mahal-mahal. Semuanya pun biasa-biasa saja.

Gambar 1


Gambar 2

Gambar 3

Gambar 4

Gambar 5

Gambar 6

Sebenarnya, aku memang tak suka pakai baju mengandung yang jenis ada tali ikat belakang tu. Kalau ada baju yang cantik kat mata aku, tapi ada tali, aku akan cuba mix dengan cardigan ke, jacket ke atau aku mix dengan seluar yang nampak lebih modern. Begitulah aku. Time mengandungkan Raina dulu aku banyak pakai maxi dress je. Aku suka pakai maxi dress. Sebab lepas bersalin kita masih boleh pakai maxi dress tu so tak ada pembaziran kat situ. Sekarang ni pun aku lebih selesa pakai maxi dress.

Aku masih sarung seluar. Kalau nak tahu, aku masih sarung seluar jenis jegging yang berwarna-warna. Kadang-kadang selamber je aku pakai seluar warna kuning lah warna hijau lah pergi office. Asalkan aku selesa. Tapi serius aku rasa masih selesa. Kalau dah tak selesa nanti, barulah aku beli seluar jenis palazzo.

Aku sukalah orang pregnant yang pakai  baju berfesyen-fesyen macam gambar-gambar kat atas ni. Cantik dan comel je aku tengok. Kalau aku kurus tak kembang semacam mungkin aku pun akan cari baju-baju macam dalam gambar-gambar kat atas tu. Tapi disebabkan aku pun dah mula mengembang sana sini, aku tak naklah beli baju dan seluar jenis ketat-ketat dan singkat macam tu. Segan okeh. Hahaha.

Aku paling suka gambar yang no 1 tu. Sempoi je pakai kemeja dan jenis seluar legging. Tapi kalau aku pakai macam tu tak sesuailah kan? Pakai tudung pastu nak pakai seluar jenis legging pulak. Macam tak kena dengan konsep orang bertudung pulak. So sekarang aku banyak pakai macam dalam gambar no 6 tu. Pakai maxi dress. Still pakai seluar tapi selalunya baju aku tu jenis labuh tutup punggung.

Kalau boleh nak beli maxi dress dan baju-baju yang cantik dan selesa lagi. Tapi tak nak beli yang mahal-mahal. Kalau boleh nak harga yang berpatutan je. Tapi aku rasa macam payah sangat nak cari yang memenuhi citarasa aku. Atau aku yang cerewet? Mungkin kot. Sebab aku nak cari jenis pakaian yang kelihatan aku tak nampak kembang semacam gituuu.

Ok dah panjang sangat entri ni. Alhamdulilah kesihatan makin okeh tu yang laju je menaip. Nanti kalau rajin aku update lagi ye

18 comments:

  1. aku xbeli baju preggy pun nurul... pakai palazo n blause seharian biasa huhuhu alhamdulillah muat lagi... baju preggy mahai2 pastu corak mesti ada tali ikat belakang.. me dont like it.. hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak suka baju preggy ada tali2 ni beb yang jenis ikat belakang tu. sebab tu aku banyak beli baju maxi dress. aku lagi selesa pakai maxi dress

      Delete
  2. dd pernah tulis tips pakaian time preggie kat blog.tapi dd punya style la.ahahah.seluar paling best mestilah brand Scarlett.sampai time tak pregnant pun suka pakai lagi.dd paling tak suka beli baju yang menampakkan so pregnant.hahah.ade jugak ek?

    cuma kalau perasan pakai baju preggie tu,mak dd la yang buat.kena la amik hati pakai jugak.haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak DD boleh jahit baju ye? DD nak link tips pakaian time preggiy boleh

      Delete
    2. aah.mak dulu ambik order,tp sekarang dia dah malas sebab byk aktiviti nak buat.hehe.

      nurul,pasal link blog tu,dd taklah pandai sangat bab dressup ni okay.kira share ajela.haha

      http://ddhasnidar.blogspot.com/2011/11/tips-berpakaian-bagi-ibu-mengandung.html

      Delete
  3. ye..ye..maxi dress paling best..
    poplook x ok ke beb? amik yg ada size tu..

    eh, nanti share eh mana nak beli baju

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ada beberapa helai maxi dress Poplook tapi aku tak berapa sure material dia lah. Pastu macam tak berapa kena bila aku pakai maxi dress Poplook tu. Jadi terperaplah maxi dress tu dalam almari aku.

      Aku suka maxi dress jenis kain lembut jatuh terletak dah kembang kain tu macam cantik je mengembang. Hahaha. Kemain cerewet aku ni lah

      Delete
  4. nurul...skrg byk bj yg cun cun...x semsti nya bj peknen kn..sbb bj skrg smua kembang2 di bwh eehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul selalu beli baju maxi dress yang biasa tu yang memang kalau lepas beranak boleh sarung balik maxi dress tu. pastu beli cardigan ke jacket ke. betul tu sekarang ada jugak baju2 yang cun yang kembang besau. itu yang selalu nuurl beli baju jenis besau dan kembang2 biasa tu

      Delete
  5. zura dlu time ngndg pakai blouse ngndg ngn sluar palazzo sajer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zura : Blouse dengan seluar palazzo pun cantik

      Delete
  6. Replies
    1. Meh-meh Sha. Baju Sha cantik2 walaupun pregnant kalau Sha pakai apa-apa pun cantik

      Delete
  7. kan.elly pun selesa pakai long dress je.jarang dah pakai baju kurung p opis.kadang2 selamba je sarung blouse pregnant..hihih yang penting jangan pakai baju ketat2 kan nurul.tak selesa n mcm tak cantik je rupanya

    (mamaelly)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai maxi dress ni selesa. kalau pakai seluar kadang2 tak berapa selesa. tapi baru2 ni nurul banyak borong blouse yang boleh dipadankan dengan seluar. blouse tu pun sebenarnya blouse biasa yang kalau lepas bersalin boleh pakai jugak

      Delete