Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, September 2, 2013

Dari Hati (8) : Hati mak budak


Sejak aku menjadi mak budak, hati aku memang cepat tersentuh. Benda atau hal yang kecik-kecik pun aku boleh cepat tersentuh. Aku mengaku dulu aku memang seorang yang cukup sensitif. Mudah menangis. Tapi selalunya aku menangis secara sorok-sorok. Menangis dalam bilik air atau dalam bilik aku contohnya. Kecuali kalau dah tak tahan sangat memang aku akan menangis kat mana-mana je pun. Sebab itu ahli keluarga aku atau Saiful sendiri cakap aku ni cepat terasa hati. Sikit-sikit nak menangis. Sejak jadi mak budak perangai aku makin menjadi-jadi. Tengok drama sedih pun aku boleh teresak-esak menangis. Muka je nampak garang tapi hakikatnya hati aku lembut macam tisu.

Semalam aktiviti aku agak padat. Pagi tu, hantar Raina pergi weekend class. Lepas tu ikut Saiful pergi open house. Petang aku baru balik rumah. Tapi Saiful still kat open house belah family dia. Dia kalau bab makan memang agak rajin. Tolong apa yang patut kat open house family dia. Sambil tolong sambil makan. Hahaha. Itulah perangai Saiful. Aku je balik awal sikit pasal tak larat nak tunggu sampai malam. So aku balik rumah berdua dengan Raina.

Bila sampai rumah, Raina bagitahu aku yang dia lapar. Pada hal masa kat open house dia dah makan. Aku bagitahu dia lepas maghrib baru bawak dia keluar makan. Jadi lepas maghrib, selesai solat dan bersiap-siap terus aku bawak Raina keluar makan. Makan KFC je pun. Banyak Raina makan. Nampak sangat anak dara aku tu kelaparan. Lepas makan, aku ajak Raina pergi Giant. Saja window shopping. Malas nak balik rumah awal-awal.

Sampai Giant, Raina macam biasa dia mesti tanya aku soalan cepumas.

'Mama, nak belikan Nena baju baru ye?
'Mama,tak nak belikan Nena baju baru ke?'

Aku tengok Raina ni boleh tahan jugak suka bershopping. Sebijik ikut perangai aku. Kalau bawak dia pergi shopping mall atau mana-mana sekali pun selalunya mesti ada barang atau benda baru untuk dia. Selalunya baju ke kasut ke mahupun buku baru. Tak kisah apa-apa pun. Sebagai mak budak, soalan macam ni pun dah cukup buat aku tersentuh. Automatik aku teringat janji-janji aku semasa Raina masih dalam perut aku lagi. Aku selalu bagitahu dia yang aku akan cuba buat yang terbaik untuk dia. Kalau aku mampu aku cuba tunaikan permintaan dia. Bukan nak manjakan anak tak tentu pasal. Tapi perangai aku selagi aku terdaya dan mampu, aku akan cuba tunaikan apa yang anak aku minta. Hati mak budak memang macam ni kot. Tak sampai hati aku nak biarkan anak aku teringin sesuatu tapi aku tak cuba usaha untuk dapatkan untuk dia. Kalau aku tak mampu nak tunaikan permintaan Raina, aku akan terus-terang je dengan dia.

Jadi semalam semasa kat Giant, bila Raina minta belikan baju baru, aku sebagai mak budak mestilah bersetuju dengan permintaan dia. Selalunya kalau kat Giant, aku belikan baju basahan Raina untuk kat rumah je.  Sebenarnya boleh dikatakan tiap-tiap bulan memang aku belikan Raina baju basahan untuk kat rumah. Tapi Raina ni jenis perangai cepat jemu dengan sesuatu barang. Memang ikut perangai aku lah tu. Sebab itu dia selalu tanya soalan cepumas hal-hal berkaitan dengan shopping. Bila aku tengok Raina happy, aku pun turut rasa happy. Rasa happy sangat bila tengok Raina tersenyum-senyum happy.

Dalam kereta, on the way nak balik rumah, Raina betul-betul buat aku tersentuh dengan kata-kata dia.

'Mama, terima kasih beli baju baru Nena'

Kata-kata Raina tu betul-betul buat hati aku terharu. Ucapan terima kasih dari anak untuk mamanya memang aku hargai sangat-sangat. Tiba-tiba aku rasa nak menangis sebab terharu sangat. Tapi aku kawal perasaan aku. Semoga Raina sentiasa hargai dan ingat jasa-jasa orang yang membesarkan dia dengan penuh kasih sayang 

20 comments:

  1. aku plak yg terharu.. rayyan pun selalu mintak nk beli toys.. tapi aku x sanggup nk beli sokmo sbb dia tak reti jaga.. kejap je rosak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau yang aku tak mampu atau ada bersebab kenapa aku tak nak tunaikan permintaan anak aku tu aku cakap je terus-terang beb. Kita terangkan sampai dia faham

      Delete
  2. haku pon suka ja belikan apa yg Faqihah nak... sebab malas nak layan pertanyaan dia bila.. bila... bila dan bila... sebab anak dara haku tu daya ingatan dia lain macam sikit.

    Pandai nena kan... said terima kasih.

    Faqihah suka cakap "kakak sayanggggg ibu tau"... jauh dalam hati haku terusik gak wey.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raina pun suka cakap "sayang mama" sambil peluk aku. Selalu kalau dia cakap macam tu adalah tu dia nak bodek aku apa2 tu. hehehe

      Delete
  3. alololo..so sweet..
    lepas ni nena ckp 'mama bagi la nena adik'...wakakak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Raina cakap macam tu kena usahakan lah kan? Hehehe

      Delete
  4. mika xpernah request,
    tp kalau belikan ape2 kesukaan dia, like jeans tu,
    mmg selok la. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Budak2 kalau kita belikan apa2 mesti dia suka kan Na. Kadang2 belikan air nutrigen sebotol pun dia dah suka

      Delete
  5. Sobs, betul tu Nurul. Mcm Kakal masa Fie pergi kursus 3 hari, dia terjaga tengah malam terus cakap kt Abi dia 'Kakal sayang Ibu'. Masa hasben cerita kt Fie terus mencurah2 air mata ni. Dah besar dah diorang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bila anak dah petah bercakap memang seronok kan?
      Kadang2 ada dialog diaorang tu memang cukup buat hati kita tersentuh

      Delete
  6. Budak klau dah pandai cakap kan, dia cakap apa yg dia rasa. Dia pandai luahkan perasaan dia. Tak mcm dewasa ni perasaan nak simpan2 ego. hahaha
    Aku pula emo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi budak2 kalau dah pandai cakap selalunya dia cakap yang jujur dan betul

      Delete
  7. zura pun sejak ada anak ni dh jadik extra sensitip... kalu anak ucap "terima kasih ibu" trus zura menangis.. rasa cm terharu sgt walaupun apa yg zura buatkan utk dorang tu bantuan kecil je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kan. hati mak budak ni memang cepat tersentuh kot zura

      Delete
  8. pandainya raina..pandai menghargai..aku plk yg rasa nak nangis ni..hukhukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hati mak budak macam hati tisu beb mudah tersentuh

      Delete
  9. nena buat auntie nanges laa!! aku pun touching sokmo. rafique dah laa pandai bodek..beli eskrem pun dia ckp thank you ibu, kiss banyak2 kali..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi. kadang2 apa yang anak kita cakap tu memang buat hati kita mudah tersentuh. terasa macam cepatnya anak aku membesar dah pandai cakap yang buat hati kita terharu dgn kata2 dia atau perbuatan dia

      Delete
  10. OK, entry ini touching !!!

    Sebagai mak budak yang cengeng, nyaris haku tak menangis juga hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Izza : Mak budak selalu mudah tersentuh hatinya

      Delete