Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, September 10, 2013

Keadaan rumah di hujung minggu

Aku tengah rajin nak update blog ni. Makin bersemangat pulak bila aku tengok amount kat account nuffnang aku bertambah. Padahal aku baru je cashout nuffnang hari tu. Bila buka balik account nuffnang, tengok account yang dah zero tu dah ada duit balik. Wow! terus semangat nak update blog. Harap-harap cheque nuffnang tu sampai sebelum aku pergi holiday nanti. Boleh buat shopping atau makan seafood time holiday nanti. Tulis macam banyak benau amount duit nuffnang aku tu kan? Hahaha. Tak banyak pun. Sikit je. Bolehlah kalau nak buat shopping barang yang murah-murah.

Aku selalunya rajin mengemas rumah time hujung minggu je. Itu pun tengok mood aku. Kalau hari bekerja memang jarang-jarang sangat aku kemas rumah. Sampai rumah pun dah lewat. Tak ada maknanya balik kerja tu aku nak mengemas rumah. Kecuali datang mood rajin aku, adalah aku mengemas rumah. Itu pun aku buat gitu-gitu je.

Bila ada anak kecik ni, normallah rumah kita bersepah sana sini. Puaslah aku nasihat Raina, kalau nak main tolong jangan sepahkan semua barang-barang dia. Raina selalunya akan jawab "ok bos" "baik bos" takpun dia jawab "baik cikgu". Apasal entah anak dara aku suka jawab macam tu. Tapi biasalah budak kecik kan. Kita punyalah pesan bersugguh-sungguh tapi sekejap je dia dengar arahan kita. Tak lama tu siaplah bersepah rumah dengan barang-barang dia.

Masa ni, aku kalau tengok keadaan rumah bersepah sangat memang aku akan tegur jugak Raina. Sebab aku memang jenis cepat rimas bila tengok rumah bersepah. Perangai aku kalau Raina nak main-main pun barang-barang mainan dia biarlah bersepah kat satu sudut atau satu tempat je. Tapi Raina punya perangai kadang-kadang dia suka sepahkan barang-barang dia merata-rata tempat. Tapi pandai pulak tu kalau tengok mama dia dah mula membebel, cepat-cepat dia kemas balik. Hahaha.




Gambar-gambar kat atas ni antara contoh bila Raina dapat sepahkan semua barang-barang mainan dia. Selalunya aku suruh dia main dalam bilik dia je kalau dia nak sangat main semua barang-barang mainan dia. Bukan apa senang aku nak mengemas balik. Kadang-kadang kasihan jugak aku kat Raina ni. Aku selalu membebel-bebel kalau dia sepahkan barang. Jadi bila hari minggu tu, selalunya aku bagi kelonggaran untuk dia sepahkan barang-barang mainan dia.

Bila fikir-fikir balik, kita dapat spent time dengan anak lebih masa time hujung minggu atau hari bercuti je selalunya. Time hari bekerja kita sampai rumah dah kepenatan. Selalunya jarang dapat spent time lebih masa dengan anak kita. Tapi itulah, kadang-kadang yang buat aku membebel-bebel dengan Raina ni, sebab sekarang dia dah pandai nak conteng dinding, conteng meja makan, conteng floor lamp Ikea kesayangan aku dan macam-macam.

Memang aku cuak bila aku tengok barang-barang dalam rumah dia nak conteng. Sebab apa, kebanyakan barang dan perabot dalam rumah aku berwarna putih. Bila Raina conteng guna pen atau pensil color memang jenuh aku nak sental bersihkan. Walaupun barang dan perabot aku bukanlah yang jenis mahal-mahal tapi aku tetap cuak bila tengok hasil contengan Raina kat mana-mana barang atau perabot aku tu. Terus rasa macam nak beli baru. Tapi aku bukan orang kaya semua nak beli baru. So gigihlah aku sental bersihkan hasil contengan Raina.

Dulu Raina memang takut nak conteng apa-apa barang. Sebab aku dah pesan awal-awal. Tapi lately dia punya perangai dan meragam dia makin menjadi-jadi. Dah pandai menconteng. Bila kita tegur, Raina dah pandai memberontak pastu nanti menangis. Aku kalau tengok Raina menangis memang terus cairlah hati aku. Hati mak budak kan? Nanti aku pun pujuk.

Tapi bak kata ibu aku, budak-budak kecik macam Raina ni mana lah dia tahu sangat benda tu adalah satu kesalahan. Biasalah budak-budak kan? Jadi aku pun cubalah bersabar dan cuba anggap Raina masih kecil dan masih dalam dunia dia yang suka bermain. Jadi normallah tu kan bila budak-budak bermain sepah sana sini dan kadang-kadang suka menconteng. Jadi aku sebagai mak budak kenalah bersabar

11 comments:

  1. Maya sekarang dah takut sikit nak selerakkan mainan dia sejak aku ambil mainan2 tu, bungkus dalam plastik sampah konon2 nak buang sebab dia tak nak kemas.
    Garang kan mommy?hihiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. garang jugak ko ye Zuris. Aku ni selalu membebel-bebel kalau tengok rumah tu dia sepahkan sana sini. kalau main setempat tu tak apa lagi boleh bersabar

      Delete
  2. Ish cantiknya rumah walau bersepah. Fie kalau Kakal sepah mmg biarkan dulu. Pastu suruh dia kemas selalunya dia jawab 'Ibu lah kemas.' Mmg masa tu rasa nak buang semua toys dia. Huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fie, itu amik gambar satu tempat je tu. belum tempat2 yang lain yang Raina dok sepah dan conteng. Bertabahlah

      Delete
  3. eh..x nmpk brg y bersepah tp nmpk umh y cantek..he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar : Itu amik gambar area situ je belum masuk area yang lain dan termasuk barang dan oerabot yang Raina dah conteng. Gigih jugak lah nak kena sental kasi bersihakan hasil contengan tu

      Delete
  4. aah nurul..budak2 mmg suka buat sepah..nak pulak bila ade adik ni..marah adik bila usik brg dia..pdhal brg dia merata-rata..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ain : Kalau ada adik nanti lagi bertamabah agaknya bersepah barang kalau Raina ni. Ni pun dia dah selalu ajak adik dia borak2 main cakap kat pertu mama dia

      Delete
  5. haaa.sebab barang2 rumah kita putih,kalau anak conteng je,bleh cuci kotoran dengan pakai losyen.selain daripada hilang kekotoran,perabot kita jadi wangi.yayy!

    haaa.dd pun dapat petua ni dari shiela shower.memang berkesan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow petua yang menarik. Nak try lah nanti/ Selalu bersihkan dengan air dan sabun je

      Delete
  6. samalar dgn danish..skali dia sepahkan lego yg kecik cenonit tu yg tak menahan..grrrr..tp skrg slow ajar danish susun semula brg mainan lepas main..budak2 mmg camtu kan..

    ReplyDelete