Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, October 4, 2013

Mahu handbag baru

Rasanya dah lama aku tak beli handbag baru. Raya tahun lepas kemain aku beli handbag. Kekonon nak beraya sakan dengan handbag baru. Handbag tak mahal mana pun. Murah je. Aku ni jadi orang cepat jemu dengan sesuatu barang. Tak kisahlah kasut ke handbag ke jam tangan ke. Walaupun aku ni cepat jemu dengan sesuatu barang tapi aku jenis sayang barang. Mana yang aku suka pakai aku akan jaga sebaik mungkin. Cuma satu perangai aku yang aku tak suka. Aku selalu lupa mana barang aku simpan. Contoh aku banyak simpan jam tangan. Sebab dulu aku suka beli jam tangan. Tak kisahlah jam tangan jenis murah atau mahal sikit. Memang suka beli lagi-lagi time study kat UiTM dulu. Tapi yang peliknya yang tinggal 1,2 utas jam tangan je dalam simpanan aku. Yang lain-lain aku tak ingat aku letak mana. Teruk betul kan perangai?

Kenapa pulak aku cerita pasal jam tangan ni? Aku nak cerita pasal handbag. Itulah syok sangat menulis. Ok seingat aku, paling terkini aku beli handbag adalah masa raya tahun lepas. Raya baru-baru ni aku tak beli handbag pun. Adalah jugak cakap kat Saiful nak handbag baru. Masa tu kekonon nak try bodek-bodek dialah. Kot-kot dia bagi duit dapat beli handbag baru kan? Sekali kena sound dengan laki sendiri. Rasakan kau Nurul. 

Saiful cakap handbag banyak-banyak tak nak pakai. Pastu dah minta beli yang baru. Alaaaaa bila masa pulak aku ada banyak handbang ni? Adalah 4,5 handbag je. Poyolah laki aku ni. Bila dah kena sound macam tu aku pun pasrah. Pasrah dalam keterpaksaan. Hahaha. Takpe nanti beli handbag baru guna duit sendiri je. Lagi puas hati. Ayat nak sedapkan hati sendiri. Hahaha. Tapi aku tak kisah sangat pun. Apa yang aku nak, selalu aku beli guna duit sendiri. Saja je nak usik laki aku. Cuma kadang-kadang tu, datang perangai mengada-ngada, aku saja minta laki belikan. Kalau mood Saiful ok selalu dia bagilah duit suruh beli. Kalau mood dia tak berapa ok, itu yang kena sound. Hahaha.









Gambar-gambar kat atas tu antara handbag idaman kalbu. Pagi-pagi sampai office dah cuci-cuci mata tengok handbag. Semoga bonus akan datang meriah amountnya. Boleh shopping handbag idaman kalbu tu.  Nak harapkan duit gaji, aku pulak jenis sayang duit nak keluarkan sederap macam tu semata-mata nak beli handbag. Tak tahulah kot-kot nanti dah tak boleh tahan nafsu shopping, aku terbeli jugak guna duit gaji. Hahaha. Hei Nurul kata nak berjimat? Ok mari kumpul duit dulu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nanti baru boleh beli handbag baru.

Ok ini entri tak berfaedah. Entri meranapkan duit untuk handbag idaman kalbu. Kalau tak nak terasa meranapkan duit, mari kita kumpul duit dulu okey? Tak salah sesekali puaskan kehendak dan kemahuan diri

6 comments:

  1. aku pun nk hangbag baru gak..yg besau..alamaklum ar anak dh 2..mcm2 nk disumbat nyer..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun suka handbag jenis besau sebenarnya senang nak sumbat barang2 anak macam botol susu ke, baju ke kain lap dia ke. hahaha

      Delete
  2. Replies
    1. Semuanya cantik. tapi yang hanbag MK tu memang betul2 menawan lah

      Delete
  3. haha yg ni plak mengidam henbeg hihihi.. macam2 org peknen ni kan..... sekali sekala reward diri nurul.. ok je pd aku, asalkan within the budget....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Tu lah lama tak bel handbag beb. kan? sesekali reward diri-sendiri apa salahnya. cewahhh

      kemain lagi tau. hahaha

      Delete