Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, November 1, 2013

5th wedding anniversary. Alhamdulilah


Assalamualaikum November

Sekejap saja sudah masuk bulan November. Hari ni 1/11/2013, genap usia perkahwinan aku dan Saiful 5 tahun. Syukur Alhamdulilah. Dalam masa 5 tahun ni, macam-macam yang kami lalui. Suka, duka, manis, pahit dan macam-macam rasa semua aku dan Saiful dah rasa. Wahhhh ayat kemain macam bersastera eh. Hahaha.

Dalam perkahwinan tak semuanya kita akan rasa manis macam cerita dongeng yang pernah kita impikan macam masa zaman-zaman kita bujang dulu. Sikit sebanyak mesti ada rasa pahit. Alhamdulilah sekarang aku dah boleh control diri supaya aku lebih cool dan rileks. Dulu aku suka memberontak lagi-lagi dengan suami sendiri. Sekarang Alhamdulilah aku rasa, aku dan Saiful banyak belajar dalam hubungan perkahwinan ini.

InsyaAllah kami masih lagi belajar dan cuba faham akan diri masing-masing. Semoga hubungan perkahwinan ini akan berkekalan dan di berkati oleh Allah S.W.T. InsyaAllah

11 comments:

  1. wahhh...dah 5 tahun.....selamat ulangtahun perkahwinan yang ke lima nurul.....hopefully uolls bahagia hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete
  2. bestnya dah 5 tahun...aku next year hehehe...

    moga kekal smpi akhir hayat =)

    ReplyDelete
  3. Selamat ulangtahun perkahwinan NURUL. Semoga berpanjangan higga ke syurga.

    ReplyDelete
  4. Happy Anniversary Mamayong!
    Semoga perkahwinan korang berkekalan sampai syurga, insha Allah.
    :)

    ReplyDelete
  5. hapy anniversary nurul..wah dh 5 taun ek..

    ReplyDelete
  6. happy annyversary..lebih2 lagi dgn kehadiran org baru tak lama lagii..

    ReplyDelete