Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, November 27, 2013

Ketat, sendat dan senak

Ketat

Sendat

Senak

Itu yang aku kerap rasa sekarang. Makin rasa tak selesa bila tiba-tiba je perut mengeras pastu rasa ketat, sendat dan senak semacam. Apa yang aku perasan, selalunya asal aku lepas makan je tiba-tiba perut rasa macam ni. Kalau kena kat rumah tak apa lagi boleh baring-baring kan? Kalau kena kat office? Menangis wa cakap lu. Aku ni nampak je macam kuat tapi peleleh jugak. Hahaha.

Pernah satu hari tu, kusyuk duduk depan pc buat kerja kat office, tiba-tiba perut mengeras. Bila mengeras aku jadi susah nak bernafas. Masa tu memang rasa perut tu dah ketat, sendat dan senak semacam. Menangis-nangis aku tahan sakit. Apa lagi aku terus masuk toilet menangis sebab tak tahan rasa sakit tu. Segan wei nak menangis depan pc. Nanti member-member office nampak pulak. Tu yang lari masuk toilet. Nasib baik manager aku faham keadaan aku. Dia suruh aku balik awal.

Masa mengandungkan Raina dulu, aku rasa taklah kerap aku kena macam ni. Tapi kali ni memang kerap aku rasa macam ni. Boleh dikatakan tiap-tiap hari. Bila kat office je, selalulah aku tengok jam dah pukul berapa. Kalau boleh nak balik cepat dan sampai rumah awal. Sekarang kalau nak solat pun terasa sakit kat perut lagi-lagi bila nak sujud. Tapi aku gagahkan jugak solat macam biasa. Walaupun ibu aku pesan kalau tak larat solatlah cara duduk. Tapi aku cuba jugak solat macam biasa.

Aku yang kembang dengan jayanya. Sekarang aku tak berapa suka bergambar. Kalau bergambar tu, puaslah cari posisi bergambar supaya nampak cantik

10 comments:

  1. dah ujung2 ngndg ni mmg rasa cm tk sabar nk suh branak cpt2 kan.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari tu selalu berharap masa berlalu lambat2 sebab takut nak beranak. sekarang bila selalu je rasa senak, perut mengeras ni rasa nak bersalin cepat2

      Delete
  2. time pregy nak cari posisi yng cantek memang susah ar..serba serbi kembang..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun sekarang dah kembang semangkuk ni. lagi2 tang hidung kembang setaman. memang nak amik gambar kena cari posisi yang nampak cantik sikit

      Delete
  3. kembang ada isi takpe nurul.
    kembang yang takde isi ni..haiii..nangis nak amik hambar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 sangat lepas bersalin ni dapat slim kurus. tak dapat banyak pun sikit pun jadilah. kemain tau berangan ni

      Delete
  4. salam nurul..
    saya dulu dah masuk 7 bulan memang solat duduk atas kerusi..sbb bila sujud rasa macam nak tergolek..hehe

    Berminat dengan supplemen dari shaklee? Nak dapatkan keahlian percuma dengan belian OmegaGuard? Promo disember sahaja =)
    http://ainasuraya.blogspot.com/2013/12/kuruskan-badan-dengan-shaklee-omegaguard.html

    Thanks!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh jual Shaklee ke? Saya pun amik supplement Shaklee

      Delete
  5. samalah..aku pun tak berkeinginan nak bergambar langsung skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Automatik beb tak suka bergambar bila dah kembang semangkuk ni

      Delete