Belanja Raina Raifa ais krim

Tuesday, November 12, 2013

Kini sudah 7 bulan kandungan

Masa aku mengandungkan Raina dulu, aku rajin update hal-hal perkembangan diri aku. Masa tu memang tengah rajin berblogging. Sekarang ni aku tak berapa rajin nak berblogging. Malas kemain. Aku tengok dunia blogging pun dah macam suam-suam je. Tak berapa meriah macam dulu-dulu. Ramai rakan blogger yang seangkatan dulu pun dah jarang-jarang update blog. Rindu zaman kemeriahan dunia blogging. Tapi aku gagahkan jugak update blog aku ni. Walaupun tak kerap macam dulu-dulu.

Syukur Alhamdulilah, sekarang kandungan aku dah 7 bulan 1 minggu bersamaan dengan 29 minggu. Aku rasa macam sekejap je masa berlalu. Tup-tup sekarang ni kandungan aku dah 7 bulan lebih. Masa awal-awal kandungan dulu, dengan keadaan aku yang boleh tahan teruk jugak mabuk dengan pakej muntah, meloya, pening kepala, tak lalu makan, tak boleh masak sebab tak tahan bau minyak masak dan macam-macam lagi, masa tu aku selalu berharap cepatlah penyakit morning sickness aku ni berlalu dan aku nak sihat dan cergas macam selalu. Aku selalu tengok calender dan pernah berharap nak cepat-cepat beranak. Tapi sekarang ni bila dah sarat, aku selalu berharap masa tolonglah berlalu lambat-lambat sebab aku takut nak beranak. Hahaha.

Tapi apa yang aku perasan, bila kandungan aku mencecah je 7 bulan hari tu, pening-pening kepala, rasa nak pitam dan tak berapa selera nak makan semua tu datang balik. Cuma taklah seteruk macam masa awal-awal kandungan dulu. Kalau ikutkan, pengalaman aku mengandung kali ni memang agak berbeza sikit berbanding time aku mengandungkan Raina dulu. Time Raina dulu aku tak ada pun ada rasa morning sickness ni semua. Elok je cergas siap rajin buat kuih raya bagai. Tapi kali ni memang aku pemalas kemain asyik nak tidur dan baring je sebab rasa lemah satu badan.

Sekarang ni berat aku macam biasa naik setiap kali timbang untuk check up. Pada hal aku punyalah control makan. Tapi berat still naik. Kadang-kadang pernah naik sampai 2kg. Tapi rasanya masih boleh control kot kenaikan berat badan aku ni. Aku berharap berat aku taklah naik banyak macam time Raina dulu. Time Raina dulu memang aku tak control makan. Itu sebab berat aku naik mendadak time Raina dulu. Hidung aku pun dah kembang setaman. Part ni memang sama macam time Raina dulu. Agaknya aku ni jenis tiap kali pregnant hidung aku sama naik kembang setaman. Cuma yang aku perasan kali ni kaki aku tak bengkak teruk. Still ada bengkak sikit tapi tak seteruk macam time Raina dulu. Masa Raina dulu kaki aku memang macam belon bengkak teruk. Kali ni bengkak biasa-biasa je.

Bila kandungan aku dah 7 bulan lebih ni, perut aku kerap mengeras. Bila mengeras, kadang-kadang tu rasa susah nak bernafas. Selalunya yang aku perasan bila aku lepas makan je, tiba-tiba perut rasa mengeras. Kadang-kadang tu sampai aku menangis jugaklah sebab tak selesa dan rasa agak sakit bila perut dah start mengeras. Dan sekarang ni aku dalam fasa yang tak selesa bila time tidur. Mengereng ke kanan ke kiri dan kadang-kadang terlentang ada je rasa tak selesa. Maklumlah perut makin lama makin besar di tambah dengan rasa sakit pinggang dan kadang-kadang perut mengeras secara tiba-tiba, memang sah-sah aku jadi tak selesa bila nak tidur.

Ahad lepas, aku buat detail scan 3D/4D kat Hospital UMRA. Harga untuk detail scan kat Hospital UMRA dah naik harga tau. Dulu time Raina aku buat detail scan kat Hospital UMRA jugak. Tak silap aku masa tu baru RM120 kot tahun 2009. Sekarang harga detail scan kat Hospital UMRA RM180. Terkejut aku bila dapat tahu harga baru untuk detail scan ni. Pastu mulalah sesi aku rajin google nak cari tempat yang boleh buat detail scan 3D/4D dengan harga yang berbaloi. Bila google sana sini terjumpa satu website ni. Nama website ni 3D 4D SCAN IN MALAYSIA. Korang boleh pilih mana-mana klinik yang korang suka dan buat appointment dengan isi borang online kat webiste ni. Sebelum tu korang daftar dulu keahlian kat website ni. Aku pilih Hospital UMRA jugak tapi yang bestnya aku dapat bayaran cuma RM120 je bukan RM180 sebab aku daftar online buat appoitment dengan website ni. Berbaloi-baloi kan harga?

Aku dapat buat appointment dengan doktor Jezzlyn. Doktor Jezzlyn ni peramah dan baik sangat. Masa aku google nak cari tempat buat detail scan dengan harga yang murah ni, aku terjumpa beberapa blog yang review tentang doktor Jezzlyn ni. Rata-rata bagitahu servis yang di beri oleh doktor Jezzlyn memang akan buat kita rasa puas hati. Memang betul pun. Aku yang dapatkan servis doktor Jezzlyn pun rasa puas hati sangat. Doktor Jezzlyn ni pandai pujuk baby. Dia akan pujuk baby masa kita buat detail scan tu. Sebagai contoh, kalau baby sorokkan muka tak nak tunjuk muka atau baby tak nak tunjuk gender baby, doktor Jezzlyn akan cuba pujuk baby sampai boleh tengok muka baby atau tunjuk gender baby. Lembut je suara dia masa pujuk-pujuk baby tu.

Alhamdulilah masa aku buat detail scan tu, baby bagi kerjasama. Dapat tengok muka baby dan tahu gender baby. Teruja aku tengok baby dalam perut aku ni walaupun ni adalah anak kedua, tapi perasaan teruja tu tetap ada dan sama macam time Raina dulu. Cuma kali ni, Raina ada sama. Raina dan Saiful teman aku masa buat detail scan walaupun masa tu Saiful tengah demam. So perasaan teruja tu kami kongsi sama-sama. Raina kemain suka bila dapat tengok adik dia.





Gambar baby dalam CD banyak dan siap ada video pergerakan baby. Tapi kebanyakkan gambar sama je kedudukan baby. Doktor kata baby tengah tidur. Pastu kena kacau sebab nak tengok dia. Ada tu elok-elok baby dah tunjuk muka sekali tu nak tengok balik muka baby, dia dah tutup muka dia dengan kaki siap buat muka masam pastu menguap. Teruja je aku tengok aksi adik Raina ni tau.

Alhamdulilah berat baby dah 1.2kg dan doktor kata semuanya ok. InsyaAllah adik baby sama geng main masak-masak dengan kakak Raina. Bila dah tahu gender baby ni, bolehlah aku start shopping barang-barang keperluan aku dan adik Raina ni. Kandungan dah 7 bulan lebih, satu apa pun aku tak beli lagi. Baju-baju dan barang-barang Raina yang masih boleh pakai pun aku tak cari  dan basuh lagi. Kemain pemalas aku ni. Aku ingat kalau malas sangat aku beli je semuanya baru. Lagipun baju-baju Raina masa newborn banyak dah jadi color kuning-kuning kesan susu dan maybe sebab dah lama sangat simpan. Macam set tilam dan lain-lain pun macam dah agak buruk je aku tengok. So mana yang dah agak buruk tu, aku rasa aku nak beli baru je. Maklumlah Raina lahir tahun 2009 sekarang dah tahun 2013. Adik Raina InsyaAllah keluar awal tahun 2014. Dah bertahun-tahun simpan baju dan barang Raina tu, mestilah keadaan baju dan barang Raina tu agak buruk sikit kan? So rasanya eloklah aku beli baru je. Adik Raina pun nak jugak merasa baju dan barang yang baru. Adil dan sama rata untuk semua anak-anak aku. InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik.

Oklah dah panjang sangat entri ni. Semoga adik Raina sihat dan baik-baik dalam perut mama dia ni. Adik Raina ni pun sekarang kemain aktif tendang perut mama dia sana sini. Takpe aku suka je bila baby aktif. So kita boleh monitor pergerakan baby. Ok aku ada kerja sikit nak buat. Nanti kalau rajin aku update lagi

14 comments:

  1. wah comel nye adik baby.....mun pun macam nurul jugak..malas rasa nak berblogging....dan update pasal pregnancy kali nih..hehehee...insyaALLAH kalau takde ape aral anak kite bakal sebaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. due date Mun dengan Nurul tak beza banyak kan? Sama bulan due date kita dengan Fie, Nano, Hany dan Maria. Hehehe

      Delete
  2. Samalah Fie pun buat kt UMRA dgn Jezzlyn tu. Comel je dia kejutkan baby kan. Auww comelnya adik Raina, bambam nampak pipi dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohhh Fie buat dengan doktor Jezzlyn jugak ye? Pandai kan dia kejutkan baby dan pujuk baby? Doktor Jezzlyn pun cakap nampak macam baby ni tembam lagi2 pipi dia tu

      Delete
  3. Geng Raina ye. Raisya ke Rania ke?
    Haha.

    Apapun, semoga selamat dan dipermudahkan segala urusan bersalin nnt Nurul!
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengah mencari-cari nama dari huruf R ni Ain. InsyaAllah semoga dipermudahkan

      Delete
  4. aku je kot yang masih rajin update blog. ni baru betol2 blogger tegar hahaahha take care babe =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku salute dengan ko Ena sebab rajin update blog. Asal bukak blog tengok siapa yang dah update blog mesti ko ada update blog. Cayalah beb

      Delete
  5. wah geng raina..best2! kita samelah..bila dh tau gender bru buat keluar bju kakak dia..huhu

    aahla..blog pun mcm suam2 kuku dah..setuju sgt tu..tu kdg nk update pun tak bersungguh..ikot mood..sbb pk sape la nk baca kan..dah tak meriah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? dulu dunia blogging meriah. Sekarang dah tak meriah. Maybe ramai yang banyak lepak kat twitter ke kat group whatsapp ke

      Delete
  6. bestnya dpt tgk muka baby. haritu farah buat 3D scan tapi baby tak bg kerjasama..taknak tunjuk muka dia. gender je nampak clear.takpelah dia nak seprais mak abah dia kott huuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Farah dia nak seprais mak abah dia lah tu yang penting selamat dan sihat semuanya

      Delete
  7. tahniah alynn ketinggalan ketapi br je tau nurul pregnant second baby dah 7 bulan pun..tau pun dr blog dayu..seronoknyer dpt tgk baby secara jelas..sgt2 bg kerjasama..owhh gurl yer..apa2 pun yg penting sihat dan selamat kn..seronoknyer dah boleh shopping brg2 baby..teruja..

    ReplyDelete