Belanja Raina Raifa ais krim

Monday, December 9, 2013

Akhirnya aku terjebak dengan US website



Sebenarnya aku nak tulis pasal cerita lain tapi gambar tak edit lagi. Jadi aku tulis pasal cerita lainlah hari ni. Janji aku update blog aku ni. Iye tak? Hahaha. Aku nak cerita pasal perangai terbaru aku. Sejak kebelakangan ni aku dah jatuh cinta dengan US website. Dah macam tahap aku jatuh cinta dengan barang-barang kat Ikea dan Kaison. Asal ada masa free je aku mesti nak hadap US website ni. Tak kiralah kat tempat kerja ke atau kat rumah. Pastu mulalah ambil culculator buat kira-kira convert nilai dollar ke nilai ringgit Malaysia (RM).

Semuanya bermula bila aku nak cari baju Raina dan adik Raina yang sama design dan color. Aku ni jadi orang memang suka tengok adik-beradik pakai baju sama design dan color. Sehati sejiwa gitu. Macam aku dengan adik aku Angah. Beza umur aku dengan Angah setahun je. Kami memang dari kecil sampailah dah besar dan masing-masing dah kahwin ni, selalunya citarasa kami sama. Beli baju sama. Beli seluar pun nak sama. Senang cerita, selalunya citarasa kami sama. Masa kecil-kecil dulu, ibu dan ayah selalu pakaikan kami baju atau kasut yang sama design dan color. Kadang-kadang tu design sama tapi warna lain. Tapi tetap nampak sehati sejiwa gitu. Macam barang-barang yang lain pun sama. Contoh pencil box untuk bawak pergi ke sekolah. Benda sekecil itu pun kadang-kadang kami nak beli sama design atau warna.

Masa aku tweet hal ni kat twitter, ramai yang mention aku. Masa ni lah aku terjebak dengan US website bila ada seorang rakan di twitter bagitahu aku tentang US website ni. Bukan apa, kalau kat Malaysia ni, agak payah nak cari baju sama design dan color mengikut saiz baby dan saiz toddler. Ada tu memang ada tapi tak banyak pilihan. Sebenarnya, sebelum ni aku tahu jugak serba-sedikit pasal US website ni tapi aku tak endahkan pun. Sebab pada aku, kat Malaysia ni macam-macam ada. Beli je lah kat mana-mana butik atau kat kedai pun kan. Lagi satu aku selalu anggap barang-barang kat US website ni mahal kemain.



Rupa-rupanya sangkaan aku silap. Kita boleh dapatkan macam-macam kat US website ni. Sebabnya pilihan memang banyak plus cantik-cantik dan berkualiti. Apa yang penting original okeh. Harga memang mahal sikit. Tapi janganlah kita beli time tak ada sale wei. Kita belilah time ada sale. Memang jimat dan berbaloi-baloi. Hari tu aku order baju dan seluar untuk Raina dan adik Raina masa 'Black Friday Sale'. Memang sale kaw-kaw. Ada yang diskaun sampai 60%. Memang buat aku tak senang duduk.  Contoh harga seluar lengging, kita boleh dapat dengan harga 5 dollar je time sale. Kalau convert dengan rate ringgit Malaysia (RM) pun still murah bagi aku. Kadang-kadang harga yang kita beli time sale kat US website lebih murah berbanding harga sale di butik kat Malaysia ni. 

Sebab apa aku cakap macam ni. Aku ni kadang-kadang ada jugak layan brand yang best sikit macam Guess Kids untuk baju-baju Raina. Tapi aku pergi butik-butik macam tu pun time sale lah wei. Tak berani aku nak masuk butik-butik macam tu time tak ada sale. Sebab aku tahu harga kat butik-butik macam tu kemain mahal melampau. Ada hari tu aku beli baju kat Guess Kids untuk Raina. Beli time sale je pun yang aku mampu. Tapi harga tetap mahal bagi aku. Harga dalam RM100++ sehelai after diskaun. Tapi masa tu aku pun dah berkenan dengan baju tu, so aku bayar je. Sekarang ni aku cuba buat perbandingan harga sale bila kita beli kat US website. Aku rasa lebih murah. Lepas harga diskaun pun tak sampai ratus-ratus pun. Itu dah termasuk harga kos shipping tau. Tak ke harga macam tu buat aku teruja sebagai mak budak.

Cuma bila kita order barang kat US website ni, kita kena sabar sikit. Sebab barang-barang tu akan mengambil masa berminggu-minggu untuk sampai ke Malaysia. Kalau tak sabar memang tak boleh order barang dengan US website ni okeh. Yang penting kena sabar menunggu barang-barang tu sampai ke kita dengan selamat.

Aku memang recomended kat korang untuk cuba beli barang kat US website ni. Tapi beli time ada sale okeh. Jimat dan berbaloi-baloi. Oh ye barang-barang tu tak semestinya baju untuk baby dan toddler je. Kalau nak beli handbag original dengan harga murah pun boleh cuba beli kat US website ni jugak macam brand Coach or Micheal Kors. Macam aku hari tu try order beli brand Carter's dan Oshkosh. Selain tu ada lagi macam-macam US website macam Gymboree, GAP dan Old Navy. Selamat mencuba

25 comments:

  1. Nad pernah try sekali beli barang US guna Hopshopgo. Tapi bila barang tu sampai, time kurier tu hantar, nad kene bayar tax..boleh share tak cara order barang yg tak kene tax..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurul beli kat US website ni guna khidmat US shopper. jadi nanti kalau barang dah sampai Malaysia, US shopper ni yang akan pos ke Nurul kalau ikut apa yang Nurul faham. Nurul pun baru nak cuba ni

      Delete
    2. Salam nurul, us shopper tu macam mana ya..? Company ke atau individual..? Macam mana aida nak communicate dengan us shopper tuh..?

      Delete
    3. Guna www.USA2MY.com je. Registered company personal shopper Malaysia. Servis caj murah diorang ambil dari RM9+5%. Shipping guna Fedex, laju dalam 2 minggu atau kurang, sampai la. Shipping 1 lb (450 gram) RM38 terus sampai rumah. Harga diorg dah termasuk cukai import semua. Mula-mula nampak macam mahal, tapi kalau ikutkan guna Fedex, termasuk cukai semua, mmg murah sangat sebenarnya.

      Delete
    4. Guna viabox senang dan murah

      Delete
  2. holoh holoh comey nye baju...girl byk sgt pilihan best kan..zura nk kena beranak lg ni.. hahahaah

    ReplyDelete
  3. Aku dah stop beli baju online sebab aku beli semua tak ngam size, besar la apa la... boleh je tggu mira besar sikit tp kita dah excited baju baru kan?
    Aku suka sangat H&M beb, murah dah fashionable. Sekali aku turun KL mmg terus borong hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pun 1st time order ni. nanti aku tweet ko nak tanya pasal ni okeh

      Delete
  4. Selalu gak usha tp xtau cara nk pos ke msia..harap u akan uopdate ek..Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita guna khidmat US shopper. Dia yang urus semua shipping dan pos barang ke Malaysia

      Delete
  5. Dulu penah beli gak guna US shopper ni..
    Tp skrg kalau nak beli online direct dari sana..
    Saya tunggu Sis Emi http://sayahappyslalu.blogspot.com/ bukak order..
    Jimat banyak gak.. Sebab dia kira harga barang times currency + tax 10%. SHipping from US depend kos masa tu, bahagi samarata.
    Kira mcm xde amek untung pun..
    Then kite bayar rm5 utk clearance kat kastam plus kos pos laju ikut berat..
    mmg berbaloi2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Syahmi : Oh Emilia ye? Dia lah yang saya maksud kan kawan dari twitter tu

      Delete
  6. Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la sy balik yer... ;)

    ReplyDelete
  7. Sis..mhl x kos shipping n tax die semua ble sis da berjaya beli sndri??

    ReplyDelete
  8. Sis..mhl x kos shipping n tax die?? Da dpt belom bju nye sis??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kos shipping depends on weight and size packaging. Kalau barang ringan tp packaging besar, die akan charge base on dimension. maksudnya die akan convert size jd KG. Kalau yg tax pulak, rasanya die tgk value barang. kalau value bwh RM500 rs xde masalah tax :)

      Delete
    2. sorry amirul... mohon bertanya sikit. tax on imported goods ni..yg kita sendiri beli direct de overseas sama ke untuk setiap negara? mcm mana saya nak check? sebab hari tu saya bawa masuk jap cotton kena tax. katanya sb value over rm5oo.
      thanks

      Delete
    3. sorry amirul... mohon bertanya sikit. tax on imported goods ni..yg kita sendiri beli direct de overseas sama ke untuk setiap negara? mcm mana saya nak check? sebab hari tu saya bawa masuk jap cotton kena tax. katanya sb value over rm5oo.
      thanks

      Delete
  9. As salam sis.. Sy nk tnya la gna us shopper mksud nyer atas org kite yg jual eh? Bkn direct on9 kt page carters.com tu eh? Sbb sy try direct xda plk malaysia nyer kod.. Hehe

    ReplyDelete
  10. salam... tq sis for this post. saya nak tanya sikit. us shopper tu personal shopper yg ada kat us lah kan?
    saya plan nak buat khidmat personal shopper juga bila saya ada kat sana nanti.

    ReplyDelete
  11. Guna kan servis viabox je lpas ni untuk postage barang dr us ke malaysia .murah dan efektif.tgok web ni www.viabox.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi atin, viabox ni can be trusted or not?

      Delete
    2. Brpa hari brg dr viabox smpai umah?

      Delete