Belanja Raina Raifa ais krim

Wednesday, January 23, 2013

Jangan membazir. Mari menabung

Pagi-pagi sampai office lepas breakfast je, aku dah bukak blog aku ni. Sekarang ni macam semangat sikit nak update blog. Lagi-lagi bila tengok amount nuffnang makin meningkat. Pada hal baru cashout bulan lepas. Cheque pun tak dapat lagi. Bila semangat tu dah ada cepat-cepatlah update apa yang patut.

Sejak masuk tahun baru ni, aku makin berkobar-kobar nak cuba displinkan diri aku dari nafsu shopping. Ini adalah salah-satu tabiat buruk aku secara jujurnya. Aku boleh dikatakan kaki shopping tapi taklah berada di tahap yang serius macam orang yang berkepuk-kepuk duitnya. Tapi every month tu mesti ada peruntukan shopping cuma banyak atau sikit je peruntukan tu. Bila umur makin tua ni, aku tersedar sendiri. Sampai bila aku nak macam ni.  Suka membazir shopping sana sini.

Aku tetap saving duit aku jugak saving untuk Raina. Dan aku tetap saving untuk tabung raya dan macam-macam tabung yang aku wujudkan untuk kegunaan masa depan. Tapi amount saving dan peruntukan shopping tu selalunya tak balance. Aku lebih suka sediakan peruntukan untuk shopping tu lebih banyak dari peruntukan untuk saving. Bila aku fikir-fikir balik semua ni ke arah pembaziran semata-mata. Kenapa aku tak lebihkan perutukan untuk saving? Salahkan diri-sendiri! Bayangkan kadang-kadang sebulan aku boleh habiskan RM700 above untuk shopping saja kot. Aku memang jenis manusia yang cepat jemu dengan sesuatu benda terutamanya bab pakaian, kasut dan terbaru aku addict dengan pelbagai jenis shawl.

Jadi masuk tahun baru ni, aku nak cuma sedaya-upaya kurangkan peruntukan untuk shopping dan lebihkan kepada saving. Sekarang aku sedang melawan nafsu shopping aku. Serius, payahnya nak melawan nafsu shopping ni. Hati meronta-ronta macam cacing kepanasan tak reti duduk diam. Haha.

Aku berharap sangat aku berjaya control tabiat aku yang satu ni. Perempuan dengan shopping memang tak boleh di pisahkan. Tapi aku akan cuba sebaik mungkin. Ini bukanlah bermakna aku tak nak shopping langsung. Mana boleh beb. Shopping tetap shopping. Tapi aku nak cuba kurangkan peruntukan shopping tu dan duit tu boleh aku tambah untuk saving. Aku tak nak buat pembaziran melampau lepas ni. Boleh ke aku? InsyaAllah.

Tapi masalahnya sekarang, Shawlbyvsnow ada update essential scarf yang baru. Warna untuk essential scarf yang baru ni pun cun habis. Ahhh, shopping online yang macam ni lah boleh mengugat jiwa raga aku.

Oh tidakkk!

Tuesday, January 22, 2013

Birthday party Sabrina

Patutnya aku nak tulis pasal entri percutian aku yang lepas. Tapi sebab gambar pun tak pilih-pilih lagi jadi aku tangguhkan dulu. Sejak jadi mak budak ni, aku banyak dapat jemputan ke majlis hari jadi, aqiqah, cukur jambul dan tak lupa jugak perjumpaan antara blogger. Kalau aku bawak kemera dan banyak ambil gambar tu, maka rajinlah aku menulis kat blog ni. Kalau aku tak bawak kemera dan gambar pun tak berapa banyak maka aku jaranglah menulis kat blog ni. Itu yang tak dapat buat entri birthday party Auf anak Yaya dan potluck kat rumah Hany hari tu. Entri tanpa gambar tak berapa meriah bukan?

Ahad lepas aku ke birthday party Sabrina yang ke 3 tahun. Sekejap je Sabrina dah 3 tahun. Makin comel anak dara tu. Siapa tak kenal Ladynoe? Aku kenal Noe sejak dia anak dara lagi kot. Masa tu terjumpa blog persiapan majlis kahwin dia. Masa tu aku dah kahwin pun tapi suka baca blog bakal-bakal pengantin. Tak lama tu terjumpa blog 'perempuan jumblo' kepunyaan Noe jugak. Dari situlah aku jadi pembaca tetap. Rasanya dah 3 kali kot aku jumpa Noe ni. Thanks Noe sebab sudi jemput aku sekeluarga ke party Sabrina ni.



Sebenarnya plan nak ke party Sabrina ni kira last minute punya plan. Sebab ikut plan asal aku nak duduk rumah je weekend lepas. Sebab rumah aku dah macam kapal pecah sejak balik bercuti hari tu dan kononnya nak mengemas apa yang patut. Tapi biasalah aku ni kadang-kadang suka buat keputusan last minute. Tanya Saiful, dia pun bagi green light. Tersengih-sengih aku. Haha

Dan paling kelakar, aku tak tahu tema party Sabrina. Sebab aku terlepas pandang entri Noe tentang party ni. Bila sampai sana baru aku tahu tema party adalah Pororo dan warna tema mestilah biru dan kuning macam Pororo. Kebetulan hari tu aku pakai baju mengikut tema. Cuma Raina dan Saiful je tak ikut tema. Mak budak pulak yang over eh? Biasalah tu. Haha.





Deco sangat cantik. Teruja aku tengok deco party Sabrina ni. Terus terasa nak buat birthday party untuk Raina. Dah dua tahun kot tak buat birthday party untuk Raina. Sebab aku gantikan dengan bawak anak dara tu pergi bercuti. InsyaAllah kalau rajin bolehlah aku buat party untuk Raina nanti. Terus berangan nak buat party Raina kat tepi tasik. Kemain aku berangan.

Aku sampai ke party Sabrina ni dalam pukul 4. Noe cakap majlis start pukul 3. Tapi rezeki aku masa sampai sana Sabrina belum potong kek lagi. So aku pun macam biasa, terus cari makanan. Semua makanan pun sedap-sedap. Tapi aku makan sikit je. Tak tahulah kenapa time tu perut automatik rasa kenyang semacam. Pada hal aku tak makan lagi tenghari tu. 

Tak lama tu nampak blogger Shila Shower baru datang. Aku pernah baca blog dia 2,3 kali. Tu pun aku dapat tahu sebab katanya dia dah berjaya kuruskan badan. Tu yang teruja nak baca blog dia. Serius kalau tengok depan-depan Shila memang sangat kurus dan cantik. Teruja aku tengok dia dah slim macam tu. Orangnya tinggi dan rasanya lebih tinggi dari aku. Tapi aku tak tegur pun. Sebab segan. Haha. Selepas tu, nampak Sue Anna Joe datang. Aku dari dulu kalau ternampak dia automatik rasa segan nak tegur. Ikut hati nak je tegur tapi segan punya pasal aku tak tegur pun. Maaflah aku bukan sombong tapi memang peel aku yang malu-malu kucing.

Aku berharap dapat jumpa blogger lain macam Hidd ke. Teringin nak jumpa Hidd. Bila tanya Noe, katanya Hidd datang awal dan dah balik. Tak ada rezeki nak jumpa Hidd dan Umar. Takpe next time, harapnya ada rezeki jumpa diaorang.



Kononnya sebelum balik, aku nak ajak Shila dan Anna bergambar sama, tapi masa tu agak kelang-kabut dengan Raina tak sudah-sudah ukur jalan. Lagi pun aku kurang pasti masa tu diaorang dah balik ke belum. Dalam keadaan tergesa-gesa nak bergambar tu terus aku lupa nak ajak diaorang bergambar. 

Untuk Sabrina,
Selamat hari lahir yang ketiga tahun. Maaf aunty tak bawah hadiah untuk Sabrina hari tu. Plan last minute tergesa-gesa macam ni lah sampai hadiah pun tak bawak. InsyaAllah nanti aunty poskan hadiah untuk Sabrina ye.

Thursday, January 17, 2013

Soalan cepumas : Bila nak menambah?

Soalan cepumas yang macam ni memang selalu di tanya kat aku sejak kebelakangan ni.

Bila nak menambah?
Bila nak bagi Raina adik?

Kadang-kadang aku tak tahu nak jawab macam mana. Paling tidak pun aku senyum dan bagi jawapan ayat paling aku suka :

InsyaAllah, tunggu Raina besar sikit baru aku pertimbangkan

Itu adalah jawapan paling jujur dari aku. Sebenarnya aku dah mula ada keinginan untuk mempunyai baby dalam kehidupan seharian aku. Rindu bau baby. Rindu dengar suara baby menangis. Rindu nak layan kerenah baby. Kiranya semua berkaitan baby aku rindu. Hati mak budak beb. Tak lari semua perasaan tu malah kadang-kadang membuak-buak datang dalam diri aku.

Lagi-lagi sekarang ni boleh dikatakan kehidupan aku di kelilingi dengan kawan-kawan aku yang tengah pregnant anak no 2 dan ada yang dah masuk anak no 3 pun. Ada jugak kawan-kawan yang dah beranak dua, tiga. Tak lama lagi kalau ada rezeki mungkin kawan-kawan seangkatan aku tu akan menambah anak no 4 pulak. Seronok! Aku tumpang happy. Akulah orang paling tersenyum lebar dan happy kot bila tahu berita gembira macam ni dari kawan-kawan seangkatan aku ni. Setiap anak tu rezeki dari Allah S.W.T.

Kalau ikut plan awal aku dulu, aku nak bagi Raina adik sebelum umur aku menginjak 30 tahun. Sekarang umur aku dah pun 30 tahun. Dah tua kan? Tapi bila aku fikir-fikir balik dan pertimbangkan perkara ni, aku rasa yang aku sebenarnya belum bersedia sepenuhnya nak menjadi mak beranak dua. Ada anak sorang ni pun aku selalu menjadi tarzan berkuasa dua. Macam mana pulak nak handle bila dah ada adik Raina nanti? Aku sejujurnya mengaku aku tak cukup kuat lagi nak handle dua orang anak. Macam Saiful dia selalunya akan cakap tunggulah Raina dah besar sikit pandai jaga adik barulah fikir hal menambah. Tapi sejak kebelakangan ni, aku tengok Saiful macam dah ready. Dia pulak yang teruja lebih.
 
Tapi sejak kehidupan aku di kelilingi dengan berita gembira dari kawan-kawan aku dan aku perasan sekarang ramai antara mereka yang tengah pregnant lagi, terus aku terfikir sampai bila aku tak bersedia macam ni? Sebenarnya aku selalu target nak kurus dulu baru boleh fikirkan perkara ni. Tapi sampai bila nak bagi alasan nak kurus dulu baru fikir nak pregnant lagi kan? Sedangkan aku pun tak kurus-kurus mana pun. Hahaha.

Dan sekarang ni aku sedang cuba mengumpul kekuatan untuk bersedia dari segala segi lagi-lagi kekuatan mental dan fizikal macam mana nak handle dua orang anak. Pasal hal nak kuruskan badan tu pedulikan. Kalau Allah S.W.T nak bagi rezeki aku terima dengan gembira. Nanti lepas beranak boleh pasang badan dan kurus jugak kan? Cewahhh.

Aku berharap ada rezeki aku untuk pregnant lagi. Aku plan tahun ni aku atau paling lewat pun aku target awal tahun depan aku dapat pregnant lagi. Doakan aku ada rezeki pregnant lagi ye kawan-kawan

Monday, January 14, 2013

Isnin yang membosankan

Assalamualaikum

Hari ni hari Isnin yang membosankan bagi aku setelah bercuti panjang minggu lepas. Mood holiday masih segar terasa dalam diri. Kan best kalau tak payah kerja tapi duit berkepuk-kepuk pastu aktiviti dipenuhi dengan aktiviti travel sana sini. Best kan? Tapi itu semua hanyalah angan-angan aku je. 

Nak update pasal percutian minggu lepas, tapi kena pilih dulu gambar-gambar yang nak dimasukkan dalam blog ni. Ada almost 1000 keping gambar kot. Itu pun ada yang aku dah delete mana-mana gambar yang tak semenggah termasuk gambar-gambar yang blur. InsyaAllah aku akan cuba rajinkan diri berkongsi tentang percutian kali ni. Semoga entri tu nanti boleh di guna pakai dan berfaedah.

Ini disebabkan entri percutian aku ke Kota Kinabalu tahun lepas masih mendapat perhatian. Terima kasih kepada yang sudi jadikan blog aku sebagai bahan rujukan korang. Sebab boleh dikatakan setiap hari ada je orang email atau pm kat FB aku bertanyakan pasal no kereta sewa Abang Shahril tu. Semoga entri tu dapat membantu sedikit sebanyak percutian anda. Sebenarnya aku ada pergi beberapa percutian tahun lepas selain ke Kota Kinabalu tu macam Penang, Kedah, Perlis, Melaka dan termasuklah Satun, Thailand. Tapi aku je malas nak update kat blog. Sebab masa tu tak ambil gambar sangat so mood pun ke laut nak update blog. Sampailah cerita tu pun jadi basi. Hahaha.

Semoga lepas ni, aku sekeluarga dimurahkan lagi rezeki. Boleh pergi bercuti lagi. Seronok boleh lari sekejap dari hal-hal kerja. Hilang stress. Ok back to reality. Hari ni aku kerja ye. Ada banyak kerja nak kena siapkan. Ok nanti rajin aku update lagi.


Gambar percutian minggu lepas : Perangai terbaru Raina bila bergambar. Suka buka mulut luas-luas

Wednesday, January 2, 2013

Assalamualaikum 2013

Assalamualaikum
Hai semua. Selamat pagi.

Ok dengan bersemangatnya aku menaip entri pertama pada tahun baru 2013 ni. Tengok kawan-kawan yang lain rancak update blog masing-masing sempena tahun baru ni, aku pun nak jugak update. Semangat dan azam baru. Cewahhh.

Alhamdulilah, pagi ni aku sampai office tepat pukul 8 pagi dah punch. Bangun pagi pun awal sedikit dari biasa. Kononnya semangat dan azam baru nak sampai office awal. Kalau nak tahu tahun lepas aku champion staff ye selalu datang lewat. Hahaha. Eh boleh pulak aku gelak lagi kan? Bukan apa, rumah dengan tempat kerja aku agak jauh jugak tau. Almost 1 hour baru sampai. Dah beberapa kali kena panggil dengan bos pasal hal kelewatan aku ni. Tapi aku secara jujurnya aku bagitahu kat bos terus-terang kenapa aku selalu lewat. Nasib baik bos boleh bertolak-ansur lagi. Cuma aku tak dapatlah elaun kedatangan aku tu. Siap tolak gaji sebab selalu lewat. Aku ni kira gaji pekerja pastu tolak gaji sendiri. Hahaha.

Bercerita pasal tahun lepas 2012, Alhamdulilah rezeki aku lebih sedikit dari tahun-tahun sebelumnya. Walaupun aku tak berapa gembira kat tempat kerja sekarang, tapi dengan kerja aku sekarang ni, aku di beri rezeki yang lebih dari tahun-tahun sebelumnya. Banyak jugak wishlist yang dapat aku capai dengan hasil titik peluk aku ni. Syukur Alhamdulilah. Takpelah yang penting pengalaman. Mana-mana tempat kerja pun ada je kerenah dan ragamnya. Betul tak?

Untuk azam yang baru ni, aku cuma listkan beberapa azam tahun lepas yang tak dapat aku capai tu bawak ke tahun baru ni. Dan adalah aku tambah beberapa azam dan impian baru aku untuk tahun ni. Tapi biarlah aku semat simpan dalam buku catatan dan diri aku sendiri. Macam tahun-tahun lepas, aku segan nak bagitahu setiap azam dan impian aku secara terang-terangan di sini atau di mana-mana pun. Poyo je lebih kan? Hahaha.

Aku cuma berharap semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun yang lepas. Dan semoga aku sekeluarga sentiasa dilimpahi rezeki dan dapat menggembirakan orang-orang yang aku sayang jugak dapat capai apa yang aku nak. InsyaAllah

Selamat tahun baru 2013 semua. Oh mata aku macam mata panda dalam gambar ni. Abaikan :D