Belanja Raina Raifa ais krim

Friday, February 15, 2013

Atkins diet tidak sesuai untuk aku

Hari Jumaat, masa lunch hour aku agak panjang berbanding hari-hari lain. So terasa macam kerja goverment pulak. Selalunya aku akan pergi ke mall yang berdekatan dengan office aku. Jalan-jalan cuci mata dan window shopping. Sejak Kak Fadz teman paling rapat dengan aku dulu resign, aku lebih selesa lunch sorang-sorang. Kadang-kadang ada jugak aku lunch dengan manager, supervisor dan kawan-kawan dari department lain tapi tak keraplah.

Selalunya aku ke Setia City Mall. Tapi hari ni aku ke AEON Bukit Raja. Saja tukar angin. Selepas window shopping, macam biasa aku pun cari tempat makan. Pada hal perut tak lapar tapi aku tetap jugak nak makan sebab aku takut nanti petang-petang perut berbunyi minta di isi. Tengah aku makan sorang-sorang tu, fikiran aku melayang-layang fikirkan pasal macam mana nak kuruskan badan kalau aku asyik nak makan dan tak control apa yang aku makan. Aku kalau sorang-sorang memang macam ni suka berangan fikiran melayang-layang. Kalau orang tegur pun agaknya tak perasan. Hahaha.

Ok aku pernah bagitahu kan yang aku mengamalkan Atkins diet? Aku pernah tulis pasal entri Atkins diet beberapa bulan lepas. Ok aku nak cerita sikit. Masa tu memang aku serius amalkan Atkins diet. Aku bertahan beberapa bulan. Tak silap aku dalam lebih kurang almost 4 bulan kot. Masa tu hati kental beb tak ambil sebarang makanan dari jenis carbo walaupun nasi.

Sampaikan satu tahap, aku macam teringin sangat nak makan nasi. So aku pun ambil keputusan menjamah 4,5 suap nasi. Selepas tu, aku kan pergi bercuti ke Sarawak. So aku rasa rugi kot nak diet-diet bagai kalau pergi melawat negeri orang. Mestilah nak rasa macam-macam masakan orang Sarawak. So aku pun ambil keputusan bedal je apa-apa menu yang menarik perhatian aku sepanjang aku berada di Sarawak tu. Sampailah dah balik KL, dan kebetulan bulan lepas aku banyak buat kerja luar dan jarang masuk office, nafsu makan aku terhadap makanan segera macam makin menjadi-jadi. Selalunya bila aku kerja luar aku memang ambil jalan mudah memilih makanan segera. Bermulalah dari episod itu, aku terasa macam aku dah tak boleh nak teruskan Atkins diet. Mulalah diet aku ke laut. Hahaha.

Masa tu aku takut sangat nak timbang berat aku. Aku dapat agak berat aku mesti naik. Oh ye lupa nak bagitahu, masa aku mengamalkan Atkins diet secara serius tu berat aku turun dalam 6kg - 7kg. Memang terasa sedikit ringan badan aku. Sebab selain Atkins diet aku buat senaman ringan tiap-tiap malam. Ok berbalik kepada cerita aku takut nak timbang berat tu, satu hari aku beranikan diri menimbang berat aku. Sekali bila timbang naik lebih kurang 2kg. Rasa macam dah lemah semangat aku time tu. Tapi salahkan diri-sendiri sebab makan tak agak-agak.

Sebenarnya aku rasa aku tak sesuai dengan cara mengamalkan Atkins diet. Ini aku cakap untuk diri aku. Sebab aku susahlah kalau langsung tak boleh ambil sebarang carbo atau kurangkan pengambilan carbo. Menu yang aku makan tu akan buatkan aku cepat bosan. Aku tak ada masalah bab untuk skip atau kurangkan pengambilan nasi sebabnya aku bukan penggemar nasi sebaliknya aku suka sangat menu jenis mee atau bihun. Aku suka mee hailam, bihun sup, mee kari dan apa-apalah asalkan dari jenis mee atau bihun. Tapi mee dan mihun jugak adalah carbo. Jadi dari situlah aku cepat bosan sebab tak boleh nak makan mee atau bihun.

Dan sekarang ni, aku cuba bertukar mengamalkan diet yang lebih natural dan simple. Makan makanan yang seimbang dan kurangkan kuantiti makanan contohnya. Aku rasa aku lebih sesuai dengan cara begini. Nasi macam biasa aku memang kurang ambil nasi. Tapi aku gantikan dengan mee atau bihun dalam kuantiti yang sederhana. Jadi aku rasa lebih seronok dan relaks bila berdiet cara begini. Teringin jugak nak cuba produk kurus yang tengah hot kat pasaran sekarang. Tapi nanti-nanti dululah. Aku nak cuba dulu diet cara natural. Kalau terbuka hati nanti bolehlah aku cuba produk kurus tu. Sekarang ni tak terbuka hati lagi.

Ok kat bawah ni gambar aku sebelum diet kembang semangkuk dan gambar selepas aku mengamalkan Atkins diet beberapa bulan lepas. Sebenarnya taklah nampak ketara sangat tapi ada sikitlah perubahan tu. Sekarang ni mari kita mulakan diet cara baru pulak dan kita tengok hasilnya nanti ye. Aku berharap aku lebih kental dalam program diet aku kali ni. InsyaAllah

Gambar (1) : Ni gambar masa aku bercuti ke Melaka tahun lepas. Masa ni memang aku tak diet pun. Tengoklah lemak sana sini tersembul. Sebenarnya malu nak letak gambar ni tapi aku letaklah jugak untuk dijadikan perbezaan dengan gambar sekarang. Aku pun macam tak sangka dulu aku gemuk berisi macam ni. Rasa nak lari sorok muka bawah meja bila tengok gambar ni

Gambar (2) : Ni gambar terbaru aku masa bercuti ke Sarawak bulan lepas. Masih gemuk dan berlemak sana sini cuma bentuk badan tu lebih fit sikit. Jadi untuk menampakkan lebih kurus marilah kita berdiet secara berhemah. Ayuh. Perghhh ayat kemain lagi kau Nurul. Hahaha.

Wednesday, February 13, 2013

Tips dan cara aku menabung

Hari ni aku dah mula kerja. Office masih lengang dan sunyi. Ramai yang masih sambung cuti CNY. Aku memang tak apply minta cuti lama-lama. Lagipun hari tu baru je ambil cuti panjang ke Sarawak. So agak-agaklah nak apply cuti lagi kan? Bagi peluang kat kawan-kawan yang sambut CNY pulak bercuti panjang.

Patutnya aku nak buat entri pasal kat Sarawak hari tu. Tapi ya ampun, gambarnya terlalu banyak jadi aku sedikit malas nak pilih-pilih mana yang sesuai nak di masukkan ke dalam blog aku ni. Tunggulah kot-kot lepas ni aku rajin, akan aku cuba jugak tulis tentang percutian aku yang tak seberapa tu.

Aku nak cerita pasal hal penjimatan aku dalam perbelanjaan setakat ini. Ingat tak entri aku yang lepas? Aku bagitahu masuk tahun baru ni aku nak ajar diri aku supaya kurangkan bershopping dan nak lebihkan kepada menabung. Alhamdulilah setakat ni aku boleh control diri aku dari bershopping sakan macam selalu. Walaupun belum sepenuhnya tapi aku dapat rasakan ada perubahan dalam diri aku ketika bershopping.

Maybe aku dah set otak aku awal-awal tak nak shopping sakan lagi. Nak berjimat dan nak lebihkan menabung. So bila aku terasa nak shopping tak kiralah kat mana-mana mall ke atau online shopping ke, perkara pertama aku akan buat aku cuba bertanya diri aku sendiri.

Sebagai contoh aku ada berkenan nak beli sehelai baju ni. Jadi sebelum buat keputusan beli baju tu aku tanya diri aku dulu. Antara soalan yang akan berlegar-legar dalam minda aku seperti :

- Ini keperluan ke kehendak diri aku sebenarnya?
- Patut ke aku beli baju ni?
- Kalau aku beli baju ni, adakah aku akan pakai baju ni?
- Baju ni sesuai tak dengan aku?
-  Aku patut beli sehelai ke dua helai ke atau lebih?
-  Jadi adakah patut aku beli sehelai je dulu?
- Harga baju ni berpatutan tak dengan bajet shopping aku?
- Selepas aku beli baju ni, berapa lebihan duit shopping yang tinggal?
- Jadi sekarang aku nak beli atau tak baju ni?

Kalau dulu aku suka beli berhelai-helai bila aku dah minat dengan satu-satu baju contohnya. Tapi sekarang aku cuba control diri aku untuk beli sehelai dulu. Aku tak mahu jadi rambang mata. Bila aku dah betul-betul suka dan rasa selesa sangat-sangat dengan baju tu, barulah aku akan pertimbangkan untuk beli lagi sehelai. Mungkin. Jadi duit lebihan shopping tu bolehlah kita simpan atau kita belanjakan kepada perkara yang lebih berfaedah.

Ok aku nak kongsi sikit cara aku menabung dari dulu sampai sekarang. Selain aku menyimpan duit aku kat bank, aku juga ada wujudkan beberapa tabung dalam hidup aku. Antara tabung-tabung yang aku wujudkan ialah :

- Tabung family (Tabung aku dan adik aku untuk kegunaan family di hari raya)
- Tabung kami (Tabung aku dan Saiful untuk kegunaan di hari raya)
- Tabung sekolah (Tabung aku dan Saiful untuk kegunaan bila Raina sekolah)
- Tabung persendirian (Tabung aku untuk kegunaan bila diperlukan)
- Saving persendirian
- Saving untuk Raina

Selalunya bila aku dapat gaji, aku akan bayar segala apa yang patut dulu. Yang penting settlekan dulu segala hutang-hutang yang perlu. Dan lebihan duit tu barulah aku akan buat peruntukan untuk shopping, peruntukan untuk tabung-tabung yang aku wujudkan dan juga peruntukan untuk saving. Aku selalu beranggapan tabung dan saving adalah dua perkara yang berbeza. Saving bagi aku perlu dan wajib manakala tabung pulak lebih kepada simpanan secara seronok. Itu bagi aku tak tahu pulak bagi orang lain. Maksud tabung kat sini bukan sediakan tabung dan masuk duit dalam tabung tau. Tapi duit peruntukan setiap tabung tu akan di simpan di akaun bank jugak secara berasingan dengan akaun saving.

Aku mengambil contoh 'Tabung Family'. Tabung ni dah lama aku wujudkan di kalangan adik-beradik aku. Cukup bulan je adik aku akan bagi aku duit untuk di simpan. Sebagai anak sulung, aku diamanahkan untuk jaga tabung family ni. Selalunya aku akan asingkan duit ni dan simpan di bank simpanan yang kurang aktif urusan keluar masuk duit. Amount bulanan aku sudah tetapkan. Kalau bagi lebih tak kisah asalkan jangan kurang dari amount yang di tetapkan. Tabung family ni aku wujudkan di kalangan adik-beradik aku adalah dengan tujuaan untuk perbelanjaan family aku ketika hari raya. Maknanya bila tiba hari raya, kami tak ada nak pening-pening kepala cari duit nak bagi ibu ayah kami. Sebab kami dah ada simpanan khas untuk ibu ayah kami. Alhamdulilah cara ni sangat membantu dan berkesan. Tak percaya? Cubalah.

Begitu jugak tabung-tabung yang lain yang aku wujudkan. Setiap bulan memang aku dah asingkan berapa peruntukan amount yang perlu untuk kesemua tabung yang aku wujudkan. Untuk saving pulak, selalunya aku akan lebihkan amount untuk saving. Contoh katakan tahun ni target nak simpan RM5000 dalam bank. Jadi korang bolehlah buat cara pengiraan RM5000 bahagi kepada 12 bulan. Dan setiap bulan tu korang cuba displinkan diri simpan berapa amount yang perlu untuk saving. Ini contoh saja. Terpulanglah kat korang nak simpan RM3000, RM5000 atau RM10,000 setahun ke. Semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing. Untuk saving ni, bukan tertumpu pada aku sorang tapi untuk Raina jugak.

Dalam perkara ni displin memang penting. Tak nafikan kadang-kadang aku terpelecuk jugak dari landasan etika menabung. Tapi selalunya aku akan cepat-cepat sedar. Cara untuk menaikkan semangat aku dalam etika menabung ni aku ada sediakan satu buku. Buku tu aku akan catat keluar masuk dan segala perbelanjaan aku setiap bulan. Aku jugak buat jadual tabung dan saving dalam buku tu. Memang nampak macam kelakar. Tapi percayalah bila setiap kali aku nak tidur ke atau aku bangun tidur ke atau setiap kali aku kat tempat kerja ke, bila free je aku akan belek-belek buku aku tu sebagai menaikkan semangat aku.

Aku ingat lepas ni aku nak wujudkan 'Tabung Percutian' pulak. Tapi kena bincang dulu dengan Saiful. Sebenarnya soronok tau wujudkan pelbagai tabung ni. Korang akan terasa macam lebih relax dan tak stress sangat dalam etika menabung. Aku cuma berharap aku lebih berdisplin lagi lepas ni. Aku nak lebih serius dalam perkara ni. InsyaAllah.